Saturday, September 29, 2012

IKrar palaJAR laGI...PJJ puLA...



Hari ini, Sabtu 29 Sept. 2012, kami membuat rakaman video Multiple Camera Production
atau MCP untuk program MAJLIS IKRAR PELAJAR BARU PJJ
Pusat Kembangan Pendidikan.


Majlis tersebut dijalankan di DEWAN CANSELOR TUN ABDUL
RAZAK UKM atau DECTAR...


Macam biasa persiapan peralatan dimulakan dari jam 7.30 pagi walaupun
program tersebut bermula pada jam 10.00 pagi.


Kerja-kerja pemasangan peralatan dan ujian perlu dilakukan lebih awal.....


Kelebihan membuat persiapan teknikal lebih awal daripada perjalanan
program bermula antaranya ialah jika berlaku
sebarang masalah teknikal maka
masih sempat untuk
diambil sebarang
tindakan.


Setelah siap semua peralatan dipasang dan di uji, kami dijemput oleh pihak
urus setia untuk bersarapan pagi.....


Sarapan pagi untuk semua krew yang bertugas amat penting, sebab kalau
perut belum diisi bagaimana nak menjalankan tugas, kan...kan..


Selesai sarapan, masing-masing masuk ke studio ukm untuk berehat sementara
menunggu bermula majlis tersebut.


Lebih kurang jam 10.00 pagi majlis pun bermula dan masing-masing mengambil
posisi masing-masing dalam tugas rakaman tersebut....


VVIP yang hadir dan memberi ucapan ialah Prof. Datuk Dr. Azlan Ghazali, Timbalan 
Naib Canselor Hal - Ehwal Akademik dan Antarabangsa.


Majlis tersebut di isi dengan ucapan TNC, Ikrar Pelajar, Penyerahan
Akujanji dan juga penghargaan kepada pelajar PJJ yang telah
memperoleh Anugerah Pelajar PJJ Terbaik.
Ermmm....aku hormatlah pelajar tersebut yang meperoleh
PNGK 3.99 .......kan...kan....
Majlis ikrar tersebut tamat lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Di sini aku
ingin mengucapkan ribuan terima kasih banyak2 kepada semua
krew yang terlibat iaitu SDR. YUNUS MISDI, HAFIZ
TAIB, HIDAYAH, FAZLIANA, ARENIM,
RAMLI ADNAN, SHAHRUL FADLI,
HANAMICHI, SITI SURAYA,
KAMARUL, HAJI RUHAIZAD dan SDR. FAISAL iaitu 
PELAJAR LATIHAN INDUSTRI di PENERBIT UKM, jugak kepada
urus setia majlis yang menjemput kami bersarapan pagi sebelum memulakan
tugas....Bagi aku tugas tersebut telah dijalankan dengan licin dan lancar
dan sekali lagi TERIMA KASIH BANYAK2 KEPADA
SEMUA KREW YANG TERLIBAT...

.....terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria

Friday, September 28, 2012

KOnvo ukM BAkal kemBALI LAgi...

Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia akan menjelma kembali.
Kali ini ia merupakan MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI
KEBANGSAAN MALAYSIA KE - 40.


*foto by siti suraya...tq.

Hari ini jam 9.30 pagi diadakan mesyuarat dan perbincangan dengan
semua AJK Rakaman Konvo Ke-40 tersebut
di PENERBIT UKM.



Semua aspek dibincangkan dalam mesyuarat tersebut termasuk hal berkaitan
sudut kamera, krew setiap kamera, perlantikan ketua
untuk setiap kamera....


Begitu juga dengan krew lain yang tidak mengendalikan kamera seperti grafik, floor manager,
berkaitan tali leher ukm yang terbaru dan sebagainya....
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh
Prof. Dr. Kamaruddin M. Said...


Aku berbangga dengan kehadiran mesyuarat yang agak ramai iaitu daripada 44 
orang, lebih 2/3 telah hadir.
Terima kasih kepada semua AJK yang telah hadir dan apa
yang diharapkan semua krew akan dapat menjalankan
tugas dengan baik dan berharap juga
jangan berlaku apa-apa
yang mengganggu
kelicinan tugas kami nanti.
Dengan adanya kami, maka layar tayangan
di dewan akan dapat memaparkan visual graduan yang
akan menerima skrol di atas pentas....
Moga majlis ini terhindar daripada sebarang
masalah termasuk masalah teknikal 
dipihak kami...aminnn...
InsyaALLAH..

...terima kasih kerana sudi membaca...

Saturday, September 22, 2012

Mpp...oh!...mPP



21 SEPTEMBER 2012, kami membuat rakaman video Calon Majlis Perwakilan
Pelajar UKM di STUDIO UKM.


Rakaman sebegini memang kami lakukan sejak beberapa tahun yang lalu.
Kami merakamkan calon2 berjumlah 18 orang tersebut yang
memperkenalkan diri serta menjelaskan
manifesto mereka....


Setiap calon diberi masa selama lebih kurang dua minit. Dalam rakaman tersebut
terdapat juga calon yang beberapa kali kami rakamkan mereka 
di depan kamera, yang agak gugup dan macam
agak 'seram' dengan kamera.


Namun ada jugak yang lancar persis seorang calon yang dah lama
dalam bidang ini....
Mengimbau rakaman tahun lalu terdapat jugak calon yang teriak
'cut' dengan sendiri bila terdapat kesilapan dalam ucapan
mereka. Ada juga yang tak beri kami pasang
mikrofon di blazer mereka kerana
mereka ingin lakukan sendiri..
Sebenarnya kami pun memang tiada niat pun nak pasang
jika mereka boleh lakukannya sendiri....
......itulah antara rungutan krew
yang berada di 'studio floor' di mana calon dirakam
oleh jurukamera. Aku biasanya duduk
dalam konti, mengawal peralatan
rakaman bersama
jurugrafik...


Dalam menghadapi situasi yang sebegini, ada ketikanya rasa macam letih,
maklumlah terpaksa hadapi kerenah calon-calon yang akan bertanding
untuk sesi rakaman yang panjang dan kerja rakaman yang 
berkali- kali. Namun di situlah sepatutnya
kami letakkan kesabaran. Bukan semua manusia
'perfect'....tiadapun yang sempurna
melainkan para Nabi & Rasul.


Kami membuat rakaman tersebut bermula dari jam 8.00 malam lebih kurang
dan tamat lebih kurang 11.30 malam....


Pegawai ukm yang hadir dan yang aku kenal ialah En. Mahyudin, Cik Najwa dan En. Mursidi
sementara yang 2 atau tiga orang lagi tu, aku cuma kenal
muka tapi tak pasti namanya...


Calon-calon yang kami rakamkan agak tidak menyusahkan kami pun....aku
suka dengan keadaan macam tu......







Foto-foto yang di atas tu lah antara calon-calon yang kami rakamkan
di Studio UKM..


Sebenarnya tugas kami bukan setakat di studio ukm tetapi juga untuk proses suntingan pula.
Kerja suntingan kami lakukan di PENERBIT UKM.


Kerja-kerja suntingan dan penyalinan ke DVD mengambil masa hingga jam 5.00
pagi. Memang kami tak tidur pun....


Kami siapkan salinan sejumlah 20 unit DVD. Aku bercadang nak serahkan
DVD tersebut pada jam 5.00 pagi tu jugak, tapi tentu takde sape2
pun daripada JPPEL sanggup bangun pada jam tersebut
tambahan pulak suasana pagi tu memang sejuk
kerana bumi telah disirami hujan
yang teramat lebat.


Akhirnya aku serahkan DVD tersebut kepada salah seorang staf JPPEL di 
Pusanika selepas aku mengambil masa selama lebih kurang 3 jam
untuk tidur kerana semalaman aku tak tidur...
Jadi..............................selesailah tugas kami untuk
MPP pada tahun ni....tahun depan
mungkin jumpa lagi kut....
Aku ingin mengucapkan
terima kasih kepada semua krew iaitu
sdr. SHAHRUL FADLI, JASRIL, SITI SURAYA,
RAMLI ADNAN, KAMARUL BAHARIN dan HAJI RUHAIZAD.
Terima kasih jugak dengan pegawai ukm yang bertugas kerana
memudahkan tugas kami sepanjang malam
berkenaan.......

Kalau aku peroleh kebenaran pihak yg bertanggung jawab, aku
akan 'upload' apa yang kami rakamkan dan sunting itu
ke 'youtube', tapi jika tak dapat, aku simpan jer
di arkib Penerbit UKM.

.....terima kasih kerana membaca....
DAUD.montak.zakaria

Thursday, September 20, 2012

..pengHARgaan..oh! ...teRIma KAsih..



Pelbagai cara manusia menghargai manusia atau kumpulan manusia yang lain.
Dalam komuniti manusia, penghargaan yang biasa diberikan
untuk menghargai yang lain terwujud 
dalam pelbagai bentuk...


Ada yang menggunakan kata-kata penghargaan dan pujian yang keluar daripada mulut.
.........ada juga dalam bentuk sijil dan surat penghargaan..


Ada jugak dalam bentuk-bentuk hadiah yang pelbagai, semestinya ia cantek
dipandang oleh penerimanya...


Sejak dulu, kami jugak ada menerima pelbagai penghargaan daripada orang yang
merasakan tugas yang kami telah jalankan untuk mereka telah
mungkin memuaskan hati mereka...
Di atas tulah diantaranya...


Hari ini Bahagian Multimedia yang di bawahnya bernaung Unit Video dan Unit Foto
yang diterajui oleh EN. HAZRUL telah menerima penghargaan lagi..

 *Foto oleh FARAH NADIA..TQ

Kali ini kumpulan yang memberi penghargaan kepada kami ialah Kumpulan
Pelajar yang telah selesai menjalani LATIHAN INDUSTRI di
BAHAGIAN MULTIMEDIA, PENERBIT UKM


Mereka terdiri daripada pelajar Pusat Pengajian Dakwah dan Kepimpinan
yang terdiri daripada USTAZ PYAN, USTAZ AREEF, USTAZAH
FARAH NADIA dan USTAZAH NUR 'AFIFAH..


Tengoklah ni...cantek kan cenderahati yang telah mereka serahkan kepada 
EN. HAZRUL..


Kami cuma mampu mengucapkan terima kasih kepada mereka semua.
Kami cuma menjalankan tugas kami sebagai individu dan 
kumpulan yang diberi tugas untuk membantu
mereka dalam latihan industri tersebut.. 
Bukanlah penghargaan yang kami harapkan, apa yang kami inginkan
ialah ilmu yang sedikit yang kami berikan mampu memberi
sedikit 'input' kepada mereka serta berguna
untuk mereka... 


Selain cenderahati di atas, kami juga sebelum ini telah menerima cenderahati
ini.......namun kami simpan cenderahati tersebut
di bilik editing....bukan sebab kami tak
sudi menerimanya, tetapi...


...ia terlalu manis...kami tidak sanggup menambahkan kemanisan kepada diri kami..
cukuplah setakat manis yang kami miliki sekarang ini...kerana 
sememangnya kami semua telah kelihatan
manis-manis belaka...ekekekeke...


...terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria

Monday, September 17, 2012

Stabilizer - Video Keselamatan DKTAMS



Biasanya seorang Pengarah memerlukan sudut kamera yang pelbagai dan kreatif.
Sudut-sudut sebegini tidak boleh dicapai dengan peralatan
yang biasa digunakan.
Dalam situasi ini  pelbagai
peralatan khusus untuk meletakkan 
kamera boleh digunakan untuk meletakkan
kamera pada sesuatu 'position' untuk membuat rakaman
atau 'shot'.




Dengan peralatan yang khusus
pelbagai sudut boleh dirakam dengan lebih menarik.
Diantara peralatan tersebut ialah sebuah peralatan tempat meletakkan 
kamera yang dipasang ke tubuh jurukamera 
atau DIRECTOR OF PHOTOGRAPHY.




Dengan adanya peralatan demikian DOP boleh bergerak ke merata lokasi
untuk membuat rakaman atau shooting. Bagaimanapun DOP 
mestilah yang mahir jika tidak peralatan canggih
tidak akan bermakna langsung punn...



Kamera yang dipasang kepada
pinggang DOP ini mempunyai pemberat yang
bertindak sebagai pemberat kepada kamera yang terletak 
di atas dan seterusnya menjadikan ia lebih stabil dan seimbang ketika
 membuat rakaman walaupun rakaman dibuat ketika berjalan
atau bergerak oleh DOP.



Peralatan yang dipasang kepinggang
DOP akan mengurangkan beban yang ditanggung
oleh tangan dan seterusnya menjadikan rakaman yang dirakam 
kelihatan stabil dan licin pergerakannya.
'Stabilizer'  ini akan menyerap
goyang dan hentakan
ketika rakaman dalam keadaan
bergerak yang dibuat oleh DIRECTOR OF PHOTOGRAPHY.



BODY STABILISER ini membolehkan DOP
meletakkan ke sisi tripod,  padestal, dolly dan crane
buat sementara waktu. BODY STABILIZER juga boleh
membuat rakaman atau 'shooting'  daripada kereta yang sedang 
bergerak, kereta api, truck, atau helikopter tapi JANGAN SEKALI-KALI
membuat rakaman daripada atas atap kapalterbang yang sedang
terbang di awan...ekekekekeke...opst!

 ...sesi rehat...

Hari ini kami membuat 'shooting' atau rakaman 'footage' untuk penerbitan
video KESELAMATAN BANGUNAN.

 ....relax sat....

Hari ini 'shooting location' kami ialah DEWAN TUN ABDULLAH MOHD SALLEH.
Sebelum ini penerbitan video Keselamatan Bangunan ini telah dibuat untuk
bangunan DECTAR, BILIK MAJLIS, BILIK SENAT 
dan PANGGUNG SENI...

 .....nak cuba gak....



Sebenarnya projek ini merupakan usahasama antara PEJABAT KESELAMATAN
dan KESIHATAN PEKERJAAN, PENERBIT dan
PTM. Kami cuma membuat shooting, rakaman audio dan
suntingan offline....

 'I love ISLAM'

Suntingan on-line dibuat oleh PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT
dengan memasukkan grafik plan bangunan dan sebagainya...
....peace...

Kerja-kerja 'shooting' kami, tamat lebih kurang jam 2.00 petang....Footage tersebut akan
aku sunting minggu depan.....dan diharapkan tiada sebarang masalah
dalam menyelesaikan suntingan off-line tersebut
serta dibantu oleh krew yang
lain dalam kerja
'dubbing'..
...terima kasih
bebanyak kepada semua
krew yang terlibat iaitu SDR. SHAHRUL FADLI,
JASRIL AMRY, KAMARUL BAHARIN dan SITI SURAYA.
Sebenarnya shooting untuk video ini tidaklah mencabar 
sangat namun ia perlu dibuat dengan seteliti mungkin
untuk mengelakkan sebarang kesukaran
masa penyuntingan dan
sebagainya...

...terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria.