Monday, January 7, 2013

GIgi...oh...giGI...


HARI ini, 7 Januari 2013, aku masih bercuti....hari ini jugak aku pergi buat pemeriksaan gigi
di PUSAT KESIHATAN UKM. Sebenarnya aku dah buat 'appointment' minggu
lepas lagi....Tiba di Pusat Kesihatan tu jam 9.00 pagi kerana
temujanji aku jam 9.15 pagi.......Ini kali pertama 
aku mendapatkan perkhidmatan di sini
setelah sekian lama menjadi
staf UKM.......
Setelah buat pendaftaran
aku menunggu giliran untuk masuk...terdapat
dua orang pesakit (pelajar kut...) di hadapan aku...........................
Sebagai pesakit baru aku dikehendaki mengisi rekod perubatan
yang diberi....semua maklumat aku kene isi.....tak ketinggalan
taraf perkahwinan aku...hermmm....rupanya aku dah
tak bujang lagi.....sedangkan aku mula keje 
di UKM memang masih bujang...
Lebih kurang setengah jam menunggu, aku
dipanggil masuk menemui doktor oleh mesin pemanggil
elektronik yang tertera nombor 1404 dan siap dengan nombor bilik 
iaitu nombor empat belas...........................................................................
Doktor minta aku duduk di kerusi tempat untuk diperiksanya...
dia tanya aku nak buat apa...aku kata untuk tampal dan
cabut......Sebelum tu dia periksa keadaan gigi 
aku dan segala yang dikatakannya
dicatat oleh misi muda ke dalam rekod perubatan aku...
Doktor tu kata tiada yang berlobang tapi aku kata ada.......kemudian dia suruh
tunjukkan dengan lidah. Setelah ditunjuk dengan lidah, dia cek dan kata 
gigi aku tu haus...aku mintak ditampal jugak sebab sisa makanan
sembunyi di situ selepas selesai makan...
Jadi doktor pompuan tu tampallah
bahagian yang haus tu...
Doktor tu kata jugak gigi aku dah jarang sebab
mungkin telah digosok dengan kuat...huh! gitu....aku ingatkan
gosok dengan kuat tu untuk bagi dia bersih serta putih dan lagi 'menciutkan'.....
Selesai tampal aku mintak doktor tu tanggalkan gigi aku yang dah 
berlubang teruk.....sebenarnya gigi tu asalnya telah
ditampal berpuluh tahun yang lalu tapi...
tampalannya telah tanggal dan aku
biarkan jer hingga gigi tu dah tak boleh 
digunakan lagi....macam dah masuk skim pencen ler....
Doktor kata nanti buat 'appointment' minggu depan iaitu 15 Jan 2013
untuk keje mencabut gigi pulak........
...dia kata lagi biasanya selepas cabut dia kata pesakit biasanya diberi cuti...
aku kata cuti tu tak perlulah . ..aku kata aku masih boleh hadir keje...
Hati aku kata...dah maleh aku
nak cuti lagi daaaa....................lagipun aku jarang ambil MC....
Akhirnya aku akan tunggulah 15 Januari 2013 untuk
tanggalkan gigi yang dah masuk SKIM PENCEN
 tu pulak...........
Oh, yer...aku nak sentuh bab keje sikit.....
Minggu ini kami mempunyai 2 buah rakaman MCP
yang agak besar iaitu KONVOKESYEN KHAS untuk Tuanku Canselor
yang akan menerima ijazah kehormat dari luar negara. Majlis tersebut akan
dijalankan di DECTAR jam 9.00 pagi pada 11 JANUARI 2013
dan keje yang jugak tak kurang grand nyer ialah
KONSERT DIRAJA pada 25 JANUARI 
2013...Program ini akan berlangsung jam 8.00 malam
dan akan dihadiri oleh Tuanku Canselor
UKM dan Raja Permaisuri...
Harap kami dapat bantuan KREW MCP dari jabatan2 lain dalam UKM....


Gigi amat penting untuk manusia. Fungsi gigi ialah untuk mengoyak, mengikis, memotong dan 
mengunyah makanan...namun ada jugak manusia gunakan gigi sebagai
senjata..........................awas para suami......opst!
Struktur gigi terbahagi kepada beberapa
lapisan.....iaitu Enamel, Dentin dan Pulpa....Enamel ialah
bahagian paling keras dan yang berwarna putih...memang amat keras...
Dentin pula terletak diantara Enamel dan Pulpa. Ia lebih lembut daripada Enamel dan
boleh reput dengan cepat serta berlubang jika tidak dirawat dengan betul.
Palpa pula merupakan bahagian di tengah-tengah gigi. Di dalamnya
terdapat tisu2 lembut salur darah dan saraf......
Gigi boleh binasa dengan beberapa
cara antaranya ialah Plak gigi.
Plak gigi merupakan lapisan nipis yang melekit. Selepas makan
sisa makanan akan ditukar menjadi plak melalui penguraian oleh bakteria.
Aktivi bakteria ini juga akan menghasilkan asid yang mereputkan gigi
serta mudah untuk membentuk lobang pada permukaan gigi.
Plak jugak akan mengeras dan menebal jika dibiarkan serta menjadi tempat pembiakan 
bakteria. Jika plak dibiarkan selama 24 jam ia akan mengeras. Tentu ia akan
menjadi istana para bakteria yang banyak terdapat dalam mulut.
 Oleh itu jadikan tabiat memberus gigi sekurangnya dua kali sehari sebagai
amalan berterusan.....Jika plak telah mengeras dan
melekit, hanya doktor sahaja yang
boleh menghilankannya
melalui proses
'pengikisan'...............................................
Jadi sayangilah gigi anda dan anggaplah ia sebagai mahkota mulut kita......

....terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria