Thursday, October 11, 2007

TILTING


TILTING.

TILTING ialah pergerakan kamera secara 'vertical' yang licin dan berterusan seperti dalam rajah di atas. Kamera berkenaan berada dalam keadaan yang tetap sama ada diatas TRIPOD atau dipegang dengan tangan(hand held). TILTING ialah satu pergerakan atau teknik yang berkesan untuk menggambarkan subjek yang tinggi seperti TILTING dari puncak bangunan ke bawah(TILT DOWN) atau dari bawah ke atas(TILT UP). Pergerakan subjek juga boleh di ikut dengan teknik ini seperti seorang yang sedang memanjat atau menuruni sebatang pokok kelapa umpamanya..

Peraturan menggunakan TILTING
1. Fikir apa yang hendak ditunjukkan dan tentukan permulaan dan penamat pergerakan tersebut.
2. Buat latihan sebelum mulakan rakaman.
3. Permulaan rakaman hendaklah dalam keadaan statik selama 3 saat sebelum mula membuat pergerakan dan begitu jugalah ketika di akhir pergerakan berkenan.
4. Buat pergerakan tersebut dengan perlahan dan licin dalam satu arah.
5. Jangan cuba membuat pergerakan TILTING terlalu jauh kerana ini akan menyebabkan kehilangan keseimbangan badan, sebaik-baiknya dalam lingkungan 90 darjah sahaja(sudut pergerakan TILT UP atau TILT DOWN). Jika subjek tidak boleh dirakam sepenuhnya dalam lingkungan sudut 90 darjah, cuba letakkan kamera lebih jauh lagi dari subjek berkenan.
6. Pergerakan TILTING ini akan menjadi lebih mudah dengan menggunakan TRIPOD.

Dalam pembikinan program video, kombinasi PANNING dan TILTING secara serentak memang tidak dapat dielakkan. Latihan amat diperlukan untuk memahirkan diri dalam melakukan pergerakan seperti ini.



Wednesday, October 10, 2007

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI STUDIO UKM UNTUK SEMUA...



Sunday, October 7, 2007

TUGAS FLOOR MANAGER(FM)

Diantara tugas FLOOR MANAGER(FM) ialah memberi arahan kepada "talent", menyampaikan arahan PENGARAH STUDIO kepada "talent", menyelia kakitangan studio rakaman, dan dalam tugas yang lebih besar dia bertanggung jawab dalam "setting up scenary and dressing the set". FLOOR MANAGER juga dikenali sebagai FLOOR DIRECTOR atau STAGE MANAGER.

Foto: Latihan Penerbitan Pelajar Pengajian Media di STUDIO UKM, DECTAR.

Friday, October 5, 2007

PANNING

Pan shot ialah satu pergerakan kamera yang perlahan, licin dan berterusan dari kiri ke kanan atau sebaliknya. Namun penggunaannya yang berlebihan akan menyebabkan penonton bosan dan keliru.

Tujuan panning;
1. untuk menunjukkan subjek yang terlalu panjang untuk digambarkan dalam satu shot, seperti deretan bangunan yang panjang.
2. menunjukkan hubungan diantara subjek-subjek, seperti adegan yang menunjukkan muka wanita yang terkejut kemudian pan kepada tikus yang berada di hadapannya.
3. mengikuti pergerakan sesuatu subjek yang sedang bergerak, seperti kucing mengejar tikus.

Perkara yang sewajarnya diingat bila melakukan panning shot;
1. Fikirkan permulaan pan shot dan tempat di mana ia patut ditamatkan.
2. Bila tidak menggunakan tripod, bahagian pinggang ke atas sahaja yang bergerakatau berpusing.
3. Pan dengan perlahan dan stabil untuk membolehkan penonton dapat melihat apa yang dipaparkan.
4. Imej "permulaan" dan "penamat" shot mestilah statik selama 3 saat.
5. Panning shot yang berkesan adalah tidak melebihi sudut 90 darjah. Jika melebihi boleh menyebabkan pergerakan kamera bergoyang dan hilang keseimbangan.
6. Bila membuat panning shot subjek yang sedang berjalan atau berlari ruang depan subjek atau walking room lebih luas dari ruang di belakang subjek.

UNIT PERCETAKAN UKM

Kakitangan Unit Percetakan UKM di Pusat Penerbitan sedang sibuk menyiapkan tugas harian mereka..