Monday, October 16, 2017

pos gob...oh...pos gob...

Termasuk kali ini....dah tiga kali aku masuk ke perkampungan orang asli Pos Gob.

Dari  12 - 15 Oktober 2017, kami involve dalam rakaman video 
Lawatan Kerja ke POS GOB GUA MUSANG KELANTAN oleh pegawai kanan
UKM. Itu cuma tarikh di atas kertas, namun hakikatnya kami involve 
dalam program Lawatan Ke Penempatan Orang Asli
Pos Gob tu dari 12-16 Oktober 2017 kerana 
masalah yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu aku mohon
satu hari lagi cuti REHAT iaitu pada 17 Oktober kerana letih sesangat.
dataran canselori
xtau foto sape..pinjam ye...


 Pada jam 10 malam 12 Oktober, kami berkumpul di dataran Canselori. Kami
tu maknanya aku, kamarul dan ikhwan. Aku dan kamarul
dipertanggung jawapkan untuk rakaman video aktiviti
sepanjang program, sementara ikhwan
pula membuat rakaman foto.
Kami bergerak dari UKM lebih kurang
jam 12.00 tengah malam hari Khamis. Pegawai kanan UKM
yang turut serta ialah TNC HEJIM YBHG. PROF. DATO' DR. IMRAN HO
dan PENGARAH UCTC UKM, PROF. DATUK DR. ROKIAH. Pergerakan
konvoi bermula setelah semua peserta masuk ke kenderaan
4WD yang telah ditentukan. Aku dengan kamarul
dan ikhwan ditempatkan dalam kenderaan
yang sama. Taklimat dan doa dibacakan sebelum
memulakan perjalanan...
masjid di gua musang
persediaan
muatkan barang keperluan
...tak tau foto sape ni...kalau foto orang, aku pinjam ye.....ybhg. prof. dato' dr. imran


Setelah segalanya selesai semua kenderaan
yang berjumlah 12 buah ditambah sebuah lagi daripada MAIK, 
telah bergerak menuju GUA MUSANG  KELANTAN. Dalam gelap malam 
yang di simbah cahaya lampu2 sepanjang jalan, konvoi kenderaan tersebut bergerak mengikut arahan ketua konvoi  yang telah dilantik. Namun ada ketikanya 
kenderaan2 kami membelah gelap malam yang gelap gelita bila tanpa 
sebarang lampu jalanraya pun  ....maklumlah....
kampung2 kan........
konvoi
penuh lumpur...
solat
Kami tiba di GUA MUSANG KELANTAN lebih
 kurang jam 6.00 pagi serta berkumpul di masjid Gua Musang.  Lenguh gak 
badan sebab lama sangat duk dalam kete...
Di masjid Gua Musang tu para sukarelawan telah mengambil 
kesempatan untuk mandi dan juga solat 
di masjid berkenaan.
Masa yang diambil untuk tiba di sini lebih kurang 6 jam untuk jarak
yang lebih kurang 500 kilometer...??
Selepas solat kami sarapan pagi apabila makanan
di bawa ke masjid berkenaan.
Setelah berehat dan melengkapkan diri
dengan apa yang patut, semua sukarelawan masuk ke kenderaan
untuk mula bergerak menuju ke POS GOB sebuah penempatan
orang asli yang paling pedalaman di semenanjung Malaysia. Seorang 
PEGAWAI MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN juga telah turut 
serta iaitu Ustaz Hafeez. Waktu  bergerak tersebut
 lebih kurang jam 11.00 pagi. Ada yang mengatakan jaraknya
 80km dan ada juga yang mengatakan jaraknya 60km. 
Aku tak pasti mana yang betul. 
Kalau google pun, pakcik google pon tak mampu beri jawapan...tak percaya..
cuba laaa.....
Ukuran 'kilometer' tu aku pasti ia betul...ekekeke........
Jalan yang dilalui itu adalah merupakan jalan yang sukar, jalan balak
atau jalan tanah berlumpur yang digunakan untuk membawa balak keluar 
daripada hutan. Buat masa ini penebangan balak dibekukan.
Sekarang ni selalu hujan, jadi jalan dipenuhi lumpur
yang diibarat seperti bubur lambuk.
posing je
bekerja keras
berkhemah dalam hutan
tika malam dalam hutan...
Pergerakan konvoi kenderaan amat sukar
pada hari itu kerana jalan penuh berlumpur disebabkan
hujan. Sekarang memang waktu musim hujan. Masa kami melalui
jalan balak tersebut langit sentiasa je mendung. Perjalanan kami melibatkan
hari siang dan seterusnya ke malam yang gelap. Permukaan jalan bukan saja
berlumpur malah penuh dengan pendakian bukit yang curam yang ada
ketikanya melalui jalan yang berada di cerun yang curam
sangat....rase ngeri je bila pandang ke jurang
jurang yang sayup ke bawah.....
Kami menumpang kenderaan 4WD 
seorang pemandu yang  yang masih muda. 
Dalam konvoi ini pemandu dikenali atau dipanggil sebagai
'pilot'. Sebelum ini, dalam ke dua dua ekspedisi atau perjalanan
ke Pos Gob kami menaiki kenderaan pemandu yang agak veteran,
yang penuh dengan sikap sabar dan mampu mengawal perasaan walaupun
dalam keadaan tertekan. Kali ini kami dapat pemandu yang mempunyai
skill yang boleh dikatakan tinggi dalam mengendalikan mesin 4WD ni.
Usianya masih muda dan baik orangnya....namun kurang mampu 
mengawal perasaan marah atau BARAN. Pada pandangan aku 
dalam melakukan kerja melibatkan orang lain serta kerja
 berkumpulan, sikap pemarah atau BARAN adalah
 tidak dialu alukan.....Sikap ini menyusahkan orang sekeliling 
termasuk anak bini bila berada di rumah...huhuhu... Walau bagaimana 
pun dia mempunyai skill dan bersedia membantu jika timbul sebarang masalah 
ketika konvoi bergerak ke POS GOB  serta perjalanan kembali semula 
ke Bangi. Malam itu banyak jugak kendaraan yang dibantunya jika 
berlaku sebarang masalah terutama jika kenderaan lain 
melekat dalam selut yang dalam. Banyak kali jugak kenderaan
yang melekat di dalam lumpur pada malam tu....
Tapi.........................................................berbaloikah
kalau tak mampu mengawal sikap marah dan BARAN....???
Aku lebih suka sikap Ketua Pilot atau mungkin dipanggil 'masyal'...
maaf kalau silap. Dia lebih 'cool' dan mampu mengendalikan semua
 'pilot' dibawahnya.....nampak lebih mampu mengawal perasaan dan
lebih mampu berfikir dengan 'waras' mengikut situasi dalam
perjalanan tersebut................................puji ikhlas
ni..................................................

pos gob...
sekolah rimba...


Banyak jugak kenderaan yang lekat dalam lumpur
 masa dalam perjalanan pada hari itu. Inilah halangan yang utama yang 
melambatkan pergerakan konvoi. Tambahan pula kenderaan tidak boleh bergerak
laju semasa dalam perjalanan, mungkin bawah 30km sejam........
Sepanjang jalan hingga ke Gob memang tidak banyak kampung orang asli.
Ia kebanyakkan dipenuhi hutan belantara. Sesesuatu halangan
yang berlaku bukan mudah untuk diatasi. Jika sekali 
sangkut di lumpur perlu masa yang lama
untuk diselesaikan, tentu masa yang LAMA-LAMA diperlukan
untuk mengatasi halangan yang berpuluh kali banyaknya...tak gitu. Para
sukarelawan ambil masa berehat dan makan tengah hari dengan bekal yang dibawa 
bersama, berhampiran sebatang anak sungai. Selesai makan, ada yang
ambil masa untuk solat jamak di lokasi berkenaan.  Selesai semua
pergerakan, konvoi disambung lagi. Aku rasa, seperti 
perjalanan tersebut tiada sudahnya...tiada hujungnya.... 
Fikirkanlah kami gerak ke GOB jam 11.00 pagi hari Jumaat,
 tapi jam 3.00 pagi hari Sabtu, kami  masih belum sampai ke penempatan orang
asli Pos Gob Gua Musang Kalantan. 
belajar...
tekun belajar...
Dr. Yusof menguji pelajar mengeja dan membaca...
cek mata
Oleh kerana gelap malam yg
pekat dalam hutan, ketua pilot atau masyal
ambil keputusan untuk bermalam dalam hutan seketika. 
Nasib baik ada sebatang anak sungai di situ dan keputusan diambil 
untuk bermalam di lokasi berkenaan, menunggu hari cerah  pagi esoknya. Satu
 lagi kumpulan konvoi kenderaan bermalam di belakang kumpulan kami.Masing 
masing tidur dalam kenderaan, khemah dan sebagainya. Ketika itu yang 
penting ialah tidur sebab dah jam 3.00 pagi. Banyak risiko  yang 
akan dihadapi jika konvoi terus bergerak. Terdapat banyak 
gaung2 dan benda benda lain lagi seperti binatang buas dan sebagainya.
Sempat jugak peserta konvoi menikmati makan malam yang dimasak 
oleh chef chef yang dibawa bersama sebelum masing2 
melelapkan mata.
perbincangan oleh team Prof. Dr. Zaleha
pendidikan kesihatan
tekun....

Menjelang pagi ada yang telah bangun.
Ada juga yang mencari air sungai untuk mandi. Sukar pulak
untuk mencari lokasi melepaskan apa yang patut dilepaskan...huhuhu....
Aku rasa sukar sangat hidup seperti itu. Maklumlah aku da lama tak terbiasa
dengan kehidupan hutan begitu, masa kecik kecik je...huhuhu...Sebelum ini pi Pos
Gob tak de pulak bermalam dalam rimba raya ni........Chef chef terus
masak makanan untuk sarapan. Selesai sarapan masing masing bersiap diri 
untuk sambung perjalanan menuju ke Pos Gob. Sepatutnya penduduk 
asli Pos Gob berterima kasih kepada peserta konvoi yang berusaha 
untuk datang ke penempatan mereka  di hujung dunia tu demi 
untuk memperkenalkan kepada mereka kehidupan manusia yang
lebih baik dan moden...tak gitu....huhuhu...




 Lebih kurang jam 9.00 pagi, perjalanan konvoi
ke Pos Gob disambung semula.  Setelah berhempas pulas
mengharungi halangan halangan yang utamanya halangan kenderaan
lekat dalam lumpur serta pendakian dan penurunan curam bukit2 di sini....
....akhirnya semua kenderaan tiba di Pos Gob lebih kurang jam 11.00 pagi. Fikirkan
lah, bergerak menuju ke Gob hari Jumaat jam 11.00 pagi dan tiba di Pos Gob
hari SABTU, jam 11.00 pagi lebih kurang. Sikap sabar semua sukarelawan
 konvoi terutama pemandu atau 'pilot' amat perlu dalam perjalanan yang 
sukar dan masa yang panjang macam ini. Kekuatan 
mental perlu ada  kerana keletihan boleh menjana dan memarakkan 
rasa kemarahan yang tinggi dan kemungkinan tak mampu dikawal. 
sekolah rimba...

pandangan penempatan orang asal dari tapak perkhemahan...

rumah wifi


Sebaik tiba di Pos Gob semua peserta
mengambil peluang seketika untuk berehat, mandi dan
makan tengah hari. Banyak perubatan aku lihat di Pos Gob ini dari 
segi infratruktur. Tandas dan tempat mandi sudah banyak bilangannya. Sebelum
 ini ada satu tempat mandi dan sebuah tandas. Sekarang da ada dua tempat 
mandi, kalau tak silap dan tiga tandas kalau tak silap di tapak 
perkhemahan tersebut. Terima kasih kepada mereka
yang mengusahakannya...terima kasih.......
Surau juga kelihatannya sudah boleh digunakan untuk bersolat. 
Difahamkan ia di sumbangkan oleh MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN..
jadi mudahlah untuk bersolat dalam keadaan yang lebih selesa...
ada ketikanya pada sebahagian orang ISLAM 'selesa' amat 
perlu untuk 'kusyuk'...rasa 'was was' individu adalah berbeza diantara
seorang dengan seorang yang lain.
Setelah muka jam menunjukkan lebih kurang pukul 
3.00 petang, semua sukarelawan yang terdiri daripada penyelidik, pensyarah, 
pegawai perubatan dan sebagainya telah menjalankan aktiviti mereka di sekolah
 rimba Pos Gob. Pengkaji dari Fakulti Pendidikan yang diketuai oleh  DR. YUSOF, 
Ketua HEJIM, telah membuat tinjauan  berkaitan kanak kanak orang asli 
yang mengikuti pelajaran di sekolah  rimba berkenaan dengan 
dibantu oleh guru guru yang terdiri  daripada orang tempatan.
 Kelihatannya ramai kanak kanak orang asli
 tersebut telah boleh membaca apatah lagi mengenal huruf. 
Rasanya usaha2 yang dijalankan telah mendatangkan hasil yang 
membanggakan. Kami pula tak henti henti merakam segala aktiviti sepanjang 
berada di pos Gob...
rumah wifi..kat belakang tu DATO' DR. IMRAN, DR SALLEH & DR. DORIS
kanak2 sekolah rimba...


Team Kesihatan UKM yang diketuai oleh PROF. DR. ZALEHA
 juga telah memberikan khidmat perubatan 
kepada penduduk tempatan. Team perubatan juga telah 
memberikan khidmat kasihatan mata kepada penduduk. Mereka kelihatan 
bersungguh sungguh dalam memberikan khidmat mereka kepada penduduk Pos Gob 
dan kawasan sekitarnya. Sukarelawan yang lain juga ambil kesempatan
memasang kerusi dan meja yang dibekalkan. Masing masing
seboleh bolehnya memberikan khidmat mereka untuk
kebaikan kaum yang telah lama tinggal
di kawasan ini...................mungkin sudah beratus tahun 
tinggal di situ...sape tau kannn.... Team penyelidikan kesihatan juga telah 
mengadakan kunjungan dari rumah ke rumah untuk mendapatkan data data 
berkaitan kesihatan di kalangan masyarakat di sini. Banyak soalan soalan 
yang ditanyakan oleh mereka untuk mendapatkan data yang 
 lengkap yang boleh digunakan untuk merancang 
keperluan  masyarakat di sini. Turut ditemubual ialah DR. DORIS
 (maaf kalau silap) yang  menyelidik berkaitan  aktiviti ekonomi penduduk setempat. 
Kami  juga membuat beberapa temubual  iaitu dengan penyelidik,  penduduk
tempatan dan guru yang mengajar di sekolah  rimba tersebut. 
Penyelidik  ekonomi pula mengadakan sesi perjumpaan dengan 
penduduk  tempatan bagi meninjau kegiatan ekonomi mereka serta mencari 
jalan dan memberi  galakan kepada masyarakat setempat bagi meningkatkan  kepelbagaian aktiviti  ekonomi mereka dan 
 juga menambahkan lagi pengeluaran dan pemasaran
barangan mereka keluar. Pada waktu malam satu  sesi jamuan makan
 bersama penduduk telah diadakan.
rindu sungai ni...
jernih airnya...
padang bola..
Hari Ahad, aktiviti disambung. Semua penyelidik
masih mencari data yang mereka perlukan untuk membantu memajukan 
masyarakat berkenaan serta mendidik mereka supaya mampu bersaing dengan masyarakat luar. Perkhidmatan kesihatan dan pendidikan diteruskan pada hari
kedua ini. Banyak temubual yang kami lakukan pada hari ini. Setelah 
segalanya selesai. Semua khemah dan sebagainya dikemas. 
Segala persediaan lain dibuat untuk meninggalkan 
Pos Gob Gua Musang. Setelah ucapan dibuat oleh vvip ukm, 
doa dibacakan supaya perjalanan pulang berada dalam keadaan selamat. 
Lebih kurang jam 1.00 petang kami bergerak. Masa balik keadaan jalan 
yang dilalui tidaklah seteruk semasa kami masuk. Walaupun ada 
kereta yang lekat dalam lumpur. Mungkin semalam tiada
hujan turun dan keadaan berlumpur tidaklah
bertambah sukar...................
kemas nak balik...
penduduk kampung...
padang bola dan bangunan klinik kerajaan..


Dalam perjalanan pulang peserta konvoi singgah di kampung orang 
asli yang tinggal berhampiran jalan yang kami laluai.  Bahan makanan diberikan 
kepada mereka oleh vvip UKM. Kemudian perjalanan kami bersambung. 
Dalam perjalanan kumpulan konvoi telah berpecah. Kami dalam
kumpulan pertama singgah sebentar sementara 
menunggu konvoi kenderaan lain tiba.

Kami singgah di sebuah rumah orang asli. Cuma sebuah 
rumah yang ada di situ. Dia sedang berkebun ketika kami menemui beliau 
di pondok usangnya. Walau pun usang rumah tersebut mempunyai mangga kunci...huhuhu.. Dia kata umurnya lebih 70 tahun. Dia tinggal sorang.
Dia mandi air kolam yang ada depan rumahnya. Aku tinjau air
kolam tersebut. Hermmm...kalau aku...tentu aku tak 
sanggup nak mandi dan memasak dengan air dalam kolam tersebut....
Rasanya perut dia di buat daripada besi kut.....separuh robot......huhuhu....


rehat...


Tak lama kemudian kami
tinggalkan orang tua tersebut dengan dunianya
yang tersendiri. Kami sambung perjalanan ke Gua Musang. Perjalanan 
kali ini tidaklah seteruk masa kami pi ke Pos Gob. Walaupun ada kenderaan 
yang melekat di lumpur tapi tiadalah seteruk sebelum ini. Kami tiba di 
masjid Gua  Musang lebih dahulu. Kumpulan kedua tiba
 beberapa  lama kemudian................
kampung padang bola...
padang bola..
kampung chaler\


Kami bergerak ke Gua Musang dari Pos Gob
jam 1.00 petang dan tiba di Gua Musang jam 10.00 malam lebih kurang. 
Sebelum bergerak ke Bangi kami makan malam jam 11.00 malam. Jam 12.00 
malam kami bergerak ke Bangi. Dalam perjalanan ke Bangi beberapa
 kenderaan konvoi telah mengalami kerosakan yang agak teruk...
atau....tak teruk ke....???
Ini telah melewatkan pergerakan kami ke Bangi. 
Tiba di Bangi  jam10.00 pagi............................. ALHAMDULILLAH....
......selamat semuanya....
pondok sebuah....
cantik pandangan...
........
kamarul dan aku la...
aku la ni...cuba perhatikan mangga kunci tuuu....
perlukah rumah ni dimangga...???
pemandangan cantik
......
.....
cantik bila waktu petang di keliling rumah tunggal tuuu...





air kolam yg dia mandi dan masak...
...secara jujurnya, ini merupakan perjalanan ke GOB yang paling SUKAR berbanding
 yang lain, sebab aku dah sertai yang pertama dan kedua. Kali ini untuk sampai 
GOB dari GUA MUSANG makan masa lama dan terpaksa bermalam 
dalam rimba yang sebelum ini tidak berlaku....kan...kan..
Apa2 pun ALHAMDULILLAH...da selesai.....

Psstttt......bulan Februari nanti ada lagi lawatan ke Pos Gob.
Aku harap grup lain pula akan diberi tanggung jawab untuk mengikuti
rombongan ini...................

SEKIAN
DAUD.montak.zakaria