Hari ni hari ISNIN, 5 Nov. 2018...Hari ni kami mula membuat persiapan peralatan rakaman MCP untuk majlis konvo ukm ke 46 di dewan
besar dectar ukm. Kali ini kami tidak gunakan peralatan
kami yang da uzur tu. Semua peralatan kami ni
100% disewa dari luar.
Jadi kami
cuma pantau sahaja pemasangan peralatan
oleh syarikat luar berkenaan. Seawal jam 10.00 pagi krew
syarikat dah datang dan mula bawa masuk peralatan ke dalam studio ukm. Ada lebih kurang 6 orang krew yang bertugas memasang
alatan tersebut.
Sebenarnya hari ini merupakan pemasangan alat dan raptai teknikal pada sebelah petang namun kelihatannya tidak mungkin
latihan teknikal dapat dijalankan kerana pemasangan
alat makan masa agak lama jugak. Semua perlu
dibuat dengan sempurna.
Pemasangan alatan rakaman mcp selesai lebih kurang jam 5.00 petang dan akan disambung lagi pada hari Rabu selepas cuti deepavali.
Sesi latihan teknikal yang dijadualkan dijalankan pada
sebelah petang tidak dapat diadakan kerana
pemasangan alat masih tidak siap sempurna. Jadi latihan teknikal
akan diadakan pada hari Rabu jam 9.00 pagi. Sebenarnya ada beberapa
perkara lagi perlu dibuat dalam sistem rakaman mcp
berkenaan sebelum ianya sempurna
untuk digunakan....
foto sdr. shahrul |
foto sdr. shahrul |
Walau bagaimanapun lebih kurang 85% pemasangan telah dibuat. terdapat beberapa perkara lagi perlu dibuat. Pemasangan
tv monitor, output untuk bilik streaming, output
untuk bilik menunggu krew mcp, output
untuk screen besar di panggung seni, output
untuk bilik audio, output untuk monitor di pentas dewan,
bilik vvip, emcee dan sebagainya lagi masih belum disempurnakan. Semua perkara ini akan disempurnakan pada hari Rabu nanti
hingga selesai dengan sempurna.....insyALLAH...
~ SEKIAN ~
No comments:
Post a Comment