Wednesday, August 27, 2008

Pelancaran ITSIM











27 OGOS 2008; RABU:

Hari ini Majlis Pelancaran 'International Symposium on Information Technology' telah diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Kami telah ditugaskan untuk membuat rakaman video serta menyediakan perkhidmatan TV Litar Tertutup (CCTV) semasa majlis berlangsung. Terdapat beberapa perkara yang tidak 'menyelesakan' hati kami telah berlaku.


Kami bertolak dari UKM di Bangi lebih kurang jam 7.00 pagi dengan menaiki kereta UKM yang dipandu oleh En. Jemaan dari Unit Kenderaan UKM. Krew yang terlibat ialah aku...DAUD, SDR. AZIZ AHMAD, SDR. KAMARUL BAHARIN dan SDR. RAMLI ADNAN. Peralatan video yang kami bawa bersama ialah tv monitor 2 unit, kamera video 2 unit, DVD recorder 1 unit, tripod 2 unit, video switcher 1 unit dan kabel2 yang diperlukan untuk melaksanakan tugas berkenaan.


Tiba di KLCC lebih kurang jam 8.30 pagi. Sebaik saja pemandu memberhentikan kenderaan dan mula nak memunggah peralatan, kami didatangi oleh seorang penyambut di pintu utama bangunan persidangan berkenaan. Kami tidak dibenarkan masuk oleh penyambut tersebut melalui 'main entrance' dengan membawa peralatan rakaman video. Penyambut di pintu utama bangunan persidangan tidak membenarkan kami masuk walaupun kami merayu bersungguh-sungguh kerana masa semangkin singkat. VIP dijangka akan tiba dalam jam 9.00 pagi atau 9.30 pagi. Kami mungkin akan mengambil masa antara 1/2 atau satu jam untuk membuat pemasangan. Kami terus merayu...tapi taklah sampai keluar air mata darah... namun tidak juga dibenarkan. Penyambut di 'main entrance' tersebut berbangsa Nepal...hati aku berkata mungkin bangsa Nepal kerana Nepal, India atau rakyat Bangla , lebih kurang sama saja muka mereka......... Setelah puas merayu namun tak dipedulikan dan dia menyuruh kami melalui bahagian belakang (ayoooo...dia ingat kami ni suka ikut BELAKANG...) Di bahagian belakang bangunan, merupakan lokasi pemunggahan barang2. Tiba di tempat pemunggahan barang2, perjalanan kami disekat lagi dan diminta memberi maklumat2 tertentu. Di situ juga, ia telah mengambil masa kami yang sememangnya semangkin berkurangan atau suntuk...hmmm...jumpa juga dengan orang Nepal...Bangla...atau India...ntah aku pun tak tau...muka mereka macam sama aja nampaknya...maklumlah kepala sedang memikirkan sama ada sempat atau tidak kami dapat menyediakan peralatan rakaman video tersebut....Hmmm...patutlah kat Malaysia ni kaum pendatang jumlahnya dikatakan lebih kurang 1 juta atau mungkin lebih dari itu,....di mana-mana saja kita pergi, boleh jumpa pendatang2 ni...hinggakan di K. L. macam dah wujud Bangladeshi Corner, Vietnamese Corner, Indon Corner dan pelbagai corner-corner lagi...Agaknya sapa yang nak kita salahkan bila jumlah pendatang asing ini semangkin meningkat?....Diri kita sendiri ke...???.


Di lokasi kawalan masuk ke tempat Punggah Barang ini, aku menghubungi Mohd Hata dengan menggunakan handphone NOKIA siri..mmmm....tak yah sebutlah, bukan canggih sangat pun ...ewahhh...insert iklan pulak. Kami kemudian naik ke tingkat atas dengan diiringi seorang pengawal yang mungkin juga warga asing melalui 'lift' dari Lokasi Punggah Barang 3. Staf Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Mohd Hata dan Ismahashimi (mereka berdua ni selalu kami pelawa untuk membantu kami dalam tugas rakaman 'Multiple Camera Production' program2 atau acara2 di DECTAR) membantu kami membawa peralatan yang kami bawa bersama masuk ke dewan persidangan. Ops! terlupa pulak...aku ternampak juga Sdr. Firdaus turut serta membantu....


Tiba di dewan persidangan timbul lagi satu masalah...kami disambut dengan pertanyaan atau SOALAN CEPUMAS yang agak 'kurang sopan' oleh seorang pegawai dari sebuah IPT di negara kita ni, yang bertindak sebagai FM atau 'Floor Manager' majlis pelancaran itu. Dia bertanya berapa lama masa kami ambil untuk memasang alat yang kami bawa...Saudara Aziz menjawab....tak tentu....Mungkin FM tu rasa tak selesa dengan jawapan tersebut...maka dia kata...'Kalau macam tu tak payah pasanglah'.....Aku yang dah sedia 'panas', apabila mendengar kata-katanya menjadi bertambah 'panas'....aku kata....' Kalau tak payah pasang tak apalah kami boleh balik!....'. Aku rasa 'panas' bukan kerana apa...sudahlah di pintu utama bangunan persidangan itu tak diberi masuk oleh Mamat Nepal tu.....di tempat punggah barang macam2 yang ditanya oleh Mamat Bangla, pengawal tu...dan dalam dewan persidangan ini diherdik pulak oleh 'Mat Bangla Floor Manager' ni pulak...macam manalah aku dan krew tak naik angin....Aku terus talipon En. Hazrul beritau bahawa peralatan tersebut tak jadi pasang...dia jawab dia akan hubungi urus setia yang tertentu.


Kemudian Mohd Hata bertanya kepada seorang PROFESER yang mukanya amat aku kenali , tapi DIA sendiri pun tak kenal AKU... Professor tu kata alatan tersebut boleh dipasang....


Maka akhirnya kami pasanglah juga peralatan berkenaan. Sebenarnya sebelum Mohd Hata jumpa Profesor tu...Saudara Aziz juga kata ...lebih baik kita pasang sebab kita dah pun sampai kat dewan persidangan tu...hmmm...ada benar jugala kata2 dia tu... Nampaknya Sdr. Aziz ni, kepalanya sentiasa agak 'sejuk'... Setelah selesai pasang peralatan yang mengambil masa tak sampai setengah jam...aku pun talipon En. Hazrul, mengatakan peralatan telah dipasang. Semasa majlis berlangsung kami semua telah berjaya merakam detik2 yang diinginkan oleh pihak penganjur dalam pelancaran tersebut serta memaparkan visual ke layar tayangan yang terdapat dalam dewan berkenaan. Terima Kasih Banyak2 kepada saudara HATA dan ISMA yang banyak membantu. Tak lupa juga saudara FIRDAUS. Selain dari itu terdapat beberapa rungutan yang aku rasakan tak perlulah aku coretkan kat blog ni...kerana ia mungkin akan mengecilkan hati individu2 tertentu...tapi yang PASTINYA perkara2 tersebut telah mengecilkan hati kami semua. Kami cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka yang memerlukan tapi...hmmm...lain pulak cerita yang timbul....

Penutup SUKEM 2008





ISNIN 25 OGOS 08; Pada tarikh ini satu majlis iaitu Majlis Penutup Sukan (SUKEM), telah berlangsung di Stadium UKM. Majlis berkenaan telah dihadiri oleh Pro Canseler UKM, YAM Tunku Naquiddin ibni Tuanku Jaafar. Turut hadir ialah Naib Canseler UKM, Pengerusi LPU, dan Timbalan Naib Canseler HEPA. Ucapan Rasmi Penutupan SUKEM telah disampaikan oleh YAM Tunku Naquiddin. Majlis tersebut telah rancakan dengan acara perbarisan, penyampaian hadiah dan pertunjukan bunga api.




Tuesday, August 12, 2008

Konvo Ke-36 UKM...





Bermula dari 9 Ogos hingga 13 Ogos 2008, Universiti Kebangsaan Malaysia mengadakan Majlis Konvokesyen Ke-36. Majlis ini berlangsung di Dewan Canseler Tun Abdul Razak. Kakitangan Rakaman Video dan Multimedia memang sibuk pada masa ini untuk memberikan paparan terbaik di layar2 tayangan dalam dewan besar berkenaan untuk kepuasan ibu bapa menyaksikan putera-putera dan puteri-puteri mereka menerima skrol masing-masing di atas pentas....


Apabila telah berkumpul beramai-ramai di majlis ini bermacam-macam sikap dapat dibaca dan ditatap dikalangan kakitangan UKM yang menjadi urus setia majlis konvokesyen tersebut. Ada yang menarik dan tak kurang juga yang mempunyai nilai negatif. Hmmm...itulah manusia katakan....apa nak buat, terimalah seadanya......


Kepada semua kakitangan rakaman video kamera berbilang atau MCP yang terdiri daripada pelbagai jawatan, diucapkan jutaan terima kasih. Tanpa anda semua tugas yang besar ini tentu tidak mampu dipikul oleh kami dari Pusat Penerbitan dan Percetakan, UKM.....Terima kasih sekali lagi...