Hari ni, Rabu, 3 Oktober 2018, Unit Audio Video Pusat Komunikasi Korporat UKM telah mengadakan bengkel Penerbitan Video Asas. Hari ni hari kedua bengkel
berkenaan telah berlangsung. Semalam hari Selasa
merupakan hari pertama yang diisi
dengan penyampaian
kertas kerja bengkel berkenaan.
Aku sampaikan kertas berkaitan proses penerbitan video,
sdr. shahrul sampaikan kertas berkaitan penulisan skrip yang fokusnya kepada
skrip dokumentari...sementara encik hazrul sentuh banyak perkara berkaitan penerbitan video serta analisa hasil hasil penerbitan yang terdapat dalam media.....
encik hazrul sampaikan ceramah... |
sdr. shahrul sampaikan kertas.... |
masa ni dengar ceramah encik hazrul... |
Bengkel ini berlangsung dari 2 hingga 5 Oktober 2018. Memang setiap tahun kami mengadakan bengkel tersebut untuk kakitangan UKM. Hari pertama aku sampaikan proses
penerbitan video asas. Dah namanya asas tentu aku bawakan
ceramah berkaitan penerbitan video yang sepatutnya
dilakukan mengikut 'rule' penerbitan
video. Maknanya tak boleh langgar undang undang kerja
kerja penerbitan video. Mesti ikut buku tapi kalau da pandai boleh saja
buat mengikut cara yang boleh cepat siap....kalau ada cara yang boleh cepat siap la............
masa ni sedang dengar ceramah encik hazrul... |
bantu peserta cipta idea dan mula fikir tentang skrip... |
bincang idea dan skrip... |
Sebenarnya aku da lama tak sampaikan kertas berkaitan penerbitan video ni...rasa rasanya da dua tiga taun kut...berpeluh jugak hati aku...maklumlah berdepan dengan lebih
kurang 30 orang peserta...mau tak mau kena sampaikan jugak kertas
tu....Kadang kadang aku risau jugak dia orang tak faham
dengan apa yang aku sampaikan maklumlah
penerbitan video ni bukan semua
orang berminat...macam mana pun aku berharap
mereka faham dengan apa yang aku cuba sampaikan...insyaALAH...
Kadang kadang perlu jugak kita tau proses penerbitan video ni...sekurang kurangnya dengan ada sikit pengetahuan kita, maka taklah rasa jahil bila
kita sembang dengan orang yang berkecimpung
dalam bidang penerbitan drama, dokumentari
dan sebagainya lagi....kita perlu tau gak.....bukan gitu...dan tak
boleh la dia orang yang mahir dalam bidang 'goreng sakan' kita ni yg dia orang anggap kita 'buta huruf' dalam hal penerbitan video ni...tak gitu...
boleh la dia orang yang mahir dalam bidang 'goreng sakan' kita ni yg dia orang anggap kita 'buta huruf' dalam hal penerbitan video ni...tak gitu...
hahaha...ni masa lunch la ni.... |
tekun hadap lunch... |
tak pandang kiri kanan...di puri pujangga ukm... |
Hari pertama selepas tengah hari iaitu waktu petang proses menulis skrip dan sebagainya diadakan di opis kami di bangunan penerbit ukm. Waktu pagi masa teori kami
jalankan di puri pujangga ukm. Sebelah petang peserta yang telah di
bahagikan kepada beberapa kumpulan telah berbincang dengan
kumpulan memasing
untuk membentuk satu skrip penerbitan video dari
segi idea, sinopsis, penulisan skrip, storyboard dan sebagainya lagi...
semuanya dilakukan secara bekerjasama dengan ahli kumpulan...memang kerja2
penerbitan video ni perlu kerjasama setiap ahli kumpulan, tak kisahlah sama ada dia punyai pengalaman yang luas dalam penerbitan video atau pun dia seorang 'beginner'
yang cuma tahu kamera foto aje...kikikiki....opst!
masih bincang skrip di bangunan penerbit... |
lokasi shooting di kejuruteraan... |
shooting... |
Hari kedua proses penulisan skrip terus dilakukan oleh setiap kumpulan. Mereka duduk bersama dan berbincang untuk menyiapkan skrip mereka dengan sempurna
sebelum proses shooting dibuat atau dijalankan. Akhir hari kedua
setiap kumpulan sudah menyiapkan skrip memasing
dan bersedia untuk turun
untuk membuat shooting penerbitan video masing masing kumpulan.
Dan hari ketiga keje shooting pun mula dibuat oleh setiap kumpulan yang terlibat...
Aku dan saudara Saniy jadi fasilitator untuk sebuah kumpulan
yang membuat keje keje shooting di Fakulti
Kejuruteraan UKM......Sdr. Shahrul dan Jasril memantau keje
shooting dua kumpulan yang lain yang lokasi shootingnya di dalam bangunan penerbit...
shooting dua kumpulan yang lain yang lokasi shootingnya di dalam bangunan penerbit...
shooting... |
shooting... |
shooting... |
Di lokasi shooting kami menjadi pemantau semasa kumpulan tersebut membuat shooting.
Kumpulan ini ingin membuat penerbitan video kempen naik tangga. Tentu
anda semua tertanya tanya apakah kempen tersebut....
ia merupakan kempen untuk menggalakkan
orang supaya naik tangga jika ingin naik ke tingkat atas bangunan
dengan harapan untuk mengurangkan kolestrol dan seterusnya badan akan menjadi
sihat terutama jantung manusia yang merupakan organ yang
amat penting.......Jom! naik tangga...tapi tingkat 18 laaa...
lokasi shooting..... |
lokasi shooting.... |
lokasi shooting... |
Di lokasi shooting, walaupun durasi video berkenaan di bawah 3 minit tapi masa yang diambil untuk shooting, makan masa agak panjang jugak...rasanya lebih kurang
sejam....penerbitan yang berbentuk drama macam tu memang mengambil
masa yang lama...itu realiti dalam penerbitan video..
Sebelum shooting babak tersebut diraptaikan terlebih dahulu
...selesai raptai dan betul betul 'perfect' maka barulah keje shooting dibuat.
itu pun kena tiga atau empat kali 'take' jugak....
Kami biarkan kumpulan berkenaan membuat keje shooting tersebut, kami cuma bantu bila ada sebarang masalah yang memerlukan bantuan daripada kami
...tak kiralah bantuan dalam bentuk apa sekali pun....memang
kami sentiasa saja bersedia membantu.......
shooting hampir tamat... |
shooting da tamat.... |
Selesai saja keje shooting di lokasi maka semua peserta balik ke opis di bangunan penerbit untuk membuat proses suntingan pula. Sdr. Saniy ditugaskan untuk membantu
dalam keje suntingan ni. Bagaimana pun grup tersebut lebih banyak
berperanan dalam tugas suntingan ni...Menjelang petang
tugas suntingan hampir mencapai matlamat
yang kumpulan inginkan. Kami sebagai fasilitator cuma
memberi bantuan bila diperlukan.. Pada aku lebih baik kumpulan sendiri
yang berperanan besar dalam keje suntingan ini supaya mereka dapat pengalaman dan dapat ilmu bagaimana penghasilan sesebuah penerbitan video...Walaupun
penerbitan berkenaan agak simple tapi itu hasil keje mereka sendiri.
Untuk mencapai tahap yang cemerlang dalam penerbitan video,
ini memerlukan masa yang panjang dalam berkarya.
Bila kita da selalu melakukan keje keje penerbitan video ni, lama
lama kita akan menjadi mahir dan tiada masalah pun untuk menghasilkan penerbitan
video yang lebih baik dan dapat menarik perhatian penonton. Jadi sabar je la dan terus berkarya tanpa jemu...keje keje video ni kena ada rasa minat, tanpa minat
tentu sahaja tidak akan pi ke mana pun......kan...kan...kan....
Di bawah ni aku sertakan link kertas kerja penerbitan video aku tu untuk sapa2 je yang
berperanan dalam tugas suntingan ni...Menjelang petang
tugas suntingan hampir mencapai matlamat
yang kumpulan inginkan. Kami sebagai fasilitator cuma
memberi bantuan bila diperlukan.. Pada aku lebih baik kumpulan sendiri
yang berperanan besar dalam keje suntingan ini supaya mereka dapat pengalaman dan dapat ilmu bagaimana penghasilan sesebuah penerbitan video...Walaupun
penerbitan berkenaan agak simple tapi itu hasil keje mereka sendiri.
Untuk mencapai tahap yang cemerlang dalam penerbitan video,
ini memerlukan masa yang panjang dalam berkarya.
Bila kita da selalu melakukan keje keje penerbitan video ni, lama
lama kita akan menjadi mahir dan tiada masalah pun untuk menghasilkan penerbitan
video yang lebih baik dan dapat menarik perhatian penonton. Jadi sabar je la dan terus berkarya tanpa jemu...keje keje video ni kena ada rasa minat, tanpa minat
tentu sahaja tidak akan pi ke mana pun......kan...kan...kan....
Di bawah ni aku sertakan link kertas kerja penerbitan video aku tu untuk sapa2 je yang
berminat dengan penerbitan video ni....
Hari ni merupakan hari Jumaat, 5 Oktober 2018...hari ni merupakan hari terakhir Bengkel Video Asas PKK yang kami kendalikan. Sebelah pagi setiap kumpulan menggunakan
kesempatan last minute ni untuk 'touch up' video mereka yang
da hampir siap sangat tu sebelum majlis
preview diadakan pada waktu
petang nanti........
sdr. shahrul sedang sampaikan komen.... |
semua peserta kusyuk tonton... |
Aku dan sdr shahrul yang kendalikan sesi tersebut kerana yang lain lain
ada tugas memasing yang perlu dibuat. Aku terpaksa amik
tempat encik hazrul kerana dia jugak ada tugas yang
lebih penting petang tu.....
Ketiga tiga kumpulan tersebut menerbitkan
video berkaitan kempen jimat letrik, kempen naik tangga dan jugak
kempen gunakan tandas dengan tertib. Setelah satu persatu video ditayangkan
apa yang aku dapati kesemuanya amat baik. Video berkenaan menggambarkan mereka
memang agak mahir menghasilkan video kempen yang berbentuk drama.
Memang mudah difahami mesej yang nak disampaikan.
Penggunaan muzik dan sound effect juga
amat berkesan........
Video yang mereka hasilkan tidak mempunyai cacat cela yang
banyak. Mereka mudah macam memahami apa yang disampaikan semasa sesi
teori pada hari pertama tersebut. pada aku untuk 'beginner' hasil
penerbitan mereka sudah mencapai tahap terbaik......
Nanti aku akan upload video tersebut ke youtube dan anda dan sesape aje boleh tonton nanti...........
bilik seminar penerbit ukm.... |
...harap apa yang kami sampaikan semuanya mampu difahami.... |
gendre yang lain agak mudah untuk dibuat. Nape aku cakap macam tu...
sebab drama perlukan lakonan yang baik, props yang berkaitan,
muzik yang sesuai dengan babak, sound effect yang kena
dengan suasana, kontoniti kena jaga betul2 dan sebagainya lagi...payah
aku nak terangkan di sini...kalau nak tau lebih lanjut, jumpa aku senang sikit aku nak jelaskan...kikikiki...opst! Tapi.....tak sempat pon sebab aku nak pencen dahhhh...
Setelah selesai tayangan tersebut semua peserta diminta menjamu selera dengan apa yang telah disediakan.....Sebelum kami meninggalkan bilik seminar dalam
keadaan yang telah ditutp lampu dan aircond....sempat lagi
aku tinggalkan pesan pada staf penerbit supaya
mengambil makan yang masih ada di bilik seminar tersebut...terima
kasih kepada staf penerbit membenarkan kami staf xpenerbit menggunakan bilik berkenaan........
~ sekian ~
No comments:
Post a Comment