Friday, May 14, 2010

BELUM masih belum aku dikunjungi...


Peta yang menunjukkan lokasi BELUM

HARI ini 14 Mei 2010, hari JUMAAT;Kalau mengikut perancangan awal, kami pergi
ke BELUM di Perak malam ini untuk membuat tinjauan lokasi-lokasi di sana
untuk tujuan mengadakan Bengkel Foto di sana pada minggu hadapan.
Namun disebabkan masalah tertentu, perkara tersebut
tidak terlaksana. Oleh itu kami masih lagi di sini
..................iaitu di Bangi.




Walau bagaimana pun ini tidak bermakna kami tidak akan berkunjung ke BELUM, cuma tarikh sahaja di tunda minggu hadapan. Minggu hadapan kami akan tetap ke sana kerana kami akan membuat 'shooting' video berkaitan BELUM atau perjalanan Bengkel Foto di BELUM.



Peta Malaysia yang menunjukkan lokasi BELUM di Perak.






Peta lokasi BELUM di Perak

Semasa bengkel foto di BELUM nanti kami akan membuat rakaman video berkaitan bengkel berkenaan di samping subjek lain yang ada kaitan dengan BELUM. Mungkin
juga kami akan membuat penerbitan berkaitan BELUM atau
mungkin juga kami akan membuat video berkaitan
bengkel foto di hutan BELUM atau mungkin juga
video yang tajuknya akan ditentukan kemudian. Semuanya serba mungkin...


Krew video yang akan turut ke sana nanti ialah aku sendiri, sdr. Ramli Adnan dan sdr. Jasril Amry. Sebenarnya aku pun belum pernah berkunjung ke sana sebelum ini. Oleh itu aku tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan BELUM. Bagi sesiapa yang ingin memperoleh sebarang infor berkaitan BENGKEL FOTO di BELUM yang akan bermula dari 23 MEI 2010, bolehlah menghubungi HJ. ISMAIL IBRAHIM, Ketua Unit Foto, Penerbit UKM di sambungan 5298 atau 03-89215298. Atau anda juga boleh menghubungi EN. RAAI OSMAN di nombor talipon yang sama.

Peta lokasi BELUM di Perak.

*** Semua gambar di ambil dari GOOGLE IMAGE.
daud montak zakaria...
14 Mei 2010; 10.00 pm