...video tanpa skrip, yg berskrip akan disunting kemudian..
Pada 21 Ogos 2013, aku dan sdr. Ramli bergerak ke Belum Perak
jam 10.00 malam dari Kolej Datuk Onn UKM. Kami akan
membuat rakaman video UKM - Global Student
Mobility Partnerships anjuran Pusat
Hubungan Antarabangsa, UKM.
jeti tasik banding perak |
Kami tiba di jeti Tasik Banding lebih kurang jam 6.00 pagi pada 22 Ogos 2013.
Jeti berkenaan berhampiran dengan jambatan yang menghubungkan
lebuhraya timur dan barat dari Grik ke Jeli di Kelantan. Di sini kami
menunggu untuk naik ke Rumah Bot yang
akan membawa kami ke Kampung
Chueh iaitu sebuah kampung
orang asli di sebuah
pulau di Tasik Banding atau Tasik Temengor ini.
kampung orang asli Chueh... |
tasik temengor |
tasik temengor |
tasik temengor dan kampung orang asli |
rumah bot |
Kami bergerak menuju kampung Chueh dengan menaiki rumah bot.
Untuk tiba di Kampung Chueh
Untuk tiba di Kampung Chueh
mengambil masa selama lebih kurang satu jam setengah. Dalam
perjalanan di kiri dan kanan kelihatan menghijau dengan
tumbuhan hutan hujan tropika Belum.....
rumah bot... |
rumah bot. |
Kamung Chueh. |
Pelbagai program telah diatur untuk Pelajar Program Mobiliti dengan masyarakat
Kampung Orang Asli Chueh tersebut.......nantikan video yang akan
diterbitkan nanti......
CONTOH SKRIP UNTUK VIDEO
Sekumpulan pelajar universiti yang mengikuti Program UKM - Global Student Mobility and
Partnerships telah melawat dan tinggal bersama masyarakat orang asli
di Kampung Chueh Belum di Grik Perak.
Jeti Tasik Banding terletak berhampiran jambatan yang menghubungkan
Grik dengan Jeli di Kelantan melalui lebuhraya timur barat. Dari jeti ini ia
mengambil masa selama lebih
mengambil masa selama lebih
kurang sejam setengah untuk sampai di kampung
orang asli tersebut. Rumah bot yang program berkenaan,
bergerak merentasi tasik yang menghijau airnya dan dikelilingi oleh hutan
hujan tropika yang tebal dan menghijau.....
kampung Chueh.. |
Tasik Temengor ini mempunyai keluasan 152 Kilometer persegi. Ia merupakan sebuah
tasik buatan manusia hasil pembinaan Empangan Temengor yang telah
siap sebelum dirasmikan pada tahun 1976. Tasik Temengor ini
termasuk dalam kawasan HUTAN BELUM PERAK.
Hutan belum terbahagi kepada dua iaitu LOWER BELUM dan UPPER BELUM.
KAMPUNG CHUEH terletak dalam kawasan LOWER BELUM..
kampug chueh. |
Para pelajar yang mengikuti program ini akan berada di Tasik Banding
atau Tasik Temengor dan Kuala Sepetang di Perak dari 22 - 25 Ogos 2013.
Sebaik sampai di Kampung Chueh para pelajar dan pensyarah yang menyelia
atau Tasik Temengor dan Kuala Sepetang di Perak dari 22 - 25 Ogos 2013.
Sebaik sampai di Kampung Chueh para pelajar dan pensyarah yang menyelia
mereka mengambil peluang beramah mesra dengan penduduk di situ.
Orang asli dari Suku Jahai dan Temiar ini sentiasa menyambut
pengunjung dengan mesra.....
Melawat perkampungan orang asli merupakan sebahagian daripada program
UKM - Global Student Mobiity Partnership. Program mobiliti ini
disertai oleh pelajar tempatan dan dari universiti dari
luar negara termasuk Korea, Indonesia, Kazaztan,
Mexico, disamping pelajar tempatan sendiri. Ini merupakan kali
kelima program ini dijalankan
Mexico, disamping pelajar tempatan sendiri. Ini merupakan kali
kelima program ini dijalankan
oleh Pusat Hubungan Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia.
kampung chueh. |
Pelajar sejumlah 13 orang dengan 3 orang pensyarah telah tinggal di Kampung Chueh
selama beberapa hari. Mereka telah menjalankan beberapa aktiviti
bersama masyarakat setempat.
bersama masyarakat setempat.
Menurut ketua suku di kampung ini, terdapat 8 buah rumah dengan lapan buah
keluarga dengan jumlah ahli lebih kurang 40 orang tinggal di kampung ini.
Rata-rata mereka yang tinggal di kampung ini beragama Islam.
Diantara aktiviti pelajar ketika berada di sini ialah menjalankan aktiviti penyelidikan
berkaitan komuniti berkenaan.
aktiviti menganyam... |
anyaman |
Kegiatan ekonomi masyarakat orang asli di sini ialah menangkap ikan, berladang dan mencari hasil hutan. Antara hasil hutan yang dicari ialah Kayu Gaharu. Namun
begitu hasil hutan dikatakan agak sukar untuk dicari sejak akhir-akhir ini
kerana terdapat penceroboh yang masuk ke hutan dari negara luar.
Menurut mereka antara tanaman ladang yang diusahakan ialah
begitu hasil hutan dikatakan agak sukar untuk dicari sejak akhir-akhir ini
kerana terdapat penceroboh yang masuk ke hutan dari negara luar.
Menurut mereka antara tanaman ladang yang diusahakan ialah
tanaman pisang, jagung dan sebagainya. Mereka juga
menanam anak-anak pokok getah untuk
diusahakan untuk masa hadapan....
menanam anak-anak pokok getah untuk
diusahakan untuk masa hadapan....
anyaman kraf... |
masih belajar.... |
Menurut maklumat daripada kaum ini, kaum suku Jahai dan Temiar di sini berkahwin pada usia se awal 12 hingga 14 tahun. Mereka juga mempunyai anak
sekurang-kurangnya 4 orang. Anak-anak mereka
bersekolah di sekolah di sekitar daerah ini. Namun begitu ada juga yang
tidak bersekolah antara faktornya ialah sekolah berkenaan jauh dari penempatan mereka.
perhati... |
tekun... |
Diantara aktiviti para pelajar di Kampung Chueh ini ialah mereka
didedahkan dengan cara hidup dan budaya masyarakat berkenaan. Mereka memerhati
dan belajar cara membuat hasil-hasil kraftangan yang mudah. Mereka belajar cara
menganyam daun kelapa dan sebagainya. Mereka mengambil
sedikit masa untuk memerhati dan belajar untuk menganyam
bersama masyarakat di sini.
bersama masyarakat di sini.
aktiviti berakit... |
menganyam daun nipah untuk atap dan dinding. |
Pelajar didedahkan dengan seni tarian orang asli iaitu sewang. Mereka dipertontonkan tarian
sewang oleh penduduk di sini. Pelajar juga turut sama menari bersama
dengan penari sewang tersebut. Tarian ini kelihatannya
dapat menghiburkan mereka yang mengikuti
program berkenaan.
presentation |
Pelajar juga turut serta dalam aktiviti membersihkan kawasan sekitar. Perkampungan ini perlu bersih kerana ramai pelancong melawat kampung ini. Seni menganyam daun nipah
juga turut mereka belajar dan melakukannya dengan sendiri.
juga turut mereka belajar dan melakukannya dengan sendiri.
Mungkin menganyam daun nipah kelihatan mudah, namun jika tidak
dipelajari tentu akan gagal untuk melakukannya.
Masyarakat di sini tidak keberatan untuk mengajar setiap perkara
berkitan anyaman ini kepada pelajar hingga mereka mampu membuatnya sendiri.
di Sungai Gadung... |
pakma sungai gadung... |
Setelah siap anyaman daun nipah berkenaan, mereka turut membantu memasang anyaman daun nipah tersebut sebagai dinding dan atap sebuah rumah yang baru siap dibina. Masyarakat di sini juga mengajar para pelajar cara menyumpit dengan
teknik yang betul...Menyumpit perlu kepada teknik dan latihan
yang berterusan. Jika teknik sumpitan tidak sempurna
tentu sasaran tidak mampu disumpit dengan
tepat. Pelajar juga turut serta mencuba menggunakan sumpit. Bila pertama kali
menggunakannya tentu sasaran turut tersasar.
menggunakannya tentu sasaran turut tersasar.
taiping dan larut matang... |
taklimat di matang |
Suasana sekeliling pulau perkampungan ini amat menarik. Agak kerap juga pelancong
luar datang menjengah di kampung Chueh ini. Pelancong yang datang ke sini
kebanyakannya datang dari luar negara. Antara tarikan yang menggamit
mereka ke sini kerana komuniti ini masih mengamalkan
cara hidup tradisional. Antaranya mereka
masih tinggal di kediaman yang beratapkan daun nipah dan berdindingkan daun
yang sama, yang dianyam dengan kemas.
hutan bakau |
laluan di hutan bakau... |
Walaupun kehidupan orang asli di Kampung Chueh kelihatan ringkas namun mereka juga
ingin dan perlukan kemajuan. Mereka perlu untuk dibantu menjadi maju
dan cara yang utama untuk mereka maju seperti kaum lain
ialah dengan memberikan mereka peluang untuk menimba
ilmu hingga ke peringkat yang lebih tinggi...
Para pelajar yang mengikuti program mobiliti ini telah mengumpul
segala maklumat berkaitan penduduk di kampung Chueh ini. Segala yang mereka
peroleh di persembahkan dihadapan pensyarah dan pelajar yang lain dalam satu sesi
persembahan mereka. Selesai persembahan
persembahan mereka. Selesai persembahan
para pensyarah pula memberi komen-komen serta memberi cadangan untuk mengemaskan lagi hasil dapatan kumpulan masing-masing...
kilang arang kayu.. |
Sebelum meninggalkan Kampung Chueh para pelajar dan pensyarah mengadakan sesi bergambar dan sesi perjumpaan dengan penduduk kampung berkenaan
buat kali terakhir. Rumah bot bergerak perlahan untuk meninggalkan
Kampung Chueh yang kelihatan semakin jauh. Sebelum berlabuh
di Jeti Tasik banding peserta dibawa untuk melihat
bunga Pakma iaitu spesis bunga yang terbesar
di dunia. Lokasi bunga berkenaan ialah di Sungai Gedung.
Rumah bot berkenaan tidak boleh berlabuh di tebing tasik kerana banyak
tunggul-tunggul pokok dalam tasik tersebut. Tunggul-tungul ini merupakan tunggul pucuk pokok
-pokok balak yang tenggelam ketika tasik ini diliputi air empangan. Oleh yang
demikian bot digunakan untuk membawa peserta ke tebing tasik.
Tiba di tebing, para peserta masuk ke hutan melalui
lorong yang telah dibuat untuk kemudahan pengunjung.
Apa yang didapati di sini ialah banyak kuntuman bunga yang
masih belum berkembang. Sementara yang telah lama berkembang telah
pun membusuk untuk membentuk buah yang akhirnya menghasilkan biji benih di dalamnya
untuk pertumbuhan bunga yang akan datang......................................................
kilang kayu arang |
Para peserta kemudiannya bergerak ke Taiping dan seterusnya Kuala Sepetang. Di
Taiping mereka mengambil peluang bersiar di Taman Tasik Taiping. Namun
terdapat tasik yang kelihatan cetek walaupun Taiping merupakan daerah
yang paling banyak ditimpa hujan sepanjang tahun di negara ini...........................
kayu arang... |
Di Kuala Sepetang pesrta program melawat Pusat Eko Pelajaran. Mereka sempat melihat
kelip-kelip pada waktu malam di Sungai Petang.
kelip-kelip pada waktu malam di Sungai Petang.
Mereka juga telah diberi taklimat oleh pegawai perhutan yang bertugas. Mereka kemudiannya
telah dibawa melawat hutan bakau di pusat berkenaan yang dijadikan tempat
untuk lawatan para pengunjung. Sepanjang lawatan mereka juga telah diberkan pelbagai
maklumat berkaitan hutan bakau yang wujud di daerah ini.
cuba.... |
Pelajar juga diberi penjelasan lanjut berkaitan hutan bakau di Galeri Pusat berkenaan.
Di sini mereka mendapat pelbagai informasi berkaitan Hutan Paya Laut
Matang.
Di sini mereka mendapat pelbagai informasi berkaitan Hutan Paya Laut
Matang.
made in korea... |
Selain dari itu, peserta juga dibawa melawat kilang membuat kayu arang yang terletak di kawasan berhampiran. Pegawai perhutanan bertindak sebagai penyampai informasi
berkaitan aktiviti kilang berkenaan. Proses membuat kayu arang
mengambil masa selama sebulan bermula dari proses
membakarnya dalam relau khas hingga terhasilnya kayu arang.
Kayu arang ini bukan saja digunakan sebagai bahan bakar tetapi juga untuk
eksport ke Jepun antaranya menjadi bahan untuk membuat bahan alat solek dan juga
ubatan. Kilang ini telah beroperasi lebih daripada 30 tahun.
ubatan. Kilang ini telah beroperasi lebih daripada 30 tahun.
Adakah kilang ini akan berterusan jika tiada lagi pokok kayu bakau yang berkualiti
untuk dijadikan bahan mentahnya? Adakah terdapat apa-apa rancangan supya hutan bakau
ini tidak luput dari muka bumi....? Jika melihat kepada pertumbuhan kayu ini,
setahun ia boleh tumbuh lebih kurang sekaki, namun begitu sempatkah pokok
ini tumbuh untuk dijadikan bahan mentah kayu arang...?
Akhirnya setelah selesai lawatan di kilang kayu arang, semua peserta kembali
semula ke UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA di BANGI....
...sekian dan terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria.
No comments:
Post a Comment