Thursday, January 31, 2013

mauliDUR RASul saW UKm 2013



HARI ini, 31 Januari 2013, kami membuat rakaman video sambutan
Maulidur Rasul saw di Dewan Canselor Tun Abdul
Razak Universiti Kebangsaan Malaysia.

keadaan dalam bilik kawalan
Mengikut atuc cara program, jam 8.15 pagi merupakan perarakan sekitar
kampus bermula dari dataran Panggung Seni sambil bersalawat.
Ia diikuti dengan acara dalam dewan iaitu bacaan
ayat2 suci, berzanji dan forum..

dewan masih kosong.
sdr. yunus misdi
sebelum bermula program dalam dewan
ambil kesempatan bergambar
tekunnyer....
salah seorang daripada panel....dari USIM..
salah seorang panel iaitu imam muda..
Krew yang datang agak kurang namun masih mampu untuk membantu kami
dalam membuat rakaman ini berjalan dengan 
baik...ALHAMDULILLAH...
Jadi aku nak ucapkan terima kasih bebanyak
kepada semua krew yang terlibat iaitu SDR. SHAHRUL FADLI, RAMLI,
HAJI RUHAIZAD, JASRIL AMRY, SITI SURAYA, YUNUS,
SHUKRI, YUSRI, HAJI SULIMI, WATIE, SITI 
SYARINA, HIDAYAH, MIMI, ZULHIMI,
JAMALUDIN IBRAHIM, ARENIM,
dan lain2 yang mungkin aku
terlupa nama mereka.
Video rakaman tersebut masih
dalam proses penyuntingan...nanti bila
dah disiapkan akan aku 'upload' ke YOUTUBE...............................
SEKIAN, dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria

Wednesday, January 30, 2013

...jubLI EMas ncWO BERsama pM...


...Yang DiPertua...
SEMALAM, 29 JAN 2013, kami membuat rakaman MCP Jubli Sambutan Jubli
Emas NCWO di DEWAN PERDANA FELDA Jalan Semarak 
Kuala Lumpur......SEMALAM juga merupakan ulang
tahun kelahiran aku yang ke...........lupa maaa...
........................................opst!

...shahrul & kamarul...
...setelah persiapan alatan selesai....
.....kami da sedia tuk bertugas....
....sebelum bertugas.....
....majlis masih belum berlangsung...
...ucapan yang DiPertua NCWO...
....sedang dirakam....
...ucapan PERDANA MENTERI....
...PERDANA MENTERI....
....masa rehat dan minum...
...PM tinggalkan dewan...
HARI ini aku malas nak menulis dan bercerita panjang...ku biarkan
foto-foto ini mengambil tempat untuk berbicara........
Program ini juga merupakan satu sejarah bagi
HAJI RUHAIZAD ABD. MAJID kerana
diminta membacakan doa
dalam majlis
berkenaan...
mungkin disebabkan
pembaca doa yang rasmi terperangkap
dalam kesesakan lalulintas di pusat bandaraya Kuala lumpur...
Aku juga ingin mengucapkan jutaan terima
kasih kepada semua krew MCP 
Unit Audio Video yang
bertugas sejak
persiapan teknikal 28 Januari 2013
hinggalah pada hari majlis berkenaan berlangsung................iaitu
SDR. SHAHRUL, KAMARUL, RAMLI, HAJI RUHAIZAD,
JASRIL AMRY & SITI SURAYA........
ALHAMDULILLAH syukur kerana tiada sebarang
masalah sepanjang tugas yg kami laksanakan..
...terima kasih juga kepada sdr. shahrul
kerana sudi membawa kenderaansendiri disamping terima 
kasih jugak kepada PEMANDU UKM
yang turut membantu kami...

....sekian, terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria

Monday, January 28, 2013

...perSIApan mCP UNtuk jubLI EMas ncWO..


...da petang....
....cantek......
.....sentiasa menanti....
Hari ini kami membuat persiapan teknikal untuk rakaman MCP sambutan Jubli
Emas NCWO. Kami bergerak ke Dewan Perdana Felda Jalan 
Semarak Kuala Lumpur jam 2.00 petang....

....sibuk.....
.....tekun....
...ukur part mana tu....
....hampir siap....
...ini bukan iklan pewangi k....
....kerjasama.....
......shoot.....
Kami bergerak dengan membawa peralatan MCP
yang akan dipasang di dewan berkenaan. Semua peralatan di isi
dalam van UKM iaitu tripod, kamera dan perlatan yang lain. Disamping van,
sdr. shahrul fadli juga membawa keretanya sendiri.

....akhirnya hampir selesai...
....keje..keje gak...jangan lupa solat....
Tidak sampai sejam kami tiba di dewan perdana felda
dan semua peralatan dipunggah dan dibawa masuk ke dalam dewan.
Kerja-kerja pemasangan peralatan terus dilakukan hingga siap. Kami bercadang
untuk menggunakan tiga buah kemera semasa majlis pagi esok.


...minum petang....
....penantian satu siksa...
Majlis sambutan esok akan dihadiri oleh PERDANA 
MENTERI serta isteri.
Acara esok bermula jam 8.00 pagi dan kami perlu bergerak dari UKM
lebih kurang jam 6.30 pagi.
Perdana menteri dijangka tiba jam 9.00 pagi....9.15, ucapan Naib Canselor UKM
sebagai Yang Dipertua NCWO...
9.30 pagi ucapan dan perasmian Perdana Menteri.
11.00 pagi ucap utama oleh YB Senator Dato' Sri Idris Jala, menteri
di jabatan perdana menteri yang bertajuk
'wanita penggerak program transformasi national'


....sempat sembang panjang....
....letih berdiri...duduk pulak....
.......berbeza haluan.....
....sekian, terima kasih kerana sudi membaca.....
DAUD.montak.zakaria.

Sunday, January 27, 2013

..kriKET TWENty20 piALA MENteri pengaJIAN TINGgi..


.....promo...

HARI ini kami (aku, shahrul & Ramli) membuat rakaman video Kejohanan
Kriket Twenty20 Piala Menteri Pendidikan Tinggi.
Kejohanan ini bermula dari 21 Januari 2013.

Oval Bayuemas Kelang...
Oval Bayuemas Kelang...

Kejohanan Kriket twenty20 Piala Menteri Pengajian Tinggi telah diadakan di
Universiti Kebangsaan Malaysia. Kejohanan tersebut berlangsung
dari 21 - 27 Januari 2013.
Kejohanan ini merupakan sebuah kejohanan tahunan
yang dianjurkan bersama oleh Universiti
Kebangsaan Malaysia, Kementerian
Pengajian Tinggi dan
Persatuan Kriket Melayu Malaysia.
rakaman..
 Sejumlah enam buah Institusi Pengajian Tinggi Awam dan swasta
turut mengambil bahagian dalam kejohanan berkenaan.
Ini merupakan kali kelima kejohanan ini
telah dijalankan...
Pasukan-pasukan yang mengambil 
bahagian ialah tuan rumah Universiti Kebangsaan
Malaysia, The Asia Pacific University of Technology and Innovation,
Universiti Teknologi Mara, Universiti Sains Malaysia,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia  dan
Al Bukhari International University.


Semua universiti yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut
telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Perlawanan-
perlawanan telah dijalankan di Oval UKM
dan Oval Bayuemas di Kelang.


Sejak kejohanan ini diwujudkan pada tahun 2009 Universiti Kebangsaan Malaysia
telah menjuarainya secara berturut turut hingga tahun 2012.
Tahun lalu Universiti Kebangsaan Malaysia telah
mengalahkan Universiti Teknologi Mara
untuk muncul sebagai juara
untuk kali keempat.


Kali ini diperingkat separuh akhir Universiti Kebangsaan Malaysia telah bertemu
dengan The Asia Pacific University sementara Universiti Teknologi
Mara telah bertemu dengan AlBukhari International 
University. Perlawanan tersebut berakhir
dengan UKM mengatasi The 
Asia Pacific University dan Universiti
Teknologi Mara mengalahkan AlBukhari International University.


Kedua-dua pasukan bertemu di peringkat akhir yang berlangsung 
pada 27 Januari 2013 di Oval Bayuemas Kelang.


Pertemuan pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Mara
yang juga berlangsung di Oval Bayuemas Kelang memang amat
dinanti-nantikan oleh penyokong masing-masing..
Penyokong masing-masing tidak
berganjak dari tempat duduk
sambil mata terus 
tertumpu ke tengah padang.
Pertemuan kedua-dua pasukan ini telah
berakhir dengan pasukan UKM sekali lagi telah
memenangi kejohanan ini untuk kali kelima berturut-turut..


Universiti Kebangsaan malaysia sebagai penyandang juara telah mengalahkan
Universiti Teknologi Mara dengan kelebihan lapan wickets.
Denagn itu Universiti Kebangsaan Malaysia
telah menerima piala Pusingan Menteri
Pengajian Tinggi serta wang dua 
ribu lima ratus ringgit.
Tempat kedua dimenangi oleh 
Universiti Teknologi Mara. Sementara tempat
ketiga disandang oleh AlBukhari International Universiti
yang baru pertama kali menyertai kejohanan ini. Pemain terbaik
dalam perlawanan akhir dimenangi oleh Mohd Haziq Zainuddin dari
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Permain terbaik keseluruhan pula telah dimenangi oleh
Ahmad Faiz Mohd Noor juga dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Semua hadiah kejohanan telah disampaikan oleh
YBhg. Datuk AB Rahim Md Nor, Ketua Setia
usaha, Kementerian Pengajian
Tinggi.............
Kejohanan tersebut berakhir lebih kurang jam 2.00 petang
dan kami bergerak semula ke Universiti
Kebangsaan Malaysia......
Video kejohanan kriket ini akan aku 'upload' ke YouTube apabila
telah siap disunting oleh sdr. SHAHRUL FADLI.....jadi
cubalah pi ke site ini

http://www.youtube.com/user/TheDaudzakaria/videos?sort=dd&view=0

 untuk tonton video tersebut,
dalam masa tak sampai sebulan aku akan
di 'upload' kan.....
in syaa allah...............................

.....sekian, terima kasih kerana sudi membaca.....
DAUD.montak.zakaria

Thursday, January 24, 2013

...akTIFkan jaRI dan AKTifkan baDAN....



SEMALAM, 23 Januari 2013, aku mengaktifkan jari-jemari aku dengan membuat
 suntingan  video SYARAHAN PERDANA PROFESOR UKM di Bilik 
Suntingan Penerbit UKM. Video berkenaan telah dirakam oleh
SDR. JASRIL AMRY dan SITI SURAYA
di sebelah pagi di AUDITORIUM
PUSAT PERUBATAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
di CHERAS.......
Pita yang telah mempunyai bahan
tersebut aku sunting pada sebelah petang dan apabila
siap aku 'upload' kan ke YOUTUBE...
Syarahan tersebut merupakan SYARAHAN PERDANA Profesor Dr. Wu Loo Ling
bertajuk 'DIABETES DI KALANGAN KANAK-KANAK DAN REMAJA'.
ANDA boleh tonton video berkenaan di atas dan tayangannya
mengambil masa selama lebih kurang 45 minit.

....azrul dan jasril amry...
 SEBELAH malam pulak aku mengaktifkan anggota badan serta urat dan saraf
aku dengan mengambil bahagian, bermain bersama rakan-rakan
sepejabat di DEWAN SUNGAI
TANGKAS......

.....sedia....
Sebenarnya kami bermain di sana seminggu sekali selama lebih kurang
dua jam.....rasanya o.k lah tu....sekurang2nya
dapatlah jugak hilangkan sedikit
lemak yang dah berkumpul
enam hari sebelum tu...kan gitu.....
Dalam permainan tu aku memang tak mampu
nak main lebih-lebih...asalkan keluar peluh, rasanya da o.k lah tu....
tenaga nak simpan maaaa......opst!

sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

Monday, January 21, 2013

sunTINgan perTAma taHUN 2013



Ini lah video pertama yang aku sunting dalam tahun 2013 ini. Video ni
telah dirakam pada tahun 2012 dan aku cuma berkesempatan
membuat suntingan pada tahun 2013 kerana aku
bercuti panjang........

Tuesday, January 15, 2013

GiGi LaGI.....


Pusat Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia
 HARI ini, 15 Januari 2013, aku ada pertemuan dengan doktor gigi di Pusat Kesihatan UKM.
Sebenarnya 'appointment' ini dah dibuat lebih kurang dua minggu yang lalu...
Tujuan perjumpaan hari ini ialah untuk proses cabut gigi
pulak. Perjumpaan sebelum ini ialah
untuk menampal gigi.....boleh pi sini untuk lihat 

...nombor giliran....
 Jam 8.10 aku da gerak ke pusat kesihatan ukm. Sampai sana terus letakkan kad di bakul dan terus terus diambil oleh petugas comey tu.....Setelah rekod diperoleh aku diberi 
kad dan nombor serta diminta tunggu sebentar untuk dipanggil.....

...ubat dan prosedur yang diberi selepas gigi dicabut....
 Lebih kurang jam 8.45 pagi nombor aku dipanggil dan terus masuk bilik 14 untuk rawatan.
Jumpa doktor di mejanya dan dia tanya beberapa soalan kemudian terus suruh aku
 baring dikerusi rawatan. Sebenarnya mungkin doktor tu da tahu
apa yang perlu dibuat setelah menyemak catatan
lalu di rekod aku yang ada padanya...

......catatan prosedur, ubat dan kapas...
Sebenarnya aku da puluhan tahun tak cabut gigi, takut gak aku bila da baring atas kerusi
rawatan tu, lampu yang menyuluh tu pun macam sengaja menakut-nakutkan aku jer....
Doktor tu kata tarik nafas dalam2 sebab dia nak injek......Wah! masa injek tu, 
sakit jugak, berair gak mata aku...Doktor bagi 3 injeksyen kalau
aku tak silap dan...
suruh aku kumur dan rehat lebih kurang 5 minit
kut di kerusi rawatan tu jugak.....
Kemudian tibalah proses untuk mencabut gigi aku yang
da masuk skim pencen tu......rasa macam tak sakit pun masa doktor tu cabut
gigi aku tu.....dan bila da selesai dibubuh kapas atau mungkin kain
kasa kut untuk menahan darah daripada terus keluar....
Kemudian duduk di kerusi meja doktor tu untuk
ambil kad dan MC serta appointment
baru untuk cabut gigi lain yang dah rosak teruk...ermmm...harap2
janganlah gigi aku rosak lagi............ini mungkin akibat tidak dijaga dengan betul kut..
Tapi sepanjang yang aku ingat tak pernah pun aku tak gosok gigi....
adakah ini jugak merupakan hukum qada dan qadar...?
Selesai keluar bilik doktor terus gi kaunter 
dan serahkan kad kepada petugas
yang comey di kaunter untuk
appointment 3 minggu dari sekarang....petugas 
di kaunter tu bagi tarikh minggu pertama bulan Februari 2013....ermmm...
tamatlah satu 'scene' di PUSAT KESIHATAN UKM....

PROSES CABUT GIGI..
Proses cabut gigi biasa dibuat dengan bius setempat di mana bahagian
gusi yang terletak gigi tu jer yang berasa kebas bila di injek
dengan ubat kebas. Proses cabut gigi ni 
dikatogorikan dalam pembedahan
kecil namun kerja mencabut gigi dilakukan secara profesional....bukan main
cabut jer......Selepas dicabut biasanya gusi akan berdarah selama satu
hari. Elakkan berkumur bagi mengelakkan darah
beku di lubang gusi tertanggal dan
gusi berdarah kembali serta
melambatkan proses penyembuhan.
Selepas dicabut kain kasa diletakkan di gusi yang berdarah dan didigit
dengan kuat supaya tekanan yang terhasil menahan darah
daripada terus keluar. Kain kasa ini boleh digigit
selama lebih kurang 20 minit dan jika
pendarahan masih berlaku
kain kasa yang baru digunakan lagi. Lakukan hingga
pendarahan berhenti. Pendarahan yang berterusan merupakan
satu masalah dan perlu berjumpa dengan doktor gigi.....
jangan pi doktor sakit tuan pulak yer....opst!
Jangkitan yang terjadi dalam proses 
penyembuhan boleh dielak
dengan cara tidak menyentuh lubang gusi
dengan lidah dan jika berlaku makan
antibiotik serta menjaga
kebersihan mulut. Berkumur dengan air garam setiap selesai
makan membantu membersihkan kawasan gusi yang 
telah dicabut giginya.......

SELEPAS CABUT GIGI
- berehat sepanjang hari dan elak membuat kerja berat.
- elakkan merokok semasa dalam proses penyembuhan 3 - 4 hari dan sekurangnya
24 jam...
- elakkan gosok gigi dan berkumur dalam masa 24 jam.
- lepas 24 jam berkumur dengan air suam campur garam 4 kali sehari..
- lepas 24 jam boleh gosok gigi dengan hati2...
- makan ubat penahan sakit jika sakit mengikut prosedur...
...tapi aku sebenarnya alahan kepada ubat tahan
sakit dan kalau aku makan biasanya
muka aku menjadi bengkak
3 atau 4 hari baru boleh sembuh selepas jumpa doktor......................................

PENJAGAAN GIGI
-  berus gigi 2 kali sehari.
- guna berus yang betul.
- pemeriksaan gigi sekali atau dua kali setahun.
- jangan merokok.
- kurangkan minuman bergas, kopi dan alkohol.
- tingkatkan pengambilan kalsium.....
- amalkan pengambilan vitamin C dan D.
- tidur 8 jam sehari..........
tu jer......................................................................................................................

Tamatlah satu 'scene' di PUSAT KESIHATAN UKM untuk kali ini
dan 'scene' baru akan dibuat pada awal bulan FEBRUARI
2013 nanti.....

Oh! yer...aku nak masukkan sikit berkaitan tugas kami bulan ni...
Pada 25 JANUARI 2013 kami akan membuat rakaman
MCP 'KONSERT DI-RAJA UKM di DECTAR
UKM jam 8.00 malam...harap
ramai krew yang akan
datang membantu
kami....
dan...pada 31 JANUARI
2013 pula kami akan membuat rakaman
MCP 'SAMBUTAN MAULIDUR RASUL peringkat UKM
di DECTAR jam 10 pagi...perarakan dijalankan waktu awal pagi.
Aku harap jugak ramai krew yang datang membantu...

....sekian terima kasih kerana membaca....
DAUD.montak.zakaria