...video tanpa skrip, yg berskrip disunting kemudian...
22 OGOS - 25 OGOS 2013, aku dengan sdr. RAMLI ADNAN akan berada
di HUTAN SIMPAN BELUM dan juga DAERAH TAIPING
di PERAK kerana urusan kerja di sana.......
Kami akan bergerak dengan bas jam 22.00 pm pada hari
Rabu 21 OGOS 2013 dari UKM Bangi. Harap tiada apa-apa masalah
ketika dalam perjalanan...............INSYAA ALLAH...
Kami akan bergerak dengan bas jam 22.00 pm pada hari
Rabu 21 OGOS 2013 dari UKM Bangi. Harap tiada apa-apa masalah
ketika dalam perjalanan...............INSYAA ALLAH...
Kami ke sana kerana diminta untuk membuat rakaman aktiviti GLOBAL
STUDENTS MOBILITY yang akan menjelajah sambil
menyelidik kehidupan masyarakat dan
suasana hutan di sana.
Facebook UKM - GLOBAL STUDENTS MOBILITY di bawah...https://www.facebook.com/GSMPUKM
Facebook UKM - GLOBAL STUDENTS MOBILITY di bawah...https://www.facebook.com/GSMPUKM
Antara lokasi rakaman video kami di sana ialah JAKOA, KAMPUNG CHUEH 11,
MATA KAIL ISLAND, MATANG MANGROVE, dan sebagainya.
Mengikut jadual kami juga akan membuat rakaman aktiviti
pelajar dengan masyarakat orang asli di sana....
Mengikut jadual kami juga akan membuat rakaman aktiviti
pelajar dengan masyarakat orang asli di sana....
Aku juga pernah menulis di blog ini berkaitan HUTAN BELUM di PERAK.
Sila pi ke site di bawah untuk rujukan........
Di bawah aku letakkan sedikit infor berkaitan BELUM, PERAK...
Hutan Simpan Belum terletak di
utara negeri Perak. Dikatakan ia merupakan hutan simpan yang belum pernah
diteroka lagi. Hutan ini kaya dengan
pelbagai spesis flora dan fauna. Menurut cerita, Hutan Belum mendapat namanya
daripada bunyi belalang yang menghuni di hutan tersebut. Bunyi belalang
tersebut telah menjadi nama sebuah perkampungan Melayu lama yang telah
tenggelam akibat pembinaan Empangan Temengor berkenaan. Empangan Temengor ini
telah dirasmikan pada tahun 1976. Keluasan kawasan Empangan Temengor ialah 152
kilometer persegi. Hutan Belum mempunyai keluasan 4 kali pulau Singapura. Dianggarkan
terdapat lebih 3 ribu sepsis flora, 64 spesis paku pakis, 62 spesis lumut dan
23 spesis ikan terdapat di Hutan Belum.
Hutan ini dikatakan berusia lebih
kurang 130 juta tahun. Keluasan hutan simpan ini lebih kurang 290 ribu hektar.
Kawasan Belum terbahagi kepada dua bahagian iaitu Upper Belum dan Lower Belum.
Upper Belum yang juga dikenali sebagai Royal Belum, berkeluasan 117,500 hektar
yang meliputi kawasan hingga ke sempadan Thailand. 90% hutan di kawasan Upper
Belum ini terdiri daripada hutan yang belum diteroka lagi atau hutan dara. Lower
Belum tidak diwartakan sebagai hutan simpan. Masuk ke Hutan Simpan Belum atau
Royal Belum perlukan kebenaran pihak berkuasa.
Hutan belum kaya dengan
pokok-pokok balak seperti Meranti, Cengal, Keruing dan Merbau. Hutan ini juga
dipercayai menyimpan tumbuhan-tumbuhan herba yang mempunyai nilai perubatan.
Di Tasik Temengor yang termasuk
dalam hutan simpan Belum terdapat beberapa ratus buah pulau. Sebenarnya tasik
ini terbentuk disebabkan pembinaan Empangan Temengor yang bertujuan untuk
menghasilkan tenaga letrik.
Ada di antara pulau-pulau
tersebut didiami oleh suku orang asli. Salah satu suku orang asli yang mendiami
pulau di Belum ialah Suku Jahai.
Antara aktiviti orang asli ialah
mencari herba-herba hutan untuk dijual seperti pokok Tongkat Ali dan
sebagainya. Tumbuhan Rafflesia iaitu sepsis bunga yang terbesar di dunia juga terdapat di Hutan Belum ini.
Haiwan yang menghuni hutan Belum
ini terdiri daripada harimau, seladang, badak sumbu Sumatra, gajah, beruang,
dan sebagainya. Dikatakan terdapat 274 spesis burung termasuk Burung Enggang di
hutan simpan ini.
Kami juga pernah membuat video berkaitan BELUM, PERAK ini...sila tonton
kalau nak...kalau taknak takper ponnnn....
.....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria
No comments:
Post a Comment