Monday, August 27, 2012

Dua dalam satu...

...jamuan raya dan sambutan merdeka...
....atas bumbung DECTAR...
 HARI ini 27 OGOS 2012, aku masih lagi bercuti. Namun waktu jam 3.00 petang
aku pergi jugak ke ukm iaitu bangunan DECTAR
untuk dua tujuan....
...masih atas bumbung DECTAR..
 Perkara utama yang aku perlu selesaikan ialah untuk memeriksa peralatan 
MCP sebab esok iaitu 28 OGOS ada rakaman MCP jamuan
Hari Raya UKM di DECTAR.
....atas bumbung lagi...
 Perkara yang kedua yang perlu diselesaikan ialah untuk menyelesaikan
perkara berkaitan aerial tv yang dah lama mengalami kerosakan.
Ia perlu dibaiki kerana perlu digunakan semasa
ambang merdeka yang akan berlangsung
di DECTAR pada detik 12.00
tengah malam 30 OGOS
nanti....

....raptai untuk jamuan raya esok...
 Perkara pertama iaitu pemeriksaan dan ujian peralatan MCP sempat
diuji separuh jalan jer sebab syarikat yang dipanggil
untuk 'cek' aerial tv tu sudah sampai
dan terpaksa tunjukkan mereka
apa yang perlu dibuat...

.....persiapan dalam dewan...
Kami membawa pekerja syarikat tu naik ke bumbung DECTAR. Itulah
pertama kali aku naik ke sana walaupun dah berdekad keje
di ukm. Rupanya untuk naik ke sana perlu beberapa
halangan pintu yang berkunci di Bilik 'Modern 
Band' di tingkat paling atas.
Kunci pulak disimpan
oleh staff Kebudayaan yang khusus.
Rasa gigil jugak bila pijak atas atap yang lembut tu.
Aku, Kamarul dan 3 pekerja syarikat dan seorang staf KEBUDAYAAN
naik ke atas bumbung tu. Aku tak pi jauh pun sebab 'gayat'.
Menurut kata staf syarikat tu kabel untuk aerial
tu dah koyak dan kena ganti dengan
yang baru. Tu sebab siaran
tv dalam studio ukm
tidak jelas dan amat terganggu.
Mereka ambil keputusan untuk ganti kabel dgn yang
lain. Walau bagaimana pun tugas tersebut tidak dapat
diselesaikan kerana pintu bilik air untuk laluan kabel tersebut
terkunci. Kunci dipegang oleh tukang cuci yang dah pun tamat tempuh
jam bekerja dan dah sampai rumah dah kut. Jadi terpaksa sambung kerja
di waktu yang sama esok. Sebenarnya siaran tv tu amat penting untuk
ditayangkan ke layar dalam DECTAR semasa siaran 'live'
'countdown' kat dalam DECTAR jam 12.00
tengah malam pada 30 OGOS nanti.
Tu sebab aerial tv tu perlu
dibaiki 'by hook
or by crook'.
Siaran dari kuala lumpur tu akan
disalurkan ke layar tayangan dalam dectar
melalui bilik kawalan video atau konti dalam studio ukm.
Sementara kami uruskan bab 'aerial tv' tu,
staf yang lain membuat persiapan berkaitan rakaman MCP
jamuan raya pada hari esok.......
Jadi aku nak ucap 
terima kasih bebanyak kepada
SHAHRUL FADLI, SITI SURAYA, JASRIL AMRY,
RAMLI ADNAN, KAMARUL, HAJI IZAD, HAIRI, SHAHRIL,
FARAH, PYAN, AREEF, AFIFAH, FAISAL dan
lain-lain, kerana telah memberi bantuan
dalam tugas petang tadi....
.....sekian...terima kasih sebab membaca...
DAUDmontakzakaria.