Friday, November 27, 2009

Croma Key....

Apakah 'Croma Key...'
Salah satu cara untuk menghasilkan Croma key ialah dengan menggunakan 'green screen effect'. Teknik ini memerlukan latar 'background' bewar na 'green' atau 'blue'. Semasa 'real time production' atau pos-produksi 'background' tersebut akan di isi atau diganti dengan pelbagai imej yang lain.
Dalam teknik penggambaran ini sewajarnya diingat 'green background' dan 'pencahayaan mestilah serata atau 'even'. Satu lagi yang perlu diingat ialah subjek dihadapan 'green screen' atau ' blue screen' mestilah tidak bewarna sama dengan 'background'.
Gambar hiasan penggunaan green screen.

Sebelum memulakan pembinaan set, lebih baik dirancang terlebih dahulu termasuk ukuran 'green screen' atau 'blue screen'. Tentukan ruang studio dan juga kedudukan kamera-kamera. Tentukan juga shot-shot kamera supaya tidak terkeluar daripada 'green screen' atau 'blue screen'. Sediakan ruang yang lebih untuk meletakkan lampu-lampu. Pastikan juga jarak yang cukup diantara subjek yang dirakam dengan 'green screen' atau 'blue screen' untuk memudahkan pencahayaan. Bayang subjek yang terbentuk di layar latar belakang akan menyulitkan untuk mencapai hasil yang memuaskan.

Bahan untuk 'green screen'

Jika bahan daripada kain pastikan ia;
Tidak berkilat atau 'shining'
'Lighter' dan 'brighter green' adalah lebih baik daripada 'dark green'.
Licin dan tidak berkedut.
Bahan yang agak tebal.

Bahan yang keras atau 'solid'.
Cardboard atau kayu yang keras adalah lebih baik kerana ia licin dan tidak berkedut. Gunakan cat yang hijau terang dan tidak berkilat sebagai cat untuk permukaan.

Pencahayaan untuk 'green screen'
Sekurang-kurang dua buah lampu dan sebaiknya lebih daripada dua. Dua buah lampu di kiri dan kanan 'green screen' dan dua buah lampu lagi diletakkan di bawah 'green screen' untuk menghasilkan cahaya yang serata atau 'even' di seluruh screen. Gunakan 'diffusion filter' untuk lampu-lampu supaya memberikan cahaya yang serata atau 'even'.
apabila telah memberikan hasil yang memuaskan, kemudian berikan cahaya untuk subjek yang hendak dirakamkan. Ini akan membentuk bayang di screen di latar belakang. Laraskan cahaya supaya bayang tersebut hilang.

Ketika rakaman.
Semasa rakaman dilakukan 'green screen' boleh digantikan dengan imej yang lain dari sumber video daripada peralatan yang lain saperti VTR, komputer atau kamera video yang lain dalam studio semasa rakaman. Dalam studio rakaman 'switcher' digunakan untuk menukarkan imej di 'green screen' atau 'background'. Sementara dalam proses pos-produksi rancangan yang telah dirakam boleh di ganti 'green screen' di latar belakang dengan imej-imej yang lain semasa proses penyuntingan..


Sunday, November 22, 2009

XPDC Saintifik Lata Jarum, Ulu Dong, Raub, Pahang

16 NOV. 09

Unit Audio Video, Penerbit UKM telah diminta untuk membuat rakaman video Ekspedisi Saintifik Lata Jarum, Raub, Pahang daripada 16 hingga 21 November 2009. Aku serta sdr. Ramli dan Siti Suraya bergerak ke Lata Jarum, Raub pada jam 8.30 pagi. Aku membawa kenderaan sendiri untuk memudahkan perjalanan dan ketika berada di sana. Peralatan yang kami bawa ialah Kamera video serta lain-lain peralatan audio video untuk tujuan rakaman. Kami melalui Gombak, Karak, Bentung, Raub dan seterusnya Lata Jarum di Ulu Dong.

Buku aturcara Ekspedisi Saintifik Lata Jarum



Tiba di Lata Jarum, Raub, Pahang, jam menunjukkan pukul 11.30 pagi dan seterusnya kami membuat pendaftaran di meja pendaftaran. Selepas pendaftaran aku ‘check in’ di Chalet Haji Mustaffa sementara Siti Suraya di Chalet lain yang agak jauh juga dari chalet tempat aku menginap.

Sdr. Raai Osman.







Jam 2.00 petang kami kembali ke Pusat Penerangan Lata Jarum yang merupakan pejabat Ranger Lata Jarum, Raub untuk membuat rakaman majlis perasmian ekspedisi. Selepas perasmian kami kembali ke chalet sementara menunggu untuk majlis taklimat jam 8.00 malam. Majlis taklimat disampaikan oleh Prof. Dr. Jumaat Adam atau prof. J.

"Hutan Lipur Lata Jarum..."




Dalam ekspedisi ini telah ditetapkan laluan-laluan yang akan dilalui oleh para penyelidik. Laluan-laluan berkenaan dipanggil ‘Denai’. Denai-denai yang terlibat ialah Denai Lata Tinggi, Denai Adik, Denai Pakma, Denai Air, Denai Bukit, Denai Mutiara, Denai Lubuk Semak dan Denai Sungai Kenau.

Cuba teka sape ni????, yelahhh...yang buat rakaman tu lahhh...





17 NOVEMBER 2009.

Pagi ini jam 8.00 pagi kami mengikut kumpulan penyelidik yang akan melalui Denai Mutiara. Di awal perjalanan kami terpaksa mendaki tebing curam yang agak tinggi. Ia seolah-olah seperti tidak akan sampai ke kemuncak. Lepas satu pendakian...datang lagi satu pendakian...ermmm...bila nak abih ni....itulah kata hati aku. Namun rakaman video tetap juga dilakukan ketika mendaki. Bukan senang nak sampai ke sini. Jadi semua subjek yang dijumpa dirakam belaka. Apabila sampai di tanah pamah di puncak barulah nafas terasa lega.

Sdr. Ramli Adnan...



Di sini beberapa subjek tumbuhan dan serangga yang dijumpai telah dirakamkan termasuk juga aktiviti para penyelidik mengambil dan mencatat sesuatu di muka surat kertas yang dibawa. Kami juga telah merakamkan Anggerik Mutiara yang dikatakan mahal harganya menurut kata penyelidik.Melaui maklumat yang diperoleh daripada pengkaji yang turut serta, aku mendapat maklumat bahawa Anggerik Mutiara amat berguna dalam ‘bioteknologi’. Penyelidik mengatakan Anggerik Mutiara ini mahal sebagai tumbuhan hiasan.

Siti Suraya....



Dalam proses bioteknologi "attract" daripada tumbuhan Anggerik Mutiara akan dimasukkan kepada tumbuhan lain dan hasilnya tumbuhan berkenaan akan bercahaya pada waktu malam. Pengkaji juga mengatakan tumbuhan yang didapati dari tanah tinggi biasanya berharga mahal.


Sebelum perasmian majlis....






Kami juga sempat merakamkan tumbuhan-tumbuhan lain seperti cendawan, serangga, akar-akar dan sebagainya. Kami juga sempat merakamkan ketulan damar yang agak besar yang mungkin jatuh dari pokok yang tinggi. Kami tamat menjelajah Denai Bukit tersebut pada jam 1.30 tengah hari.

Sebelum masuk ke hutan....





Pada jam 2.30 petang kami mengikut para penyelidik kajian sosio-ekonomi pula untuk membuat kajian di sebuah perkampungan yang berhampiran. Kumpulan ini mensasarkan rumah Tok Empat atau Ketua Kampung. Dua kampong yang kami singgah namun kedua-dua kampong tersebut didapati Ketua Kampungnya telah keluar.

Anggerik Mutiara...




Kemudian kami bergerak pula ke kampung yang ketiga. Bila tiba di rumah, Ketua kampung tersebut pada mulanya dia tidak mengaku dia sebagai Ketua kampong. Tak tahu apa tujuan dia 'menipu', hanya dia yang tau. Pandangan aku Ketua Kampung sepatutnya bersikap jujur. Namun akhirnya dia mengaku juga dan menjemput penyelidik masuk ke rumah. Adakah "jujur" bukan salah satu sikap Ketua kampung...entahlah...

Ketika berada di kawasan "gugup"




Ketua Kampung tersebut mengatakan dia tidak sihat dan nada suaranya juga agak tinggi dan tidak mesra, macam tak mesra alamlah. Ermmm...macam tidak mengamalkan adab Melayu yang hormat kepada tetamu. Apabila tiba sesi soal jawab, dia tidak membenarkan rakaman video dibuat. Kami tiada pilihan lalu mematikan rakaman video. Ini bukan bermakna kami bimbang tetapi untuk menghormati permintaannya kerana maklumlah kami manusia ‘beradab’. Oleh itu rakaman tersebut gagal kami peroleh. Sudahnya balik ke ‘chalet’.

Sedang mencatat data.....




Jam 8.00 malam kami membuat rakaman video ‘presentation’ yang telah disampaikan oleh penyelidik dimana semua dapatan data atau sampel yang diperoleh pada siang tadi dibentanagkan dan di bincangkan.Prof. Datuk Dr. Wahid Samsudin juga turut membuat pembentangan. ‘Presentation’ tamat kira2 jam 11.00 malam.

Denai Bukit....






18 NOVEMBER 2009.

Jam 7.30 pagi kami bergerak ke Pusat Penerangan Lata Jarum dan dalam perjalanan aku mengambil Siti Suraya di Chaletnya. Jam 9.00 pagi kami mengikut para penyelidik untuk memasuki Denai Bukit. Laluan tersebut sejauh 2 Km. Permulaan perjalanan ia agak berbukit. Letih juga kaki melangkah dan tercungap-cungap gak nafas berbunyi...

Denai Mutiara..





Sepanjang perjalanan, kami merakamkan semua subjek yang dijumpai termasuk para penyelidik yang mengambil sampel tanah di laluan ini. Kami yang mengikuti penyelidik di denai ini ialah aku, Ramli, Siti Suraya dan sdr. Raai(Jurufoto Kanan, Penerbit UKM). Sebagai ‘videographer’ dan ‘photographer’ kami memang mengambil masa yang agak panjang sedikit untuk merakamkan subjek yang dijumpai.

Bertuahnya badan...ade yang sedia membantu...





Diantara subjek yang sempat dirakam ialah pokok balak, Kacip Fatimah, serangga kecil, tumbuhan berbuah namun pokok Tongkat Ali tidak dijumpai mungkin ia telah ‘diambil kembali oleh Ali kut....’ atau Ali taknak letakkan tongkatnya di situ....

Dihujung denai ini kami melalui sungai buta atau gugup yang hanya dipenuhi oleh batu-batu besar.

"Cendawan....."





Sebaik saja melewati kawasan 'gugup', secara tiba-tiba hujan turun dengan lebat dan kami kelam kabut memasukkan beg dan peralatan rakaman ke dalam plastik yang sedia kami bawa bersama.
Dalam perjalanan turun ke Pusat Penerangan Lata Jarum hujan berhenti atau mulai reda. Walau bagaimanapun badan kami dah basah kuyup dah...

Di luar rumah Ketua Kampung yang 'sangat beradab'






Tiba di Pusat Penerangan Lata Jarum jam menunjukkan pukul 3.00 petang dan ini bermakna kami telah mengambil masa selama 6 jam untuk melalui Denai Bukit berkenaan.
Namun bagi kami itu perkara biasa kerana membuat rakaman subjek disepanjang perjalanan memang mengambil masa yang agak lama sedikit, dan bagi mereka yang faham tentu ia tidak mendatangkan masalah dan salah faham, kan gitu?.
Sedang mencari ilham untuk merakam sesuatu..






Jam 8.00 malam, sesi 'presentation' telah diadakan dan beberapa orang penyelidik telah membentangkan hasil dapatan masing-masing dan dibahaskan jika ada yang ingin membuat pertanyaan.
Jam 10.30 malam kami telah dapat merakam pengambilan sampel serangga yang menggunakan cahaya lampu dan kelambu perangkap pada waktu malam.

"Twin tower????..."






19 NOV. 2009.
Jam 9.00 pagi Majlis Penutup Ekspedisi Saintifik Lata Jarum telah dijalankan. Majlis tersebut ditutup dengan rasminya oleh Penolong Pegawai Daerah, Raub. Majlis ini dipercepatkan mungkin atas sebab tertentu yang tentu sekali kami tak tau, dan ia bukan bermakna ekspedisi berkenaan telah tamat. Majlis ini berakhir lebih kurang jam 11.30 pagi.

"Kembang hutan....."






Jam 3.00 petang, kami dari Unit Audio Video dan Unit Foto Penerbit UKM telah mengikuti kumpulan Sosio Ekonomi yang membuat 'survey' diperkampungan Orang Asli Yol.
Tinjauan tersebut merangkumi semua perkara berkaitan kehidupan orang asli di tempat tersebut.


"laparnyeee...."








Perkampungan tersebut tidaklah daif seperti yang aku fikirkan. Rumah mereka disediakan oleh kerajaan. Isi rumah mereka agak mengejutkan aku juga iaitu ada alat2 letrik seperti televisyen, mesin basuh, dan Astro pun ada....pendek kata macam kampung Melayu je.....cuma yang berbeza dengan kampung Melayu ialah banyaknya anjing peliharaan yang berkeliaran sekeliling rumah.


"Ara....."






Kumpulan penyelidik singgah dan menemubual anak Tok Batin kampung berkenaan. Remaja ini telah selesai menduduki SPM dan merupakan seorang yang berbakat dalam melukis dan rasanya boleh diketengahkan bakatnya ini tapi sape yang harus membawanya ke tengah?. Majoriti penduduk kampung ini bukan Islam. Minat remaja anak Tuk Batin ni tidaklah jauh bezanya daripada remaja Melayu biasa.

"Letihnyeeee......"





Rumah kedua yang disinggah ialah rumah penduduk kampung. Mereka berdua laki isteri sedang membakar ikan keli diluar rumah untuk sarapan. Agak mengejutkan aku gak, ikan keli yang dibakar itu bukan ditangkap tapi dibeli.
Kami difahamkan pendudk di sini tidak menternak haiwan ternakan kerana ia akan mengganggu jiran sebagaimana yang telah berlaku suatu ketika dulu. Hal ini telah menyebabkan perselisihan faham kata penduduk tersebut.

"Besarnye batuuuu....."






Dipersekitaran rumah tersebut terdapat kebun pisang, koko dan sebagainya seperti juga penduduk Melayu biasa di kampung-kampung Melayu.
Penyelidik juga telah pergi berkunjung ke rumah orang asli beragama Islam. Dia baru memeluk agama Islam selama 3 bulan. Di sini pun kelihatan banyak anjing-anjing berkeliaran dikeliling rumah. Anjing-anjing tersebut adalah peliharaan mereka.

"Kuntuman rimba....."






Kami tidak mengetahui sangat tahap pendidikan mereka namun menurut penyelidik yang bersama kami mengatakan purata pendidikan mereka ialah Tingkatan 3. Salah seorang anak orang asli yang ditemui semasa lawatan itu dikatakan memperoleh 5A dalam PMR. Selain daripada itu di perkampungan ini terdapat sebuah tadika kerajaan.


"Parasit ke....ermmm....entahlahhh....."






Rupa paras orang asli yang ada diperkampungan tersebut tidak ubah seperti orang Melayu biasa dan tidak kelihatan seperti orang asli. Menurut pendapat penyelidik perkara tersebut mungkin disebabkan oleh kacukan diantara suku-suku kaum asli terutama dalam perkahwinan. Bahasa Melayu yang mereka tuturkan juga fasih seperti Orang Melayu biasa dan dah tentulah mereka lebih fasih bertutur bahasa mereka sendiri kan.....

"Macam seram jeee...."






Jam 8.30 malam para penyelidik membuat pembentangan penemuan mereka kepada peserta lain. Malam ini juga sdr. Raai Osman, Jurufoto Kanan Penerbit UKM turut menyampaikan pengalamannya ketika mengikuti penyelidik membuat 'survey' diperkampungan orang asli.


"Ermmm....indahnyeeee........"







20 NOVEMBER 2009;
Hari Jumaat jam 9.30 pagi kami mengikut para penyelidik masuk ke Denai Sungai Kenau. Apa yang ada di sini???? Sebenarnya tumbuhan Pakma yang ada di sini. Kebetulan terdapat sekuntum bunga Pakma telah berkembang dan sempat kami rakamkan. Sebenarnya lokasi Pakma ini telah kami kunjungi beberapa bulan yang lalu bersama Prof. Jumaat Adam, Encik Shukori dan sdr. Ali Imran. Takde yang menghairankan kami di sini...
"Terasing....."






Walau bagaimanapun spesis yang berkembang ini adalah sama dengan spesis yang berada berhampiran Pusat Penerangan Lata Jarum. Sementara spesis lain yang wujud di sini belum lagi berkembang jadi tak dapatlah kami merakamkannya...



"Parasit lagi keee......?"







21 NOVEMBER 2009;
Pagi ini jam 9.00 pagi kami bercadang untuk pergi menyusuri Denai Air untuk membuat rakaman sebuah pulau ditengah sungai yang ditumbuhi oleh pokok-pokok Tongkat Ali yang besar.



"Wah! tekun nampak....."








Kami memang bercadang untuk merakam pulau dan pokok-pokok Tongkat Ali tersebut sebagai tugas kami yang terakhir dalam ekspedisi ini. Namun niat kami tidak kesampaian kerana hujan turun dengan agak lebat.
Jam 11.30 pagi kami 'check out' daripada penginapan dan seterusnya bergerak kembali ke UKM di Bangi.
Selesailah satu lagi tugas rutin kami......terima kasih pada semua yang terlibat....dan terima kasih juga kepada para renger yang membantu kami semasa rakaman video di denai-denai yang terlibat...

"Pakma Denai Sungai Kenau...."
Selepas ini kami merancang untuk membuat rakaman video di Lata Jarum, di lokasi yang lebih jauh ke atas bukit dan jauh ke dalam hutan serta terpaksa bermalam dalam khemah selama dua malam untuk mendapatkan rakaman yang lebih baik. Itu cuma rancangan tetapi tak tahu bila. Bergantung kepada Prof. Dr. Jumaat Adam....
daud montak zakaria...

Sunday, November 15, 2009

'Bye' sekali lagi....



Aku akan berada di Lata Jarum, Raub, Pahang mulai daripada 16 November hingga 21 November 2009 kerana mengikuti EKSPEDISI SAINTIFIK LATA JARUM, RAUB, PAHANG.
Kami diminta membuat rakaman video aktiviti yang dijalankan di sana semasa Ekspedisi tersebut. Kami akan bergerak dari UKM jam 8.00 pagi hari Isnin.

Foto ini ketika berada di Lata Berkoh, Taman Negara semasa Ekspedisi Fotografi di Taman Negara drpd 30 Oktober - 2 November 2009.

Aku membawa kenderaan sendiri dan peralatan yang dibawa ialah Kamera video, tripod, portable light, reflector, pita video dan alatan lain yang diperlukan.

Krew yang turut serta ke sana dengan aku ialah sdr. Ramli dan Siti Suraya. Apa yang aku harapkan semoga kami dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Selama aku di sana, blogspot dan facebook aku akan gersang tanpa kehadiran catatan-catatan aku(sebab aku takde broadband).....o.k ye.....

daud montak zakaria...

Saturday, November 14, 2009

An Old Friend...


Hari ini aku nak cerita perkara berkaitan peribadi sikit yang tiada kaitan pun denga tugas aku. Ia adalah cerita tentang 'old friend' atau kawan lama. Kalau kita berkata tentang kawan lama, tentu masing masing akan terbayangkan rakan-rakan lama yang memang lama tak jumpa. Tentu ramai kan rakan-rakan lama kita yang tidak pernah berjumpa lagi seperti kawan ketika sekolah rendah, kawan ketika sekolah menengah dan kawan kita ketika belajar di IPT.

Ermmm....yang aku nak cerita sekarang ni ialah kawan rapat aku semasa belajar di IPT. Rakan tersebut tiba-tiba muncul dalam chit-chat di Facebook. Padahal dah lama dah kami tak pernah berhubung ermmm...mungkin dalam 10 tahun kut. Semasa itu aku belajar dalam jurusan Komunikasi di UKM. Dia merupakan rakan yang aku anggap memang rakan rapat ketika itu. Kami cuma berhubung melalui sms seketika selepas tamat pengajian pada tahun 2002 yang lalu.

Ini cuma gambar hiasan yang mencerminkan kedamaian....

Tak lama kemudia dian pun hilang entah ke mana dan tak dapat langsung berhubung dengan dia.
Tiba-tiba ketika aku menatap facebook, keluar box untuk chit-chat yang terpapar namanya. Ermmm...tak sangka aku boleh chit-chat dengannya setelah hampir 10 tahun aku tak dengar cerita darinya. Banyaklah juga yang kami ceritakan perkara terkini tentang kami. Itulah dalam dunia siber yang lebih canggih ini, memang benar dunia tanpa mengenal sempadan. Ermmm...terima kasih Alina Tiu semoga berbahagia dengan keluarga yang tersayang....

daud montak zakaria...

Wednesday, November 11, 2009

IVIC


Malam ni, masih 11 November 2009.
Malam ni malas sangat aku nak menulis. Ku biarkan foto-foto ini mengungkapkan makna. Semua foto ni aku rakamkan semasa perasmian IVIC di Hotel Equatorial Bangi pada pagi tadi.


Sebelum bertugas...sdr. Sharul, Ramli dan Kamarul.













Sdr. Shahrul dan Jasril Amry...ermmm...masih sempat bergambar...















Sdr. Jasril Amry, berzikir gamaknya sebelum memulakan tugas...














Salah sebuah kamera yang kami telah sediakan...















Sdr. Shahrul....sanggup bekerjasama dengan yang lain-lain...

















Cik Suraya sebagai 'switcher' membantu sdr. Kamarul sebagai Pengarah Studio...













Sdr. Ramli mengawal audio, Siti Suraya mengawal 'switcher' dan rakaman program dalam 'hard disc' dan sdr. Kamarul.















Masih tekun bertugas....
















Keadaan dalam dewan konferen semasa majlis perasmian. Layar tayangan di kiri dan kanan yang memaparkan tugas yang sedang kami lakukan...


daud montak zakaria...