Thursday, May 24, 2018

Behind the scenes..

Hari ni KHAMIS, 24 MEI 2018, aku ada dua tugas ari ni...biasa satu tugas je iaitu edit video
dari pagi sampai petang. Aku tak kisah pun kalau buat keje editing ni
hari hari...kalau kisah pun, kalau keje editing
aku tak siap dengan cepat...
itu aku  amik kisah..


bangunan canselori
bangunan canselori


 Opst!...ok nak cite hal
hari ni. Hari ni selain buat editing aku nak
gitau aku buat shooting video untuk buat behind the scenes video
cerita pendek hari raya ni...Shooting babak babak untuk video raya tu dibuat di bangunan canselori pagi ni.....
Awal pagi da ada di sana...tak awal pagi sangat pun tapi...pagi la jugak. Tiba sana lebih
jam 8.00 pagi. Tiba je...tunggu dulu pelakon untuk tiba di lokasi.
Pelakon yang akan di shoot pagi ni untuk babak tertentu
 ialah Timbalan Naib Canselor.
Ramai nampaknya kakitangan PK yang involve masa shooting kat bangunan
canselori tu....memang ramai...


bangunan canselori...AKU, MAT NOR..IZWAN..
tasik kejuruteraan


Bila dia tiba, semua da siap nak shooting..
memandangkan laluan di situ sibuk dengan kenderaan maka
keje shooting ditunda ke jam 9.00 pagi...jadi tunggu la kami kat sana hingga jam 9.00
pagi. Jam 9.00 pagi tu jalan kat situ ditutup untuk laluan kenderaan. Tiba jam 9.00 pagi TNC
tiba dan seterusnya bermulalah shooting drama pendek hari raya tu....
Aku pulak sibuk la rakam apa yang aku fikirkan sesuai untuk program behind the scenes
berkenaan. Lama jugak la kat situ hingga selesai babak babak yang dilakonkan.
Selesai je aku amik masa untuk rakam temubual pelakon VVIP
terbabit........
Sebelum tu aku sempat juga temubual krew yang terlibat
dalam penggambaran berkenaan iaitu puan nastura yang bertanggung jawab dalam menguruskan hal berkaitan pelakon pelakon yang akan berlakon dalam
video pendek tuuuu.....................


tasik kejuruteraan
tasik kejuruteraan


Cadang nak temubual
encik mat noor yang bertanggung jawab
dalam keje keje props tapi dia bagi pandangan untuk buat rakaman
di babak sebelah petang di Tasik Kejuruteraan. Aku terima je pandangan dia tu...sebab
aku fikir perkara tersebut ada lojiknya...ermmm...kannnn...kita kena amik
kira gak pandangan orang lain............jika lojik...
Al kisah tiba la waktu petang....da dapat wasap dari krew
yang mengatakan mereka yang terlibat da tiba di tasik kejuruteraan...apa lagi
la...terus aku capai kamera tanpa fikir pape...masuk kete...hidupkan enjin dan terus pandu ke tasik berkenaan...
Tiba di persimpangan depan...berselisih dengan anim kat situ...angkat tangan je la...agak sesak kat situ...amik keputusan untuk keluar pintu utama untuk menuju 
tasik kejuruteraan  di lingkungan kedua.....


bukan mudah shooting drama niii....
bukan mudah shooting drama niii....


Akhirnya sampai di tasik kejuruteraan tersebut. Parking kete di tempat yang sedikit teduh.
Amik cap ...amik kamera terus menuju tempat berkumpulnya krew shooting
berkenaan. Tengok sekitar kawasan tasik tersebut dan...
...snap beberapa foto dengan hp sat..
Kat sini ada beberapa krew yang kelihatan iaitu...encik hazrul,
shahrul, jasril, saniy dan siti suraya............encik mat nor dan sdr.  izwan belum tiba
lagi masa ni.....tapi mereka berdua tiba kemudian.......
Namun babak di sini melibatkan sdr. jasril dan
anak encik hazrul je.....................

Sebentar kemudian aksi babak nak
bermula...aku cek kamera...on kan switch....lakonan bermula
...aku lihat sudut untuk program behind the scenes aku tu...dapat sudut terus tekan button
untuk rakaman....opst! halamakkkkk.....LCD camera 'mintak masukkan kad...'
Halalala................lupa pulak nak bawak kad sd...isyhh...isyhhhhhhhhh...
Laaaaa....aku tertinggal kad sebab tadi aku transfer footage rakaman pagi tadi ke dalam
komputer... Jadi aku menung je la...malas la nak pi opis amik kad
tu...tambah bulan pose ni...menung je la....babak yang di shoot tu takde la aku
rakam....Aku tak pasti dia orang sedar atau
tak aku tak buat rakaman tu...


ni kamera bertuah ni...
bukan mudah shooting drama niii....
bukan mudah shooting drama niii....


Agak lama tak buat rakaman
aku cite kat suraya aku tertinggal kad sd...dia senyum je
sambil bagi cadangan......lupa da apa cadangan tu....Agak lama jugak aku diam 
sebelum aku citekan
kepada shahrul dan jasril jugak perkara tersebut...dia orang tak komen apa apa...cuma senyum je laaaa.....
Bila encik mat noor tiba di lokasi tu...agak lama gak...aku cite jugak aku tertinggal kad...
maka rasanya tak jadi la aku nak buat rakaman temubual dengan
en. mat noor berkaitan krew props dalam penerbitan
video ni....Jadi, aku amik keputusan
untuk buat temubual dengan dia masa babak yang lain... esok di DECTAR.....


bukan mudah shooting drama niii....
bukan mudah shooting drama niii....
nak balik dah....


Jadi untuk mereka yang bergiat dalam bidang videographer ni...jangan sekali kali lupa bawak bahan rakaman...kad atau pita...tapi pita sikit lagi akan ketinggalan
zaman dah....mungkin takde lagi pita di era akan datang.....
Rasanya masuk kali ni da dua kali aku involve masalah bahan untuk rakaman ni...kalau
tak silap la....Rasanya lojik kut hanya dua kali masalah bahan rakaman
setelah berkhidmat selama lebih 30 tahun...ekeke...
Hahahahaha...ada je alasan kannnnnnn....
Kat opis pulak benda yang aku edit dua tiga hari tu masalah pulak...terpaksa edit balik
...huhuhu....apa boleh buat laaaaa..............banyak cabaran dalam menjalankan
tugas ni...kan...kan.....tak saaaabaaaar nak p_ _  _ _n....huhuhu.....

.....sekian.....


daud.montak.zakaria