Wednesday, January 27, 2010

Sesak...Oh...Jam..

Ketika hampir jam 6.00 petang.


Hari ini, 27 Januari 2010;
hari Rabu, seperti biasa aku balik dari pejabat jam 6.00 petang. Ermmm....seperti hari-hari sebelum hari ini, kelihatan kesesakan berlaku di jalanraya di simpang
dihadapan kenderaan aku.


Ops! sebelum tu aku nak beritahu tulisan aku kali ini tiada kaitan pun dengan tugas harian aku. Walaupun begitu layan jer lah tulisan aku ini, sebab blog ni blog aku, cerita aku dan cerita rakan-rakan aku....jadi aku punya hal lah nak tulis apa pun...



Selepas simpang lingkungan kedua







Sejak akhir-akhir ni kesesakan lalu lintas atau jam seringkali berlaku dalam kampus UKM terutama waktu kakitangan keluar dari pejabat untuk pulang ke rumah.
Diantara jam 5.30 petang hingga 6.30 petang lebih kurang, jalan raya dalam kampus akan penuh sesak dengan kenderaan untuk keluar kampus. Di luar waktu tersebut barulah keadaan jalanraya dalam kampus kelihatan 'lega' sedikit.

Berhampiran Masjid UKM




Hal ini agak ketara ketika di bulan puasa lalu hinggalah ke hari ini. Atau mungkin agaknya telah berlaku lebih awal lagi tanpa aku sedari.
Kesesakan ini dapat kita ketahui apabila pergerakan kenderaan menjadi lebih perlahan, perjalanan yang mengambil masa yang panjang serta barisan kenderaan yang panjang, mungkin berkilometer jauhnya.

Ni berhampiran Masjid UKM



Kesesakan lalu lintas biasanya berlaku bila terdapat peningkatan jumlah kenderaan
menggunakan jalan raya. Bila berlaku peningkatan kenderaan sudah tentu
pergerakannya menjadi perlahan dan kesesakan pun berlaku.
Apabila jalan raya tidak lagi mampu menampung bilangan kenderaan tersebut,
pergerakan kenderaan tersebut akan terus berhenti, inilah yang dikatakan 'traffic jam'.
Oleh itu boleh ker kita katakan bilangan warga kampus yang berkereta telah menigkat
dalam kampus.
Satu persoalan lagi bolehkah masalah kesesakan ini mampu diatasi atau dibiarkan terus
dalam keadaan demikian sehingga bila-bila pun. Dan adakah kita berasa selesa
dengan keadaan tersebut, yang mungkin sebahagian besar menganggap
ia merupakan lumrah hidup di dunia.............

daud montak zakaria...
sebelum tiba di 'round about'

Tuesday, January 26, 2010

OH! MPP.....

Semalam, hari Isnin, 25 Januari 2010,

Kami membuat rakaman video MCP calon-calon Majlis Perwakilan Pelajar dalam STUDIO UKM di DECTAR.










Segala persiapan teknikal untuk membuat rakaman berkenaan telah kami
lakukan sejak pagi lagi bagi memastikan tidak akan berlaku
apa-apa perkara yang tidak diingini.



Sdr. Ramli, Jasril, Shahrul dan Siti Suraya dan aku sendiri telah membuat persiapan berkenaan daripada pemasangan dan ujian kamera, lampu dan props telah kami lakukan.











Tugas persiapan teknikal berkenaan kami sambung semula pada waktu petang. Niat untuk menggunakan teknik Croma Key tidak dapat dilaksanakan kerana sesuatu perkara
yang tidak dapat dielakkan.



Rakaman MCP bermula sejak jam 8.30 malam lebih kurang. Seorang demi seorang calon kami rakamkan ucapan mereka yang mengambil masa selama lebih kurang 5 minit.









Pegawai UKM yang hadir pada malam semalam di Studio UKM yang aku kenal ialah En. Mahyuddin, En. Musa, En. Mursidi dan ada dua tiga orang lagi yang aku kenal tapi tak tau nama mereka...









Salah seorang pegawai yang bertanggung jawab yang
turut hadir ke Studio UKM



Walaupun kelihatan mudah namun bila berada di hadapan kamera, calon-calon ada gak yang agak gementar memberikan kata-kata mereka. Kelihatan berpeluh muka mereka, tetapi peluh tersebut mungkin kerana lampu dalam studio tersebut agak panas kut.....








Krew yang bertugas malam ini ialah sdr. Ramli Adnan sebagai Juruaudio, Jasril dan Shahrul sebagai Jurukamera dan Siti Suraya sebagai pengendali Grafik.


Sebenarnya terdapat beberapa perkara berkaitan teknikal yang tidak memuaskan hati aku ketika aktiviti rakaman dilakukan namun begitu apa boleh dilakukan kerana itu saja kemampuan peralatan yang kami ada di Studio UKM.

Rakaman MCP berkenaan akan di edit kembali sebelum ditayangkan kepada pelajar UKM pada 27 Januari 2010. Proses pengundian akan berlangsung pada 28 Januari 2010. Rakaman berkenaan tamat kira-kira jam 12.30 malam dan setelah kemaskan peralatan kami pun balik.......tamat...........


daud montak zakaria...

Sunday, January 24, 2010

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR(MPP)

ESOK, 25 JANUARI 2010, JAM 8.00 MALAM:

KAMI dari Unit Audio Video, Penerbit UKM akan membuat rakaman video CALON-CALON yang akan bertanding dalam PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UKM tidak lama lagi.

RAKAMAN berkenaan akan kami lakukan di STUDIO UKM di DECTAR dan akan bermula dari jam 8.00 malam. Ini merupakan kali yang KETIGA kalau tak silap, kami membuat RAKAMAN tersebut di studio berkenaan. KAMI berharap rakaman tersebut akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Kebiasaannya rakaman ini akan tamat jam 11.00 malam bergantung kepada kelancaran wakil-wakil menyampaikan kata-kata mereka.

Monday, January 18, 2010

Nostalgia & Sejarah, samer ker....???


Malam ni bersamaan hari Isnin, 18 Januari 2010, aku nak bercerita tentang sesuatu. Tak tau nak kata ape tulisan aku ini sama ada boleh dipanggil nostalgia ker atau sejarah atau catatan biasa. Terpulanglah kepada korang apa nak kata, namun disebabkan blog ni blog aku, suka hati akulah nak kata aper....

Lihatlah...cerianyer staf dan krew MCP, Unit Audio Video yang bertugas di Studio UKM....




Tengoklah foto di atas tu....macam ceria jer staf UAV dan krew rakaman MCP kami semasa rakaman MCP Kejohanan Silat Terbuka IPT, Piala Taming Sari II di DECTAR hari tu, iaitu 17 Januari 2010 yang lalu....hari Ahad tu....

Dua orang lelaki kacak tu krew MCP kami dan di tengah-tengah tu staf unit video kami...






Ermmm....ini ialah staf, Unit Audio Video, Penerbit UKM
yang sedang menunggu masa untuk bertugas mengendali kamera
semasa Kejuaraan Silat Terbuka IPT di DECTAR pada
17 Jan. 2010 yang lalu...

Sebenarnya jika ada rakaman MCP yang diperlukan untuk kami lakukan, kami akan meminta bantuan staf daripada unit lain Penerbit UKM dan juga staf daripada jabatan2 lain dalam UKM. Hal ini amat perlu sebab kami tidak mempunyai ramai staf dalam Unit Audio Video, Penerbit UKM. Dalam unit kami cuma ade 7 orang staf sahaja dan dengan bilangan ini tentu sukar untuk menjalankan rakaman MCP yang sekurang2nya memerlukan 10 orang tenaga kerja.
Program yang biasa kami rakamkan secara Multiple Camera Production, ialah seperti Majlis Konvokesyen pada setiap tahun, acara-acara persembahan kesenian pelajar yang diadakan di DECTAR(majoriti dirakam MCP), Syarahan Naib Canselor, Minggu Mesra Pelajar Baru, Konsert DiRaja serta juga majlis2 lain yang minta kami rakamkan secara MCP. Itulah yang sering kami lakukan saban tahun.




Sebenarnya Studio UKM yang wujud dalam DECTAR ini telah dibina pada tahun 1993 dan peralatan yang digunakan ketika awal penubuhannya ialah format JVC SVHS. Selama lebih 15 tahun kami menggunakan alatan video format SVHS berkenaan, yang merupakan hadiah daripada kerajaan Jepun menerusi program Gran Kebudayaan. Peralatan berkenaan tidaklah selengkap mana, namun ianya cukup untuk menyempurnakan tugas rutin MCP kami sejak 1994 - 2004.

Sdr. Shahrul sedang mengendalikan kamera semasa rakaman
MCP di DECTAR pada 17 Januari 2010 lalu....


Staf UAV dan krew MCP semasa dalam konti, Studio UKM
sebelum rakaman MCP, Kejuaraan Silat Terbuka IPT
di DECTAR pada 17 Januaqri 2010 lalu...

Kemudian dalam tahun 2004 kami mendapat peruntukan untuk menggantikan peralatan JVC berkenaan dengan format DVCam. Oleh kerana peruntukan tidak berapa mencukupi, hanya peralatan yang perlu sahaja diganti, sementara beberapa peralatan lagi masih menggunakan jenama JVC format SVHS yang telah berusia lebih 15 tahun itu. Namun peralatan format DVCam yang kami peroleh juga, cuma peralatan yang 'basic' sahaja. Walaupun 'basic' studio berkenaan telah banyak berjasa kepada universiti yang mungkin ramai dikalangan kita tidak menyedarinya . Contoh, apa kata kalau rakaman MCP tiada semasa majlis konvokesyen, tentu layar dan skrin cctv juga tiada.....Studio UKM juga banyak jasanya kepada pelajar Jabatan Komunikasi(sekarang Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, FSSK) yang membuat latihan MCP Penerbitan Televisyen sejak tahun 1994 hingga sekarang. Pensyarah Jabatan Komunikasi yang pernah menggunakan kemudahan untuk latihan MCP tersebut ialah Prof. Madya Dr. Rahmah Hashim, Prof. Madya Dr. Asiah Sarji, Encik Nizam Osman(sekarang Dr. dan pensyarah media di UPM) dan Puan Arfah Yusof. Ermmmm...tak tahulah, mungkin sekarang Pusat Pengajian Media dan Komunikasi tidak lagi memerlukan perkhidmatan Studio UKM dalam memberi latihan kepada pelajarnya untuk membuat latihan amali di studio berkenaan lagi.....saper tau kan...



Sebenarnya Studio UKM ini adalah di bawah pengendalian Unit Audio Video, Penerbit UKM. Sebelum itu Studio UKM adalah di bawah Pusat Teknologi Pendidikan. Apabila Pusat Teknologi Pendidikan bergabung dengan Penerbit UKM, studio berkenaan masih lagi berada di bawah bumbung yang sama. Apabila pusat tersebut bertukar nama menjadi Pusat Penerbitan dan kemudiannya Pusat Penerbitan dan Percetakan, studio masih berada di bawah pengurusan yang sama gak dan terus memberikan khidmatnya kepada universiti.
Tengoklah mereka ni...macam kanak2 Ribena yang riangggggggggggg............

Seterusnya apabila Pusat Penerbitan dan Percetakan serta Penerbit UKM dijadikan di bawah satu nama iaitu Penerbit UKM, Studio UKM masih lagi terus berada di bawah pengurusan yang sama....

*Foto sumbangan Ikhwan Hashim, Penerbit UKM...


daud montak zakaria...

Sunday, January 17, 2010

Kejuaraan Pencak Silat Terbuka IPT

Suasana ketika rakaman MCP

Hari ini 17 Januari 2010, hari Ahad, kami daripada Unit Video telah diminta untuk membuat rakaman Multiple Camera Production Kejuaraan Pencak Silat Terbuka IPT, Piala Taming
Sari II UKM di Dewan Canselor Tun Abdul Razak.


Jam 8.00 pagi lagi kami telah membuat persiapan teknikal sebelum kejuaraan bermula jam 9.00 pagi. Sebenarnya hari ini merupakan pertandingan peringkat akhir dan juga majlis penutup. Kejuaraan ini telah bermula daripada 14 Januari lalu.



Sdr. Kamarul dan Shahrul







Saperti yang kita ketahui Silat merupakan seni mempertahankan diri penduduk Nusantara. Ia merupakan warisan bangsa Melayu yang sewajarnya tidak dilupakan oleh keturunan Melayu.




Krew video dan jurufoto sebelum kejuaraan bermula.





Krew sedang bertugas dalam konti

Objektif diadakan kejuaraan silat ini ialah untuk melahirkan mahasiswa yang cergas serta bersemangat kental dan juga untuk mengekalkan warisan
turun temurun bangsa Melayu




Seni Silat telah diamalkan oleh bangsa Melayu Nusantara sejak berkurun dahulu. Ia diturunkan dari satu generasi kepada generasi berikutnya sejak beratus tahun yang lalu.


Dalam konti...








Silat tersebar di Nusantara dikatakan sejak abad ke 7 Masehi. Silat dikatakan berasal dari perkataan Minangkabau iaitu Silek.




Krew dalam konti.......







Peserta sedang bertarung...

Antara senjata-senjata Melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat adalah seperti keris,badik, kerambit, parang, pedang, lading, Tumbuk Lada, tekpi, tongkat, tembong dan sundang.
Bagi silat yang tidak menggunakan senjata, pengajaran akan
menumpukan perhatian kepada
pertempuran tangan kosong (tanpa senjata).




Secara am sesebuah aliran silat mengajar kedua-dua kemahiran dan aliran yang hanya menumpukan salah satu daripadanya adalah sedikit. Kebiasaannya seseorang penuntut atau murid baru akan ditumpukan kepada kemahiran tempur tangan kosong sebelum diajar bermain senjata.








Bagi sesetengah aliran, hanya murid yang diiktiraf berkemahiran dan mempunyai adab keperibadian yang tinggi dibenarkan mempelajari kemahiran senjata.



Sedang bertarung...








Suasana dalam konti...

Pergerakan silat terbahagi kepada bunga (pergerakan seolah-olah tarian, digelar juga seni atau tari) dan buah (pukulan atau buah pukul). Bagi mereka yang tidak pernah melihat
seni pertahanan diri ini, mungkin ia kelihatan seperti sejenis tarian.




Seni tari yang halus ini memungkinkan ia digunakan sebagai persembahan dalam sesuatu majlis keramaian, malah hampir setiap aliran mempunyai 'tari sembah' termasuklah aliran yang tidak mempunyai bunga. Tari sembah ini dipersembahkan untuk memperkenalkan diri dan aliran yang diwakili/dipelajari


Penyampaian cenderahati kpd pasukan...




Penyampaian cenderahati...

Silat sehingga kini sudah banyak yang dipecahkan alirannya, seperti mana pecahnya silat Gayung (Gayung Laksamana, Gayung Laksamana Pahang dan lain-lain lagi). Di Malaysia sahaja terdapat hampir 500 Perguruan Silat yang telah dapat dikesan.



Krew video yang terlibat dalam rakaman MCP ini ialah sdr. Azrul Khaidir, Khaidir, Wafiy, Shahrul, Jasril, CT Suraya, Hanim, Kamarul Baharin, Ramli Adnan, Ruhaizad dan aku sendiri. Rakaman tamat lebih kurang jam 6.30 petang...




Penyampaian cenderahati..



* Kebanyakan maklumat diperoleh daripada Wikipedia

daud montak zakaria...

Saturday, January 16, 2010

Pelupusan Alatan UAV

Sdr. Shahrul sedang mencatatkan sesuatu.....

Hari ini 15 Januari 2010 bersamaan hari Jumaat; kami telah membuat pelupusan alatan-alatan lama yang masih wujud dalam Unit Audio Video. Alatan tersebut perlu dilupuskan
kerana sudah tiada ruang untuk menyimpan alatan tersebut.



Alat berkenaan merupakan alatan audio video yang telah berusia lebih daripada 10 atau 15 tahun dan mungkin juga lebih lama lagi dan aku sendiri pun tak pasti. Alatan berkenaan tidak digunakan lagi kerana telah rosak ataupun ia telah 'out dated'.



Memerhatikan alat yang telah wujud dalam tahun 1970 an....






Alat yang kami senaraikan dalam pelupusan ini agak banyak gak walaupun kemungkinan besar kami tidak akan peroleh peralatan baru sebagai pengganti.




Ermmm....alat ni telah ada di unit kami sebelum 'orang yang memegangnya' lahir ke dunia...





Sdr. Shahrul sedang mencuba peralatan yang telah wujud
di unit kami sejak tahun 1970 an lagi..

Diantara peralatan yang kami masukkan dalam senarai pelupusan ialah kamera kamera SVHS, kamera VHS, LCD Projector dan sebagainya....



Sdr. Shahrul, Jasril, Ramli dan Aku, telah membuat tugasan pelupusan alat-alat berkenaan dari pagi hingga ke petang...dan....akan bersambung lagi minggu depan....



Sdr. Jasril Amry sedang mencuba kamera video SVHS JVC yang telah berusia lebih daripada 15 tahun.






Inilah diantara peralatan yang disenaraikan untuk pelupusan antaranya CCU U Matic, Overhead Projector, VCR, editing controler dan sebagainya...











Ini lagi peralatan yang ingin dilupuskan iaitu LCD Projector, Direct Projector,
Kamera Video, Editing Machine, Slaid Projector dan sebagainya....




Sebenarnya ini merupakan sebahagian daripada peralatan yang akan dilupuskan. Seperti dikatakan kami akan sambung tugas ini minggu hadapan kerana terdapat masih banyak peralatan yang perlu dilupuskan yang sekarang ditempatkan di Studio UKM. Semua peralatan tersebut tidak digunakan lagi kerana telah tidak dapat berfungsi dengan baik, rosak dan juga telah 'out dated'.

Seperti yang telah dikatakan, pelupusan peralatan ini bukan bermakna kami akan mendapat peralatan gantian yang baru, mungkin jauh panggang daripada api gamaknyer....tambahan pulak masa ekonomi gawat ni.....


daud montak zakaria...