Saturday, November 3, 2007

SERI MENANTI









Pada 28 dan 29 Oktober 2007 yang lalu kami kembali semula di Balairong Seri Istana Seri Menanti untuk memasang dan mengendali peralatan audio video semasa penganugerahan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Sembilan kepada penerima. Seperti biasa kami bertolak ke Seri Menanti pada 28 Oktober untuk memasang peralatan berkenaan di Balairong Seri. Peralatan yang dibawa ialah tiga buah kamera video, dua buah LCD Projector, dua buah layar tayangan, sebuah video switcher, dua buah tv monitor, empat buah walkie-talkie, tripod kabel-kabel video dan sebagainya. Of coz lah tak lupa beg pakaian sendiri, tentu tak menasabah pakai T-shirt semasa melakukan tugas berkenaan. Tak menasabah juga bila bertugas memakai tali leher serta T-Shirt....kan gitu..??

Dalam perjalanan menuju Seri Menanti, Negeri Sembilan pada 28 Oktober, kami mengalami jammed(betul ke perkataan ni...) berhampiran Bukit Putus kerana berlaku satu kemalangan. Kelihatan teruk juga kemalangan tu, dimana sebuah trailer muatan penuh kampit-kampit simen terlanggar tebing di tepi jalan raya. Dalam pada itu seorang pemandu wanita mungkin dalam kecemasan cuba memotong barisan hampir bertembung dengan sebuah trailer lain. Pemandu trailer berkenaan kelihatan marah sambil mengangkat tangan(penumbuk..???). Kalau dalam kecemasan apalah salahnya diberi laluan, manalah tahu mungkin dia dah nak bersalin sangat...kan..??

Di Seri Menanti kami menginap di Resort berhampiran Istana Seri Menanti dan Muzium DiRaja Seri Menanti. Walaupun dah berpuluh kali tinggal di sini kami tak pernah pun melawat dalam Muzium DiRaja Seri Menanti tu....pelik kan...?? Hasrat atau niat rakan-rakan untuk mandi di kolam renang resort berkenaan tidak kesampaian kerana kolam renang tersebut masih dalam pengubah suaian....mungkin untuk dijadikan kolam renang bersaiz olympic...agaknyeee....

Semasa memasang peralatan dalam Balairong Seri kami bertemu seseorang yang sedang melakukan tugas memasang permaidani dan beberapa orang lagi yang kami belum pernah jumpa sebelum ni....tak kisahlah, sebab mereka pun tak pernah jumpa kami. Apa yang saya kisahkan ialah sikap pelik pemasang permaidani tu.....dipendekkan cerita disebabkan sikap peliknya maka gelaran DATO' CARPET diberikan kepadanya . Berdosakah memberikannya gelaran tu...??? Hmmm...entahlahh....

Pada 29 Oktober kami mengendalikan alat tersebut semasa majlis berlangsung. Kami bertugas di sana seramai lima orang serta seorang pemandu. Majlis tersebut berjalan selama lebih kurang 5 jam. Walaupun selama lima jam tetapi pemasangan alat mengambil masa yang lama bagi menentukan peralatan berada dalam keadaan yang amat baik ketika majlis berlangsung. Pada tahun ini jika mengikut jadual kami sewajarnya melakukan tugas ini sebanyak 5 kali, namun disebabkan oleh perkara yang tidak dapat dielakkan kami hanya melakukan tugas berkenaan sebanyak 3 kali sahaja. Tahun hadapan tak tahu lagi, mungkin lebih kerap kerana kebiasaannya penerima pingat dan bintang akan bertambah dari setahun ke setahun.



Foto-foto: rakan-rakan sedang memasang peralatan Audio video untuk rakaman dan TV Litar Tertutup. Foto aku tiada sebab aku sedang memetik kamera untuk merakam foto-foto ini.