Wednesday, October 31, 2012

....sONy...oh...SonY....


Minggu ini disamping sibuk dengan tugas rakaman video yang diminta oleh pelanggan,
kami juga sibuk dengan kerja penyuntingan video Majlis Konvokesyen
UKM Ke 40.....suntingan perlu dilakukan untuk membuang
visual yang tidak perlu, itu yang utama...
Ia perlu disunting sebelum diedarkan kepada pelajar yang
membuat tempahan untuk mendapatkan video
tersebut..............................


HARI ini juga aku ingin menulis  perkara yang tidak berkaitan dengan tugas
rutin kami seharian sebagai krew penerbitan video...


Apa yang aku ingin tuliskan ialah kami telah didatangi oleh seorang eksekutif
dari sony malaysia untuk membuat tinjauan berkaitan peralatan
penerbitan yang penerbit ukm miliki di bangunan 
penerbit dan di studio ukm.....


Pada umumnya dia berkunjung ke studio ukm dengan tujuan  mencari ruang 
memperkenalkan peralatan audio visual keluaran sony melalui promo 
yg mungkin diadakan di masa akan datang....mungkin dalam
masa yang terdekat.. Dia cuba mencari apa keperluan
peralatan yang kami perlu dalam kerja
penerbitan kami......
Yang hadir dalam pertemuan di dectar tersebut ialah aku, sdr. shahrul, kamarul,
jasril amry dan feisal kassim.....Perbincangan dengan eksekutif tersebut
iaitu emi hasniza dari sony malaysia mengambil masa lebih kurang 
sejam sebelum kami berserai dari studio ukm dalam 
gerimis hujan.......................
....terima kasih sebab sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

Tuesday, October 30, 2012

...astROnaut....



HARI ini kami membuat rakaman 'multiple camera production' atau
MCP program 'astronaut public lecture' anjuran
ANGKASA UKM di DECTAR.


 ...sarapan dulu sebelum bertugas, 
TQ Jasril Amry.......

 ....main control room...


Program tersebut menampilkan dua orang angkasawan aitu Datuk Dr. Sheikh
Muzaffar dan Dr. Daniel dari US.

 ...shahrul fadli....

 ....siti suraya....

 ....faisal kassim....pelajar LI di penerbit ukm...

 ....siti suraya gak niiii....

 Datuk Sheikh Muzaffar...

 Dr. Daniel....

 ......perasmian oleh TNC...

Program ini pada awalnya dirasmikan oleh Menteri pengajian Tinggi namun
atas sebab yang tidak dapat dielakkan, menteri berkenaan tidak
dapat hadir. Oleh yang demikian majlis perasmian
dijalankan oleh Timbalan Naib Canselor UKM.

 ...majlis perasmian....

 ....sesi soal jawab....

 ....sesi interaksi dengan pelajar...

Tidak ramai krew mcp hadir membantu melainkan Haji Sulimi yang
membantu dari segi audio. Krew yang lain mungkin
sibuk dengan tugas di jabatan masing-masing.

 ....interaksi....

 .....lebih daripada 1000 orang.....

 .....sesi Dr. Daniel...

 ....interaksi dengan pelajar...

Disebabkan kekurangan krew bantuan, semua kerja-kerja rakaman
dilakukan oleh krew unit audio video sendiri iaitu aku dan
sdr. jasril dalam main control room, ramli dan
haji sulimi dalam bilik audio serta
sdr. shahrul, siti suraya, kamarul
dan feisal sebagai 
jurukamera...

 ....interaksi....

 ....melayani pertanyaan....

Selesai ceramah oleh angkasawan, ruang dibuka untuk hadirin bertanya,
pelbagai soalan yang keluar dan ramai yang ingin bertanya,
jika tidak dihadkan tentu ramai lagi yang akan
bangun untuk mengajukan soalan...


Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua krew yang terlibat
dalam rakaman MCP ini...........terima kasih...

Terima kasih jugak kerana sudi membaca...
DAUD.montakzakaria.

Tuesday, October 23, 2012

HAri terAkhir koNVO UKm sidANG 7 & 8

HARI ini, 23 OKTOBER 2012, kami membuat rakaman hari terakhir majlis
konvokesyen ukm ke - 40 di DECTAR..

AJK rakaman mcp konvo ukm ke 40 2012


Awal pagi lagi kami dah siapkan semua peralatan rakaman MCP iaitu sebelum jam 
7.00 pagi lagi.


Selesai peralatan dipasang kami bersarapan pagi di tingkat atas. Memang setiap pagi
krew akan makan di situ. Hari ini aku turut serta. Tu lah makanan
yang aku makan....agak2 berat dak makanan ini..


...ni dia teman aku sarapan pagi......


Selesai sarapan semua krew masuk ke studio, menunggu masa majlis bermula
iaitu pada jam 8.30 pagi, perarakan graduan masuk ke dewan...
Sebenarnya krew video yang terlibat ialah lebih
kurang 40 orang semuanya....



Sidang 7 bermula jam 8.30 pagi dan tamat lebih kurang jam 12.00 tengah hari.
Seperti biasa semua pi makan tengah hari.... 


Selesai makan, masing-masing berehat di studio ukm, menunggu masa majlis bermula 
jam 2.00 petang..........


Biasalah bila waktu rehat....................................


Jam sebelum 2.00 petang, masing-masing dah bersedia untuk rakaman majlis yang
akan bermula....


Dalam konti pun sudah bersedia untuk melaksanakan tugas mereka.....namun
'posing' tetap tak tinggal....


Turut berada dalam konti ialah boss kami prof. kamaruddin m. said, yang
sentiasa berada di studio ukm terutama semasa ucapan naib 
canselor...............


Dalam dewan jugak, jurukamera sentiasa bersedia memberikan shot-shot yang
diminta oleh pengarah studio dalam konti...


Selepas perarakan graduan, perarakan besar pula serta perarakan pro canselor...


Memang jurukamera sentiasa bersedia. Setiap detik amat penting dan setiap ketika
perlu berwaspada.....

 ....foto rakaman siti suraya...tq

Aku pula mengambil kesempatan untuk mengendalikan kamera dua. Ini bukan bermakna
tiada lagi jurukamera lain...tapi aku ingin turut sama supaya skill aku tidak
hilang begitu saja sebagai seorang jurukamera mcp.


Dalam studio juga masing-masing memberi tumpuan yang penuh ke screen monitor.
Namun sempat jugak memberikan posing masing-masing...


Aku mengendalikan kamera selama 1 jam sahaja sebelum diambilalih oleh sdr. bukhari. Sempat jugak aku
mengendalikan kamera hingga ucapan naib canselor berakhir.... Rakaman berkenaan tamat
lebih kurang jam 5.00 petang. Selepas selesai kami mengemaskan semua 
peralatan mcp sebelum pulang. Tugas tersebut tamat
pada jam 6.00 petang lebih kurang.

......foto hidayah...tq dayah...

Satu lagi....semasa kami membuat rakaman, tan sri naib canselor datang melawat ke
studio untuk melihat tugas yang kami jalankan bersama krew pusat
teknologi maklumat.............
Akhirnya aku ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua krew yang terlibat
tanpa kecuali. Tanpa anda semua tentu sukar untuk melaksanakan
tugas yang sebegini besar di ukm. Aku jugak ingin minta maaf jika ada terdapat
kata-kata aku yang melukakan atau mengguris hati sesapa pun...
Harapan aku jugak kita akan dapat berjumpa lagi
di masa akan datang iaitu tahun
2013 nanti.....
.....sekian dan terima kasih kerana membaca.....
DAUD.montakzakaria.

Monday, October 22, 2012

SIdang 5 & 6 konVO UKm ke 40 pula....

HARI ini 22 Oktober 2012...kami menyambung tugas membuat rakaman video MCP
Majlis Konvo UKM Ke 40 di DECTAR....



Macam biasa persiapan dibuat seawal jam 7.00 pagi...'on' kan peralatan dalam studio,
pasang kamera dalam dewan, di bawah dan tingkat atas, on kan monitor
di atas pentas dan belakang pentas dan sebagainya....


Setelah semuanya selesai lebih kurang jam 7.45 am, semua krew pi minum
pagi di tingkat atas...namun ada gak yang tidak pi minum,
termasuklah aku....cuma pagi ni jer aku ikut
shahrul pi minum setelah semuanya
selesai dalam studio...


Sebenarnya aturcara majlis bermula jam 8.00 pagi iaitu perarakan graduan
masuk ke dewan..........


Sebelum rakaman, semua krew bersedia di posisi masing-masing iaitu kamera,
fm, switcher, audio, grafik dan sebagainya sebelum
perarakan bermula jam 8.00 pagi...


Semua krew berkerjasama diantara satu dengan yang lain, MCP bukan kerja 
individu tapi kerja berkumpulan....seorang buat silap akan
wujud kecacatan pada bahan rakaman...


Lorong ini akan sepi apabila masing-masing menjalankan tugas masing-masing
di posisi yang telah ditetapkan....


Selesai rakaman sidang 5, semua krew naik ke tingkat atas untuk sarapan
tengah hari. Selesai makan ada yang berehat, ada yang bukak internet 
untuk lihat fb dan sebagainya sementara menunggu
waktu solat zohor....



Sidang 6 bermula jam 2.00 petang dengan perarakan graduan masuk ke dewan...
Kali ini aku ambil peluang untuk mengendalikan kamera video. Rasa gian 
sebab lama dah tak pegang kamera MCP. Aku siapkan
tugas aku dalam konti terlebih dahulu sebelum
naik tingkat atas untuk mengendalikan
kamera 4.........


Aku tak mahu kehilangan skill mengendalikan kamera MCP jika lama
sangat aku tak mengendalikannya....aku tak kisah pun kalau ada
yang menganggap aku tidak wajar mengendalikan
kamera...kisah pun tidak.....yang penting
hati aku gumbira.....
...esok petang cuba kendalikan
kamera 2 pula jika tiada apa-apa aral.....


Selesai rakaman MCP di DECTAR...aku dan sdr. shahrul serta
jasril pi ke penerbit ukm untuk membuat suntingan
video ucapan salah seorang penerima
gelaran doktor falsafah
dari Thailand. Tan Sri Naib Canselor
hendakkan DVD tersebau pagi esok.....keje selesai
jam hampir 8.00 malam sebelum bergerak
pulang....

Dalam beberapa hari ini iaitu dah 3 hari kami mengendalikan rakaman dan
siaran 'live' dalam dewan...aku sentiasa cuba tidak menyakiti sesiapa
pun di kalangan ahli krew yang bertugas....sentiasa jer
menjaga hati setiap individu supaya tidak
terguris....ini bukan bermakna
di masa yang lain tidak
begitu, tapi dalam kerja MCP
majlis konvo ini hati masing2, perlu dijaga lebih
baik lagi. Kerja kumpulan macam ini memang perlu
bersikap sedemikian....Bayangkan kalau pengendali grafik atau switcher dan
sebagainya merajuk..... tentu susah...tugas dah tentu akan menjadi
tidak keruan...lainlah jika aku punya banyak tangan macam 
octopus, maka tak perlulah aku kepada bantuan
orang lain....sebab punyai banyak
tangan untuk kendalikan semua peralatan...tak gitu...?
Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua krew yang terlibat
dan maaf kiranya ada yang terguris hati.....k...?

....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...dan maaf kerana tulisan yang
 tak menarik ini sebab aku bukan seorang penulis yang mampu menulis 
dengan baik...yang mampu membuai perasaan pembaca
 ketika membacanya ...........................
DAUD.montak.zakaria