Wednesday, December 14, 2011

MCP Suara Kampus V

.....sebelum memulakan tugas rakaman....

Disember 13, 2011; kami membuat rakaman video MCP Suara Kampus V yang bertajuk 'kiamat 2012, sejauh mana kebenarannya'. Sebenarnya tugas berkenaan merupakan tugas
yang agak tergempar dan tidak pun dirancang.


Pihak penganjur dari PMUKM datang berjumpa ngan aku di Penerbit UKM waktu pagi serta bertanyakan tentang penggunaan kamera video untuk rakaman di DECTAR pada sebelah malam. Sebenarnya aku tidak boleh membuat keputusan untuk menerima atau menolak permohonan tersebut. Oleh itu aku sarankan mereka bertanyakan En. Hazrul Ketua Bahagian Multimedia Penerbit UKM kerana dia saja yang boleh membuat keputusan berkenaan. Melainkan jika En. Hazrul tiada maka aku bolehlah membuat keputusan tersebut. Agak lama jugak mereka menunggu En. Hazrul.

...sebelum memulakan tugas rakaman...Hanamichi...

...asyik nampak.... sebelum mulakan tugas...

Pabila En. Hazrul tiba, terus jumpa aku bertanyakan hal MCP berkenaan, bagi aku jika dia kata o.k, aku pun tak jadi masalah. Cuma aku terpaksa cari krew bantuan dari jabatan
lain sebelum tamat waktu pejabat. Cara yang paling mudah untuk
menghubungi krew ialah melalui facebook...ermmmm...
berguna gak facebook ni dalam masa singkat ini.


Aku pinjam 'poster' daripada 'seseorang'(...dengan kebenaran tauuuu............), sebagai cara untuk mempercepatkan krew yang dihubungi faham rakaman mcp yang perlu dibuat pada malam tu...timekasih ler 'orang' berkenaan.... Agak cepat gak 'feedback' yang aku terima daripada rakan-rakan krew bantuan rakaman termasuk yang datang dari UKM Kuala Lumpur................. ramai gak yang sanggup membantu...

....haji sulimi di bilik audio....dia ambil alih tugas kerana sdr. ramli bercuti 4 hari....

....switcher 'baru' kami sedang bertugas dengan yang lain-lain...

Aku tiba di DECTAR lebih kurang jam 6.30 petang untuk membuat persiapan teknikal.
Namun apa yang aku dapati semua kamera dan peralatan dalam studio telah
dipasang oleh sdr. Shahrul Fadli dan Jasril Amry(Hanamichi). Terima kasih
kepada mereka berdua.


Hampir tiba waktu rakaman seorang demi seorang krew bantuan tiba di studio ukm. Ramai jugak yang dapat hadir.
Rakaman bermula lebih kurang jam 8.30 malam kalau tak silap aku.


...sdr. Kamarul Baharin sedang mengendalikan bilik kawalan sebagai Pengarah Studio...






...ermmmmmmm...????

Hairan aku...tiada seorang pun VIP atau VVIP? yang hadir malam tu tidak seperti yang diraptaikan siang tadi atau petang tadi ketika aku berada dalam studio.
Agak lupa gak aku, sebelum forum bermula terdapat nyanyian
Negara KU dan alunan nasyid oleh kumpulan
yang aku dah lupa namanya.
Sebuah tayangan multimedia juga ditayangkan, ermmm....cantik
aku lihat multimedia berkenaan....


Forum tersebut mengetengahkan dua orang ahli panel yang aku dah lupa nama mereka berdua serta seorang moderator yang jugak lupa namanya. ...ermmm....tak tau apa yang aku ingat.........Aku rasa ramai yang kenal moderator ni yang sering mengendalikan AL KULIYYAH di TV3 tu....




...sdr. Kamarul Baharin...



...dalam bilik kawalan....

Lebih kurang satu jam yang pertama aku bertindak sebagai PENGARAH STUDIO sebelum diberikan kepada sdr. KAMARUL BAHARIN untuk mengendalikan rakaman
tersebut hingga tamat....
Ermmmm....nampaknya ramai yang hadir....tetapi nampaknya yang hadir forum
tersebut kebanyakannya terdiri daripada
kaum HAWA...kenapa yer....? Adakah sememangnya kaum ADAM ni
dah hampir pupus.....? Adakah kaum ADAM akan wujud dalam
bentuk 'fosil-fosil' di zaman yang mendatang...?


Banyak juga informasi yang diperoleh daripada forum berkenaan.... Ahli penal pertama menyampaikan ceramahnya kelihatan seperti dalam bilik kuliah....
Sementara panel kedua seperti ceramah biasa yang kita boleh dengar dalam forum-forum dan majlis ceramah yang biasa kita dengar....
Walau bagaimana pun kedua-duanya o.k....kedua-duanya memberikan banyak input berguna kepada para hadirin...

...bilik kawalan....


....di atas pentas dalam dectar....

Moderator forum tersebut banyak mencuit hati hadirin....ada-ada saja
perkara yang disebut yang menyebabkan
dewan agak ceria sentiasa...

















....moderator.....
.....ahli penal....


Program tersebut berakhir lebih kurang jam 11.00 malam. Seperti biasa semua peralatan dikemas sebelum masing-masing pulang....

...ahli penal...

Terima kasih banyak-banyak kepada semua krew iaitu sdr. SHAHRUL FADLI, KAMARUL BAHARIN, JASRIL AMRY, SITI SURAYA, HAJI RUHAIZAD, HAJI SULIMI, AHMAD YUNUS, BUKHARI, AZRUL KHAIDIR, KHAIDIR, YUSRI, LEN RAHMAN, SAIFULLAH, WATIE, ROSLI dan......lain2.


daudmontakzakaria.

Wednesday, December 7, 2011

Bengkel Dokumentari di Cameron Highlands


Inilah kami yang menjadi penceramah dan fasilitator sepanjang BENGKEL VIDEO DOKUMENTARI di Cameron Highlands dari 3 - 7 Disember 2011 yang lalu.
Dari kiri sdr. JASRIL AMRY ABDUL WAHID, RAMLI ADNAN, HAZRUL ABDUL HALIM, SITI SURAYA SULAIMAN, SHAHRUL FADLI ABDUL RAHIM, KAMARUL BAHARIN SUPAAT, HAJI RUHAIZAD ABDUL MAJID, AKU(DAUD MONTAK ZAKARIA) dan HAJI ISMAIL IBRAHIM...bertemu lagi di bengkel-bengkel video akan datang...(foto diambil dari HILMI BABA salah seorang peserta yang terlibat dalam bengkel berkenaan..)
...semasa ceramah di bilik seminar penerbit ukm...

3 - 7 Disember 2011 kami telah berada di Cameron Highlands kerana mengendalikan
Bengkel Dokumentari anjuran Pejabat Pendaftar UKM
dengan kerjasama Penerbit UKM.


Semua ceramah diadakan di Penerbit UKM pada 3 Disember. Aku sdr. Shahrul, En. Hazrul, Jasril Amry, Kamarul Baharin dan Moritz Bunk telah menyampaikan ceramah.
Aku bukanlah pandai sangat pun...tapi dah takde orang lain kat unit aku tu, maka pikullah jugak tanggung jawab tu....


...semasa dalam dewan rumah peranginan persekutuan cameron highlans....



...masa 'shooting' kat kampung komuniti melayu
di cameron highlands....

Lebih kurang 20 orang peserta telah mengambil bahagian dalam bengkel berkenaan.
Ini termasuklah 4 orang peserta dari INSTUN
atau Institut Tanah dan Ukur Negara. Mereka menyertainya
kerana dihantar oleh institut tempat mereka
bekerja.


Kami bergerak ke Cameron setelah selesai penyampaian ceramah di Penerbit UKM iaitu lebih kurang jam 6.00 petang. Perjalanan kami adalah melalui Tapah Perak. Agak lama gak dalam bas tu...letih sesangat...

....semasa 'shooting' di kampung komuniti melayu di cameron...
....shooting di ladang strawbery di cameron....

Di Cameron kami menginap di Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands.
Disebabkan sedikit masalah teknikal kami terpaksa bermalam selama
satu malam di Rumah Pahang. Segala urusan dilakukan
oleh Haji Ismail.


Pandangan aku peserta bengkel kami amat rajin dan amat patuh dengan segala yang diwajibkan kepada mereka untuk diselesaikan berkaitan penerbitan dokumentari berkenaan. Ini mungkin disebabkan mereka berminat dengan bengkel penerbitan video dokumentari tu....aku memang suka dengan mereka yang benar2 nak tau, bukan sekadar suka-suka sebab tujuan yang lain dari tu...

...semasa 'shooting' di kampung melayu cameron.....
....'shooting' di Bharat Tea di cameron.....

Banyak lokasi yang kami lawati untuk membuat rakaman 'footage' video untuk dijadikan bahan
dalam penerbitan dokumentari tersebut. Antara lokasi terbabit ialah
Taman Rama-Rama, MARDI, Pasar Malam Brincang,
Strawbery Farm, dan lain-lain.



Hari kedua hingga hari ketiga di Cameron, peserta diminta membuat rakaman video iaitu merakam 'footage' untuk bahan menerbitkan sebuah dokumentari.
Aku akui peserta kali ini memang boleh dipuji, mereka benar-benar
serius dengan tugas mereka.....mereka dibantu oleh semua fasilitator...
Hari keempat di Cameron kerja-kerja penyuntingan pula dilakukan oleh peserta dengan dibantu oleh semua fasilitator.

....shooting lagiiii....

....ladang teh Bharat Tea.....

Kerja penyuntingan dilakukan oleh setiap kumpulam yang berjumlah 3 kumpulan
semuanya. Kerja-kerja penyuntingan dan juga rakaman suara latar
dan pemilihan musik serta menyempurnakan skrip,
dilakukan secara bersama. Nampaknyer kerjasama di antara mereka
amat baik. Penyuntingan offline dan online memakan masa yang agak lama.
Terdapat kumpulan yang terpaksa berjaga hingga jam 2 atau 3 pagi
untuk menyiapkan dokumentari masing-
masing. Walau bagaimanapun
tidak kedengaran pun sebarang
rungutan yang terpacul dari mulut mereka...melainkan jeritan kesejukan
ketika bersiram waktu pagi kerana kerosakan 'water heater'...
ekekekekekeke....


Hari terakhir iaitu 7 Disember 2011, selepas sarapan sesi tayangan untuk 'preview' pula dijalankan. Setiap grup menayangkan dokumentari masing-masing yang kemudiannya di berikan komen-komen.
Tajuk dokumentari yang telah ditayangkan ialah Cameron Highlands, Strawbery Farm dan Teh Cameron Highlands.
Pada keseluruhannya bengkel tersebut telah berjaya dijalankan dan kami berharap semua peserta faham dengan tugas-tugas menerbitkan sebuah dokumentari.

...semasa penyuntingan, hampir jam 3 pagi baru siap....

...penyuntingan lagiii....

Bagi aku bengkel berkenaan telah mampu memberi kefahaman kepada peserta. Hanya satu perkara yang aku ingin sentuh iaitu berkaitan 'storyboard'. 'Storyboard' amat penting kerana
dengan adanya 'storyboard' berkenaan, tentu sekali rakaman yang terlalu
panjang dan menjela dapat dielakkan jika kita mempunyai
sebuah 'storyboard' yang agak lengkap.


Membuat sebuah penerbitan dokumentari bukanlah semudah kita berkata-kata. Ia perlukan kerjasama dan yang paling penting ilmu berkaitan penerbitan dokumentari berkenaan. Tanpa ilmu, tiada dokumentari....bukan semudah memakan sebungkus kacang......

Akhirnya terima kasih banyak-banyak kepada SEMUA peserta dan semua penceramah dan fasilitator yang terlibat....

...semasa sesi 'preview' dokumentari setiap kumpulan...


daudmontakzakaria...