Saturday, September 30, 2017

MCP Pendaftaran Pelajar Baharu Pusat Kembangan UKM

Hari SABTU, 30 Sept. 2017, kami membuat rakaman MCP Pendaftaran Mahasiswa
Baharu yang diuruskan oleh Pusat Kembangan Pendidikan UKM
di Dewan Canselor Tun Abdul Razak atau DECTAR.
Sampai Dectar terus masuk dewan
dan bantu sdr. JASRIL pasang kamera video, tripod dia 
dah bawa ke dalam dewan. Alat rakaman dalam konti telah di switch on
oleh Jasril. Kami pasang kamera dan cek visual serta intercom. Intercom ada sedikit
masalah dan tak tau bila dapat di atasi. Sementara sdr. RAMLI uruskan
pemasangan sistem audio untuk rakaman dalam studio di bilik audio...

kamera da sedia...
pintu masuk...
dalam dectar
Selepas siap pasang peralatan kami pun pi sarapan di tingkat atas. Sebenarnya
bukan semua event yang ada kat DECTAR ni akan menyediakan
sarapan. Event tertentu je. Jadi hari ni kami bernasib
baiklah sebab pihak penganjur menyediakan sarapan untuk kami.
Semalam aku terima whatsapp daripada penganjur mempelawa krew untuk
sama sama sarapan pagi ni untuk event tersebut...ALHAMDULILLAH..........

staf Pusat Kembangan Pendidikan
...selfie ketika sebelum mula bertugas..sembunyi perut sikit..huhuhu...
ramli - audio..
aku, shah, su & anim...
Masa aku, Jas dan Ramli dalam perjalanan menuju tempat sarapan, kami bersua 
dengan Anim yang baru nak masuk pintu lobby A. Kami pelawa sama untuk
pi sarapan. Tiba di atas masing2 ambil sarapan yang berupa nasi
lemak dan sebagainya.................................aku, jas dan
ramli pi makan di tempat tersorok sikit...sebab
ada meja..........selesa...............

event hampir bermula...
negara ku


Masa aku serta ramli dan jasril sarapan Suraya, Kamarul....tiba untuk sarapan sama. 
Aku lupa sama ada sdr. yunus da sampai atau tak masa ni....Siap je 
sarapan terus masuk studio ukm. Dapat call ada seseorang
da beberapa kali nak masuk studio tapi pintu berkunci..huhuhu.. Tak lama 
kemudian ...........su masuk studio untuk siapkan grafik.
Aku masuk dewan pi tanya urusetia berkaitan nama2 yang perlu di super
impose kan semasa video dirakamkan. Supaya kelihatan juga semasa live feed ke 
layar. Anim juga bantu dapatkan aturcara yang lebih detail. Itulah tugas
kami di PKK.... saling bantu membantu...terima kasih kpd semua
yang membantu............................

DATO' TNC HEAA


sesi fotografi
Bila tiba masa program berlangsung semua krew da ada di posisi masing masing.
Aku dalam konti bersama suraya dan anim. Di bilik audio ramli sementara
jurukamera ialah YUNUS, KAMARUL dan JASRIL sementara
SHAH tiba berikutnya...........................
Hari ini nampaknya jurukamera agak penat sikit sebab tiada pengganti....

....selepas tugas selesai...jarang dapat berswafoto reramai macam ni...nasib2 je..itulah realiti
keje mcp...mesti ada semangat kerjasama yang kuat...mcp merupakan keje berkumpulan..........
pi lunch reramai....
reramai pi lunch...
Acara bermula dengan perarakan masuk ahli akademik dan TNC. Lagu Negara ku, doa,
ucapan TNC, Ikrar, Penyerahan borang aku janji dan juga penyampaian
anugerah pelajar cemerlang. Selepas perarakan keluar taklimat,
PTSL dan Pusat Kembangan Pendidikan
dijalankan untuk pelajar baharu.
Lebih kurang jam 12.00 tengah hari kami pi lunch.
Makan tengah hari jugak macam sedap je. Kami makan ramai ramai. Bukan selalu
 kami dapat makan ramai ramai macam ni...dalam setahun mungkin satu
atau dua kali je...tak gitu...rasanya la. Lebih sering
kalau ada event yang ada lunch memasing dengan klik klik yang dia
akrab je....aku tak kisah dengan sape je kalau sape
mau pi..pi je....lagi pun aku jarang pi makan
kalau ada apa2 event yang ada sediakan makan...nasib2 je aku tergerak jiwa 
nak pi makan...tah apa pulak sebabnya aku tergerak nak pi lunch
 tengah hari ni.....huhuhu...takdir TUHAN kan...
Satu lagi event yang biasa sediakan lunch ialah MAJLIS KONVO selama 4 hari
di DECTAR. Biasanya event ini pun aku jarang pi lunch....nasib2 
je kalau hati tergerak nak pi....tapi  biasanya lepas SIDANG AKHIR aku pi lunch...
sebab HATI DAH SENANG....huhu..

..bukan mudah nak lunch reramai macam ni...nasib je ni...setahun sekali pun payah...
tengah test kamera yang bermasalah dgn fitri chin dari JELAS JUTA...
kamera bermasalah...
Selesai lunch kami kemaskan tripod dan kabel kamera sebab selepas ni tiada lagi
 keje mcp dalam masa yang terdekat ni. Aku, shah dan jas serta yunus? 
selesaikan keje gulung kabel tu........Siap je shah dan las pi opis di 
bangunan penerbit. Su dan Anim da pi ke opis terlebih dulu... mungkin mereka
 tak sabar nak jumpa mak limah kut...ooopst!
Tinggal aku dan ramli kat studio. Aku menunggu Fitri Chin dari Jelas Juta
untuk test kamera dengan sistem mcp kami. Kamera tersebut ada masalah dan
kami telah minta jelas juta cuba tengok tengokkan. Fitri Chin tiba
terus kami test. Bila test kelihatan ok dan visual yang dirakam
kelihatan di monitor tv. Hermmm...rasanya ok kut, da onkan setengah jam
pun masih tiada sebarang masalah...rasanya ok. Walau bagaimanapun jika terjadi
masa majlis konvo nanti, kami perlu ada altenative untuk ganti
kamera tersebut dengan yang lain...penting...kerana
konvo perlukan banyak kamera.......
Selesai saja test kamera tu dan simpan semua kamera dalam kabinet simpanan ,
...kami pun bergerak keluar studio untuk balik...

Akhirnya aku nak ucapkan BEBANYAK TERIMA KASIH kepada semua
yang terlibat iaitu..RAMLI, KAMARUL, YUNUS, JASRIL, SURAYA,
SHAHRUL dan ANIM (tolong carikan aturcara lengkap).
Kita akan bekejesama dalam masa yang terdekat akan datang
terutama MAJLIS KONVOKESYEN....28 - 31 OKT. 17....

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria