Saturday, March 23, 2013

..mahaTHIR...OH..MAHAthir...

*alamak....da siap taip tapi ter 'delete' pulak, ermm...kena tulis semula pulak...

MALAM ni, 22 Mac 2013, kami membuat rakaman MCP program 'BUAL BICARA 
bersama TUN MAHATHIR' di DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK...
Biasa ler persiapan peralatan MCP harus dibuat awal...lebih awal
lebih selamat......




Kami menggunakan 3 buah kamera video malam ni. Aturcara bermula lebih kurang
jam 9.00 malam selepas ketibaan Tun Mahathir di DECTAR
dengan disambut oleh NC UKM, TNC-TNC
dan pegawai-pegawai yang lain...




Aturcara bermula dengan bacaan doa diikuti oleh ucapan NAIB CANSELOR UKM
dan diikuti oleh ucaptama TUN DR. MAHATHIR. Tun mengambil masa
lebih kurang satu jam untuk berucap..........
Selepas ucapan, sesi soal jawab pulak diadakan. Jika
soal jawab tidak dihadkan tentu program tersebut berakhir lewat. Bersusun
hadirin bangun nak bertanya soalan............................Tun
bercakap berkaitan pelbagai isu yang kemudiannya menjana pelbagai soalan
 dari hadirin yang berebut nak bertanya selepas ucapan. 




Selepas sesi soal jawab, Tun melancarkan  program 'MAHASISWA PENGGERAK
TRANSFORMASI NEGARA'. Program bersurai setelah NC UKM
menyampaikan cenderahati kepada Tun........


Malam ini agak ramai krew yang hadir, taklah sakit pinggang duk lama
kat kamera...Aku ingin ucapkan terima kasih bebanyak kepada
MIMI, HANIM & SUAMI, SITI SYARINA, HIDAYAH,
YUNUS, ZULHIM, HAFIZ TAIB, HAJI
SULIMI, JUNIOR,
 JAMALUDIN JI, dan tak lupa kepada
rakan lama kami FAIRUL SURIAN @ FIRE yang
datang membantu kami, nampaknya dia da gian nak pegang kamera
MCP...dia membantu kami dengan rela......terima kasih banyak2 sdr. FAIRUL yang
berdiri lebih dua jam di kamera dari mula hingga tamat program....
Tak lupa juga terima kasih bebanyak kepada semua krew
UAV jugak..............................................................
Aku tak sempat nak ambil foto ANIM & SUAMI ...tak berani nak
 candid foto orang lain secara suka-suka kan...kan...kan...

apa2 pon terima kasih banyak2 kerana kerana sudi baca blog yang
tak sedap langsung ni....
DAUD.montak.zakaria.