Thursday, November 8, 2018

Hari Ini & Semalam...Konvo UKM 46

Hari ni dan semalam, Rabu dan Khamis, kami dari unit video PKK sibuk dengan persiapan alatan teknikal untuk rakaman MCP majlis konvo ukm tidak berapa hari lagi di 
dewan besar DECTAR. Bagaimana pun, takda la sibuk macam tahun 
tahun yang lalu.Tahun ni kami sewa semua peralatan,
jadi semua persiapan
dilakukan oleh krew syarikat yang menyewakan
peralatan tersebut. Kami cuma tunggu sedia aje....opst! betul
ke perkataan tunggu sedia tu...atau standby...ermmm...entah la.....apa2 je la. Hari ni merupakan hari ketiga persiapan dibuat.
Bagaimanapun pengendalian alatan berkenaan krew kami yang
akan kendalikan sepanjang majlis konvokesyen tu nanti...
krew syarikat akan beri sokongan dari segi
teknikal aje nanti masa rakaman
nanti..............

persiapan teknikal...
persiapan teknikal...
dewan DECTAR UKM...
 Semalam, Rabu, 7 Nov. 2018 - pemasangan alatan rakaman mcp oleh syarikat luar. Latihan Teknikal waktu pagi tidak dapat dijalankan sebab alatan belum siap 
dipasang dengan sempurna. Waktu petang lebih kurang jam 2.30 
petang baru dapat diadakan latihan teknikal. En Musa
tanya aku petang boleh siap ke untuk latihan
teknikal...dengan yakin aje aku
jawab...boleh....sib baik la petang boleh siap..hahaha....
Latihan tersebut berlangsung hingga hampir jam 5.00 petang. Krew ramai
 yang tidak dapat menghadirkan diri...takpe la...dia orang sibuk dengan tugas di fakulti memasing...apa boleh buat la.....aku yakin dengan kebolehan krew kami tu.......
mereka semua terlatih....

SDR. ZUL & AKU...
..ni krew switcher kami yang comey..ewahhh.....sedang dapat tunjuk ajar drpd krew
syarikat...
yang baju merah tu sdr. shahrul, krew kami...sedang beri tunjuk ajar pada krew switcher....
 Hari ni, Khamis pula diadakan raptai penuh untuk majlis konvokesyen tersebut. Raptai pentadbiran. Kali ini graduan yang akan menerima skrol turut serta berada dalam dewan. Mereka turut sama membuat latihan penerimaan skrol
di atas pentas. Latihan berkenaan dijalankan
lebih kurang jam 9.30 pagi, lewat sedikit daripada masa
yang sepatutnya. Semua alatan teknikal telah siap sedia dipasang.
Semua yang involve dalam latihan penuh berkenaan memang telah berada dalam dewan besar DECTAR.

sdr. zul & yunus...
raptai pengambila skrol
raptai penuh...
 Hari ni krew ada yang mampu hadir di dectar untuk latihan penggunaan alat rakaman mcp berkenaan. Sempat la aku bagi arahan serba sedikit kepada krew yang memang
 da ada dalam konti dan jugak dalam dewan besar tersebut. Masa majlis konvo 
nanti, aku akan bertugas secara bergilir sebagai Pengarah Studio 
dengan sdr. kamarul.....Hari ni krew konti ramai yang
dapat hadir sementara krew kamera ada beberapa orang sahaja
 yang dapat menghadirkan diri...rasanya ok la tu, daripada tiada langsung yang hadir....kannnn... Yang penting masa majlis nanti dia orang sume ada. Semasa ucapan
Naib Canselor dan Canselor...merupakan satu situasi yg penting...di sini kamera 1, 3
dan 5 memang perlu sentiasa bersedia untuk shot individu2 penting yang akan
 dipaparkan di layar tayangan nanti....Kamera kamera berkenaan akan
bekerja lebih, masa ucapan berkenaan...
Apa apa pun semua krew mempunyai peranan penting
memasing dan takde sorang pun yang tidak penting dalam rakaman
mcp majlis konvokesyen nanti.....mcp merupakan keje kumpulan dan amat perlu sentiasa bekerjasama...setiap individu penting belaka.....

cg dan switcher sedang buat latihan peralatan...
da sedia da.....
masih membuat latihan peralatan...
 Aku yakin ramai krew mcp yang akan dapat hadir pada masa majlis konvo, berlangsung daripada 10 hingga 13 november 2018 nanti. Krew kami memang begitu...memasing da terlalu pakar...hahaha.... dan akan mampu menjalankan keje  mereka masa 
majlis konvo yang akan berlangsung nanti... aku yakin dengan kemampuan 
mereka dengan tugas yang akan diletakkan di bahu mereka nanti...
Masa latihan penuh hari ni...semuanya berjalan
dengan lancar. Hari ni merupakan latihan terakhir sebelum majlis 
sebenar pada hari Sabtu bermula....harap semua krew akan siap sedia dan dalam 
SIDANG PERTAMA atau SIDANG CANSELOR aku yang akan memberikan arahan kepada semua krew rakaman MCP nanti...doakan kami dapat menjalankan tugas dengan 
sempurna eaaa.....

pendaftar ukm sedang beri taklimat...
kami sedang membuat latihan pengendalian peralatan...
Latihan atau raptai penuh tamat pada jam 12.00 tengah hari lebih kurang. Selesai raptai hampir semua krew kami bersurai. Kami dari UAV dan beberapa krew fakulti lain
 masih berada di studio ukm. Sementara itu krew syarikat yang memasang 
peralatan terus menjalankan tugas mereka, melengkapkan
lagi persiapan alatan berkenaan hingga
 jam 5.00 petang sebelum mereka bersurai. Esok, Jumaat 
mereka akan datang kembali untuk 'touch up' apa apa yang perlu sebelum 'actual programme' pada hari Sabtu nanti....Kami semua akan berkampung di DECTAR selama 4 hari bermula pada hari Sabtu hingga hari Selasa....Masa tu matahari memang tak nampak sebab pagi sampai petang terperap aje dalam dectar tu...hahaha....Sekali lagi doakan 
kami dapat menjalankan tugas dengan sempurna tanpa sebarang masalah
 yang timbul hingga selesai majlis konvokesyen berkenaan....
doakan kami ea......Pada semua krew yang sejumlah lebih kurang 39 orang, terlebih
 dahulu aku ucapkan jutaan terima kasih...Ini juga merupakan majlis konvo
ukm yang terakhir aku 'involve' bersama, kerana lepas ni aku akan bersara dengan aman...insyaALLAH TAALA.......ekekeke...opst!

~ SEKIAN ~

* ada beberapa foto di sini kepunyaan krew...maaf ea, aku guna kat sini, izinkan ea...terima kasih...

daud.montak.zakaria