Monday, March 23, 2009

Latihan Kumpulan 7 & 8












Hari ini seawal jam 7.00 petang den keluar dari rumah menuju UKM. Tiba di DECTAR lebih kurang jam 7.15 petang waktu tempatan. Masuk ke Studio UKM. Selepas key in kedatangan di komputer den terus menyiapkan semua peralatan audio visual. Peralatan seperti kabel, tripod, kamera video dan sebagainya masih bersepah di sana sini dalam studio. Perkara ini adalah disebabkan semalam kami membuat rakaman MCP Persembahan Orkestra Tradisional Cina di Panggung Seni.


Lebih kurang setengah jam kemudian semua peralatan audio visual telah siap dipasang dan diuji. Sebenarnya den menyiapkan semua peralatan ini adalah untuk latihan Pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi, FSSK. Kumpulan yang membuat latihan malam ini ialah kumpulan 7 dan kumpulan 8. Tak lama kemudia kira-kira jam 5 minit hampir 8.00 malam terdapat pelajar yang telah tiba di studio.


Setelah semua ahli kumpulan hadir maka mereka pun memulakan sesi latihan. Apa yang dapat den lihat terdapat sedikit kelemahan di sana sini. Oleh itu kelemahan tersebut diberitahu semasa mereka masih dalam latihan sedang berjalan. Kelemahan yang dapat den perhatikan ialah count down, roll vtr, call shot untuk kamera dan establish shot jarang diguna. Masing-masing kumpulan cuma dapat membuat latihan sekali sahaja kerana kesuntukan masa.


Apa-apa pun diharapkan dalam latihan terakhir mereka nanti semua kelemahan-kelemahan ini dapat diatasi dengan sebaik mungkin. Dalam hal ini peranan Pengarah dan penolong Pengarah amat penting.