Thursday, December 3, 2009

Persidangan Meja Bulat di Cyberview..

Hari ini, Unit Video Penerbit UKM telah bergerak ke Cyberview Lodge Resort di Cyberjaya untuk membuat rakaman video Persidangan Meja Bulat Majlis Ketua-Ketua Penyelaras E-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) Ke-7. Persidangan tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor, Prof. Dr. Ir Hasan Basri. Program bermula jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 5.00 petang. Sdr. Kamarul Baharin Supaat dan Siti Suraya telah membuat rakaman berkenaan.

Visi MEITA ialah memperkasa penggunaan e-pembelajaran ke arah melahirkan graduan yang holistik dan berketerampilan. Sementara misi MEIPTA ialah membudaya, menjana, menggiat dan menambahbaik dasar, kepakaran, idea, kaedah dan aktiviti e-pembelajaran secara berperingkat di IPTA

Persidangan ini dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ketika aku berada di Cyberview Lodge Resort sempat juga aku merakamkan keadaan sekitar resort berkenaan. Agak luas juga kawasan tempat berkenaan. Sebenarnya aku amat jarang pergi ke Cyberjaya berbanding dengan Putrajaya, oleh itu agak sukar juga untuk mencari lokasi tersebut. Mujurlah ada sdr. Kamarul membantu mencari arah tempat berkenaan. Akhirnya jumpa juga lokasi resort tersebut.

daud montak zakaria...