Wednesday, January 7, 2015

...baNjir...oh...BaNjiR....

PETANG tadi, RABU, 7 Januari 2014, aku bersama Sdr. Kamarul ada di Persada Canselori
jam 3.00 petang kerana mendengar taklimat untuk SUKARELAWAN
yang akan mengambil bahagian dalam misi bantuan banjir 
di Kelantan. Kami akan turut serta sebagai
sukarelawan yang membantu
membersihkan kawasan serta juga sebagai
perakam segala aktiviti yang berlaku di sana nanti. Sebenar
nya aku tak pasti kami akan ke lokasi mana, sama ada GUA MUSANG atau JELI.
Apa yang aku pasti ialah kami akan membantu membersihkan sekolah
di sana yang amat perlu dibersihkan kerana sesi persekolahan
yang akan bermula awal minggu depan.




NC dan TNC memberi kata2 kpd sukarelawan...
Jumlah sukarelawan yang turut serta adalah lebih kurang seratus
lebih yang terdiri daripada kakitangan ukm dan pelajar. Beberapa orang pelajar
antarabangsa juga turut bersama dalam misi bantuan pasca banjir
tersebut. Kami akan berada di Kelantan dari 8 januari
hingga 11 januari 2014..................




Aku tak pasti kami akan berada di JELI atau GUA MUSANG...tapi tak kisah
lah yang penting kami dapat membantu mereka dengan ikhlas. Secara umumnya Jeli
merupakan salah sebuah daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan.
Ia berkeluasan 1,300 kilometer persegi serta mempunyai penduduk
lebih kurang 40 ribu menurut bancian dalam tahun 2010.
Jeli bersempadan dengan Perak dan Thailand.




Jajahan GUA MUSANG pula merupakan jajahan yang terbesar di Kelantan.
Penduduk Gua Musang berjumlah lebih kurang 90 ribu orang menurut bancian dalam
tahun 2010. Gua Musang terletak di selatan negeri Kelantan. Keluasan
Gua Musang ialah lebih kurang 8,000 kilometer persegi.



Apa yang penting kami dapat memberikan bantuan dalam aktiviti
membersihkan sekolah di sana dengan lancar supaya pelajar dapat kembali belajar
dengan lebih selesa bebas daripada debu dan bebas daripada
lumpur. Aku juga berharap dapat menghasilkan 
sebuah video bersama sdr. KAMARUL berkaitan aktiviti yang dijalankan 
oleh sukarelawan yang mengambil bahagian dalam misi bantuan berkenaan....aku juga
akan cuba siapkan video berkenaan dan di upload ke youTube. Aku jugak
berharap semua ahli sukarelawan berada dalam keadaan yang selamat,
pergi dan balik serta ketika berada di sana.........

....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....

DAUD.montak.zakaria

No comments: