Friday, May 10, 2013

kem FOTOGRAFI KOLEJ YAYASAN felda



TAMAN ALAM KUALA SELANGOR & BUKIT MELAWATI
8 MEI 2013.
Tenaga Produksi: DAUD MONTAK ZAKARIA & KAMARUL BAHARIN SUPAAT.


foto dari kamera kamarul baharin
foto dari kamera kamarul baharin
foto dari kamera kamarul baharin
foto dari kamera kamarul baharin
foto dari kamera kamarul baharin
foto dari kamera kamarul baharin
semasa di denai taman alam..
pintu masuk muzium sejarah.
foto dari kamera kamarul baharin
mangrove walkway.
foto dari kamera kamarul baharin
denai
hutan di taman alam
chalet
chalet di taman alam..
dalam dewan...

pekan sebelum masuk ke bukit melawati.
solat tak kira walau kita sibuk macam mana pon..
pekan sebelum masuk ke bukit melawati.
mangrove walkway..
mangrove walkway..
muzium sejarah bukit melawati
rumah api bukit melawati







bukit melawati.
bukit melawati.

bukit melawati.
bukit melawati.
bukit melawati.
bukit melawati

muzium di puncal melawati

persembahan projek kumpulan di kolej yayasan felda....

Cadangan Skrip untuk VIDEO 'KEM FOTOGRAFI' 
Kolej Yayasan Felda Kelana Jaya...bila siap
akan di 'upload' ke YOUTUBE...

Kolej Yayasan Felda Kelana Jaya merupakan salah sebuah daripada 4 buah Kolej Yayasan
Felda di seluruh negara. Kolej-kolej yang lain ialah kampus Mempaga pahang,
kampus raja Alian Negeri Sembilan, dan kampus trolak di Perak.
Kolej ini menwarkan kursus-kursus selama 3 dan 6 bulan 
bergantung kepada bidang yang diambil untuk pelajar
selepas mereka menduduki SPM. Kursus ini
terbuka kepada 70% kepada anak Felda,
20% kepada anak kakitangan Felda
dan 10% untuk anak orang awam.
Beberapa bidang pengajian wujud di kolej-kolej 
Felda termasuk bidang MULTIMEDIA yang diadakan di KOLEJ
YAYASAN FELDA KELANA JAYA.

Antara 7 - 9 Mei 2013, bidang MULTIMEDIA
kolej ini telah mengadakan KEM FOTOGRAFI dengan
kerjasana PENERBIT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA.
Fotografi merupakan salah satu modul dalam pengajian MULTIMEDIA
kolej terbabit.

Hari pertama bengkel berkenaan, para
peserta telah didedahkan dengan teori berkaitan teknik-teknik
dalam seni fotografi. Penceramah-penceramah
dari pihak PENERBIT UKM telah
menyampaikan ilmu yang
mereka miliki kepada para pelajar. Segala
pengetahuan yang mereka kongsikan dengan pelajar telah menarik
tumpuan setiap daripada mereka yang
mengikuti kem berkenaan.

Pada waktu petang pula
telah dijalankan sesi amali di sekitar Taman Tasik
Kelana Jaya. Tasik Kelana jaya ini merupakan bekas tasik perlombongan
bijih timah yang terletak di Selangor. Tasik ini di bawah
pentadbiran Majlis Bandaraya Pertaling Jaya.
Sejak tahun 1996 tasik ini telah 
dijadikan taman rekreasi 
awam. 
Tasik ini juga merupakan lokasi menarik bagi kaki pancing.

Di sekitar tasik ini peserta mencari subjek yang boleh dirakam
menjadi rakaman yang berseni. Mereka tidak henti-henti mencari, menilik dan
memetik butang di kamera masing-masing. Semua peserta
gembira dengan tanggung jawab yang telah
diberi kepada mereka oleh penceramah.

Hari kedua iaitu 8 mei 2013, peserta 
bengkel telah dibawa untuk beramali di Kuala Selangor 
pula. Mereka dibawa dengan bas ke destinasi yang dituju. Lokasi
amali berkenaan ialah Taman Alam Kuala Selangor
dan juga Bukit Melawati. 

Daerah Kuala Selangor terletak di utara negeri Selangor.
Pekan di daerah ini dikenali sebagai pekan Kuala Selangor yang
menjadi bandar pentadbiran daerah berkenaan. Bandar
Kuala Selangor merupakan bekas Bandar
DiRaja Selangor.

Sebelum memulakan tugas amali, para 
peserta perlu mengisi perut. Perut perlu diisi kerana  perjalanan
 merentas hutan dan denai  memerlukan tenaga yang banyak
 yang dijana daripada hasil makanan yang dijamah. 
Selesai sarapan semua peserta bergerak
mengikut kumpulan-kumpulan yang telah ditentukan.
Masing-masing menggunakan kepakaran yang diperoleh semasa
 sesi teori untuk menghasilkan karya seni 
foto yang berseni......

Taman Alam Kuala Selangor mempunyai keluasan 2.4 
kilometer persegi. Ia terletak di kuala Sungai Selangor. Taman Alam ini 
dibuka pada tahun 1987. Taman ini terdiri daripada hutan hujan tropika
 dan hutan paya bakau. Taman Alam Kuala Selangor ini menjadi tempat 
perlindungan pelbagai spesis
kehidupan yang berupa kepelbagaian spesis haiwan, serangga, burung,
ikan dan sebagainya. Di perut hutan yang menghijau dan dingin
ini pelbagai spesis tumbuhan boleh dilihat sama ada yang
tinggi, rendah dan melata di atas bumi. Hutan ini
umpama galeri yang menyimpan pelbagai
khazanah seni alam.

Hutan Alam Kuala Selangor ini menjadi
habitat kepada komuniti monyet spesis makonka ini.
Spesis ini mudah didapati ketika melalui denai di taman ini.
Hutan ini menjadi habitat mereka untuk mencari makan serta membiak.
Hutan ini juga menyimpan pelbagai spesis burung sama
ada burung tempatan dan juga burung antarabangsa.
Dikatakan hutan ini mempunyai lebih 150
spesis burung termasuk lebih
50 spesis burung
antarabangsa.

Di Taman Alam Kuala Selangor
ini terdapat beberapa menara untuk memerhati
burung-burung di kawasan sekitar. Pengunjung boleh melihat
burung-burung yang berada di sini. Pengunjung
juga akan bersua dengan haiwan lain
ketika berada di sini jika 
bernasib baik.

Burung antarabangsa yang berhijrah ke sini
biasanya datang dari utara China dan juga dari Rusia
ketika musim sejuk terutama dalam bulan September pada setiap
tahun. Hutan paya bakau atau hutan paya laut
di sini menjadi tempat burung-burung
dan haiwan untuk mencari
makan dan membiak.

Hutan paya bakau atau paya laut ini mempunyai 
pelbagai manfaat. Huta paya bakau yang dikatakan mengandungi
13 spesis pokok bakau ini menjadi tempat pelbagai spesis kedupan untuk
berlindung, mencari makan dan membiak. Selain dari itu hutan
ini menjadi perlindungan kepada hakisan dan tsunami.

Di hutan paya bakau ini terdapat laluan yang membolehkan
pengunjung melaluinya untuk masuk ke dalam hutan berkenaan hingga
jauh ke arah Selat Melaka. Dilaluan ini pengunjung boleh melihat bukan saja
pelbagai spesis pokok bakau malah juga spesis kehidupan di lumpur
serta juga spesis monyet yang tinggal di hutan paya bakau ini.

Eksplorasi fotografi Kolej Yayasan Felda
telah menjelajah seluruh taman ini mencari subjek untuk dirakam
di kamera mereka. Mereka menggunakan setiap kesempatan yang ada
mencari dan mengintai apa saja yang boleh menjadi karya
seni mereka. Eksplorasi mereka melalui denai-denai
di perut taman ini tamat pada waktu tengah hari.

Perut masing-masing perlu di isi kembali
pada waktu tengah hari untuk mengembalikan tenaga
yang telah hilang semasa menjelajah setiap ceruk taman alam tersebut.
Tenaga perlu dijana semula dan tentu hidangan
akan menjadi enak dalam keadaan
perut yang kosong dan tekak
yang kering......

Sebelah petang pula para pelajar telah dibawa untuk 
beramali di Bukit Melawati pula. Bukit Melawti ini amat dikenali
oleh pelancong dari dalam dan luar negara. Di puncak bukit Melawati ini
wujud tinggalan kubu atau kota yang menjadi bentang daripada
serangan musuh dan juga sebagai pemantau laluan
kapal di Selat Melaka pada zaman lampau.

Kelihatan beberapa pucuk meriam lama
yang terdapat di bahagian yang menghala ke Selat Melaka.
Selat Melaka boleh kelihatan dengan jelas dikejauhan terutama ketika
cuaca dalam keadaan cuaca yang cerah. Dikatakan Bukit
Melawati merupakan pusat pentadbiran Kesultanan
Selangor dalam abad kesembilan belas.

Kubu ini jatuh kepada Belanda dalam
tahun 1874 daripada pihak Inggeris. Sebuah rumah api juga terdapat 
di puncak Bukit melawati ini. Rumah api yang dikenali sebagai Rumah Api Kuala
Selangor ini dibina dalam tahun 1907. Ia menjadi panduan
kepada kapal-kapal yang  melalui Selat Melaka...

Selain daripada itu terdapat sebuah muzium di 
puncak Bukit Melawati. Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor
ini merupakan bekas Rumah Pegawai Daerah Kuala Selangor.
Muzium ini terbuka kepada orang ramai untuk 
melawat. Ia menyimpan khazanah sejarah
 sejak abad ke tujuh belas.

Di puncak Bukit melawati ini
para peserta kem fotografi Kolej Yayasan Felda
ini menggunakan kepakaran mereka untuk merakamkan subjek
menari di sekitar puncak bukit ini. Satu fenomena
biasa di Bukit Melawati ini ialah
terdapat monyet spesis
Silver leafed long tail yang kelihatan
jinak dengan pengunjung. Pengunjung boleh
melayan mereka tanpa rasa bimbang walau sedikit.
Pengunjung boleh memberi mereka makan dengan makanan
yang boleh dibeli daripada penjual perseorangan
yang sentiasa berada bersama jualan
mereka di sekitar tempat berkenaan.

Melayan monyet-monyet di sini tidak 
melupakan peserta tugas utama mereka untuk
merakam segala subjek yang terlintas di fikiran mereka
semasa berada di puncak Bukit Melewati tersebut. Segala yang boleh
dirakam menjadi karya seni mereka tidak akan
terlepas daripada menjadi mangsa
lensa kamera mereka.

Setelah selesai meneroka
puncak Bukit Melawati, semua peserta
bergerak turun semula ke tempat berkumpul di dewan
Taman Alam Kuala Selangor di kaki Bukit tersebut. Selesai minum petang
semua peserta bergerak kembali ke Kolej Yayasan
felda di Kelana Jaya.

Hari terakhir Kem Fotografi
iaitu 9 Mei 2013, semua kumpulan peserta
telah membuat pemilihan foto-foto serta membuat suntingan
untuk diketengahkan semasa sesi persembahan
foto masing-masing pada
awal petang nanti.
Mereka bekerjasama memilih foto-foto
yang difikirkan mampu mendapat perhatian penceramah
yang akan membuat penilaian kepada
foto-foto yang akan ditayangkan.

Tiba waktu persembahan pada
waktu petang, setiap kumpulan telah mempersembahkan
foto-foto yang telah dipilih. Mereka menjelaskan segala yang berkaitan foto
foto yang dipaparkan dilayar tayangan. Tamat persembahan,
penceramah yang bertindak sebagai juri telah
membuat ulasan terhadap foto
foto yang telah ditayangkan.

Dalam sesi yang sama
Proffesor Dr. Kamaruddin M. Said telah
diminta untuk menyampaikan ceramah beliau kepada para 
peserta Kem Fotografi tersebut. Penyampaian ceramah beliau juga mampu
menarik tumpuan para peserta yang tekut
memberikan tumpuan.

Kem Fotografi berkenaan
telah memberikan penghargaan kepada kumpulan
kumpulan yang telah mengambil bahagian dalam kem berkenaan. 
Kem tersebut juga telah diakhiri dengan penyampaian
penghargaan kepada penceramah-penceramah.
Apa yang diharapkan ialah semoga kem
fotografi tersebut memberi manfaat kepada para 
peserta khususnya dan kepada pihak KOLEJ YAYASAN FELDA
amnya. Diharapkan juga kerjasama diantara kolej yayasan
Felda dan Penerbit Universiti Kebangsaan
Malaysia akan terus terjalin erat
di masa akan datang.......


...sekian dan terima kasih kerana membaca....


DAUD.montak.zakaria