Aku nak tulis berkaitan kod etika para wartawan iaitu Kod Perilaku Profesional Anggota Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia(NUJM);
1. Menghormati kebenaran dan hak publik untuk mengetahui kebenaran merupakan tugas utama wartawan
2. Di dalam melaksanakan tanggung jawab ini wartawan akan mempertahankan kedua-dua prinsip ini; kebebasan memungut dan menerbitkan berita dengan jujur serta hak untuk mengeluarkan ulasan dan kritikan secara adil.
3. Wartawan akan hanya melaporkan fakta-fakta yang diketahui asal-usulnya. Wartawan tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat atau memalsukan sebarang dokumen.
4. Wartawan akan menggunakan kaedah yang adil untuk memperolehi berita, gambar, dan dokumen.
5. Sebarang maklumat yang diterbitkan jika didapati tidak tepat, maka wartawan harus berusaha untuk memperbetulkannya.
6. Wartawan akan menghormati rahsia profesional berhubung dengan sumber maklumat.
7. Wartawan akan menganggap perbuatan-perbuatan ini sebagai kesalahan profesional yang paling besar:
Plagiat, mengumpat, fitnah lisan(slander), fitnah bertulis(libel) dan tuduhan-tuduhan tidak berasas. Penerimaan sogokan dalam apa bentuk sekalipun, sebagai saguhati untuk penerbitan atau menyembunyikan maklumat.
8. Wartawan mengiktiraf hak rakan-rakan sekerjanya berhubung dengan soal-soal profesional bidang itu; wartawan akan menolak sebarang bentuk campur tangan daripada kerajaan atau pihak-pihak lain.
*Walaupun tidak semua wartawan menjadi ahli NUJ namun tidakkah etika ini bagus dan perlu diikuti atau dipatuhi oleh semua pendokong media....~ pandangan peribadi aku...
*kredit kepada google images.
*kod etika dipetik daripada buku 'etika kewartawanan di malaysia' -suntingan faridah ibrahim & mus chairil.
Aku nak beritahu cara bagaimana aku 'upload' video yang aku sudah sunting ke FB atau YouTube. Sebenarnya selepas aku edit video dengan Adobe Premier CS4, bila siap sebenarnya format tu terlalu besar untuk di 'upload' ke FB atau YouTube.
Apa yang aku lakukan selepas siap di edit ialah 'export' video tersebut ke 'media' untuk tukar ke format MPEG11. Selepas proses ini siap ia masih tidak boleh di 'upload' ke FB atau YouTube kerana failnya yang besar.
Aku juga tidak gunakan fasiliti yang ada kat Adobe Premier CS4 untuk convert kan video ke fail yang lebih kecil tapi sebaliknya aku gunakan cara yang lain. Lagipun aku dah biasa dengan cara yang aku gunakan ni...
Apa yang aku lakukan ialah aku 'download' 'Any Video Converter Freeware'. Lepas tu aku import video yang dah aku edit tu dalam format MPEG11 tu ke 'Any Video Converter'. Sebelum aku 'convert', terlebih dulu aku pilih format 'avi' yang akan dihasilkan oleh 'converter' berkenaan. Setelah selesai maka format 'avi' yang dah siap tu aku 'upload' ke FB dan YouTube. Kualiti visual agak cantik, kalau tak percaya bukak ler video yang dah aku upload ke YouTube dan FB tu atau yang ada kat blog aku ni... O.K...selamat mencuba...
HARI ini kami pergi ke Lingkungan Kedua UKM untuk membuat rakaman video
di tapak pembinaan loji hawa dingin TNEC.
Kami pergi ke lokasi berkenaan untk membuat rakaman berkaitan tangki air dan 'chiller' yang
telah hampir selesai. Sebelum ini kami cuma dapat merakamkan
kerja-kerja pembinaanya yang masih belum siap.
Perkembangan pembinaan projek ini perlu kami rakam kerana 'footage' inilah yang akan kami gunakan untuk membuat satu penerbitan video berkaitan sistem hawa dingin yang dikatakan lebih ekonomi.
Aku dan sdr. Shahrul cuma meluangkan sedikit masa sahaja di sana untuk merakamkan apa yang diperlukan.
kami bergerak ke Lingkungan Kedua UKM untuk membuat rakaman video pemasangan paip-paip dalam bangunan di 'TNEC construction site' di Lingkungan Kedua UKM.
.....merakam bena.....
Kami juga datang ke 'site' ini juga untuk membuat rakaman satu majlis ringkas mereka kerana sudah berjaya mencapai '70,000 jam bekerja tanpa sebarang kemalangan berlaku....'
....merakam pemasangan kabel kuasa...
Dalam masa membuat rakaman majlis ringkas tersebut kami mengambil
kesempatan membuat rakaman kerja-kerja pemasangan
paip-paip dan sebagainya di dalam bangunan yang dijalankan
oleh pekerja-pekerja tersebut.
Projek berkenaan dijangka siap dalam bulan Ogos nanti. Esok kami bercadang untuk mebuat rakaman lagi di tapak pembinaan tersebut. Masih ada lagi kerja-kerja yang sudah siap belum dirakamkan lagi.
Aku, sdr. Shahrul dan Siti Suraya meninggalkan tapak pembinaan tersebut lebih kurang jam 11.00 pagi.
HARI ini terima berita melalui internet iaitu FB salah seorang rakan se pejabat aku dah pun sampai ke Laban Rata iaitu pertengahan jalan untuk sampai ke kemuncak Gunung Kinabalu iaitu gunung yang KELIMA tertinggi di Asia Tenggara. Ia mempunyai ketinggian 4,095 meter (13,435 kaki) dari aras laut....hahahaha..aku cuma pernah daki di bawah 2000 kaki jer....
Seronok mendengar mereka dah sampai di pertengahan dan cuma setengah perjalanan lagi. Sebenarnya mereka merupakan dua orang kakitangan Penerebit UKM.
Syabas kepada mereka, harap mereka mampu sampai ke puncak.
Kalau anda berdua tidak lakukan sekarang, bila lagi? Akan datang bukan tentu anda mampu dan berdaya mendaki ke sana... salah satu daripadanya ialah faktor umur.
Aku sebenarnya juga ingin sangat mendaki Kinabalu tu, tapi rasanya mungkin tak mampu berbuat begitu kerana mungkin masalah kesihatan dan umur. Jika akau masih remaja(sekarang ni sudah muda...) tentu aku akan berusaha untuk cari peluang untuk mendakinya, sebab aku merupakan manusia yang sentiasa berfikiran positif.
Jadi untuk rakan-rakan aku yang dah separuh jalan nak sampai tu...kuatkan semangat ....fikir positif...daki sampai ke puncak....kalau tidak sekarang, bila lagi...???
Kalau aku salah seorang pendaki tentu aku akan rakam perjalanan aku tu dan sunting menjadi sebuah program video, tentu akan menarik untuk ditonton terutama oleh mereka yang belum pernah mendaki. Bukan semua mampu melihat ke bawah dari puncak Kinabalu. Tentu aku akan rakam panorama dari kemuncak ke bawah dan sebagainya. Akan ku rakam juga awan putih bak kapas yang mungkin telah ditenun oleh Usman Awang dalam puisinya.......("Akan ku tenun awan-gemawan menjadi selendang menudungi rambutmu").
Akan ku rakam jugak segala flora dan fauna yang wujud disepanjang perjalanan mendaki....akan ku rakam kabus yang membentuk titisan air di hujung daun yang akan berkilauan bak permata pabila terkena cahya mentari pagi...bukan begitu...? Namun segalanya cuma impian aku jer...........realitinya aku tetap di sini...jauh dari kaki Kinabalu.....
....sila ton ton dan kalau ada sebarang komen, sila tuliskan...
Semalam 19 Mei 2011; penyuntingan video Bengkel Fotografi di Endau Rompin Pahang telah dapat disiapkan. Skrip video yang berdurasi lebih kurang 18 minit tersebut bukan saja menceritakan tentang bengkel tersebut malah juga apa yang terdapat dalam sebahagian daripada Taman Negeri Endau Rompin Pahang. Mungkin bagi mereka yang belum pernah pergi dan bercadang untuk pergi ke Taman Negeri Endau Rompin Pahang tentu akan mendapat sedikit maklumat berkaitan lokasi berkenaan. Maklumat awal amat penting sebelum kita berhasrat untuk melawat ke sana. Menurut pemandu arah semasa kami melawat hutan berkenaan, beliau berkata ramai pelancong luar seperti Singapura datang melawat hutan berkenaan. Diharapkan video ini mampu memberi sedikit informasi kepada mereka yang memerlukan sedikit sebanyak maklumat berkenaan....Oleh itu dipersilakan menonton video ini...
26-28 April 2011 yang lalu telah mengadakan BENGKEL PENERBITAN VIDEO MULTIPLE CAMERA PRODUCTION. Ini merupakan bengkel anjuran Unit Latihan Pejabat Pendaftar UKM dengan kerjasama Penerbit UKM. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh lebih kurang 20 orang kakitangan UKM yang mempunyai minat untuk mengetahui lebih dekat berkaitan Penerbitan MCP. Apa yang kami peroleh ialah rata2 kurang mengetahui cara penerbitan televisyen.
13 MEI 2011; kami membuat rakaman video kerja-kerja penanaman paip untuk TNEC Cooling System di Lingkungan Kedua UKM.
Aku, Shahrul dan Suraya bergerak ke lokasi berhampiran FTSM jam 8.00 malam.
...kerja sedang dilakukan oleh pekerja..
...jalanraya di korek.....
Kerja mengorek jalanraya untuk menanam paip tersebut memakan masa agak lama, sehingga jam 12.00 tengah malam kerja-kerja mengorek masih belum selesai. Tuga tersebut bertujuan untuk memasukkan dua batang paip sahaja. Siti Suraya pulang ke rumah jam 12.00 tengah malam sementara aku dan Shahrul masih menunggu sehingga kerja tersebut terlaksana.
Kerja mengorek selesai setelah jam menunjukkan ke angka lebih kurang 3.00 pagi. Dua batang paip dimasukkan kedalam lubang yang telah siap digali. Kerja - kerja 'welding' juga dibuat oleh pekerja untuk dua batang paip yang disambung. Kami meninggalkan tempat tersebut hampir jam 5.00 pagi. Ketika itu kerja-kerja pemasangan paip dan menimbusnya kembali masih belum dibuat sebab aku berasa amat mengantuk walaupun sdr. Shahrul masih bertenaga untuk membuat rakaman. Kami bergerak balik setelah kamera video dan tripod disimpan di pejabat hampir jam 5.00 pagi.
berhampiran ladang kelapa sawit ini bas bocor tayer..
HARI ini, 7 Mei 2011, kira-kira jam 6.00 ptg. kami baru balik dari Endau Rompin Pahang setelah beberapa hari berada di sana sejak 4 Mei lagi. Kami di sana dengan tujuan untuk membuat penerbitan video Bengkel Foto di sana. Aku dengan Suraya terlibat dalam penerbitan tersebut setelah sdr. Hanamichi menolak kerana terlibat dalam sukan...
...berhampiran pantai inilah chalet kami.....
4 Mei kami bergerak dari Bangi jam 9.00 pagi. Kami bergerak melalui Negeri Sembilan. Agak malang bila tiba disebuah ladang kelapa sawit yang terpencil, tayer bas yang kami naiki bocor kerana terlanggar lubang. Selama lebih kurang 2 jam kami tersadai di sana. Sampai di Kampung Jawa jam menunjukkan pukul 4.00 petang. Di kampung tersebut terletaknya chalet di mana peserta bengkel ditempatkan.
....lebih kurang jam sebelum 6.00 pagi...
4 Mei 2011, lebih kurang jam 9.00 malam, sdr. Hazrul memberikan ceramah beliau berkaitan komposisi dan sebagainya. 5 Mei 2011, lepas sarapan pagi, grup yang telah ditetapkan semalam, dikehendaki membuat rakaman foto di luar iaitu satu grup pergi ke sekitar sebuah pulau dan dua grup lagi pergi ke Taman Negeri Endau Rompin. Aku dan Suraya mengikuti grup ke Taman Negeri Endau Rompin. Menurut 'guide' kami laluan yang akan kami daki memakan masa selama 3 jam lebih kurang dan perjalanan pergi dan balik meliputi jarak sejauh 5 Kilometer.
...cantiknyer.....
Pada awal pendakian, aku rasa seronok sangat melihat hutan yang hijau dan disulami beraneka warna flora. Aku rasa amat teruja bila melihat banyak subjek-subjek yang menarik yang tentu menjadi mangsa lensa kamera video yang aku pegang. Lama-kelamaan aku berasa amat letih ketika mendapati banyak pendakian terpaksa dilalui seolah-olah seperti tidak kesampaian untuk tiba di kemuncak yang dikatakan setinggi 1,200 kaki dari paras laut. Masa aku dalam keletihan, Suraya mengambil alih untuk membuat rakaman hingga lah kami sampai di tanah rata yang lapang yang ditumbuhan pohon-pohon kecil dan rendah di puncak, yang dikatakan setinggi 1,200 kaki dari paras laut. Semasa pendakian aku dan Haji Sulimi sememangnya sering tertinggal jauh di belakang. Dalam perjalanan mendaki tersebut terdapat beberapa tempat persinggahan untuk berehat sebelum menyambung kembali perjalanan seterusnya. Suraya yang telah jauh di hadapan bersama rakan-rakan yang lain, membuat rakaman subjek-subjek yang diperlukan. Sebenarnya di sini memang banyak subjek-subjek yang menarik, seronok sangat aku membuat rakaman sebelum keletihan yang amat sangat menyerang aku.
...jernih dan dinginnyer air yang mengalir...
Walaupun aku berasa amat letih namun jika ada aktiviti seperti ini dimasa akan datang, aku pasti akan turut serta, asal saja aku tidak GERUN dengan pacat yang sentiasa mengukur laluan hutan.... Kami mula mendaki sejak jam 10 pagi lagi dan tiba dipuncak lebih kurang jam hampir jam 4.00 petang. Di tanah rata dipuncak setinggi 1,200 kaki tersebut, memang banyak sangat subjek yang menarik untuk dirakam seperti Periuk Kera, Orkid hutan yang bergantungan, Pokok Bonzai, Tongkat Ali dan sebagainya..namun masa itu badan sudah agak keletihan sangat dan hanya tinggal sisa-sisa tenaga sahaja. Kami cuma merakam subjek-subjek yang benar2 perlu sahaja, yang belum kami rakamkan lagi. Kebanyakan rakaman di sini dilakukan oleh Suraya, aku rasa macam dah tak berdaya dan dah banyak botol air masuk ke badan termasuk air anak2 sungai di puncak kerana kehabisan air yang dibawa bersama semasa mendaki..
...cantik periuk kera ni....
Semasa menuruni bukit tersebut aku rasa memang dah letih sangat-sangat tapi mesti juga diteruskan dan menurut 'guide' kami, perjalanan menuruni bukit mengambil masa lebih kurang 1 jam. Semasa menuruni bukit ini aku rasa seolah-olah macam tidak sampai ke bawah sama seperti perasaan semasa mendaki, walaupun perjalanan kami bukan menentang graviti ketika itu. Kami tiba dibawah lebih kurang jam 5.00 petang, bayangkan berapa lama kami mengambil masa untuk mendaki dan menurun dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang...? Grup yang berada dalam kumpulan terakhir bersama aku, yang aku masih ingat ialah aku, hazrul, wafiy, haji sulimi, suraya, syanana, dan ada yang aku dah lupa nama mereka...
...orkid hutan yang cantik...
Semasa dalam bas untuk kembali ke Kampung Jawa dari Taman Negeri Endau Rompin berkenaan aku diserang 'krem', terasa sakit amat sangat, rasa berair mata menahannya, tapi aku tahan jugak hingga sesiapapun tidak sedar aku sedang menahan kesakitan seperti nak mati rasanya...itulah ego seorang lelaki, tahan selagi boleh. Perjalanan bas ke Kampung Jawa memakan masa selama lebih kurang satu jam. Akhirnya dapat juga sakit tersebut menjadi berkurang setelah aku urut perlahan-lahan. Kali pertama aku kena 'krem' ialah ketika buat rakaman di Taman Negara Pahang semasa program 'Global Student Mobility' di sana. Mujurlah sdr. Ramli membantu aku masa tu....Di Chalet jugak aku sekali lagi diserang 'krem', nasib baik Haji Sulimi membantu aku, lega sedikit...
....cantik semasa matahari mula timbul...
6 Mei 2011; kami pergi berkunjung lagi ke Taman Negeri Endau Rompin, tapi kali ini kami berada disekitar air terjun Mahkota yang berketinggian 50 atau 70 meter, tak pasti mana satu yang benar....kami juga bergerak ke hilir melalui sungai yang memakan masa selama lebih kurang 1 jam untuk sampai ke 'base camp renjer hutan'. Nasib baik perjalanannya kali ini tidak mendaki tapi menuruni mengikut aliran air sungai dari Air Terjun Mahkota...kalau mendaki tentu aku akan tarik diri sejak awal....Perjalanan kami kali ini adalah melalui perangkap PACAT yang amat banyak sepanjang laluan, yang terdiri daripada cucu-cicit pacat yang halus-halus hinggalah kepada datuk pacat yang sebesar-besarnya dalam spesis pacat. Sepanjang perjalanan ini seringkali kedengaran suara isteri Tarzan yang sering menjerit iaitu 'Jane' kerena takutkan pacat-pacat... Rasanya hutan masih belum atau tidak sesuai lagi untuk 'Jane' yang takutkan pacat....
hijau jerrrr...
Hari terakhir iaitu 7 Mei 2011; acara terakhir bengkel ialah persembahan foto2 oleh peserta di dewan. Foto-foto ini dipertontonkan dan dikomen oleh Prof. K, Raai dan sdr. Hazrul.....Kami lakukan rakaman terakhir di sini dan juga rakaman temubual dgn peserta selepas penyampaian sijil oleh Prof. K.
Sebenarnya di sini aku juga sempat merakamkan suasana ketika matahari naik namun rakaman tersebut tidak memuaskan hati aku dan cuba untuk membuat rakaman pada subuh 7 Mei, namun mendung pulak tiba...langsung tidak dapat rakaman yang aku harapkan itu.... Aku turun pantai seawal jam 6.00 pagi semata-mata untuk mendapatkan visual tersebut.. Apa-apa pun aku berpuas hati kerana dapat merakamkan subjek2 dalam hutan walaupun dengan penuh kepayahan. Skrip juga berjaya aku siapkan secara kasar ketika dinihari di chalet tepi pantai tersebut, harap boleh disunting dan disiapkan dengan cepat....Kalau ada lagi rakaman dalam hutan seperti ini tentu aku akan menyertainya InsyaALLAH.... Selepas makan tengahari kami bergerak dengan bas ke UKM Bangi pada jam 1.00 petang. Tiba di Bangi jam menunjukkan lebih kurang 6.00 petang. Selepas simpan peralatan video aku terus ke DECTAR untuk bertugas dalam rakaman Multiple Camera Production hingga jam 11.30 malam sebelum bergerak balik ke rumah....Ini bermakna aku belum lagi tiba di rumah sehinggalah jam hampir 12.00 malam. Alhamdulillah krew untuk rakaman MCP di DECTAR agak cukup-cukup jer....dan TERIMA KASIH BANYAK2 kepada mereka yang datang membantu....
Bergerak ke Endau Rompin Pahang untuk menyertai Bengkel Foto Penerbit UKM di sana. Aku ke sana bersama Siti Suraya untuk membuat rakaman video perjalanan bengkel berkenaan disamping untuk membuat penerbitan video berkenaan Hutan Endau Rompin.
Kami akan berada di sana dari 4 Mei hingga 7 Mei 2011. Apa yang amat aku harapkan ialah segala kerja dapat dilaksanakan dengan baik tanpa sebarang masalah...harap begitulah...InsyaALLAH.......
Pagi ni kami membuat rakaman video Multiple camera Production Perasmian Ekspo Warisan Ilmu dan juga Penutup Program 40 Tahun UKM.
Majlis perasmian dan ucaptama dilakukan oleh
Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.
Majlis bermula lebih kurang jam 9.30 pagi.
Kami agak sukar untuk mendapatkan bantuan daripada krew bantuan dari jabatan lain dalam UKM kerana masing-masing mempunyai tugas di pejabat masing-masing. Cuma sdr. Yunus dan Hasnah sahaja yang sempat hadir membantu kami. Agak sukar juga bila krew tidak cukup. Kekurangan krew menyebabkan jurukamera terpaksa berdiri sepanjang acara yang berlangsung selama lebih kurang 2 jam. Apa nak buat sudah tugas terpaksa gak dilakukan jua....
Petang ini serta hingga ke malam kami berada di studio ukm dan juga dectar untuk membuat persiapan teknikal Multiple Camera Production dan juga tayangan video untuk tugas pagi esok.
...sedang menyediakan teknikal untuk tayangan...
Malam ini juga kami mendapat tahu program tersebut memerlukan dua buah TV LCD. Walau bagaimanapun kami cuma dapat menyediakan sebuah TV LCD sahaja sebab 3 buah
lagi dipinjam oleh Pusat Pengajian Umum UKM.
Kamera video untuk rakaman Multiple Camera Production juga kami uji beserta dengan tayangan multimedia.
Harap esok semua tugas dapat dilakukan dengan sempurna...InsyaALLAH...
Esok Menteri Pengajian Tinggi, akan merasmikan Ekspo Warisan Ilmu tersebut serta menutup Sambutan 40 tahun UKM.
Aku juga amat berharap esok ramai krew bantuan MCP akan dapat membantu. Biasanya waktu bekerja amat sukar untuk mendapatkan bantuan daripada krew luar.......harap esok tidak akan timbul kesukaran seperti itu....