Wednesday, July 27, 2011

Sebuah Catatan Fotografi di Pulau Tioman


PETA PULAU TIOMAN.
Cuba lihat Kg Tekek, Kg Juara, Kampung Genting dan Kampung Salang.

Aku berada di Pulau Tioman daripada 23 - 27 Julai 2011, kerana 'shooting video' Bengkel Foto anj. Unit Latihan Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Penerbit UKM. Walaupun kurang sihat kerana diserang sakit mata aku pergi juga sebab akau nak terbitkan video ni dan upload ke YouTube. Siang Jumaat tu aku gi klinik ambil ubat dengan harapan bila berada di Pulau Tioman sakit aku tu berkurang. ALHAMDULILLAH, ketika di sana sakit mata aku berkurang dan dapat membuat tugas aku dengan sempurna....








Aku bersama sdr. Jasril turut mengikuti kumpulan kakitangan UKM yang menyertai Bengkel Foto di Pulau Tioman. Kami berdua bukan peserta bengkel pun, tetapi bertindak sebagai videographer yang akan merakamkan segala aktiviti bengkel berkenaan selama 5 hari bermula daripada 23 - 27 Julai 2011.

*...Haji Ismail(kanan) sedang berurusan...


Perjalanan ke Pulau Tioman bermula dari UKM dengan bas...ermmmm...bukan bernama UKM pun bas tuuuu... kira2 jam 11.30 malam.

*...masa di pengkalan Tanjung Gemok...

Disebabkan bergerak pada waktu malam, aktiviti paling sesuai ketika itu ialah tidoq kut.... Namun aktiviti tidoq tu kerap diganggu oleh hentakan bas ketika melalui jalanraya yang beralun sama macam ombak laut bila dilanggar bot laju. Bolehlah kita katakan 'tidur-tidur ayam...' (...spesis itik tak tidur ker...).
*....dah sampai Kampung Tekek ni...

Aku tak taupun sama ada wujud atau tidak kampung di kiri dan kanan jalan yang dilalui tu. itulah kerugiannya bila bergerak waktu malam ni..... Lebih kurang jam 5.00 pagi kami tiba di Pengkalan Feri Tangjung Gemok ( napeler nama macam ni...)Rompin Pahang. Punggah semua beg-beg keluar dari perut bas... Masuk waktu Subuh, pi surau berhampiran. Pelik aku dengan pemandu bas yang 'ini', tak sabar-sabar nak 'blahhh....' Apalah salahnya hantar kami di pintu pengkalan feri tu selepas sarapan, berat oooorrr...beg yang kami bawa tu, beg pakaian dan alatan2. Beg yang kami bawak bukan ringan maklumlah nak duk 5 hari. Sedangkan pemandu bas 'satu lagi' boleh pulak buat macam tuu... Opst! lupa nak citer @ tulis, sebenarnya dua buah bas digunakan untuk membawa lebih kurang 50 orang peserta ke sana... Satu lagi lupa nak citer, bengkel ni anjuran Unit Latihan Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Penerbit UKM..

Untuk sampai ke Pengkalan Tanjung Gemuk ni memakan masa selama 5 jam lebih kurang. Di pengkalan, selepas mengambil 'boarding pass' kami bergerak menuju feri yang sedang menunggu..(ewah...macamkan feri tu nak tunggu sangat, kalau terlepas nasib ler....). Sebenarnya Haji Ismail telah menguruskan semua urusan lebih awal, tu lah sebabnya tiada timbul sebarang masalah.

*...ni depan pejabat chalet tu ler.....

*.....sesi ceramah....

Di feri semua beg diletakkan di bahagian atas feri sementara beg yang mengandungi barang berharga dibawa bersama masuk ke dalam. Dalam feri aku memilih tempat duduk berhampiran tingkap dengan harapan untuk membuat rakaman video di luar. Di bahagian atas feri tidak dibenarkan penumpang duduk atas sebab keselamatan. Malang nasib aku ketika bergerak takleh nak rakam video dari tingkap feri kerana cermin tingkapnya comot sangat....ermmm...Feri jugak terasa agak bergoyang sedikit, mungkin ombak lebih tinggi daripada biasa kut....eloklah bahagian atas tak dibenarkan untuk penumpang, maklumlah kalau tercampak ke air bukankah susah....

Fikiran aku buntu sangat berada lama dalam feri iaitu kira-kira 2 jam beb...kematu rasanya tempat tertentu... ya...dua jam perjalanan (eh! leh ker berjalan dalam air ni...) untuk sampai pengkalan Kampung Tekek... Walaupun skrin televisyen yang usang(sebab kalernya macam tak betul jer...) menunjukkan filem Melayu tapi tetap gak boring rasenyer... Dari dalam feri kelihatan pulau-pulau kecil dilintasi oleh feri berkenaan.
Sebelum sampai di Kampung Tekek, feri tersebut singgah di Pengkalan Kg. Genting untuk menurunkan atau mengambil penumpang. Ketika itu jam menunjukkan pukul 9.35 pagi dan waktu bergerak tadi jam 8.00 pagi.

*...leka dengar ceramah foto...

Tiba di Pengkalan Kampung Tekek jam menunjukkan pukul 10.00 pagi. Urusan penginapan di Chalet Peladang selesai lebih kurang jam 11.00 pagi. Jam 11.30 pagi diadakan taklimat ringkas serta tunjuk ajar asas kamera kepada peserta bengkel yang masih baru dalam bidang berkenaan. Sementara peserta yang 'otai' dibenarkan berkeliaran di sekitar Kampung Tekek untuk merkamkan apa-apa saja untuk dijadikan hasil yang mempunyai nilai estetika dalam seni fotografi. Sebelah malam pula diadakan ceramah Photoshop oleh Pn. Insyirah.
*....dalam hutan rimba ketika 'jungle tracking...'

HARI KEDUA 24 JULAI 2011
Selepas sarapan peserta dibahagikan kepada dua kumpulan dimana satu kumpulan bergerak ke Kampung Salang dengan bot-bot laju sementara satu kumpulan lagi bergerak ke Kampung Juara dengan kenderaan 4WD. Kampung Juara terletak sebelah timur pulau iaitu menghadap laut China Selatan. Jarak perjalanan kira2 7 Kilometer dengan melintasi banjaran yang tinggi jugak. Aku dan sdr. Jasril mengikut kumpulan yang bergerak ke Kg. Juara. Kenderaan 4WD tersebut bergerak mendaki banjaran, jalan tar yang bengkang bengkuk di sana sini. Dipertengahan perjalanan kami singgah di hutan untuk melakukan sedikit 'jungle tracking' masuk ke hutan hingga tiba di satu air terjun kecil... Peserta merakamkan segala yang kelihatan untuk dijadikan subjek rakaman foto mereka. Banyak jugak subjek yang aku dan sdr. Jasril rakam disekitar hutan tu termasuk anak-anak ikan dalam air sekitar air terjun kecil tu...Jam 11.00 pagi lebih kurang, kami bergerak ke Kampung Juara. Untuk tiba di sana, laluan bengkang bengkuk itu jugak yang dilalui kerana itulah satu2nya jalan yang ada. Di Kampung Juara pantainya bersih tiada kelihatan banyak sampah pun cuma terdapat sedikit semak, tak tau nape dia orang tak bersihkan, kalau namanya pulau percutian nape tak dibersihkan......tah pape dia orang tuuu...Air lautnya amat jernih, mungkin sebab berhadapan dengan laut luas China Selatan kut...
Semua subjek dirakam termasuk Pusat Pemuliharaan Penyu. Ramai jugak pelancong Eropah kat sini berseorangan atau berpasangan....bimbang nak tengok lama-lama maklumlah......
*...pantai kampung Juara..

Jam 3.00 petang kami kembali semula ke Kampung Tekek. Sebelah malam pula tiba giliran Ketua Penerbit Prof. Dr. Kamaruddin M Said menyampaikan ceramahnya.

HARI KETIGA 25 JULAI 2011
Selepas sarapan grup yang kami ikuti pula mendapat peluang untuk ke Kampung Salang dengan bot-bot laju sejumlah 3 buah semuanya. Grup yang satu lagi bergerak ke Kampung Juara. Aku naik bot bersama 5 yang lain termasuk En. Hazrul dan sdr. Jasril. Laju bot berkenaan bergerak dan aku yang duduk di depan amat tidak selesa kerana terhentak-hentak ketika bot laju melanggar ombak. Rakaman gagal aku lakukan ketika itu dan aku berikan kamera kepada Jasril untuk membuat rakaman kerana berada dibahagian belakang atau tengah bot akan lebih stabil berbanding bila kita berada di bahagian depan. Kami sampai di Kg. Salang lebih kurang 15 minit dari Kg Tekek. Kampung tersebut tidaklah luas sangat pun, yang banyak kat situ ialah chalet. Chalet 5 bintang yang belum dapat CF pun ada, besar sungguh kawasan chalet tanpa CF tu... Pelancong antarabangsa ramai kat sini. Memang kampung ni boleh dikatakan untuk pelancong kut. Faham-fahamlah pelancong Eropah ni memang simple pakaian yang dipakai. Pakaian yang lekat di badan mereka cuma satu 'garisan' di atas dan satu 'garisan' lagi di tengah-tengah. Dalam keadaan begitulah mereka bersidai kat matahari di tepi pantai tu dan mundar mandir di merata tempat berkenaan. Kami tidak rakam pun suasana tu, bukan saja kami malu atau bimbang malah mungkin kamera kami pun 'segan' nak rakam kut... Kami tidak berada lama di kampung berkenaan dan jam 12.00 tengah hari kami pulang ke Kg. Tekek. Visual yang kami rakam cuma chalet, aktiviti peserta dan permandangan jer... Kami bergerak dengan bot kembali ke Tekek dan kali ini aku duduk di belakang hampir dengan enjin bot dan dapatlah buat rakaman sedikit dengan kamera yang dibalut plastik bagi mengelakkan air yang mercik masuk ke bot.

Sebelah petang kami merakamkan aktiviti peserta memilih foto-foto terbaik untuk dipersembahkan pada waktu malam.
Jam 4.00 petang aku dan sdr. Jasril pergi ke Taman Laut untuk merakamkan aktivi snorkelling yang dilakukan oleh para peserta termasuk Prof. K.

*... pantai Kg Tekek....

Sungguh seronok melihat air yang jernih hingga kelihatan jauh ke dalam air di lokasi tu. Banyak jugak rakaman yang aku lakukan termasuk ikan-ikan yang banyak yang berlegar di sekeliling mereka yang memberikan makanan ikan di dalam air berkenaan.
*...Kg Tekek....

Sesi pembentangan hasil kerja dilakukan waktu malam dan sempat juga akau merakamkan beberapa orang peserta termasuk ulasan Prof. Kamaruddin. Selama 2 hari termasuk hari ini kami cuba merakamkan 'sunset' di pantai Pulau Tioman namun semuanya gagal, mungkin 'sunset' memang tiada di Tioman kut...


HARI KEEMPAT 26 JULAI 2011;
Selepas sarapan kami iaitu aku dan sdr. Jasril mengikuti kumpulan peserta lebih kurang 20 orang untuk melakukan aktiviti 'jungle tracking'. Aku dan sdr. Jasril mengikuti aktiviti berkenaan sebagai 'videographer' yang akan merakamkan perjalanan aktiviti tersebut.

*...taman laut...

Kami dibawa ke lokasi untuk masuk hutan dengan kenderaan 4WD jam 9.00 pagi. Permulaan perjalanan merupakan keadaan muka bumi yang agak landai jer...namun lama kelamaan mula mendaki sedikit demi sedikit. Laluan yang dilalui ialah merupakan jalan tanah serta meniti batu-batu kecil dan besar. Kami juga merakamkan aktiviti peserta sepanjang perjalanan tersebut serta juga spesis flora yang wujud. Terdapat pokok-pokok balak yang besar sungguh. Macam-macam tumbuhan ada di sini. Serangga yang merayap jugak kelihatan. Letih jugak mendaki kawasan hutan melalui jalan tanah ni.

*...pantai kampung Salang...

Di laluan jungle tracking tersebut kami berjumpa ramai pelancong antarabangsa termasuk dari Iran yang cantik bertudung pasangannya. Mereka minta saudara Jasril membuat rakaman foto mereka berduan berlatar belakangkan hutan dan sungai...

Setelah agak lama mendaki kami tiba dipersimpangan jalan tar untuk menuju ke kampung Tekek dan Kg. Juara. Selepas semua peserta berehat seketika, maka kami pun mula bergerak menuju jalan tar ke Kg Tekek. Jalan tar ini merupakan satu-satunya jalan yang menghubungkan bahagian barat dan timur Pulau Tioman yang mempunyai jarak 7 kilometer.

*...tepi pantai Kg. Salang.....

Masa awal berjalan tidaklah terasa letih sangat, namun bila dah lama berjalan dan mendaki, kaki dah mula lengoh-lengoh dan sakit-sakit. Aku rasakan amat jauh untuk menamatkan perjalanan untuk tiba di Kg Tekek tu, macam tak sampai-sampai jer....tak sabar nak tamatkan cepat. Badan pun dah letih sangat, tapak kaki pun rasa pedih kerana aku dah buat silap, pakai kasut getah tanpa sarung kaki...
Perjalanan mendaki dan menurun kelihatan tidak sudah-sudah lepas satu pendakian ke satu yang lain begitu juga lepas satu selekoh ke satu selekoh....air pulak dah habis satu botol besar. Terdapat satu kumpulan lagi di belakang kumpulan aku, Haji ismail dan Yan....
Pada mulanya Haji Ismail dan Yan bersama aku, lama kelamaan Haji Ismail dan Yan jauh meninggalkan aku keseorangan sementara di belakang aku ada lagi satu grup peserta bengkel. Di hadapan kami terdapat satu lagi grup kecil termasuk sdr. Jasril... Tenaga hampir habis rasanya dan subjek-subjek yang kelihatan cantik dan menarik dijumpa, dah rasa malas nak rakam sebab letih sesangat. Waktu menurun bukit seperti tak berkesudahan jugak, lepas satu selekoh curam ke satu selekoh curam yang lain.

*...inilah sebahagian peserta yang sama-sama ber'jungle tracking'...

Akhirnya setelah jauh serta lama berjalan dan hampir tiba di Kg Tekek, tiba2 muncul kenderaan 4 WD serta pemandu kenderaan 4WD tersebut singgah, menumpangkan aku serta kelihatan juga kumpulan di belakang aku sudah pun berada di dalamnya. Ketika itu aku sudah hampir sampai ke jalan tar menuju Kg. Tekek. Syukur jugaklah, tak perlu lagi aku menapak dengan langkah yang semangkin pendek dan perlahan....Tiba di chalet aku terus pergi ke tempat makan namun bukan makanan yang aku ambil tetapi 1,2,3 dan 4 gelas air saja yang aku minum...tak ambik makanan pun tengah hari tu walaupun jam menunjukkan pukul 2.00 petang lebih kurang. Di sana sdr. Jasril telah pun sampai dahulu...eksyen sungguh dia... tinggalkannya aku....ermmm...

Walau bagaimanapun aku amat berpuas hati kerana terlibat dalam aktiviti 'jungle tracking' tu....menyesal...?...oh! tidak..tak...tak...kalau ada lagi aktiviti macam ni aku akan ikut...aku suka aktivi macam ni, seronok walaupun keletihan...Sedikit pun aku tak menyesal dan jika ada peluang lagi aku akan ikut....jommmmm....

*....pokok besar yang kami jumpa dalam rimba semasa 'jungle tracking...

Masa yang di ambil untuk melengkapkan aktiviti tersebut lebih kurang 5 jam kut dan jaraknya ermmm...mungkin 7 atau 10 kilometer....kami masuk ke hutan jam 9.30 kut....dan keluar jam 2.00 petang..

*...pokok hutan, cantik....

Aku seronok dengan aktiviti ni....seronok walaupun letih...suka sertai aktiviti ni sambil merakam video, dengan cara ini aku dapat berkongsi keindahan hutan dengan mereka yang tidak pernah masuk ke hutan melalui video yang sering aku 'upload' selepas disunting ke YouTube....

Terima kasih tidak terhingga kepada pemandu 4WD yang menumpangkan aku tu yang mana aku tak sempat nak ucap pun kepadanya....

Sebelah malam pula rakaman 'presentation' peserta dilakukan.

*...cantik pokok ni...walaupun kelihatan berhantu....



HARI KELIMA 27 JULAI 2011;
Selepas sarapan kami bergerak ke pengkalan untuk naik feri dan pulang.

*...masa balik ketika berada dipengkalan feri.....Siti Suraya sedang buat rakaman...sib baik bengkel dah tamat, kalau tak ada yang warning aku supaya suh dia tumpu pada bengkel....

10.00 pagi naik feri dan mula bergerak serta ceritanya hampir sama seperti masa datang ke sini, kalau rajin sangat bacalah kembali....tiba di pengkalan Tanjung Gemuk, 2 buah bas sedia menunggu dan masukkan barang ke perut bas dan kami jugak masuk sama dan bergerak melalui Negeri Sembilan...tiba di UKM jam hampir 5 petang. Tiba di pejabat buat suntingan video yang telah diminta oleh seorang pensyarah yang memohon sebelum aku pergi ke Tioman. Masa kat Tioman juga dia cuba talipon dan hantar mesej untuk ambil hari Khamis. Aku jawab dengan sms mengatakan ia belum siap dan akan hubungi kembali. Oleh kerana dia nak sebelum puasa aku 'paksa' jugak diri ini untuk memenuhi janji dan mengembirakan orang lain. Aku 'stay back' lebih kurang satu jam dari jam 6 petang hingga hampir jam 7 malam tuk siapkan suntingan tu...buat 'master' dan mintak tolong 'Siti Suraya' (jangan lupa Suraya...) 'copy' kan ke DVD esok(Khamis). Sekianlah..............

* air tenang jangan disangka tiada Toman.....
daudmontakzakaria.

Friday, July 22, 2011

TNEC...water tank

HARI ini, 23 Julai 2011;
terima call daripada TNEC minta buat rakaman di tapak pembinaan Sistem Penghawa
Dingin di Lingkungan II. Jam 3.00 petang bergerak dengan Shahrul ke lokasi
berkenaan.
Tiba di sana rakaman dilakukan oleh sdr. Shahrul semasa penutup tangki diangkat oleh kren. Tangki tersebut setinggi bangunan 4 tingkat.
Setelah mendapat topi keselamatan daripada staf yang bertugas, kami mula
memanjat tangga yang agak sempit untuk naik ke atas bangunan tangki tersebut.
Terasa gayat sungguh bila melihat ke bawah maklumlah tak pernah manjat tepi bangunan setinggi ini.....

Tiba di atas bangunan sdr. Shahrul mula membuat rakaman video kerja yang dilakukan di atas oleh pekerja yang semuanya berasal dari Jawa Timur tersebut.
Ada ketikanya bimbangjugak melihat sdr. Shahrul yang sedang membuat rakaman berhampiran pekerja-pekerja Indonesia tersebut, risau jugak sebab kami bukan di'cover' oleh sebarang insuran pun...

Selesai membuat rakaman akmi turun melalui tangga yang lain pula. Kali ini tanggan tersebut terus dari atas tegak kebawah tanpa sebarang beluk ke sana sini seperti kami naik ke atas tadi.




















Oleh itu selesailah tugas rakaman TNEC tersebut dan kami menunggu tugas-tugas yang akan datang.
Pada sebelah pagi kami membuat rakaman MCP majlis penutup UKM-Global Student Mobility Partnerships di Panggung Seni Dectar. Jadi hari ini tugas agak penuh.....sekian...tunggu pula tulisan aku bila balik dari PULAU TIOMAN nanti...blog ni akan sunyi dalam masa 5 hari tersebut. Sekian....


daudmontakzakaria

Thursday, July 21, 2011

Tioman ....oh...Tioman

Dari 23 - 27 Julai 20011;
akan berada di Pulau Tioman kerana membuat rakaman Bengkel Fotografi Penerbit UKM di sana.
Aku dan sdr. Jasril mempunyai tugas untuk merakamkan segala aktiviti yang ada semasa Bengkel berkenaan berlangsung.






Untuk makluman semua Pulau Tioman terletak 32 Kilometer dari pantai Pahang. Pulau berkenaan mempunyai ukuran kira-kira 39 kilometer panjang dan 12 kilometer lebar.
Pulau ini mempunyai lapan buah perkampungan dan yang terbesar dan terkenal ialah Kampung Tekek yang terletak di bahagian utara.
Tioman merupakan salah sebuah pulau yang paling cantik.

Selain daripada hidupan air Pulau Tioman juga mempunyai pelbagai fauna yang mendiami 12,383 hektar hutan hujannya. Dikatakan pulau berkenaan mempunyai 45 spesisi mamalia dan 138 spesis burung. Terdapat juga penyu di pantai pulau tersebut.Pulau Tioman boleh dihubungi melalui feri dan juga kapalterbang
















*picts by google images.
daudmontakzakaria

Monday, July 18, 2011

UKM-Global Student Mobility......


Dalam masa dua minggu ni sebelum 22 Julai 2011 aku membuat penyuntingan video 'UKM-Global Student Mobility Partnerships Programme' untuk ditayangkan semasa majlis penutup program berkenaan di Panggung Seni hari Jumaat ini. Footage berkenaan seperti di atas tu lebih kurang 30 minit jika termasuk footage di Sabah dan Sarawak. Footage berkenaan akan dipendekkan menjadi lebih kurang 7 hingga 10 minit. Fikirlah betapa sukarnya untuk memendekkan footage yang panjang macam tu...Kalau sapa2 yang ada idea tolonglah beri idea.
Waktu yang ada cuma beberapa hari saja lagi, harap2 boleh siap dengan sempurna. Aku mungkin juga akan memerlukan staf UAV yang lain untuk membantu....Harap boleh siap dengan sempurna...InsyaALLAH....
daudmontakzakaria

Sunday, July 17, 2011

Floria Putrajaya 2011

HARI ini Ahad 17 julai 2011;
Aku pergi Putrajaya untuk melihat pameran bunga iaitu Floria 2011 di sana. Nampaknya kali ini aku bercerita bukan berkaitan tugas aku nampaknya.
Pameran ni dah lama dah iaitu sejak 9 Julai lagi namun
hari ini jer aku berpeluang untuk pi ke sana
tapi takpelah rasanya belum lagi
terlambat untuk melihatnya.

Walau takde kena mengena ngan tugas aku namun perlu gak diingat
bunga jugak mempunyai simbol-simbol 'komunikasi' tertentu
untuk sesuatu tujuan.

Bunga mempunyai perlambangan tertentu. Bungan Ros sebagai lambang cinta bila diberikan

kepada seorang wanita. Bunga Popi sebagai lambang untuk menyenangkan hati
pada masa kematian.

Bunga Lili digunakan untuk pengebumian sebagai lambang
penghidupan semula.
Bunga Daisi ialah lambang kesucian hati. Dalam karya seni bunga juga biasanya
melambangkan alat kelamin wanita

Floria 2011 ini bermula waktu waktu pagi hingga malam. Terdapat pertunjukkan bunga api dan bot berhias serta pengunjung boleh membeli bunga-bunga dan sebagainya.
Aku tak lama kat Floria tersebut kerana terasa macam panas jer, tak tahan duk lama kat sana lainlah kalau aku datang waktu malam tentu boleh lama sedikit kat sana.
Terdapat pelbagai spesis bunga sama ada yang di 'outdoor' atau di 'indoor'.
Apa-apa pun rasa macam enjoy gak pegi melihat bunga-bunga kat sana tu walaupun aku sendiri tak minat sangan ngan bunga-bunga ni melainkan 'bunga hidup', ooppsstt!
daudmontakzakaria

Friday, July 15, 2011

MCP Syarahan Nobel Laureate

HARI ini 15 Julai 2011;
Kami diberi tanggung jawab untuk membuat rakaman video
Syarahan Nobel Laurette, Profesor Dr. Muhammad Yunus, Laureate-in-Residence, UKM
di Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM

Sebenarnya kami kekurangan krew rakaman sebab dua orang kakitangan UAV sedang menyertai program UKM-Global Student Mobility Partnership sebagai videographer untuk merakamkan aktiviti mereka di Sarawak dan Sabah.
Persiapan peralatan kami lakukan pada sebelah pagi dimana semua
kabel kamera dan peralatan dalam studio di hidupkan dan di uji. Perkara ini perlu
dilakukan kerana kami sudah agak lama tidak membuat rakaman MCP
terutama ketika pelajar masih lagi bercuti panjang.

Semasa rakaman MCP pada jam 3.00 petang iaitu selepas Solat Jumaat. Kami mula bersedia dalam studio menanti program bermula. Bimbang jugak aku kerana ramai yang tidak dapat hadir. Namun hampir program bermula sdr. Saifullah, Yunus Misdi, Naziruddin, Watie, Yusri dari PPUKM dan Sulimi sampai sementara Arenim telah berada di studio lebih awal. Lega sedikit hati ini....dan tugas berkenaan dapat kami lakukan dengan sempurna sehingga selesai lebih kurang jam 5.00 petang. Aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua krew yang terlibat dalam tugas berkenaan....tanpa anda siapalah kami.....terima kasih sekali lagi....
daudmontakzakaria

Tuesday, July 12, 2011

Satu Catatan Perjalanan di Tasik Chini selepas 2004(mobiliti pelajar 2011)

.....Kuala Gandah Pahang....

AHAD, 10 Julai 2011;
Aku serta sdr. Kamarul membuat rakaman video 'UKM-Global Students Mobility Partnership'
di Kuala Gandah dan Tasik Chini. Kami dijangka akan bergerak ke Kuala Gandah
Pahang untuk membuat rakaman video 'program mobiliti pelajar'
kumpulan sains. Disebabkan masalah teknikal yang tidak
disengajakan atau tidak dapat dielakkan, kami bergerak ke Kuala Gandah dengan
kereta sdr. Kamarul Baharin(terima kasih Kam....)

Kami tiba di Kuala Gandah hampir tengah hari. Sukar juga untuk mencari jalan ke sini dan kami 'terkena', kerana mengikuti laluan yang agak jauh jugak.

...Dr. Habibah....sorry jika silap nama...

Tiba di Kuala Gandah, sdr. Kamarul dan aku mula membuat rakaman (sebenarnya Kamarul yang lebih membuat rakaman) di Kuala Gandah ini. Kuala Gandah ini merupakan pusat pemuliharaan gajah dari seluruh Semenanjung Malaysia, yang telah dibuka untuk lawatan kepada umum.
Di sini orang ramai boleh melihat gajah2 tersebut ketika dimandikan dan juga berpeluang untuk menunggang haiwan daratan yang terbesar di bumi.
.........tempat penetasan anak-anak ikan.....sorry gak kalau silap...

Setelah rakaman dibuat selama lebih kurang 15 minit, kamera video kami
mengalami masalah yang tidak mampu diatasi walaupun telah dicuba dengan
pelbagai cara. Malang nasib tidak menyebelahi kami nampaknya. Setelah berbincang
kami mengambil keputusan secara bersama untuk kembali
semula ke Bangi untuk mengambil kamera video yang
lain. Jauh giler beb! perlu berada di jalanraya
sejauh lebih kurang 200 kilometer.
(* dapat tahu kamera tersebut telah diambil oleh pembekal dan dibetulkan kembali masalahnya...)

Kami kembali semula ke Bangi dengan mengambil masa selama lebih kurang 3 jam. Tiba di Bangi kami mengambil keputusan untuk membawa 2 buah kamera, andaikata sebuah kamera bermasalah maka ada lagi sebuah untuk digunakan, dan tugas kami tidaklah akan tergendala lagi...

....oh! Tasik Chini...

Walaupun kamera yang kedua, kualiti visual tidak berapa baik namun, lebih baik ada visual daripada tiada langsung...
Aku rasa macam tidak puas hati sebab kamera yang bermasalah tersebut merupakan kamera baru yang lebih kurang dua bulan kami gunakan... Setelah kamera video kami muatkan ke dalam kereta, kami mengambil keputusan untuk melalui Negeri Sembilan pula untuk menuju ke Tasik Chini, bukan melalui Karak, dengan andaian atau pandangan bahawa melalui sana akan mengambil masa yang singkat.
......Tasik Chini...semangkin tenatkah ia....?

Melalui Negeri Sembilan kami menuju ke Kuala Pilah, Bahau, Serting, Bandar Tun Razak, Bandar Muazzam, dan Tasik Chini. Ah! rupa-rupanya jalan yang kami lalui itu terasa jauh giler sangat, namun begitu akhirnya kami tiba juga di Tasik Chini lebih kurang jam 12.00 tengah malam serta terus bermalam di Resort Tasik Chini. Terima kasih kepada sdr. Fairul Surian yang lebih dikenali sebagai 'Fire' kerana telah menguruskan tempat penginapan kami....terima kasih.

Keesokan harinya iaitu Isnin 11 Julai 2011, kami turun ke Tasik Chini dengan menaiki bot untuk membuat rakaman video ketika pelajar mobiliti memasang jaring untuk menangkap ikan di tasik tersebut. Kami turun se awal jam 7.00 pagi.

....sdr. Kamarul sedang merakam 'sunrise'...

Selepas sarapan pagi pelajar program berkenaan diberi kuliah atau taklimat oleh pensyarah iaitu Dr. Habibah(tak pasti namanya...sorry kalau silap...) dan juga Prof. Datuk Dr. Mushrifah, Ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini. Selesai kuliah para pelajar telah dibawa untuk melihat tempat penetasan ikan sebelum ia di kembalikan semula ke tasik.
.......pandangan tasik ketika awal pagi.....

Berikutnya pula para pelajar secara amali telah diminta membuat pemeriksaan berkaitan kualiti air di beberapa lokasi sekitar tasik tersebut. Prof. Madya Dr. Ikhwan menjadi pensyarah dalam aktiviti ini. Selepas makan tengah hari pelajar kembali ke tasik untuk memungut ikan-ikan yang terperangkap di dalam jaring yang telah dipasang awal pagi tadi. Semua spesis ikan yang diperoleh diambil data-data seperti ukuran dan sebagainya. Tugas ini dilakukan secara berkumpulan. Berikutnya pula, para pelajar dikehendaki mengambil bahagian dalam aktiviti berkayak di tasik tersebut. Dalam aktiviti berkumpulan ini mereka diminta mendayung kayak mengelilingi jarak tertentu dan kembali semula ke pantai. Ia lebih merupakan satu pertandingan
di antara kumpulan-kumpulan. Aktiviti ini selesai lebih kurang jam 6.30 petang.

.....seronok melihat Tasik Chini....alangkah canteknya jika ia terus terpelihara....

Aktiviti program mobiliti ini disambung pula pada waktu malam iaitu peserta dijamu makan malam serta dihiburkan dengan persembahan tarian sewang oleh kanak-kanak suku Jakun. Para peserta juga turut diminta bersama-sama kanak-kanak tersebut serta mereka yang berminat untuk menari bersama-sama di penghujung majlis berkenaan...Bila melihat wajah-wajah ceria dan comel kanak-kanak tersebut, tertanya-tanya jugak dibenak hati, ke mana akhirnya mereka nanti....?

.......aktiviti penyemaian biji-biji benih tumbuhan Teratai....

12 Julai 2011; jam 8.00 pagi selepas sarapan para pelajar dijelaskan cara menyemai biji benih teratai ditepi tasik. Prof. Dr. Mushrifah telah menjelaskan cara tersebut sebelum semua pelajar, terlibat dalam aktiviti berkenaan. Memang jelas kelihatan pokok teratai sudah macam pupus di tasik tersebut tidak sepertimana ketika aku membuat rakaman Ekspedisi Saintifik Tasik Chini dalam tahun 2004 yang lalu (lihat di sini). Sukar untuk melihat bunga Teratai yang berkembang di mana-mana tempat dilokasi tasik setakat yang mampu dijangkau oleh penglihatan aku.

.....aktiviti menanam anak-anak pokok....

Selepas aktiviti menyemai benih biji Teratai di Tasik Chini selesai, pelajar dibawa pula untuk menanam anak-anak pokok di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Semua pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti berkenaan.

Selepas selesai aktiviti berkenaan para pelajar dibawa ke satu lokasi di dalam hutan untuk mendengar penjelasan tentang spesis haiwan yang terdapat dalam hutan tersebut. Kelihatan dalam perangkap, spesis tikus dan burung.

...wah! sempat berfoto...

Mereka semua diajar cara-cara untuk memerangkap fauna tersebut serta mengambil data-data yang diperlukan berkaitan spesis fauna berkenaan.


Selepas waktu tengah hari para pelajar mengambil bahagian dalam menggunakan alat sumpitan. Aktiviti ini juga kelihatan seperti pertandingan di antara para pelajar tersebut.

....bangunan sementara Pusat Penyelidikan Tasik Chini...

Selepas sesi berkenaan selesai para pelajar dibawa masuk ke dalam kompleks Pusat Penyelidikan Tasik Chini yang merupakan sebuah binaan sementara, untuk mendengar berkaitan penyediaan kertas kerja yang perlu mereka siapkan serta juga untuk satu majlis penutup program ini di Tasik Chini. Selain daripada itu jika difikirkan kembali, ada jugak hikmahnya segala kejadian yang terjadi kepada kami ketika mengikuti program ke Tasik Chini tersebut...contohnya jika kami tidak berkenderaan sendiri ke Tasik Chini tentu menjadi sukar untuk kembali ke Bangi bila kamera kami mengalami kerosakan, cuba fikirkan kembali...bukan begitu....???
Sebenarnya aku telah datang ke Tasik Chini ini sebanyak 3 kali termasuk hari ini. Kali pertama semasa Ekspedisi Saintifik Tasik Chini dalam tahun 2004, kedua semasa Majlis Perletakan Batu Asas Pusat Penyelidikan Tasik Chini.
Semasa Ekspedisi Saintifik T. Chini, kelihatan banyak sungguh tumbuhan Teratai di mana-mana sahaja di sekitar dalam tasik berkenaan. Namun pada kali ini kelihatan jarang sekali ataupun tiada langsung kelihatan kembangan Teratai berkenaan, sukar giler nak jumpa walau sekuntum.... Dalam fikiran aku bersarang seribu satu tanda soal yang besar giler...kemana perginya si Teratai menghilang....???? Adakah si Teratai sudah 'merajuk' untuk berkembang di tasik ini atau adakah si Teratai sudah terancam atau sengaja diancam....? Entahlah....kita lihat apa yang akan berlaku dalam episod-episod yang akan datang..... sekian...

* terima kasih banyak2 kepada sdr. Fairul Surian @ Fire yang banyak membantu kami semua daripada UAV Penerbit UKM, sepanjang program mobiliti ini....

*aku akan cuba siapkan sebuah penerbitan video berkaitan program ini di Tasik Chini...tapi tak pasti bila, harap mampu dilaksanakan...InsyaALLAH....

daudmontakzakaria