Wednesday, October 31, 2018

Demam Konvo UKM da mula..

Hari ni, Rabu, 31 Nov. 2018...unit kami iaitu UNIT AUDIO VIDEO, PKK, UKM, mengadakan taklimat konvokesyen ukm untuk semua krew atau ajk rakaman video MCP. Taklimat
 ini kami adakan di bilik seminar penerbit UKM. Jam 9.00 lebih taklimat dimulakan....Kebiasaannya memang setiap tahun kami adakan
 taklimat sebelum setiap kali majlis konvo berlangsung. 
Namun sebelum
 ini kami adakan juga bengkel MCP untuk semua krew
 dengan tujuan untuk refresh kembali skill semua krew sebelum mendepani
 tugas rakaman mcp setiap kali berlangsung majlis konvokesyen UKM. Tahun ini bengkel mcp tidak dapat diadakan sebab dewan besar ditutup lebih kurang 8 bulan...kut
....untuk proses pembaikan......Tahun ini konvo ukm akan berlangsung
 dari 10 - 13 november 2018....
Dalam taklimat ini lebih sedikit daripada separuh krew yang dapat hadir sebab mereka mempunyai komitmen dengan tugas mereka di fakulti memasing...ok la tu 
daripada tiada kan...Semua krew MCP kami untuk konvo
ni berjumlah lebih kurang 40 orang....................




Kami juga amat bersyukur kerana krew kami dari semua fakulti, jabatan dan sebagainya masih lagi mahu bersama sama kami menggalas tugas ini setiap tahun...masih 
ada yang sudi bersama kami mendepani tugas yang agak mencabar
 jugak setiap tahun...sama sama berkampung di dewan besar 
DECTAR. Sama sama bertugas...sama sama gelak
 ketawa dan sama sama mengharung
 apa juga keperitan yang timbul secara bersama...itulah krew mcp
 kami setiap tahun....Kami amat menghargai komitmen mereka dengan kami saban tahun....Walaupun ada yang datang dari jauh iaitu UKMKL namun jarak tidak menghalang
mereka untuk sama sama berkhidmat untuk UKM...terima kasih bebanyak untuk
 mereka semua...tanpa anda semua sape la kami........



 Taklimat pertama disampaikan oleh En. Hazrul Abd Halim. Dia sampaikan pelbagai perkara umum berkaitan majlis konvo serta pelbagai perkara lain yang ada kaitan dengan kami sebagai ajk rakaman mcp. Berkaitan peralatan rakaman yang disewa dan
 sebagainya lagi...Sebenarnya pada majlis konvo tahun ini kami sewa
 semua peralatan rakaman mcp dari luar. Sebelum ini kami sewa 2 buah kamera
sahaja tetapi kali ini 100% kami sewa peralatan dari luar....




Tahun ini kami terpaksa sewa peralatan luar kerana kami tidak yakin dengan prestasi alatan kami yang sedia ada yang dah agak berusia dan belum ada lagi rezeki untuk ditukar
 kepada peralatan yang baru. Sebenarnya peralatan kami tu da lebih 10
 tahun dan patut ditukar baru. Untuk majlis konvo ukm
ini yang merupakan majlis yang besar dan penuh protokol  maka
 peralatan perlu dalam keadaan yang baik. Ini supaya tidak berlaku sesuatu yang 
tidak diingini semasa majlis sedang berlangsung. Kalau jadi apa apa, sape pulak yang perlu menjawab perkara berkenaan...siapa...opst!




Aku pun tak pasti bila peralatan tersebut boleh ditukar ke format yang lebih baik. Alat mcp berkenaan merupakan alat mcp format yang sudah ketinggalan jauh da pun. Ia 
merupakan peralatan format analog. Sedangkan sekarang ni da ada
 format 4K. Mungkin anda  masih tak faham kan..Kami punyai
 alat format paling rendah iaitu analog...atas analog ialah 
digital...atas  digital ialah HD dan atas HD ialah 4K...Jadi, nampak kan berapa 
generasi da kami ketinggalan jauh....Visual Digital, HD dan 4K lebih jelas dan lebih cantik...




Selepas encik hazrul, aku pulak yang ambil giliran untuk sampaikan taklimat. Aku lebih menjurus kepada pembahagian tugas untuk krew. Kami mempunyai lebih kurang
 40 orang krew yang menjalankan tugas tertentu masing masing.
Antara tugas tersebut ialah floor manager, cameramen,
switcher, audio, charector generator atau cg,
 pengarah studio dan sebagainya. Semua krew tak
 kira apa pun tugasnya adalah penting kerana kami bekerja secara
berkumpulan dan jika satu bermasalah maka seluruh program akan terkena tempiasnya.....
Oleh itu semua krew mesti bertugas secara bersama dan sebarang masalah
 pun tidak dibenarkan berlaku....kalau boleh la...Dalam taklimat tersebut aku bahagikan
 setiap krew dengan tugas memasing. Aku juga jelaskan serba
 sedikit berkaitan tugas masing masing....
Sebenarnya aku pun bimbang jugak konvo kali ini sebab semua 
peralatan yang kami gunakan adalah peralatan baru. Peralatan baru dan kebanyakan
 kami tidak pernah handle peralatan berkenaan. Kami cuma ada beberapa hari 
saja untuk praktis sebelum majlis konvo bermula....bimbang jika
 tidak cukup masa bagi krew untuk biasakan dengan peralatan tersebut...
Jadi apa yang aku boleh buat...hanyalah...TAWAKKAL sahaja...Moga jangan terjadi apa2 perkara yang memerlukan kami menjawab dengan jawapan yang menjela jela....ekeke..opst!
Ini mungkin majlis konvo yang terakhir untuk aku...rasanya la..haha..
Akhirnya...moga kita semua dapat menjalankan tugas dengan sempurna dan cemerlang...InsyaALLAH....

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

1 comment: