Friday, March 21, 2014

keMBOja...oh...KEmboJA...

Mulai 20 hingga 26 Mac 2014, rakan kami iaitu SDR. KAMARUL dan JASRIL membuat rakaman
perjalanan psebuah program yang diadakan di KEMBOJA. Program tersebut diadakan
di KG. SUAY KHLEANG dan KG. KOH SUTIN di daerah
KG. CHAM di KEMBOJA.


sdr. kamarul baharin...
sdr. jasril amry...

Program tersebut merupakan sebuah program kemasyarakatan di perkampungan muslim
di KEMBOJA. Pelbagai aktiviti yang akan mereka yakni ahli
kumpulan, jalankan di dua buah
kampung muslim tersebut.




Tugas krew video ialah merakamkan segala aktiviti mereka sepanjang berada di perkampungan
berkenaan. Persatuan tersebut minta segala rakaman berkenaan disunting
untuk simpanan mereka. Aku juga berharap akan dapat
menerbitakan sebuah video berdurasi
10 minit dan kalau
bernasib baik, aku akan upload ke YouTube untuk tatapan bersama...



Serba ringkas yang aku tau, penduduk KG. CHAM di KEMBOJA ini berasal dari KERAJAAN 
CHAMPA yang kuat di tengah dan selatan VIETNAM. Pemerintah kerjaan ini menerima 
ISLAM dalam kurun kesebelas masihi. Kerajaan ini sering berperang
dengan VIETNAM. Dihujung pemerintahan kerajaan
ini, mereka telah kalah kepada
VIETNAM dan diusir ke KEMBOJA dan membentuk
penempatan di KG. CHAM hingga hari ini. Orang Islam KG. CHAM
paling hidup tersiksa masa pemerintahan KHMER ROUGH dalam tahun 1970-an.
 iaitu pemerintahan komunis.
Ramai orang ISLAM dibunuh terutama ulamak. Kitab2 termasuk Al Quran dibakar.
Mereka dilarang solat dan disuruh makan yang haram, masjid
dirobohkan dan sebagainya.
Dikatakan sekarang tinggal lebih kurang 400 ribu Melayu Champa di KEMBOJA...
...itulah pemerintahan komunis dan yang seangkatan dengannya
serta juga yang mempunyai pemikiran sebegitu
yang patut kita jauhi........

....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria.