Saturday, June 2, 2012

Rakaman Video untuk Projek Penghawa Dingin.

31 MEI 2012, kami membuat rakaman video untuk penerbitan video LOJI PENGHAWA DINGIN LINGKARAN 2 UKM. Masih terdapat bahan yang perlu dirakam dan ini 
merupakan 'footage' yang terakhir, harap begitulah. 'Footage' ini merupakan 
rakaman kata-kata PENGARAH JABATAN PENGURUSAN 
PEMBANGUNAN UKM dan juga sesi mesyuarat antara 
pihak JPP dengan pihak Tenaga Nasional yang 
menyiapkan loji berkenaan. "Footage' ini 
akan di masukkan ke dalam video 
tersebut. Kadangkala aku
 rasa agak lucu bila 
masing-masing 
cuba bercakap
 berkaitan penerbitan video. Geli hati bukan sebab apa...jurutera2 bercakap
berkaitan penerbitan video dan drama...tapi rasanya aku pun
tak patut heran sangat pun...maklumlah la ni bukan 
jurutera jer bercakap hal kerja penerbitan
video tapi banyak lagi bidang lain
seperti ahli geologi...ekeke...
bidang agama, bidang undang2 dan banyak lagi. Nampaknya aku dah takleh lagi 
cari makan dalam bidang ini tapi....bidang apa lak
aku leh buat....mustahil aku leh buat 
kerja geologi...ekekek....atau jurutera....aih....ntahlah....


Kami juga diminta merombak semula skrip supaya mudah difahami penonton yang terdiri daripada penonton awam. Rasa macam satu beban pulak namun perlu diingat
 'customer is always right'....yer ker...yer ker...aku tak percaya sebenarnya
dengan ungkapan karut ni................................................. tapi 
aku terpaksa akur kerana mereka yang keluarkan 
wang untuk membayar...


Oleh itu aku terpaksa edit semula skrip yang aku dah siapkan dan edit semula video yang aku telah atur di 'timeline' ermmmmmmmmm....dari awal hingga akhir...haih....ini makan 
masa lagi nampaknya. Mungkin minggu depan aku akan mulakan buat
 suntingan. Minggu ni aku rombak kembali skrip yang aku dah tulis..
Bila dah siap mereka ingin tonton kembali sebelum buat
 keputusan yang baru...takpe...takpe...takpe...


Rakaman di JPP ini aku lakukan bersama sdr. SHAHRUL FADLI dan KAMARUL BAHARIN SUPAAT.Walaupun 'footage' yang nak digunakan tu lebih kurang seminit 
atau bawah seminit tapi nampaknya rakaman
 memakan masa jugak...

....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca.....
DAUDmontakzakaria.