Saturday, February 23, 2013

berBENGKEL Dan berMCP...





HARI ini pun kami agak sibuk dari pagi sampai petang.....bila sibuk tentu
letih kan...kan...kan?  Rasa macam 'tak menang tangan....'
Pagi kami berada di STUDIO UKM
kerana mengendalikan 
BENGKEL MCP iaitu penerbitan
akhir bengkel tersebut.......petang pulak ada tugas yang lain pulak....

kumpulan satu sedang membuat penerbitan MCP...
jasril amry abdul wahid...
hanamichi...
 ....nawawi tahir...

Penerbitan MCP di Studio UKM bermula lebih kurang jam 9.30 pagi.
Agak lewat bermula walaupun persiapan teknikal telah
kami buat lebih awal. Sebenarnya Bengkel MCP
ini lebih mirip kepada penerbitan televisyen
dengan menggunakan lebih daripada
sebuah kamera yang di 
keudarakan secara langsung atau
disimpan sebelum di keudarakan setelah melalui
proses pos produksi yang paling minima...
Kami bahagikan peserta kepada dua kumpulan yang mengandungi
bilangan 10 orang. Hos kumpulan ini ialah Jasril Amry.
Mereka membuat dua kali rakaman yang
berdurasi lebih kurang 20 minit...

kumpulan Zack...
mat nur.....ujang....
yusri
siti suraya...
suraya
siti suraya & abd. raai...
 Sementara kumpulan satu lagi, hos nya ialah Siti Suraya. Mereka membuat
rakaman penerbitan mcp sebanyak dua kali kerana kali pertama
berlaku kesilapan dan terpaksa dibuat kembali.....
Mereka berdua yakni siti suraya dan jasril
amry memang boleh dipuji kerana
bukan semua orang boleh berdiri depan kamera.
Kalau aku sekalipun kurang berani kerana aku 'pemalu' ekeke...
silap-silap selalu jer masuk toilet.....Penerbitan ini
mengambil masa lebih kurang dua jam jer...
Setelah siap semua peserta bersurai
untuk makan tengah hari serta solat Jumaat. Penutup bengkel akan
dijalankan jam 3.00 petang di Penerbit UKM.......................................................

siti suraya....orang lain tonton tayangan, dia
pi minum duluan....cisss....
tayangan...
...menunggu tayangan untuk dikritik..
sedang membuat kritikan...
Jam 3.00 petang selepas solat jumaat peserta-peserta berkumpul di Penerbit
UKM untuk sesi tayangan dan kritikan terhadap penerbitan MCP 
terbabit. Sebelum tayangan semua peserta diminta membuat
sebarang komen-komen berkaitan bengkel yang
kami kendalikan tersebut. Kami sedia menerima sebarang
teguran...Selepas tayangan ke dua-dua penerbitan berkenaan, sesi kritikan
dibuat selepas setiap satu video ditayangkan........Panel pengkritik 
adalah Datin Saadah Jaffar, En. Sapiai Sapari, Encik Hazrul
dan Encik Hazrul Halim serta Haji Ismail...
Akhir sekali ialah kata2 dari kami sebagai penceramah
dan fasilitator untuk program terbabit.....

kamarul baharin on duty...
mohd hafiz taib, shahrul fadli dan kamarul baharin..
watie sharif
Setelah selesai tayangan dan kritikan Penerbitan MCP, kami mempunyai satu tugas
yang lain. Tugas tersebut ialah rakaman MCP Pesta Ang Pow
di dewan canselor....
masing2 'mencuka' sambil layan perasaan masing-masing
menunggu tugas...
Kami pi Dectar dan terus pasang kabel dan kamera di dalam dewan jam 6.00
petang. Shahrul fadli terlebih dahulu sampai di dewan sementara aku
lama 'jem' dalam UKM. Aku sampai di dewan shahrul fadli dah
pasang separuh peralatan dalam dewan. Aku cuma
membantu mempercepatkan sahaja begitu
juga dengan haji izad....
Setelah semua balik, aku terpaksa tinggal di studio
sementara waktu, menunggu seorang insan menggantikan tempat aku menunggu
peralatan yang telah sedia dipasang....betullah senikata sebuah lagu
lama...'penantian memang satu siksaan....' Lain yang aku tunggu, lain
pulak yang tiba. Bila 'seorang insan lain' tiba di studio, maka akupun bergegas
balik untuk tukar pakaian dan sebagainya....Aku tinggalkan dectar
di 'tangannya' lebih kurang jam 7.00 petang.....Aku doakan
insan yang aku tunggu sebelum tu sentiasa
dirahmatiNYA kerana 'dia' banyak
bantu aku....opst! aku puji
lebih-lebih kang kembang satu badan pulak....ekeke...opst!

nak kenal ngan dia ni...? ni ler anak pak sulaiman, si
suraya tuuu...hos rancangan 'tahunan' tuuu...opst!
acara ang pow sedang 'on'
acara..
AJK Pesta Ang Pow tersebut kata program bermula jam 7.30 malam, dan minta kami
buat rakaman awal....................Jadi kami pun terpaksalah
bergegas memasang peralatan berkenaan. Namun begitu acara bermula malam
tu hampir jam 9.00 malam.....
sedang tunggu tugas...
encik musa zainal abidin
staf bilik kawalan audio kami, ramli adnan
Malam ni ramai jugak krew yang datang membantu, maka tiadalah 'patah pinggang'
krew yang mengendalikan kamera. Program tersebut berlangsung lebih
tiga jam dan kami terpaksa gunakan pita tambahan tapi
yang diguna hanya beberapa minit jer pun....

gendang

acara tradisi kut....
Segala kerja rakaman telah dapat dijalankan dengan sempurna tanpa
sebarang masalah. Oleh yang demikian aku ingin mengucapkan
beribu terima kasih kepada semua krew yang terlibat
iaitu SHAHRUL FADLI ABD RAHIM,
KAMARUL BAHARIN, RAMLI
ADNAN, HAJI IZAD, 
JASRIL AMRY,
SITI SURAYA SULAIMAN,
YUNUS MISDI, HAJI SULIMI, JAMALUDIN SALLEH,
MOHD HAFIZ TAIB, HAZNI HANIM, WATIE SHARIF, NUR HIDAYAH,
JAMALUDDIN IBRAHIM, YUSRI, ZACK, NUR FAZLIANA RAMLI.......errrMMMmmm...
waaaa....aku da lupa sape lagi. Oleh itu maafkan aku sebab
lupa nama kalian.....maAF MAaf...............

...terima kasih kerana sudi membaca....
DAUD.montak.zakaria

No comments: