SEMALAM, Ahad malam, 21 April 2013, kami membuat rakaman MCP
'Persembahan Orkestra Tradisional ARTISUKMA UKM'
di DECTAR. Sebenarnya orkestra tersebut ialah
orkestra tradisional kaum Cina.
Aku tiba kat dewan lebih kurang jam 6.20 petang. Terpandang mereka sedang
memasang kamera dalam dewan. Aku terus membantu sdr. Ramli
memasang kamera dalam dewan, sementara yang lain2
dah masuk ke dalam STUDIO UKM.
Kalau pandang orang pasang kamera di tripod, memang mudah atau
'kacang jer'....berbanding jika kita sendiri yang memasangnya.
Jadi, hakikatnya memasang kamera perlu teliti dan
sempurna, bukan main pasang jer...
Antara perkara yang perlu diambil berat ketika memasang kamera atas tripod ialah, kamera tersebut perlu di 'balance' kan atas tripod supaya ia tidak mudah jatuh ke depan atau ke belakang.
'Balance' juga amat penting supaya
jurukamera tidak menanggung
beban kamera tersebut yang akan berat di
depan atau berat dibelakang. Jurukamera akan berasa
selesa jika mengendalikan kamera yang 'balance' di atas tripod. Oleh itu
pasanglah kamera dengan sempurna supaya kita tidak membebankan atau menganiaya jurukamera....
Aku taknak menceritakan berkaitan persembahan tersebut kerana aku pun
kurang faham dengan alat-alat muzik tradisional Cina.
Aku biarkan foto2 tu ceritakan melalui
bahasanya.........
Malam tu agak kurang krew yang
datang membantu, mungkin mereka pegi berkempen kut...ooopst! gurau
jer tu.....sebenarnya aku pun kurang tau nape kurang yang datang
membantu. Krew bantuan yang datang ialah YUNUS,
HIDAYAH, JAMALUDIN JI dan SULIMI, sementara
krew regular UAV ialah
SHAHRUL, KAMARUL, RAMLI,
RUHAIZAD, JASRIL AMRY, dan SITI SURAYA....
Jadi...............aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua krew
yang terlibat terutama jurukamera yang berdiri lebih
kurang dua jam tanpa duduk....tQ.
....tu jer yang dapat aku coretkan dan terima kasih kerana membaca...
...sila tonton video ni....toksah duk risau tiada adegan lucah...
...antara krew belakang tabir yang terlibat sama....
HARI ini, 17 April 2013, kami membuat rakaman LATIHAN MEMADAM KEBAKARAN
yang dijalankan di FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, UKM.
FPI
sdr. shahrul bersedia merakam...
Kami mendapat maklumat program tersebut akan dijalankan pada jam 9.00 pagi.
Oleh itu sebelum jam 9.00 pagi aku bersama krew telah bergerak ke FPI.
Kami merakamkan sekitar bangunan FPI sebelum program
bermula. Aku bercadang untuk membuat dokumentari
berkaitan program ini......
mangsa dimasukkan ke dalam ambulan...
latihan memadam kebakaran...
Krew yang terlibat dalam rakaman berkenaan ialah aku, shahrul, jasril amry, haji ruhaizad
dan siti suraya.......Tiba di FPI kami dapat maklumat program berkenaan
akan bermula pada jam 10.00 pagi....Wah! ada masa
lebih kurang satu jam lagi....jadi......jom,
minum dulu................
latihan padam kebakaran...
temubual pihak penganjur...
temu bual pegawai insiden...panjang lebor kata2nya...
SKIRIP CADANGAN UNTUK DOKUMENTARI NI...
....krew yang terlibat sila komen skrip ni....
SKRIP
Cahaya mentari pagi kelihatan indah menyirami bangunan Fakulti Pengajian islam Universiti kebangsaan Malaysia. Bangunan yang bercirikan senibina islam ini kelihatan lebih indah dengan kehijauan di sekitarnya.
Kelihatan para pelajar menjalankan aktiviti harian mereka di bangunan berkenaan. Aktiviti pembelajaran menghidupkan suasana sekitar gedung ilmu berkenaan.
Sementara kakitangan-kakitangan tekun menjalankan tugas mereka di dalam pejabat di bangunan tersebut. Kecekapan bekerja menjadi modal setiap kakitangan untuk melancarkan pentadbiran di fakulti terbabit.
Keceriaan suasana pagi tiba-tiba dikejutkan dengan deringan loceng kecemasan yang membingitkan cuping telingan penghuni bangunan tersebut. Kepulan asap kelihatan keluar dari salah satu sudut bangunan.
Kakitangan yang sedang bertugas dan pelajar yang menjalankan aktiviti pembelajaran mereka bergegas meninggalkan bangunan dalam bunyi deringan loceng yang tidak putus-putus berbunyi.
Kepulan asap terus keluar dari bangunan yang sedang terbakar. Seketika kemudian pihak bomba tiba diikuti oleh ambulan. Anggota-anggota bomba yang terlatih tanpa berlengah terus menyiapkan peralatan untuk memadam kebakaran.
Dalam masa yang sama beberapa anggota bomba bergegas masuk ke dalam bangunan yang sedang terbakar untuk mencari mangsa yang mungkin terperangkap dalam bangunan tersebut. Mereka memeriksa dengan pantas dari bilik ke bilik jika ada mangsa yang tidak sempat keluar dari bangunan.
Dalam masa yang sama anggota bomba di luar bangunan telah bersedia dengan alat untuk memadamkan api yang sedang marak. Mereka menghalakan muncung hos ke arah bangunan yang sedang terbakar.
Sementara itu anggota penyelamat dalam bangunan terus mencari mangsa di setiap sudut dalam bangunan tersebut Setiap aras diperiksa dengan teliti. Akhirnya seorang mangsa yang terperangkap telah berjaya dijumpai. Mangsa yang terselamat telah berkumpul di lokasi yang telah ditetapkan. Mereka memerhatikan bangunan yang sedang terbakar. Mangsa yang telah dijumpai oleh anggota penyelamat seterusnya telah dibawa di atas pengusung keluar dari bangunan. Mangsa seterusnya dimasukkan ke dalam kereta ambulan untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
Sementara itu anggota bomba yang lain terus bertungkus lumus memadamkan kebakaran yang berlku di banguna berkenaan......
Walau bagaimanapun adegan tersebut merupakan satu latihan kebakaran yang telah dijalankan oleh Fakulti pengajian Islam. Latihan tersebut telah mendapat kerjasama jabatan bomba dan penyelamat, pasukan ambulan serta Jabatan Keselamatan Pekerjaan UKM. Ia merupakan satu acara yang menjadi pengisi program kempen minggu keselamatan Fakulti pengajian islam..... .....temubual... Pepatah Melayu mengatakan 'api masa kecil menjadi kawan, bila besar menjadi lawan'. Memang benar kejadian kebakaran yang berlaku telah banyak mendatangkan kemusnahan kepada harta benda malah bukan sedikit kehilangan nyawa. Menyedari tentang bahaya kebakaran ini pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mengelakkan bencana tersebut. Dalam latihan memadam kebakaran ini kakitangan dan pelajar Fakulti Pengajian Islam juga telah ditun ajar cara yang betul untuk memadamkan kebakaran kecil dengan menggunakan alat pemadam api. Terdapat beberapa jenis alat pemadam api untuk bahan-bahan tertentu yang menjadi penyebab kepada kebakaran. Jika bahan yang terbakar ialah kertas, serbuk kayu dan kain maka alat pemadam api yang digunakan ialah serbuk kering, air atau buih. Untuk bahan terbakar yang disebabkan oleh minyak, gasolin dan alkohol, maka bahan pemadam yang sesuai ialah dari jenis serbuk kering, buih, CO2 dan air semburan. Bahan terbakar berupa acetylene, ammonia dan butane pula pemadam jenis serbuk kering, air semburan dan halon sesuai digunakan. Sementara bahan terbakar yang terdiri daripada aluminium, kalsium dan magnesium, maka bahan pemadam ialah serbuk kering. Alat pemadam api yang digunakan adalah untuk memadamkan kebakaran yang kecil pada peringkat permulaan dan biasa digunakan ialah serbuk kering. Tabung pemadam ini bewarna biru muda. Jenis semburan air pula bewarna merah, Jenis buih bewarna kuning langsat. Jenis CO2 pula tin warna hitam dan jenis debu kering dalam tabung warna biru muda. Latihan kebakaran tersebut memang perlu diadakan bagi menyediakan kakitangan dan pelajar dengan pengetahuan berkaitan tindakan yang perlu diambil ketika berlaku sebarang kebakaran. ....temu bual pegawai insiden.... Rata-rata mereka yang terlibat berpuas hati dengan kempen berkenaan. ....temu bual....... Oleh itu bertindaklah dengan sewajarnya sebelum kawan yang akrab menjadi lawan yang berbisa..... *skrip ini telah diolah kembali, tontonlah video yang akan di 'upload' ke youtube nanti...video ini nanti dijamin tiada unsur2 lucah...ekeke...
.....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...
.....sila tonton... Sindrom tidur berapnea(berdengkur) merupakan satu keadaan dimana saluran penafasan atas menyempit dan menutup semasa tidur. Bila penyempitan berlaku, dengkuran akan dihasilkan. Ini menyebabkan tidur terganggu. Ia tidak disedari oleh pesakit yang menyangka dia tidur dengan normal. Tidak bertenaga, cepat marah, tidak dapat kekalkan konsentrasi ketika bertugas, merupakan simtom yang disebabkan tidur terganggu. Faktor penyebab utama ialah obesiti. Lemak dibahagian leher menyumbang kepada penyempitan saluran penafasan. Sindrom tidur berapnea juga berkaita rapat dengan penyakit lain seperti darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung iskemik. STB membunuh pesakit tanpa dikesan dan ia pembunuh licik. STB boleh memburukkan lagi penyakit darah tinggi, kencing manis dan lemah jantung sehingga boleh menyebabkan kematian.
jurukamera: SHAHRUL FADLI ABDUL WAHID SITI SURAYA SULAIMAN
Sebenarnya kami tidaklah terlalu lama dalam keje-keje penerbitan video ni. Kami terbitkan apa yang diminta oleh 'pelanggan' atau perkara kami rasa perlu diterbitkan. Bukan mudah untuk menerbitkan video ni, banyak jugak halangan-halangan yang perlu ditempoh. Mungkin ada yang berpandangan apa susahnyer? Cuma ambil kamera video kemudian pi shoot dan seterusnya buat suntingan, buat voice over, masukkan muzik...celok jer muzik-muzik yang banyak kat internet tu....tapi pernahkah kita terfikir macam mana nak dapatkan idea untuk menulis skrip dan sebagainya...? Menonton video yang telah siap serta membuat sebarang komen memang amat mudah.............. Apa-apa pon kami tak kisah pun apa orang nak kata, yang penting kami dapat selesaikan video yang dihasilkan mengikut apa yang dikehendaki oleh 'pelanggan'. Yang penting jugak pelanggan puas hati dengan keje-keje yang telah kami selesaikan. Jadi video di atas merupakan sebahagian daripada video-video yang telah kami hasilkan sepanjang karier kami sebagai videographer........... Kalau berminat nak tonton silakanlah....dan terima kasih kerana membaca dan menonton di blog aku ini..... Oh! ya....bermula dari 2 MEI 2013 kami tidak lagi berada di bawah PENERBIT UKM tetapi kami akan diambil alih oleh pusat yang lain dalam Universiti Kebangsaan Malaysia...tunggu jer lah......
Awal bulan ini dan bulan lepas, aku dapat siapkan suntingan video hasil rakaman
rakan-rakan. Jika video ini boleh memberi manfaat kepada anda
silah tonton.....
Penyakit barah payudara merupakan
barah tisu payudara . Ia merupakan penyakit barah paling meluas di kalangan
wanita di seluruh dunia. Di barat penyakit ini menyerang
10% wanita semua
peringkat umur. Walaupun pengesanan awal dan rawatan
berkesan dijalankan namun
sekitar 20% pasakit itu akan meninggal dunia.
Kajian Kementerian Kesihatan
Malaysia pula menunjukkan kira-kira
94% kes yang dirawat di hospital kerajaan
sudah ditahap paling
kritikal dan sukar dipulihkan dan kemungkinannya
membawa
maut. Ada diantara puncanya adalah disebabkan pesakit lebih suka
mendapatkan
rawatan tradisi dan hanya bersetuju mendapatkan rawatan
klinikal apabila sudah
parah.
Rawatan kanser payudara secara
pembedahan di Pusat Perubatan UKM telah mengalami evolusi. Bermula dengan
rawatan mastektomi, beberapa teknik baru pembedahan
telah diperkenalkan untuk
memberikan hasil kosmetik yang lebih baik dan juga
membolehkan pesakit
dibenarkan keluar lebih awal dari hospital. Antara
teknik pembedahan baru yang
diperkenalkan termasuklah
pembedahan excision biopsy menggunakan
wayer,
prosedur skin-tacking, prosedur pembedahan menggunakan elektrokauter/diatermi,
penggunaan satu tiub salur keluar dan pembedahan menggunakan harmonic
scalpel.
Teknik ini berjaya dibuktikan dan dapat membantu pakar
bedah, terutama dalam
mengurangkan masalah pembentukan
seroma selepas pembedahan. Teknik pembedahan
sentinel biopsi untuk kanser payudara peringkat awal yang baru diperkenalkan
juga berjaya mengurangkan kompilasi pembedahan kelenjer ketiak disamping
membolehkan
pesakit dibenarkan keluar lebih awal dari hospital. Kesemua
perubahan
rawatan kanser payudara yang dilakukan di PPUKM banyak
membantu jagaan pesakit dan setanding dengan kualiti
perawatan yang diberikan di luar
negara.
'perasmian pembukaan tandak seirama'
'perasmian penutup tandak seirama'
Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia telah
mengadakan TANDAK SEIRAMA pada 28 dan 29 Mac 2013. Persembahan pelbagai genre
tarian yang
dipersembahkan tanpa henti selama 24 jam ini bertujuan untuk
disenaraikan dalam THE MALAYSIA'S
BOOK OF RECORDS.
Kumpulan yang menyertai program ini ialah Artis Budaya Pusat
Kebudayaan UKM, Aadyamaatra ARTISUKMA, Persatuan Mahasiswa Sabah UKM, Kumpulan
Tarian Kolej Keris Mas UKM, Kumpulan Tarian Kolej Ungku Omar UKM,
Kumpulan
Tarian Kolej Aminuddin Baki UKM, dan Kumpulan Tarian
Kolej Burhanuddin Helmi
UKM. Seramai lebih kurang 71 orang
peserta ini akan menarikan tarian untuk 100
buah lagu
secara bergilir-gilir selama 24 JAM. Program ini telah bermula pada
jam 10.00 malam
serta dirasmikan oleh YBhg. Prof Dato' Ir. Dr. Othman A. Karim,
Timbalan
Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UKM. Manakala
YAM Tengku Zain
al-'Abidin Tuanku Mukhriz akan bertindak sebagai saksi
pembentukan rekod baru
itu..... Tak secara langsung jugak kami mungkin boleh cipta rekod sendiri kut iaitu rekod RAKAMAN VIDEO 24 JAM TANPA HENTI.... Video yang kami rakamkan itu akan menjadi bahan bukti untuk persembahan tarian yang berterusan selama 24 jam itu.......bahan video tersebut akan diambil oleh pihak THE MALAYSIA'S BOOK OF RECORDS.............................