Thursday, August 24, 2017

Mesyuarat...oh....mesyuarat...

Hari ini, KHAMIS, 24 Ogos 2017, menghadiri mesyuarat Penyelarasan
Minggu Mesra Mahasiswa Sesi Akademik 2017-2018.
Mesyuarat ini amat perlu untuk
menyelaraskan tugas yang akan dipikul oleh kakitangan
Pusat Komunikasi Korporat semasa Minggu Mesra Mahasiswa nanti.



serius berbincang...
 Sebenarnya banyak perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tu. Tapi aku tak
boleh cerita banyak kat sini sebab itu RAHSIA jabatan...RAHSIA UKM..
Dari hari pertama MMM  hinggalah berakhit minggu berkenaan.
Grup video akan membuat rakaman semua
yang telah diputuskan dalam
mesyuarat tu...

...ni aku dengan EN. Hazrul(belakang) dari Unit Audio Visual PKK
 Pegawai pegawai kanan universiti akan membuat lawatan ke kolej kolej dan
fakulti semasa pendaftaran. Mereka akan beramah mesra dengan
ibu bapa dan pelajar yang akan hadir pada
hari berkenaan.........
Semua perkara ni akan kami lakar dalam video kami
nanti..........................................

whaaaa....masih ada detik untuk posing....
 Minggu Mesra Mahasiswa selama empat hari tersebut akan penuh dengan aktiviti
untuk memudahkan pelajar baru yang akan masuk nanti. Antara
acara semasa MMM nanti ialah
Pendaftaran pelajar, pendaulat amanah negara, malam
 tunas seni dan banyak lagi...

...semak smart phone untuk maklumat....

ok la....masih  nampak pipi.....
Apa yang aku harapkan ialah kami semua dapat menjalankan tugas dengan sempurna
khususnya Unit Audio Video Pusat Komunikasi Korporat...............
Selamat bertugas semua....selamat bertugas AKU....

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria