Friday, September 7, 2018

Keje Malam niii.....

Hari ni Khamis, 6 September 2018...aku kene keje malam ni keje yang aku sendiri pilih
nak keje malam ni...pilihan sendiri keje tuuu...Ok la yang penting kita ada
keje nak buat kan....kan......
Sebenarnya aku da siapkan alatan untuk rakaman
dalam kete aku...mudah untuk terus je ke lokasi tempat keje dan tak perlu masuk opis..

pentas masih kosong...
pelajar da ramai kat situ...
Aku keluar rumah lepas selesai maghrib...terus je ke ukm. Tiba UKM singgah sat kat opis
untuk amik sdr. SANIY. Aku keje dengan dia malam ni. Tiba je di bangunan
penerbit dia da siap tunggu lagi. Aku sampai situ hampir jam
lapan malam waktu alaysia. Singgah je dia masuk
kete dan aku teruskan bergerak
ke dataran Gemilang iaitu lokasi kami buat keje tu
la.....Kami bawak 2 buah kamera .. sebuah untuk rakaman penuh dan
sebuah lagi untuk 'mobile' maksudnya rakaman sikit sikit di sekitar lokasi tugas tersebut.

pelajar baru...
selingan sebelum program mula...
Hahaha...lupa nak cite ..keje kami ialah rakaman MAJLIS IKRAR PELAJAR BAHARU UKM
di DATARAN GEMILANG UKM. Ini merupakan kali pertama Ikrar pelajar
dibuat dilapangan terbuka sebab dewan besar iaitu DECTAR
sedang dalam proses 'renovation' yang besar
dan akan siap pada bulan november
nanti...itu dijangka...tapi kena siapkan jugak sebab
majlis konvokesyen ukm akan diadakan pada pertengahan november...
sepatutnya konvo diadakan pada awal bulan november....ditunda ke pertengahan sebab
'renovation' tu la....

izwan,,,shiddan dan naziruddin...
pelajar duduk di dataran terbuka je.....
Sebaik saja tiba di tempat nak masuk dataran kami terpaksa melalui sekatan pengawal ukm
...saniy minta  kpd pengawal nak masuk sebab nak buat rakaman video. Perlu kita
berbaik dengan pengawal keselamatan ukm ni untuk mudahkan keje
dan memang kami staf rakaman baik dengan pengawal ukm..
...mereka macam da kenal kami yang memang tugasnya bergerak
sekitar dalam kampus untuk membuat liputan video program yang diminta oleh
universiti. Jadi memang kami perlu berbaik dengan anggota keselamatan ukm. Kami jugak
memang berbaik pun dengan semua staf ukm yang kami kenal pun....
Kita memang perlu berbaik dengan semua orang...tak gitu....
hahaha...setuju ke....

salah satu laluan untuk yang baca ikrar gerak naik ke pentas....
siti suraya dan asmahanim...masa aku snap foto ni tetiba je spot light suluh muka dia orang...haha....tapi..
macam berseni aje foto ni kan...kan......
Sebaik je pengawal bagi masuk, terus gi parking....parking sebelah tempat orang buang sampah kat dataran gemilang tu...huhuhu....da perasan da tempat tu tapi
parking gak kat situ....Masa balik jam lebih kurang sebelas malam...
baru terasa
hidung dengan bau busuk tu...hahaha...apa boleh buat la.....
Kami amik kamera dan tripod dan terus masuk ke dataran gemilang
dan masa tu pelajar da ramai berkumpul dah...bising jugak bunyinya...haha...apa
boleh buat la...normal la tu bagi pelajar baharu kan...kan.....
Aku dan saniy terus cari kawasan depan pentas untuk letakkan posisi
kamera nanti masa rakaman tu...
Keluarkan kamera dan cek semua...pacakkan tripod dan siapkan semua yang patut
disiapkan untuk rakaman nanti...
Biasanya taun taun sebelum ni kami buat rakaman ikrar di dalam dewan besar
DECTAR dengan menggunakan rakaman MCP iaitu rakaman dengan
menggunakan beberapa buah kamera yang dikendalikan
oleh beberapa orang jurukamera dan beberapa orang krew dalam studio ukm. Rakaman
mcp tu lebih mudah dan tidak beban pun seperti rakaman single
camera yang aku buat malam ni dengan sdr. saniy.
Disebabkan proses 'renovation' dewan tersebut, program ni dibuat di 
dataran gemilang dan kami buat rakaman macam yang
dibuat ni lah...........

tan sri nc sedang memberikan kata2 hikmat kepada pelajar baharu...
tan sri nc sedang memberikan kata2 hikmat kepada pelajar baharu...
Sedang siapkan lokasi kami tu...SITI SURAYA SULAIMAN pulak tiba...Dia bertugas untuk buat 'live' di FB UKM. Bagi pembaca yang nak tau FB ukm tu silalah pi ke universiti
kebangsaan malaysia-ukm Itu adalah FB rasmi UKM....pi la melawat
sekurang kurangnya taula perkembangan universiti ni....
tak rugi pun...manalah tau mungkin anak2...kakak2...abang2 dan sebagai akan
masuk ke ukm nanti...tak gitu.....Ni link FB tu........

Cik Siti Suraya ni akan buat 'live' kat sebelah
tripod kamera aku tu...itu je lokasi yang cantik untuk letakkan kamera.
Jadi kami duk la kat situ setelah semua persiapan dibuat. Aku buat sikit rakaman di sekitar
semasa pelajar mendengar kata2 daripada senior atas pentas...aku da lupa
nama dia....dia yang akan jadi pengacara di pentas tu.....dalam namanya 
ada nama asnawi...huhuhu...yang lain aku da lupa...maklum la
usia da banyak...banyak benda yang sukar untuk ingat....usia banyak aje bukan tua...huhuhu......

tan sri naib canselor sedang perkenalkan pegawai kanan universiti....
tan sri naib canselor sedang perkenalkan pegawai kanan universiti....
Masa berdiri kat situ iaitu lokasi kamera kami tu...tiba2 muncul pulak asmahanim wartawan
satu opis ngan aku...bertegur sapa dan sembang la kami kat situ...Sebenarnya opis aku
ramai yang datang keje malam ni...maklum la pusat komunikasi korporat..
Yang aku ingat datang malam ni ialah...pengarah kami...timbalan
pengarah kami...timbalan pengarah kami cuit aku masa
program tamat...mulanya aku 'blur' jugak tapi last last aku ingat jugak dia
tu timbalan pengarah kami...timbalan pengarah tu baru masuk ke pusat kami...baru
 awal bulan september ni...tu sebab aku kurang ingat.....Selain dari itu encik saipul, encik hazrul, puan  syafa, ikhwan, shiddan, izwan, siti suraya, anim.... dan.....rasanya itu 
aje yang aku nampak malam ni yang merupakan staf opis aku yang
 datang bertugas......

Masa kami duk kat situ...muncul pulak tuan haji razak, pendaftar ukm...sempat la salam dengan dia...kami biasa jumpa dalam ukm bila ada kerja rakaman yang melibatkan
program yang dia turut hadir bersama.......

tan sri naib canselor sedang perkenalkan pegawai kanan universiti....
sempat aku rakam ikhwan dan asmahanim ni.....tapi aku sendiri pun lupa nak selfie diri aku...
biasanya aku tak lupa.....tu la kalau da banyak usia...bukan tua...hahaha....
aku da pencen nanti baru la tua.....apa boleh buat laaa...
Bila program bermula maka kami pun jalankanlah tugas kami...aku rakam apa yang
berlaku di pentas sementara saniy rakam sekitar lokasi berkenaan. Malam tu
 program yang kami rakam ucapan Tan Sri Naib Canselor...dan jugak 
Ikrar Pelajar Baru. Masa ikrar pelajar aku buat 'hand held' aje....
Lepas syarahan naib canselor tu aku memang tak letak kamera atas tripod pun...hingga tamat aku buat 'hand held' aje......Program tu makan masa lebih dua jam
kut....tak tengak tengok jam...bila keje macam lupa je nak tengok jam....hahaha...
Nantilah aku edit video tu...korang boleh
tonton nanti...itu pun kalau nak tonton.... kalau taknak takpe la...
Sekarang ni orang bukan nak tonton video berat berat ni...kalau hantu mak limah...
munafiq dan sebagainya mungkin ramai yang tonton kan....apa boleh buat laaa..............
Setelah program tamat aku cuba buat temubual dengan pelajar baru...ada
yang aku nak tanya...tapi tak menjadi.... sebab kat dataran tu bising sangat
dengan sorakan pelajar baharu...mungkin mereka sedang 'berperang' 
kut...macam perang DECTAR
tu...tapi la ni 'perang dataran gemilang' kut sebab tak dibuat dalam DECTAR...
Akhirnya amik keputusan balik je.....Jadi kami terus pi opis untuk
simpan alatan dan terus balik ke rumah.....hermmm....
tamat satu lagi tugas yang memang perlu aku isi dalam diari blog aku ni.....

Moga kita semua sentiasa diberkati dan rahmati ALLAH SWT.......

~ SEKIAN ~

daud.montak.zakaria

No comments: