Monday, May 30, 2011

Kod Etika NUJM

HARI ini, 30 Mei 2011;
Aku nak tulis berkaitan kod etika para wartawan iaitu Kod Perilaku Profesional Anggota Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia(NUJM);
1. Menghormati kebenaran dan hak publik untuk mengetahui kebenaran merupakan tugas utama wartawan
2. Di dalam melaksanakan tanggung jawab ini wartawan akan mempertahankan kedua-dua prinsip ini; kebebasan memungut dan menerbitkan berita dengan jujur serta hak untuk mengeluarkan ulasan dan kritikan secara adil.
3. Wartawan akan hanya melaporkan fakta-fakta yang diketahui asal-usulnya. Wartawan tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat atau memalsukan sebarang dokumen.
4. Wartawan akan menggunakan kaedah yang adil untuk memperolehi berita, gambar, dan dokumen.
5. Sebarang maklumat yang diterbitkan jika didapati tidak tepat, maka wartawan harus berusaha untuk memperbetulkannya.
6. Wartawan akan menghormati rahsia profesional berhubung dengan sumber maklumat.
7. Wartawan akan menganggap perbuatan-perbuatan ini sebagai kesalahan profesional yang paling besar:
Plagiat, mengumpat, fitnah lisan(slander), fitnah bertulis(libel) dan tuduhan-tuduhan tidak berasas. Penerimaan sogokan dalam apa bentuk sekalipun, sebagai saguhati untuk penerbitan atau menyembunyikan maklumat.
8. Wartawan mengiktiraf hak rakan-rakan sekerjanya berhubung dengan soal-soal profesional bidang itu; wartawan akan menolak sebarang bentuk campur tangan daripada kerajaan atau pihak-pihak lain.

*Walaupun tidak semua wartawan menjadi ahli NUJ namun tidakkah etika ini bagus dan perlu diikuti atau dipatuhi oleh semua pendokong media....~ pandangan peribadi aku...


*kredit kepada google images.
*kod etika dipetik daripada buku 'etika kewartawanan di malaysia' -suntingan faridah ibrahim & mus chairil.
daudmontakzakaria