Tuesday, February 10, 2009

Hmmm, ontahlah........

Inilah beberapa pelajar yang sedang mendengar penjelasan dari kami kat Studio UKM. Daripada sejumlah hampir 40 orang hanya 6 orang saje terdiri daripada pelajar lelaki. Mano poenyo kaum
lelaki kat nusantaro ni......



View Larger Map

Dalam DECTAR, Studio UKM di sini...



View Larger Map

Pejabat induk kami iaitu Pusat Penerbitan dan Percetakan terletak di sini...

Hari ni awal pagi bila sampai ke tampat keje aku cuba nak mula buat penyuntingan video kembara. Sayang tak dapat nak mulakan hari ni kerana masalah mesin penyuntingan video kami....apo nak buek...nasiblah tu....


Jam 2.00 petang pergi ke Studio UKM di dalam DECTAR untuk membantu pelajar Pusat Pengajian Media, FSSK dalam latihan penerbitan video kamera berbilan(MCP) mereka. Kali ni merupakan kali kedua mereka memasuki studio. Pada kali pertama minggu lepas kami cuma memperkenalkan peralatan audio video dalam studio. Hari ni kami menerangkan tentang peralatan berkenaan serta meminta mereka sendiri membuat latihan penggunaan peralatan berkenaan. Pelajar Pengajian Media dan komunikasi ini berjumlah lebih kurang 40 orang dan telah dibahagikan kepada 8 kumpulan. Mereka merupakan pelajar PROF. MADYA DR. ASIAH SARJI. Semester kedua setiap tahun mereka akan belajar cara penerbitan video menggunakan 3 atau 4 buah kamera dalam Studio UKM di DECTAR.

Semester ini latihan mereka adalah setiap hari Selasa jam 2 hingga 5 atau 6 petang. Kamilah yang akan mengendalikan latihan mereka secara praktikal di Studio UKM di DECTAR sementara DR. ASIAH mengajar mereka secara teori. Tugas ni dah kami jalankan sejak sekian lama iaitu bermula dari tahun 1993 sejak Studio UKM ini di wujudkan. Rasanya ramailah juga yang telah kami kendalikan di sini termasuklah yang kita kenali di TV3 antaranya ialah Phang Chu Feh. Hari ni 6 kumpulan telah masuk studio dari jam 2 hingga 5 petang.

Tapi ada ketikanya kesian jugak tengok mereka yang pada kali pertama masuk studio. Ada yang kelihatan takut-takut. Itu kali pertama tapi kali kedua ni nampak dah kureng bimbang dilihat dari air muko dia orang. Dah banyak tanyo nampaknya dan kelihatan agak yakin mereka dengan kami semua. Aku pun hairan apalah yang nak dibimbangkan kami bukan makan orang, berkata kasar pun tak pernah apatah lagi menengking....kami semua setakat ini manusia yang baik2 belaka....sedia membantu....ewah... yang ketara kelihatan bimbang ialah siswi, kenapolah bimbang sangat kami tak kacau pun...walaupun kami terdiri daripada lelaki2 tulen....Ops! melalut dah....

Hari ini krew yang membantu para pelajar berkenaan ialahSAYA sendiri, SDR. RAMLI ADNAN yang bertanggung jawab menerangkan barkaitan audio, SDR. AZIZ AHMAD yang mengendalikan GRAFIK, SDR. RUHAIZAD yang bertanggung jawab menjelaskan berkaitan kamera video, sementara AKU dan SDR. KAMARUL menjelaskan kepada pelajar berkaitan CONTROL ROOM. Jika mereka tidak cukup masa untuk membuat latihan mereka akan tempah studio untuk membuat latihan tambahan pada waktu malam, tapi waktu malam hanya hingga jam 11.00 malam sahaja, itu amat bergantung kepda keperluan. Masa ini juga kami mesti berada di studio. Dalam satu sem ni kami akan berada di studio untuk membantu mereka hingga masa penilaian akhir oleh DR. ASIAH. Dalam penilaian akhir nanti setiap kumpulan akan dikehendaki menerbitan sebuah program selama 30 minit. Markah ditentukan oleh pensyarah berkenaan. Dalam hal berkenaan kami langsung tidak masuk campur.
Hmmm...cukuplah untuk hari ni...akan bersambung lagi...

Kembaro Seri Perpatih..

Kembara Seri Perpatih II merupakan satu-satunya tugas yang paling panjang dalam karier aku sebagai kakitangan Unit Audio Video, Pusat Penerbitan. Sebelum ni tugas luar aku adalah kurang daripada lima hari seperti Ekspedisi Saintifik Tasik Chini anjuran FST iaitu cuma empat hari. Kerja Lapangan pelajar sains juga dari FST selama 3 hari saja di lokasi Endau Rompin. Satu lagi rakaman video dan cctv semasa Penganugerahan Bintang Kebesaran Negeri Sembilan di Istana Seri Menanti cuma mengambil masa dua malam sahaja. Yang paling lama kami melakukan kerja luar inilah dia...Kembara Seri Perpatih II... Kerja luar yang terlalu lama ada ketikanya boleh menyebabkan rasa bosan terutama bagi yang sudah berkeluarga...kalau bujang tak menjadi masalah walaupun di tugaskan membuat liputan video di kutub utara atau kutub selatan cumo kalau kek kutub tu takut mati sojuk lah... Namun begitu tugas kami dalam kembara ini amat menarik. Oleh kerana kembara ini bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain maka kami bukan saja dapat melihat kampung2 yang tak pernah kami kunjungi sebelum ini malah kami juga dapat memerhatikan budaya yang diamalkan oleh masyarakat di kampung-kampung terutama masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih di Negeri Sembilan ni...Sebelum ni apa yang di dengar oleh telinga kami dari masyarakat luar Negeri Sembilan ialah konsep nagatif 'solai sepinggang', 'masuk suku' , 'kucing beranak pun balik kampung', dan sebagainya. Tanggapan atau kurang faham masyarakat luar terhadap adat ini menyebabkan mereka menjadi bimbang dengan masyarakat manusia kat Negeri Sembilan tu terutama kepada gadis-gadis dari Negeri Sembilan. Apabila kami yang bukan masyarakat Negeri Sembilan mengikuti kembara ini dan bertanya sedikit sebanyak dengan masyarakat tempatan di sana maka fahamlah kami serba sedikit adat yang mereka junjung selama ini. Selain daripada itu kami juga mendapat maklumat melalui forum, taklimat dan ceramah semasa program berkenaan berlangsung. Melaui kembara inilah kami mengerti istilah adat berkodim, mengubah sawah, mengoca, termasuk juga istilah buapak, suku dan sebagainya...Natijah daripada kembara tersebut maka kuranglah curiga kami terhadap adat mereka..........

Selama kami mengikuti Kembara Seri perpatih II ini, kami telah dapat merakamkan semua aktiviti peserta kembara berkenaan dari pagi hingga ke pagi esoknya. Tetapi kalau ado muko-muko yang tak masuk video tu janganlah marah yoooo...Sejumlah 14 buah pita telah kami gunakan. Pita-pita berkenaan akan aku buat penyuntingan dan mungkin dijadikan jumlah durasinya selama 2 jam...dua jam bolehlah...kalau terlalu panjang nanti jemu menontonnya, nanti keluar muko tu muko tu jo..... Satu versi lagi mungkin dalam 25 minit lebih kurang dan akan aku masukkan suara latar serta muzik....mungkin yo mungkin tidak (pinjam perkataan dari friendster seseorang....tak opo lo yoo..) ....tapi lakaran skrip dah pun aku siapkan....Tak taulah den bilo dvd berkenaan akan dapat den siapkan......opo yang boleh den kobakan ialah sobo je lah yooooo.....