...bangi - gua musang kelantan... |
....gua musang.... |
gua musang.. |
gua musang - sekolah keb. Limau Kasturi.. |
...sekolah kebangsaan Limau Kasturi... |
sekolah men. keb. Limau Kasturi... |
kampung star gua musang |
jambatan pulau stelu menghubungkan gua musang hingga ke jeli |
Jambatan Pulau Stelu |
7 - JAN - 2015 (RABU):
MEMBUAT rakaman video taklimt untuk sukarelawan yang mengambil bahagian
dalam misi pasca banjir UKM ke Gua Musang Kelantan dari 8 - 11
Januari 2015. Ketika itu jam 3.30 petang di Persada Canselori.
Datuk Naib Canselor memberi ucapan. Hadir sama ialah
TNC HEPA. Prof. Datin Aziah.
Kemudian En. Walid memberi taklimat kepada semua
peserta. Taklimat selesai dan semua yang hadir di Persada Canselori pon bersurai.
bas kami... |
8 - JANUARI - 2015 ( KHAMIS):
SEMUA sukarelawan ke Gua Musang Kelantan menunggu bas di Dataran Panggung
Seni Dectar. Beberapa buah bas disediakan iaitu 5 buah dari Bangi
dan sebuah dari PPUKM. Sebelum bergerak En Walid
menyampaikan taklimat..... Kelima-lima buah bas
mula bergerak lebih kurang jam 9.30 pagi
meninggalkan UKM jauh dan semakin
jauh..............................................................................
Laluan yang diikuti oleh bas ialah melalui KARAK - BENTUNG -
TEMERLOH - RAUB - KUALA LIPIS - MERAPUH dan GUA MUSANG..........
rasanya.....
rasanya.....
KELIHATAN di lebuhraya, konvoi-konvoi bantuan lain
kelihatan bergerak menuju ke timur...rasanya mungkin ke Kelantan...rupanya
orang Malaysia ni amat perihatin dengan nasib yang menimpa orang lain..........................
moga2 sikap sebegini terus subur dalam jiwa orang kita dan khususnya
kita sebagai umat ISLAM yang dianggap mulia jika mempunyai
sikap sebegitu...............................................
KAMI singgah sebentar di R & R Genting Sempah...? Masing-masing mencari
menu yang menjadi idaman hati masing-masing....Aku mengambil NASI plus LAUK
plus DAGING plus SAYUR sama juga RM10.50 sen....WOW......................!
Selesai makan naik bas kembali....opst! tersilap bas...mereka yang
sedia ada dalam bas tersenyum melihat kami yg tersilap bas.....
dalam kemalu-maluan turun dari bas berkenaan..
dalam kemalu-maluan turun dari bas berkenaan..
silap sebab basnya sama 'trademark' tapi berbeza nombor plat.......
foto sdr. kamarul.. |
setelah kenyang... |
TIBA di Gua Musang lebih kurang jam 4.00 petang. Sebelum tu bas yang kami tumpangi
singgah untuk beberapa kali bagi mengisi minyak dan juga memberi kesempatan
kepada penumpang-penumpang untuk membuang lebihan minyak.....
TIBA di Gua Musang singgah di R & R Gua Musang untuk solat jamak qasar dan
mengisi perot...Lepas solat jamak qasar terus pergi ke tempat mengisi
perot. Beratur dan akhirnya tiba giliran untuk memesan
makanan. Pesan Mee Sup.....RM 6.80 SEN...wow...! tapi kali ini 'wow' nya kecik
sedikit daripada 'wow' R & R Genting Sempah....?
asrama... |
...bersama PENGETUA KOLEJ UNGKU OMAR YANG 'HUMBLE' sesangat....... |
SELEPAS makan bas-bas yang membawa kami meneruskan perjalanan dan tiba di Kolej
Politek Mara Gua Musang. Bas-bas membawa kami ke tempat parking
dan kami menapak ke Asrama Kolej Politek mara tersebut....
Dikatakan jumlah peserta melebihi 200 orang..
jumlah yang sebesar ini tentu merumitkan
urusan penempatan....Kesian jugak dengan urus setia penginapan..
Akhirnya majoriti peserta menginap
Akhirnya majoriti peserta menginap
di Asrama Kolej Politek Mara.....Sementara aku + kamarul + ikhwan menginap di
kuaters TNB bersama urusetia..................................................................................................
Jika diukur dengan langkah kaki ia memakan masa selama lebih kurang 15 minit
jaraknya dari Asrama KPTM...................................................
SEBELAH malam satu taklimat diadakan di perkarangan asrama KPTM selepas
makan malam. Perserta diberi capsule pencegah jangkitan oleh PPUKM.
Taklimat tersebut termasuk aktiviti esok hari iaitu pembersihan
SEKOLAH KEBANGSAAN LIMAU KASTURI GUA
MUSANG KELANTAN.
9 & 10 - JANUARI - 2015 (KHAMIS):
SELESAI sarapan pagi sukarelawan di bawa dengan bas-bas menuju SEKOLAH
KEBANGSAAN LIMAU KASTURI. Perjalanan memakan masa selama
lebih kurang 45 minit....dalam perjalanan, kiri dan kanan jalan yang
dilalui kelihatan kesan tinggalan banjir seperti lumpur dan
rumah yang binasa di kawasan ini.......
pokok ni tenggelam masa banjir... |
SEBAIK tiba....turun bas dan diberi taklimat sebelum memulakan tugas pembersihan..
Kemudian masing2 membantu mengeluarkan peralatan untuk bekerja.
Pihak JPP memasang pam air untuk mengepam air dari sungai
berhampiran sekolah.....................................
Kelihatannya semua memberikan kerja sama yang memuaskan..
Aku cuma merakam semua aktiviti mereka....tak dapat membantu kerana
tempat tersebut dipenuhi lumpur yang mungkin akan terkena pada kamera yang aku pegang. Harap mereka tak marah kerana aku punyai tangan yang tidak dilumuri lumpur
seperti mereka.....Saudara IKHWAN dan KAMARUL membantu
serba sedikit dalam tugas tersebut......................
Semua sukarelawan bekerja bersama...nampaknya masing-masing sungguh-
Semua sukarelawan bekerja bersama...nampaknya masing-masing sungguh-
sungguh menjalankan tugas yang diberi..................
Tugas mereka ialah membersihkan lumpur yang masih terdapat pada
lantai dan juga dinding, membuang perabot-perabot yang rosak dan sebagainya..
Kami mengambil kesempatan menemubual pengetua sekolah tersebut. Banyak jugak
informasi yang kami peroleh dari pengetua tersebut..... kami juga menemubual
en. walid sebagai ketua misi kali ini.....................................ini
merupakan misi pasca banjir grup kedua..........
foto sdr. kamarul... |
Krew TV3 juga membuat rakaman di sekolah tersebut serta menemubual sukarelawan
yang sedang membersihkan sekolah berkenaan....dikatakan untuk slot
MHI....tak pasti....
foto sdr. kamarul.....bergayut pada 4WD..tugas tetap tugas... |
foto sdr. kamarul.....bergayut pada 4WD...tugas tetap tugas... |
Dikatakan SEKOLAH KEBANGSAAN LIMAU MANIS ini dinaiki air hingga SATU
TINGKAT SETENGAH. Banyak komputer baru yang musnah serta
juga rekod-rekod yang turut dimusnahkan oleh banjir
tersebut.........................................................
foto sdr. kamarul.. |
11 - JANUARI - 2015 ( JUMAAT ):
HARI ini kami menumpang kereta yang dinaiki oleh TNC HEPA menuju ke SEKOLAH
KEBANGSAAN LIMAU KASTURI untuk meninjau kerja-kerja pembersihan
di sana. Tiba di sekolah tersebut beliau melihat naskah2 AL QURAN
yang telah basah dan rasanya kitab2 ini perlu dilupuskan
mengikut cara-cara yang dibenarkan....
TNC HEPA kemudiannya pergi meninjau kerja-kerja pembersihan dan berjumpa dengan
ahli sukarelawan UKM yang sedang bertugas. Mungkin dengan kedatangan
TNC akan menyuntik semangat untuk bekerja lebih tekun lagi...
Aku kesian melihat sebilangan sukarelawan yang telah
melecet kaki kerana memakai bot getah...
sakit beb...tentu pedih........
foto sdr. kamarul.. |
SELAPAS minum di SEKOLAH MENENGAH KEB. TENGKU INDRA PETRA,
TNC HEPA bergerak dengan
TNC HEPA bergerak dengan
konvoi untuk mengagihkan bantuan kepada penduduk kampung STAR GUA MUSANG yang terkesan dengan bancana banjir berkenaan. Kami juga turut serta untuk
merakam video serta sdr. ikhwan merakam foto. Jalan masuk kampong
tersebut diliputi lumpur yang tebal. Ada ketikanya kami
berpaut di sisi 4WD sambil merakam
video kerana lumpur yang tebal..............seronok jugak
rasanya....penuh adventure.......
tersebut diliputi lumpur yang tebal. Ada ketikanya kami
berpaut di sisi 4WD sambil merakam
video kerana lumpur yang tebal..............seronok jugak
rasanya....penuh adventure.......
foto sdr. kamarul... |
foto sdr kamarul... |
KAMI merakam semua agihan tersebut oleh TNC. Kesian tengok ada yang rumahnya
langsung tidak boleh diduduki kerana roboh teruk....Kampung berkenaan
terletak di tepi SUNGAI NENGGIRI menurut penduduk setempat... atau SG. BETIS.
TNC menyampaikan sendiri bantuan tersebut kepada penduduk yang
terbabit dalam bencana. Kesian jugak tengok mereka.....bukan senang rasanya
bila rumah hilang atau rumah roboh dan tak boleh diduduki langsung.....bayangkanlah....
TNC menyampaikan sendiri bantuan tersebut kepada penduduk yang
terbabit dalam bencana. Kesian jugak tengok mereka.....bukan senang rasanya
bila rumah hilang atau rumah roboh dan tak boleh diduduki langsung.....bayangkanlah....
Jambatan Pulau Stelu di Sg. Betis... |
TNC HEPA juga bergerak ke kampung seberang sungai dengan bot kerana jambatan
penghubung telah runtuh kerana banjir. Beliau menyampaikan sumbangan
kepada penduduk di seberang sana..............
Aku tidak ikut serta ke seberang...bimbang aku tengok air
deras tu.............sdr. kamarul dan ikhwan ikut serta ke seberang
untuk rakaman video dan foto...semasa agihan bantuan oleh TNC HEPA
di seberang sana..................................
Sebenarnya aku dan sdr. Kamarul buat kerja rakaman
bergilir-gilir bila kami rasa keletihan..........................................................................
Aku tidak ikut serta ke seberang...bimbang aku tengok air
deras tu.............sdr. kamarul dan ikhwan ikut serta ke seberang
untuk rakaman video dan foto...semasa agihan bantuan oleh TNC HEPA
di seberang sana..................................
Sebenarnya aku dan sdr. Kamarul buat kerja rakaman
bergilir-gilir bila kami rasa keletihan..........................................................................
Jambatan Pulau Stelu tersebut menghubungkan GUA MUSANG
dengan JELI. Bila jambatan ini runtuh maka terpaksa melalui jalan yang jauh untuk ke
JELI........................Dikatakan jambatan ini dibina dalam tahun 1982..
lebih 30 tahun jambatan ini telah berkhidmat kepada
masyarakat setempat........................
Sebelah petang juga TNC HEPA bergerak mengagihkan bantuan di kampung
yang lebih teruk lagi.....namun kami tidak dapat turut serta kerana
kenderaan penuh. Rasanya lain kali jika ada tugas sebegini
kami perlukan sebuah kenderaan khas yang ditempah
untuk memudahkan tugas kami seperti krew majallah 3 yang turut sama
merakamkan bencana pasca banjir......................................Mereka
bermalam dengan kami di kuarters TNB...................
Di sini segala keperluan makan minum peserta sukarelawan amat memuaskan. Makanan
yang disediakan oleh grup katering sedap2 belaka..........................
Misi Pasca Banjir berjaya dan tamat pada 11 JANUARI 2015 serta
kami bergerak balik ke BANGI................
* terima kasih bebanyak kepada KOLONEL (B) JURI, Pengarah Keselamatan
UKM yang menguruskan penginapan kami dan kenderaan yg memudahkan
kami membuat liputan video di gua musang kelantan...
....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria
No comments:
Post a Comment