Friday, November 9, 2018

Hari terakhir persiapan Konvo UKM

Hari ni, Jumaat, 9 November 2018 merupakan hari terakhir persiapan
peralatan rakaman video MCP Majlis Konvo UKM Ke 46 
di DECTAR. Pihak syarikat peralatan mcp yang
di sewa buat 'touch up' terakhir
peralatan mereka di
DECTAR.
pusat kebudayaan ukm sedang buat latihan...
dectar dari luar...
Menjelang tengah hari
tugas mereka telah selesai dan mereka
mula meninggalkan studio ukm setelah selesai bersalam
dengan kami serta meninggalkan kata untuk jumpa lagi esok pagi untuk majlis konvokesyen ukm.
jumpa kawan lama yang jarang jumpa walaupun sama2 duk ukm...

Aku masih terus di DECTAR
dan tidak bercadang untuk balik waktu tengah hari. Aku bercadang  untuk tunaikan solat Jumaat di masjid ukm sahaja... Bila tiba waktu
solat Jumaat aku pi menuju ke masjid UKM.
Amik wudhuk dan terus masuk
masjid...terjumpa pulak kawan lama yang da
 lama tak jumpa walaupun memasing staf UKM. Beliau ialah sdr 
Awi yang mana kami sama sama bekas staf Penerbit UKM sebelum kami di campakkan keluar daripada penerbit UKM...ekekeke...


 Sempat la kami bersembang sebelum solat Jumaat tu..
sekarang dia bertugas di Fakulti Sains dan Teknologi. Lepas solat aku terus pi studio ukm. Bila tiba waktu balik 4.30 petang
aku keluar untuk pulang ke rumah....
'touch up' terakhir....
Harap esok dapat menjalankan tugas rakaman MCP dengan penuh rasa ceria dan harap sesangat supaya semua tugas dapat dilaksanakan
dengan sempurna sepanjang majlis konvo selama
empat hari ini...tanpa sebarang masalah, insyaALLAH TAALA...

~ sekian ~

daud.montak.zakaria