Saturday, February 23, 2013

berBENGKEL Dan berMCP...





HARI ini pun kami agak sibuk dari pagi sampai petang.....bila sibuk tentu
letih kan...kan...kan?  Rasa macam 'tak menang tangan....'
Pagi kami berada di STUDIO UKM
kerana mengendalikan 
BENGKEL MCP iaitu penerbitan
akhir bengkel tersebut.......petang pulak ada tugas yang lain pulak....

kumpulan satu sedang membuat penerbitan MCP...
jasril amry abdul wahid...
hanamichi...
 ....nawawi tahir...

Penerbitan MCP di Studio UKM bermula lebih kurang jam 9.30 pagi.
Agak lewat bermula walaupun persiapan teknikal telah
kami buat lebih awal. Sebenarnya Bengkel MCP
ini lebih mirip kepada penerbitan televisyen
dengan menggunakan lebih daripada
sebuah kamera yang di 
keudarakan secara langsung atau
disimpan sebelum di keudarakan setelah melalui
proses pos produksi yang paling minima...
Kami bahagikan peserta kepada dua kumpulan yang mengandungi
bilangan 10 orang. Hos kumpulan ini ialah Jasril Amry.
Mereka membuat dua kali rakaman yang
berdurasi lebih kurang 20 minit...

kumpulan Zack...
mat nur.....ujang....
yusri
siti suraya...
suraya
siti suraya & abd. raai...
 Sementara kumpulan satu lagi, hos nya ialah Siti Suraya. Mereka membuat
rakaman penerbitan mcp sebanyak dua kali kerana kali pertama
berlaku kesilapan dan terpaksa dibuat kembali.....
Mereka berdua yakni siti suraya dan jasril
amry memang boleh dipuji kerana
bukan semua orang boleh berdiri depan kamera.
Kalau aku sekalipun kurang berani kerana aku 'pemalu' ekeke...
silap-silap selalu jer masuk toilet.....Penerbitan ini
mengambil masa lebih kurang dua jam jer...
Setelah siap semua peserta bersurai
untuk makan tengah hari serta solat Jumaat. Penutup bengkel akan
dijalankan jam 3.00 petang di Penerbit UKM.......................................................

siti suraya....orang lain tonton tayangan, dia
pi minum duluan....cisss....
tayangan...
...menunggu tayangan untuk dikritik..
sedang membuat kritikan...
Jam 3.00 petang selepas solat jumaat peserta-peserta berkumpul di Penerbit
UKM untuk sesi tayangan dan kritikan terhadap penerbitan MCP 
terbabit. Sebelum tayangan semua peserta diminta membuat
sebarang komen-komen berkaitan bengkel yang
kami kendalikan tersebut. Kami sedia menerima sebarang
teguran...Selepas tayangan ke dua-dua penerbitan berkenaan, sesi kritikan
dibuat selepas setiap satu video ditayangkan........Panel pengkritik 
adalah Datin Saadah Jaffar, En. Sapiai Sapari, Encik Hazrul
dan Encik Hazrul Halim serta Haji Ismail...
Akhir sekali ialah kata2 dari kami sebagai penceramah
dan fasilitator untuk program terbabit.....

kamarul baharin on duty...
mohd hafiz taib, shahrul fadli dan kamarul baharin..
watie sharif
Setelah selesai tayangan dan kritikan Penerbitan MCP, kami mempunyai satu tugas
yang lain. Tugas tersebut ialah rakaman MCP Pesta Ang Pow
di dewan canselor....
masing2 'mencuka' sambil layan perasaan masing-masing
menunggu tugas...
Kami pi Dectar dan terus pasang kabel dan kamera di dalam dewan jam 6.00
petang. Shahrul fadli terlebih dahulu sampai di dewan sementara aku
lama 'jem' dalam UKM. Aku sampai di dewan shahrul fadli dah
pasang separuh peralatan dalam dewan. Aku cuma
membantu mempercepatkan sahaja begitu
juga dengan haji izad....
Setelah semua balik, aku terpaksa tinggal di studio
sementara waktu, menunggu seorang insan menggantikan tempat aku menunggu
peralatan yang telah sedia dipasang....betullah senikata sebuah lagu
lama...'penantian memang satu siksaan....' Lain yang aku tunggu, lain
pulak yang tiba. Bila 'seorang insan lain' tiba di studio, maka akupun bergegas
balik untuk tukar pakaian dan sebagainya....Aku tinggalkan dectar
di 'tangannya' lebih kurang jam 7.00 petang.....Aku doakan
insan yang aku tunggu sebelum tu sentiasa
dirahmatiNYA kerana 'dia' banyak
bantu aku....opst! aku puji
lebih-lebih kang kembang satu badan pulak....ekeke...opst!

nak kenal ngan dia ni...? ni ler anak pak sulaiman, si
suraya tuuu...hos rancangan 'tahunan' tuuu...opst!
acara ang pow sedang 'on'
acara..
AJK Pesta Ang Pow tersebut kata program bermula jam 7.30 malam, dan minta kami
buat rakaman awal....................Jadi kami pun terpaksalah
bergegas memasang peralatan berkenaan. Namun begitu acara bermula malam
tu hampir jam 9.00 malam.....
sedang tunggu tugas...
encik musa zainal abidin
staf bilik kawalan audio kami, ramli adnan
Malam ni ramai jugak krew yang datang membantu, maka tiadalah 'patah pinggang'
krew yang mengendalikan kamera. Program tersebut berlangsung lebih
tiga jam dan kami terpaksa gunakan pita tambahan tapi
yang diguna hanya beberapa minit jer pun....

gendang

acara tradisi kut....
Segala kerja rakaman telah dapat dijalankan dengan sempurna tanpa
sebarang masalah. Oleh yang demikian aku ingin mengucapkan
beribu terima kasih kepada semua krew yang terlibat
iaitu SHAHRUL FADLI ABD RAHIM,
KAMARUL BAHARIN, RAMLI
ADNAN, HAJI IZAD, 
JASRIL AMRY,
SITI SURAYA SULAIMAN,
YUNUS MISDI, HAJI SULIMI, JAMALUDIN SALLEH,
MOHD HAFIZ TAIB, HAZNI HANIM, WATIE SHARIF, NUR HIDAYAH,
JAMALUDDIN IBRAHIM, YUSRI, ZACK, NUR FAZLIANA RAMLI.......errrMMMmmm...
waaaa....aku da lupa sape lagi. Oleh itu maafkan aku sebab
lupa nama kalian.....maAF MAaf...............

...terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

Friday, February 22, 2013

latiHAN MCp bengKEL VIdeo...

HARI ini merupakan hari ketiga kami mengendalikan BENGKEL MCP
di PENERBIT UKM. Hari ini kami berkongsi pengetahuan
berkaitan amali penerbitan MCP di Studio UKM.
Malam ini juga malas nak bercerita....lesu
fikiran...biarlah foto yang
berbicara....

latihan....
dalam bilik kawalan...
bersedia mulakan program..
fasi dan peserta bengkel...
penyediaan props...
raptai...
sedang ke udara...
berhati dengan tugas...
perlu lagi baiki cara....
fm
jurukamera... 
.....tumpuan....
perlu tengok fm sekali sekali..
second group...
awi..
MS
Terima kasih kepada semua krew dan peserta......Terima kasih kerana sudi membaca....

DAUD. montakzakaria

Wednesday, February 20, 2013

....bengKEL dan SUNTing...

HARI ini nak kata letih, tidak gak, nak kata tak letih tak jugak...tapi ada banyak gak
benda yang dibuat hari ni...

...jadual bengkel...
sarapan 'diet'...ekekeke...

Hari ni merupakan hari kedua kami mengendalikan bengkel Penerbitan MCP
di Penerbit UKM.....
Tapi sebelum tu kena gak isi perut sebelum memulakan bengkel....
biasalah, awal pagi tentu perut kosong...

berbincang...
mencari idea serta tulis skrip.. 
Hari ni setiap kumpulan akan mencari idea dan seterusnya menulis skrip untuk
penerbitan mereka pada pagi jumaat nanti........

studio floor
Sebelah petang peserta diminta pegi ke STUDIO UKM di DECTAR untuk berkenalan
dulu dengan peralatan penerbitan MCP di sana..
Kami menjelaskan kepada mereka serba sedikit berkaitan arahan yang digunakan
oleh Pengarah Studio ketika penerbitan.....
Sebagai ulangan di bawah ini aku tuliskan sedikit arahan yang digunakan oleh
Pengarah...

Contoh arahan Pengarah Studio:

SCRIPT ASSISTANT: 30 seconds to on air....
DIRECTOR: Ready graphic, ready vt, ready switcher, ready lighting, ready SA, ready FM, ready Cam 1, Cam 2, Cam 3, ready Audio......
SCRIPT ASSISTANT: 15 seconds to on air....
DIRECTOR: Ready to roll VTR for recording....

SCRIPT ASSISTANT: 10 seconds to on air, 9, 8, 7,..
DIRECTOR: Roll VTR for recording..
Ready VT to roll montage...sound on tape....
SCRIPT ASSISTANT: 5, 4, 3, 2, 1...
DIRECTOR: Roll VT...Take VT...
FM, vtr for montage is 20 seconds....we will come to studio on Cam Two,
Ready Cam Two for establish shot..
DIRECTOR: We will come to studio in 10 second,
SCRIPT ASSISTANT: 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1,

DIRECTOR: Ready Cam 2, take two....
Ready to come up on Cam 3, ready cam 3 for MS on Lin,
open mic, FM cue Lin, up on cam 3.... take 3...
Ready music, fade in music...
Ready music to fade under, fade music under....
Ready graphic , superimpose graphic...
Graphic out....
Cam 1 give me CU of talent, open mic, ready Cam 1...take One....


TO STOP PROGRAMME FOR ADVERTISEMENT:
SCRIPT ASSISTANT: We'll have a break in 30 seconds for advertisement..
15 second.....

DIRECTOR: FM cue Lin....
Ready to roll VT for advertisement...

SCRIPT ASSISTANT: 10 second, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1,

DIRECTOR: Roll VT, Take VT...

SCRIPT ASSISTANT: We'll come to studio in 15 seconds on Camtwo...

DIRECTOR: Ready Cam Two...give me wide shot..

SCRIPT ASSISTANT: 10 seconds to studio, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1...

DIRECTORReady Cam Two, Take Two; open mics; cue Lin..


TO CLOSE PROGRAMME:

SCRIPT ASSISTANT: Thirty seconds to close the program...

DIRECTOR: Give her/ him a wrap-up.

SCRIPT ASSISTANT: Fifteen seconds.
10 seconds, 9,8,7...
DIRECTOR: Ready cam two, ready closing credits to roll.....
Cut to Lin. Take cam two. Cut mics. Cue Lin.....
Cam two keep zooming out. Hold it. Roll credits....
Ready to key out Graphic, key out graphic...
Ready black....

SCRIPT ASSISTANT: 10 from now, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1,

DIRECTOR: Ready black, fade to black. Hold. Stop vtr. O.K, all clear. Good job everybody.
 


'curi' foto kamarul baharin....
 Kami berada di STUDIO UKM hingga jam 5.00 petang.....esok akan sambung lagi
aktiviti di studio berkenaan.......


konsert diraja...
Selesai di studio, aku pegi ke Penerbit untuk membuat suntingan video Konsert DiRaja 
UKM. Namun cuma mampu siapkan suntingan tetapi tak sempat
nak 'convert' dan 'upload' ke YouTube kerana
waktu da hampir jam 6.15 petang.....
jadi terpaksa bergegas balik...
sambung esok pagi, Insya Allah esok boleh upload kut.....pagi2 aku cuba siapkan..
Kepada semua krew pengendali bengkel MCP, terima kasih bebanyak aku
ucapkan dan moga kita mampu mengendalikan bengkel ini
hingga selesai pada 22 Februari nanti.....
....sekian dan terima kasih kerana sudi membaca...
DAUD.montak.zakaria

konSERT DIraja...

HARI ini, 19 Februari 2013, selain mengendalikan BENGKEL MCP
yang bermula hari ini hingga 22 Feb. 2012, kami  juga membuat 
rakaman MCP Konsert DiRaja
UKM di DECTAR UKM...
..malam ini jugak aku biarkan foto-foto jer yang bercerita....
da tak larat nak perah otak untuk
menganyam kata-kata...
potong kek
peace....
Pengarah Studio on duty
tekun dengan tugas...
bilik audio
berebut...
tenggelam dalam dunia sendiri
perhati..
hasil yang pasti..
Akhirnya kami dapat laksanakan tugas dengan baik. Aku ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua krew Unit Audio Video Penerbit 
UKM. Aku juga ingin mengucapkan juga terima kasih
bebanyak kepada semua krew yang datang
membantu niaitu....YUNUS MISDI,
HAFIZ TAIB, WATIE SHARIF,
MIMI, NUR HIDAYAH,
YUSRI,
JAMALUDDIN IBRAHIM,
JAMALUDIN SALEH atau CHEF, HAJI SULIMI, 
dan JUNIOR MASTERMIND.