Monday, July 20, 2009

UKM-GLOBAL STUDENT MOBILITY PARTNERSHIPS-SARAWAK

15 Julai 2009;
Kami, iaitu aku dan sdr Ramli bertolak ke KLIA jam 11.00 pagi dengan dihantar oleh isteri sdr. Ramli. Tiba di KLIA lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Aku hubungi sdr. Raai Osman yang terlebih dahulu sampai di KLIA. Sebentar kemudian sdr. Raai sampai dengan membawa bersama sebuah trolly. Kami muatkan beg-beg kami di atas trolly yang dibawanya serta seterusnya menyemak tempahan tiket kami. Sebaik saja selesai kami pergi pula menguruskan beg-beg yang kami bawa untuk dibawa menaiki kapal terbang.

Pandangan waktu malam berhampiran hotel
penginapan kami.

Sementara menunggu waktu untuk berlepas ke sarawak pada jam 2.00 petang, kami singgah disebuah cafe untuk mengisi perut kami yang kosong ini. Hmmm...nampaknya harga makanan dan minuman di sini lebih kepada... di mana ia di jual, bukan dari segi rasa....
Tiba masa untuk berlepas, kami bergerak ke arah pintu masuk. Biasalah lapangan terbang, segalanya di periksa dengan teliti, segala yang diperbuat dari logam semua ditanggalkan dan dimasukkan ke dalam bakul untuk melalui ruang x-ray. Kalaulah kita memakai cawat besi, adakah ia juga terpaksa ditanggal? Hmmm...aku tinggalkan persolan ini untuk anda jawab...
Inilah bilik tidur di Merdeka Palace, Kucing yang
menjadi tempat penginapan kami....selesa tak?

Hmmm...malang sungguh aku hari ini, beg kamera yang aku bawa tidak melepasi pemeriksaan. Pegawai petugas membuka beg kamera yang aku bawa. Kemudian berkata, ada bateri kamera ye....Aku cuma mengangguk, risau juga aku maklumlah, mungkin dia ingat bateri kamera tersebut seperti bahan letupan, agak nya lah...atau kalau tidak pun, mungkin muka aku macam pengganas kut...tapi kalau lapangan terbang luar negara mungkin juga muka aku macam muka pengganas, mungkin, bukan begitu? Tapi takpelah, semuanya sudah selesai. Aku puji gak pegawai berkenaan kerana amat berhati-hati dalam menjalankan tugasnya, walaupun negara kita mungkin bukan merupakan sasaran pengganas.
Sdr Ramli dan Raai sedang meninjau
keluar tingkap hotel.

Dalam kapal terbang menuju Kucing, tiada suatu pun yang menarik perhatian aku. Dalam jangka masa lebih sejam setengah ini aku banar2 berasa bosan sangat, kalau aku duduk di tepi tingkap tentu tidak sebosan ini. Selain dari itu, aku bosan gak kerana semua yang memberi perkhidmatan dalam kapal terbang tersebut adalah lelaki, PRAMUGARA belaka.... Terasa sangat bosannya seperti satu hari suntuk rasa berada ditempat duduk kapal terbang tersebut....hmmm...dah nasib agaknye...


Ruang tamu bilik hotel penginapan kami......


Kapal terbang kami mendarat di lapangan Terbang Kucing kira2 jam 3.55 petang. Seterusnya kami menyewa sebuah teksi untuk menuju ke hotel penginapan. Selesa juga hotel tempat kami menginap untuk 2 atau 3 malam ini iaitu malam ini dan malam esok(15 dan 16 Julai 2009). Pada malam lusa, kami akan bermalam di rumah panjang di Santubung dalam kawasan Desa Budaya. Malam terakhir iaitu 19 Julai 2009, kami akan kembali bermalam di hotel ini sebelum terbang balik ke Kuala Lumpur.

Ini boss aku, Profesor Dr. Kamaruddin M. Said dan seorang pensyarah, Dr Jun(nama penuh aku tak tau...). Semasa di Muzium Sarawak.

17 Julai 2009;
Selepas sarapan pagi pada jam 8.00 pagi, kami bergerak ke Muzium Sarawak dan seterusnya mendengar kata2 daripada pihak pengurusan muzium pada jam 9.00 pagi. antara isi kata-katanya ialah,
-Negeri terbesar dikalangan 13 buah negeri di Malaysia.
-Terdapat sebilangan suku kaum iaitu Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Penan selain orang Cina dan Melayu.
-Terdapat tinggalan bukti manusia wujud di Gua Niah dengan terjumpanya tengkorang berusia 42 ribu tahun di sana.
Tugas kami tak lain dan tak bukan tentulah membuat rakaman video semua aktiviti mereka,
bukan makan angin tauuuuu....
Hmmm....ini sudah tentulah aku....assalammualaikum......

Selepas taklimat, semua pelajar dibenarkan melawat sekitar pameran dalam Muzium sarawak, Muzium Etnologi, Muzium Islam. Pada sebelah petang iaitu jam 1.30 petang pelajar di bawa melawat Perbadanan Perhutanan Sarawak dan Muzium Perhutanan yang mempamerkan berkaitan perkayuan.
Berikutnya juga telah diadakan lawatan ke Muzium Kucing dimana bahan-bahan yang dipamerkan adalah bahan2 berkaitan kucing-kucing. Semua bahan berkaitan kucing semua ada dipamerkan melainkan robot kucing saje yang takde...

Dewan DUN Sarawak yang baru.

Seterusnya para pelajar dibawa melawat menelusuri sungai Sarawak dengan menaiki sebuah bot besar di sungai berkenaan. Dari atas bot yang besar tersebut kami dapat melihat pelbagai lokasi tertentu yang berada di tebing sungai berkenaan.
kami juga berkesempatan melihat matahari ketika ia hampir terbenam dari atas bot berkenaan. Hmmmm....cantik sungguh cahaya merah matahari yang hampir terbenam bila dilihat dari jauh...hmmm...apa kata jika matahari yang merah menyala tersebut berada sejengkal di atas kepala kita?? Satu lagi persoalan yang aku tinggalkan untuk anda jawab...
Inilah Muzium Etnologi yang terletak berhampiran
hotel penginapan kami...

18 julai 2009;
Hari ini 'check out' dari Merdeka Palace untuk ke Kampung Budaya di Santubung. Tiba di kampung budaya para pelajar 'check in' untuk bermalam di Rumah Panjang Melanau sementara kami 'check in' di rumah panjang Orang Ulu untuk bermalam satu malam sahaja.
Selepas 'lunch' lawatan ke rumah2 suku kaum dalam Kampung budaya telah dibuat.
Unit Audio Video juga telah sempat merakamkan ke dalam pita video ketibaan Timbalan Naib Canselor UKM, Prof. Dr. Saran Kaur. Rakaman juga dibuat ketika TNC berkenaan menaiki rakit bersama pelajar di kolam dalam kampung Budaya tersebut.

Sdr. Ismail bersama pelajar yang mengikuti program ini, dalam hutan buatan di Muzium Perhutanan


Sdr. Ramli dan Ismail sedang berehat di atas bot yang sedang menelusuri sungai sarawak.













Pengkebumian mayat dalam tempayan. Foto ini dirakamkan ketika aku berada dalam Muzium Sarawak.












Ketika di atas bot yang membawa kami menelusuri Sungai Sarawak sebelum fenomena 'sunset'.












Pameran foto dalam Muzium Sarawak.














Pelajar antarabangsa sedang meneliti bahan-bahan pameran dalam Muzium Perhutanan.

















Sebuah pusara kucing dalam Muzium Kucing, Sarawak.













Sdr. Raai sedang merakamkan foto 'dua orang saudara mara James Brook'. Soly maaa...













Sdr. Ramli sedang merakamkan lawatan ke bahan-bahan pameran dalam Muzium Sarawak










Tengkorak-tengkorak yang digantung dalam rumah suku kaum Iban agaknya. Foto ini aku rakamkan ketika berada dalam Muzium Etnologi

Tuesday, July 14, 2009

Johari Salleh....

14 Julai jam 10.00 pagi,
Petang ini kira2 jam 3.00 petang, krew unit Audio Video akan membuat rakaman video Majlis Pelancaran Buku Dato' Johari Salleh di Bilik Bankuasi, UKM. Pelancaran buku Memoir Dato' Johari Salleh akan dilancarkan oleh Pro Canselor UKM. Buku berkenaan diterbitkan oleh Penerbit UKM. Satu tayangan multimedia berkaitan Dato' Johari juga akan ditayangkan. Multimedia berkenaan telah diusahakan oleh Pak Yusnor.

Peralatan tayangan telah di siapkan malam semalam bersama beberapa krew. Cuma setakat ini audio untuk multimedia belum di uji lagi kerana kakitangan Pusat Kebudayaan yang akan mengendalikan sound system iaitu En. Asrof, tiada malam tadi. Harap audio juga o.k, semalam signal video sudah diuji dan o.k di dua buah screen LCD TV. Rakaman video akan dibuat oleh sdr. Ramli Adnan sementara tayangan multimedia akan dilakukan oleh sdr. Jasril Amry.

Serba sedikit berkaitan diri Dato' Johari yang di petik daripada sebuah laman web.
"DATO' JOHARI SALLEH adalah Felo Tamu di Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah mantan Pengarah Muzik RTM (1961-1982), Pengarah Urusan Syarikat Josal Music Sdn Bhd (1983-1986), Pengarah Muzik Orkestra Kuala Lumpur (1987-2000) dan Perunding Muzik DBKL (2001-2004)."

Aku amat berharap tugas kami akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah, InsyaAllah.

14 Julai 2009, 9.00 pagi;

Pergi ke Bilik Bankuasi untuk meninjau jika terdapat staff Pusat Kebudayaan untuk tujuan menguji audio untuk tayangan multimedia pelancaran buku berkenaan. Sampai di sana kami dapati tiada siapapun. Kemudia aku dan Amry kembali semula ke Pusat Penerbitan. Kemuadian hantar mesej kepada Pegawai Kebudayaan untuk menguji tayangan multimedia pada jam lebih pukul 1.00 ptg sebagaimana yang dikatakan oleh Pak Yusnor. En. Asrof, Pegawai Kebudayaan kata, o.k je.


Jam lebih pukul 1.00 petang, pergi semula ke Bilik Bankuasi. Tunggu bahan untuk tayangan multimedia sebagaimana yang dijanjikan oleh Pak Yusnor. Tunggu punya tunggu, masih juga tidak tiba. Hmmm...betullah apa yang dikatakan penantian itu suatu penyiksaan, ye ke agaknye, aku pun tak pasti...Pak Yusnor kata bahan berkenaan telah diberikan kepada anak Dato' Jo untuk disampaikan kepada aku. Akhirnya terima call dari anak Dato' Jo, yang mengatakan dia telah sampai ke UKM. Apabila bahan diterima aku minta tolong Pegawai kebudayaan, En. Asrof untuk buat ujian tayangan. Hmmm...Alhamdulillah, visual dan audio bahan multimedia berkenaan o.k. Hati aku lega, bimbang juga kalau bahan tersebut ada masalah, maklumlah dalam atur cara majlis sudah tercatat tayangan multimedia berkenaan, sedangkan waktu ni dah hampir pukul 3.00, hampir nak bermula acara.

Seperti biasa, program bermula dengan doa, pengkisahan buku oleh Pak Yusnor, ucapan Dato' Salleh dan ucapan pelancaran buku oleh Pro-Canselor UKM, YBhg. Tun Ahmad Sarji. Program selesai lebih pukul 5.00 petang. Semua peralatan dikemaskan dan dibawa semula ke Studio UKM di DECTAR. Semua tugas dilakukan dengan sdr. Kamarul, sdr. Amry dan Cik Siti Suraya krew baru Unit Audio Video, Pusat Penerbitan, belumpun sampai seminggu bersama kami.

Kemuadian aku terus ke Pusat Penerbitan untuk membuat persiapan peralatan kamera video untuk dibawa ke Sarawak esok. Peralatan berkenaan telahpun disiapkan oleh sdr Ramli. Kami akan berlepas ke Sarawak jam 2.00 petang dari KLIA esok....Terima kasih kepada krew yang membantu dalam persiapan peralatan audio visual untuk Pelancaran Buku Dato' Johari Salleh di Bilik Bankuasi terutama dari Unit Cetak Pusat Penerbitan iaitu sdr. Firdaus Sharim...terima kasih juga kepada staff -staff Pusat Kebudayaan.

Sarawak Bumi Kenyalang...nantikan ketibaan kami dari Selangor Bumi....hmmmm...bumi apa yah!??

Sunday, July 12, 2009

15 - 19 Julai di Sarawak, InsyaAllah...

15 - 19 Julai 2009, aku dan Ramli, serta jurufoto Sdr. Raai dan Hj Ismail, InsyaAllah mungkin berada di Sarawak kerana tugas rakaman SCP UKM-Global Student Mobility Partnerships yang akan berada di Sarawak selepas mereka berada di Sabah sebelumnya.

Apa yang kami perlu rakamkan untuk penerbitan video ini ialah lawatan ke Muzium Tun Abd Razak, Muzium Sarawak, Muzium Islam, Muzium Cina, Sarawak culture village, Bunuk longhouse, Semenggok Wildlife dan Satok Sunday Market. Sebenarnya aku pun tak pasti sama ada jadual yang aku paparkan itu benar, betul, tepat atau sebaliknya....tunggu dan lihat sajalah. Sepanjang aku kat sana, blog ini mungkin tidak dapat aku kunjungi dan 'update' kan... O.k jumpa lagi .....

Saturday, July 11, 2009

Konsert Gamelan Malaysia UKM 2009


Keadaan dalam konti semasa konsert gamelan. Di sebelah den tu ialah Sdri Hanim. Soly maaa...nampak belakang jee...

9.00 pagi, 11 Julai 2009;
Malam ni kami akan membuat rakaman video MCP Konsert Gamelan Malaysia UKM 2009 di Panggung Seni DECTAR. Program ini merupakan suatu program tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan UKM. Konsert ini akan disertai oleh kumpulan gamelan dari IPT yang lain. Kalau tak silap kumpulan gamelan sebuah sekolah juga telah dijemput.

Sebenarnya aku pun tak berapa mengetahui sangat dengan gamelan ni cuma yang aku ingat muzik gamelan ni berasal dari Jawa. Yang aku ingat juga di Malaysia ni terdapat dua jenis gamelan iaitu Gamelan Johor dan Gamelan Trengganu, eh! betulkah apa yang aku tulis ni, kalau silap maafkan aku wahai pencinta muzik gamelan semua...

Persiapan teknikal untuk membuat rakaman video MCP ini mungkin akan kami lakukan lebih kurang jam 6.00 petang. Diharapkan tiada masalah teknikal akan berlaku. Diharap juga ramai krew dari jabatan lain datang membantu malam ni. Emmm...o.k, jumpa lagi.......


Sdr. Yunus sedang menyiapkan grafik.

6.30 petang; aku, Amri, Ramli dan Kamarul membuat persiapan teknikal di Studio UKM dan Panggung Seni. Kami membuat pemasangan kamera video, memasang kabel-kebel kamera, memasang tripod, membuat pemeriksaan audio dan visual serta menyediakan grafik untuk program malam ini.

Amri pergi mendapatkan aturcara program ini daripada Ahli jawatankuasa program. Dia juga menyiapkan grafik tersebut dengan dibantu oleh sdr. Yunus. Persiapan teknikal siap lebih kurang jam 7.30 malam. Kemudian masing-masing menunaikan solat Maghrib sebelum masuk kembali jam 8.00 malam. Selepas jam 8.00 malam seorang demi seorang krew tiba di Studio malam ini iaitu Hanim, Zulhimi, Firdaus, Bukhari, Hata, Jamaludin Saleh, Isma dan Hasnah.


Ismahashimi sedang menunggu giliran untuk menjadi jurukamera. Dia dari Fakulti Teknologi dan sains Maklumat.

IPT yang mengambil bahagian dalam Konsert Gamelan ini selain tuan rumah ialah Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional, Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah, Adunana Gamelan Irama Melayu dan Universiti Pendidikan Sultaqn Idris.

Objektif Konsert Gamelan ini ialah;

-memperkembang dan mempertingkatkan status muzik Gamelan dikalangan muzik tradisional di Malaysia

-menyelaras dan menyeragam teknik-teknik permainan Gamelan Malaysia

-mencari dan menentukan kaedah yang berkesan dalam proses pembelajaran seni muzik Gamelan.

-Merakyatkan Seni Budaya.



Bukhari sedang mengendalikan kamera 3 semasa konsert gamelan.

Menyingkap semula sejarah Gamelan di UKM, pada tahun 1980 genre muzik gamelan telah diambil sebagai 'anak angkat'.

Ertinya;

-melakukan kajian ilmiah mengenai perkembangan muzik Gamelan

-mengumpul dan mengklasifikasikan repertoire gamelan dan membuat dokumentasi gamelan yang lengkap

-mengkaji cara menggalak pembelajaran gamelan yang mudah dikalangan pelajar, kakitangan UKM dan masyarakat sekitar.

-mengadakan seminar, bengkel dan konsert gamelan bagi meningkatkan apresiasi masyarakat terhadap muzik gamelan.

*maklumat diperoleh daripada Pusat Kebudayaan UKM



Diantara penonton yang hadir pada malam konsert gamelan berkenaan disamping pegawai-pegawai universiti serta tetamu utama iaitu Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar, UKM












Salah sebuah kumpulan yang mengambil bahagian sedang membuat persembahan dalam konsert berkenaan.

Saturday, July 4, 2009

UKM-GLOBAL STUDENT MOBILITY PARTNERSHIPS

Bulan Julai ini, kami dalam Unit Audio Video memang sibuk sangat. Selain Minggu Mesra Pelajar Baru, kami juga sibuk dengan rakaman video program UKM-GLOBAL STUDENT. Kami diminta merakamkan semua aktiviti pelajar antarabangsa yang belajar di UKM selama sebulan. Mereka merupakan pelajar yang datang dari beberapa universiti luar negara.


Kami dikehendaki merakamkan semua aktiviti mereka selama sebulan ini. Pelbagai aktiviti yang mereka lakukan termasuk kerjalapangan seperti di perkampungan Orang Asli di Gombak, Pulau Carey, Sabah dan Sarawak. Terdapat juga aktiviti mereka di Langkawi.

Jadual tugas kami telah dibahagikan diantara kami,
Kamarul dan Amri akan menyertai pelajar berkenaan di Langkawi dari 5- 1o Julai,
Ruhaizad dan Wafiy akan menuruti mereka ke Sabah dari 12-16 Julai
aku sendiri serta Ramli akan mengikuti mereka ke Sarawak dari 15 -19 Julai 2009.

"Student mobility is one of UKM's strategic priorities. Under the Chancellor's Foundation, international students get the opportunity to study at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) under the UKM-Global Student Mobility Partnerships programme. It combines experiencing university life at one of Malaysia’s leading universities and experiencing the true nature and culture of Asia. Under this programme, students stay and learn in multicultural Malaysia for a month. During this time, participants get to visit an ancient land mass with its amazing ecology, unique flora and fauna, not seen in other parts of the world."

Pada 21 Julai pula kami akan membuat rakaman video MCP Majlis Konvokesyen Khas iaitu Pemasyhuran DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Mukhriz sebagai Canselor baru Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga Pengurniaan Ijazah Kehormat kepada YABhg. Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia. Berikutnya pula iaitu pada 25 Julai 2009 pula kami akan membuat rakaman video MCP, Konsert Di Raja UKM dimana ia akan dihadiri oleh Canselor UKM di DECTAR.


Tunas Seni UKM 2009

3 Julai, hari Rabu;
Malam ini merupakan malam terakhir kami 'berkampung' di dewan Canselor Tun Abdul Razak. Malam ini merupakan malam terakhir Minggu Mesra Pelajar Baru sesi 2009/2010. Di malam terakhir ini, satu persembahan seni dikenali sebagai Tunas Seni UKM 2009 telah diadakan dan kami telah membuat rakaman MCP program tersebut.

Seperti biasa persiapan teknikal telah dilakukan seawal jam 6.30 petang. Pemasangan kamera video dan pemeriksaan peralatan telah dilakukan. Penyediaan grafik telah dibuat oleh sdr. Yunus dan sdr. Amri. Kira-kira jam 8.00 malam, seorang demi seorang krew rakaman video telah sampai. Hmmm...nampaknya ramai jugak yang datang.

Sebagai Pengarah Studio, arahan kepada jurukamera dan pemilihan visual, aku yang lakukan namun jika jurukamera dan krew-krew yang lain tidak mahir, aku juga akan 'kecundang'. Krew yang mahir mengendalikan kamera video, switcher, VTR, audio dan sebagainya lagi ,juga amat penting. Jadi toksahlah menjadi Pengarah Studio yang bangga diri, tanpa krew yang lain siapalah diri ini....

Program ini merupakan persembahan seni pelajar baru yang telah mendapat tunjuk ajar dalam tempoh seminggu dari pegawai-pegawai kebudayaan untuk membuat persembahan pada malam ini. Tetamu yang hadir, menonton persembahan mereka ialah Timbalan Naib Canselor, Hal-ehwal Pelajar. Agak menarik jugak persembahan mereka. Persembahan mereka tamat kira-kira jam 11.30 malam.

Krew rakaman MCP yang bertugas malam ini ialah Sdr. Ramli, Yunus, Firdaus, Wafiy, Bukhari, Kamarul, Ruhaizad, Zulhimi, Chef, Amri, Hanim, Hasnah dan Aku tentunya... Terima kasih untuk semua....

Friday, July 3, 2009

Bersama Angkasawan..



2 Julai 2009; hari Khamis; Kami membuat rakaman video MCP Bersama Angkasawan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak. Ini merupakan kali kedua kami membuat rakaman video berkenaan dan yang pertama ialah semasa Minggu Mesra Pelajar tahun lalu di tempat yang sama. Program ini merupakan satu program interaksi diantara pelajar baru dengan Datuk Dr. Sheikh Muzaffar iaitu angkasawan pertama Malaysia.


Program bermula jam 9.30 malam dimana Dr Sheikh telah menceritakan semua pengalamannya semasa latihan untuk menjadi angkasawan, pengalaman semasa di angkasa dan sebagainya. Selepas ceramah beliau, beberapa orang pelajar baru telah mengajukan pelbagai soalan berkisar tentang diri beliau dan sebagainya.
Malam ini ramai krew rakaman telah datang membantu dalam melaksanakan tugas membuat rakaman video MCP ini.


Termasuk hari ini, sudah 4 malam berturut-turut kami berkunjung ke DECTAR ini untuk melaksanakan tugas yang dipertanggung jawabkan kepada kami semua. Yang hadir malam ini ialah, Sulimi, Ramli, Kamarul, Azrul, Wafiy, Firdaus, Hanim, Hasnah, Yunus, Amri, Zulhimi dan aku jugak...terima kasih kepada semua...

Thursday, July 2, 2009

Selamat datang pelajar baru UKM....

Selamat datang ke UKM kepada semua pelajar baru UKM sesi 2009/ 2010. Walaupun sudah terlambat ucapan ini namun takpelah sekurang-kurangnya ada jugak ucapan tu kat blog ini.

Semasa kemasukan pelajar baru ini kami di Unit Audio Visual juga tidak kurang sibuk dengan tugas rakaman video semua program Minggu Mesra Pelajar di Dewan Canselor Tun Abdul Razak. Setiap malam dalam masa seminggu ni kami membuat rakaman video MCP bermula pada hari Isnin 29 Jun 2009 iaitu Majlis Ikrar Pelajar baru di DECTAR serta ucapan Prof. Tan Sri Dato' Naib Canselor pada jam 2.00 petang. Sebelah malam pula kami membuat rakaman MCP Forum Bersama Pemimpin. Malam berkenaan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dan Timbalan Menyeri Jabatan Perdana Menteri telah hadir. Banyak isu telah diperkatakan dalam forum berkenaan termasuklah Akta Universiti dan Kolej.

30 Jun 2009 iaitu hari Selasa pula rakaman video MCP telah kami lakukan pada sebelah malam. Majlis malam berkenaan ialah Slot Kenegaraan dimana seorang Yang Berhormat telah hadir untuk menyampaikan syarahan dan berinteraksi dengan pelajar baru berkenaan yaqng berjumlah lebih kurang 3, ooo orang.

1 Julai 2009 iaitu hari ini(Rabu) rakaman video MCP telah kami laksanakan. Program malam ini ialah Debat Akhir Piala Naib Canselor. Debat berkenaan merupakan program tahunan setiap kali pelajar baru masuk ke UKM. Perdebatan tersebut ialah perdebatan diantara kolej-kolej kediaman dimana ahli perdebatan terdiri daripada pelajar-pelajar baru UKM.

Kesemua rakaman tersebut telah kami laksanakan dengan sempurna setakat ini. Walau bagaimanapun terdapat juga kesilapan teknikal yang kecil di sana sini telah berlaku tetapi dapat kami atasi. Ramai krew yang datang membantu untuk membuat rakaman berkenaan. Kami menggunakan 3 buah kamera sahaja.

Esok petang lebih kurang jam 2.00 petang kami akan membuat rakaman video MCP Alu-aluan Timbalan Naib Canselor. Pada sebelah malam kami akan membuat rakaman Bersama Angkasawan Negara. Sementara itu di Masjid UKM, unit kami juga akan membuat rakaman video Tahlil sempena Minggu Mesra Pelajar di Pusat Islam atau Masjid UKM.

Lusa iaitu hari Jumaat, 3 Jualai 2009, kami akan membuat rakaman MCP Persembahan Kesenian Pelajar Baru. Diharapkan kami dapat melaksanakan tugas dengan sempurna tanpa sebarang masalah yang timbul.

Setakat ini krew yang membantu dalam rakaman MCP di DECTAR ialah;
Ramli Adnan, Ruhaizad, Kamarul, Yunus, Naziruddin, Ismahashimi, Hata, Zulhimi, Khaidir, Firdaus, Azrul Khaidir, Wafiy, Bukhari, Amri, Hanim, Sulimi, Hasnah dan Aku sendiri.

Selain kami sibuk dengan tugas rakaman MCP di DECTAR, kami juga membuat rakaman program-program yang lain yang dirakamkan dengan sebuah kamera. Bulan ini memang banyak sangat tugas yang ada ketikanya kami rasakan tidak mampu untuk melaksanakan semuanya dengan krew tetap unit kami di Pusat Penerbitan hanya ada 5 orang sahaja yang terpaksa memenuhi permintaan untuk seluruh jabatan dan fakulti dalam UKM ini. Apo nak buek...apa-apa pun terima kasih banyak-banyak kepada semua yang membantu......jumpa lagi....



Saturday, June 27, 2009

Makan Malam Amal Tabung Kebajikan Pesakit PPUKM



26 Jun 2009, Malam ni kami membuat rakaman video Multiple Camera Production(MCP) untuk Majlis Makan Malam Amal Tabung Kebajikan Pesakit Pusat Perubatan UKM di DECTAR atau Dewan Canselor Tun Abdul Razak. Seperti biasa kami membuat persiapan teknikal seawal jam 6.30 petang.


Persiapan berjalan lancar, cuma terdapat sedikit masalah teknikal tetapi mampu diatasi dengan sempurna.
Krew studio ramai yang datang termasuk mereka yang dijemput daripada jabatan-jabatan lain dalam UKM. Majlis bermula lebih kurang jam 8.45 malam. Perasmian dilaksanakan oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansur, isteri Perdana Menteri Malaysia.


Objektif tabung ini adalah;


-Membantu pesakit yang kurang berkemampuan untuk menerima rawatan di PPUKM


-Menyalurkan bantuan dan keperluan rawatan yang diperlukan oleh pesakit dalam kadar yang segera dengan tempoh kelulusan bantuan yang singkat


-Memastikan keperluan rawatan disalurkan kepada golongan pesakit yang layak dan memerlukan melalui penilaian yang terancang



Jenis-jenis bantuan;


-Bantuan peralatan perubatan


-Bantuan ubat-ubatan


-Bantuan am


Krew yang terlibat dalam rakaman MCP ialah, Ramli, Yunus, Hanim, Azrul, Wafiy, Firdaus, Zulhimi, Hasnah, Amri, Ismahashimi, Sulimi, Ruhaizad dan aku lah...terima kasih untuk semua yang membantu....

Sunday, June 21, 2009

Bintang Klasik UKM.



Malam ini rakaman MCP Bintang Klasik tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Berlaku masalah teknikal. Semasa membuat pemeriksaan aku dapati salah satu daripada kabel audio telah tercabut, tak pasti sama ada sengaja dicabut atau kabel tu menanggalkan dirinya sendiri daripada tempat yang sepatutnya. Mungkin juga terdapat masalah lain selain daripada masalah tersebut. Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui. Masalah ini hanya dapat diatasi setelah program tersebut tamat. Apa nak buat, sudah takdirnya begitu. Masalah berkaitan teknikal ini tidak boleh dijangka, jika ia nak berlaku, ia akan berlaku. Sedih sangat aku dengan apa yang telah berlaku. Sedih juga kerana tak dapat melaksanakan tugas dengan baik....ibarat dalam peperangan Ketua Panglima mesti memikul tanggung jawab berkenaan.....namun tentera-tentera jugak tidak boleh lepas tangan...tetapi tentera upahan mungkin boleh dibebaskan...

Thursday, June 11, 2009

Kem Bahasa Inggeris

Sdr. Ramli sedang memeriksa kamera video sebelum memulakan
rakaman(foto 16/6/09).

Di sinilah program dijalankan(foto 16/6/09)

Keadaan di luar lokasi program(foto 16/6/09)

Lokasi program berhampiran kolam
di Golden Straits Villa, P.D(foto 16/6/09)


View Larger Map




View Larger Map

Golden Straits Villas dari googleearth


View Larger Map


Pada hari Sabtu, 13 Jun 2009, dan hari Selasa, 16 Jun 2009, Unit Audio Video mungkin akan membuat rakaman video Kem bahasa Inggeris di Golden Straits Villas, Port Dickson, Negeri Sembilan. Kami sebenarnya tidak berapa pasti dengan lokasi kem berkenaan. Harap kami akan dapat mencari lokasi yang tepat nanti. Harap Google Map dapat menunjukkan arah.

13 Jun 2009,
Aku sebenarnya tidak mengetahui cara untuk sampai ke lokasi kem ini. Oleh itu satu cara yang aku dapat fikirkan ialah dengan meneliti peta di Googlemap. Jam lebih kurang 6.00 petang, aku bersama sdr. Ramli telah memulakan perjalanan ke lokasi tersebut. Kami mengambil keputusan untuk memalui jalan lama bukan melalui lebuhraya kerana dikhabarkan lebuhraya ketika itu sesak dengan kenderaan.


Melalui jalan lama dari UKM kami bergerak melalui Jalan Bangi Lama dan seterusnya memasuki jalan menuju Dengkil sampai disatu simpang kami membeluk kiri untuk menuju ke pekan Salak, seterusnya pekan Sepang. Tiba di Sepang kami beluk kiri menuju Lukut dan Port Dickson. Kalau beluk kanan tentu akan menuju ke Bagan Lalang. Tiba di satu simpang, beluk kanan untuk masuk ke pekan Lukut. Kalau beluk kiri, akan menuju ke Seremban. Dari pekan Lukut kami meneruskan perjalanan hingga Port Dickson. Kami meneruskan perjalanan melalui Jalan Pantai. Kami tidak membeluk kanan untuk ke Pekan Port Dickson. Tidak berapa lama kemudian kami tiba di Golden Straits Villas. Setelah membuat tinjauan lokasi program Kem Bahasa Inggeris tersebut, maka kami terus mencari sebuah masjid yang tidak berapa jauh dari tempat tersebut untuk menunaikan solat Maghrib.


Selesai solat kami terus ke Golden Straits Villas untuk membuat rakaman program berkenaan. Peralatan disediakan dan seluruh acara telah dirakamkan oleh sdr. Ramli. Kebanyakan acara tersebut ialah lakonan dan nyanyian sambil menikmati makan malam. Antara VIP yang aku kenal ialah Pengarah Pusat Perkembangan Pelajar, Prof. Dato' Dr. Shaharuddin dan juga Pengetua Kolej Burhanuddin Helmi, Dr. Kadderi Md Desa. Acara tersebut tamat kira-kira jam 11.30 malam. Dalam perjalanan balik kami singgah di sebuah gerai untuk menjamu selera. Kami bergerak kembali melalui jalan kami datang ke sini. Tiba di UKM lebih kurang jam 1.00 pagi. Setelah menyimpan peralatan dan key out di e warga, kami pun pulang ke rumah. Sebenarnya ini merupakan kali pertama aku pergi ke Port Dickson dengan memandu kenderaan sendiri dengan ditunjukkan arah oleh sdr. Ramli.


16 Jun 2009 nanti, kami juga akan ke lokasi ini untuk rakaman program yang sama iaitu Kem Bahasa Inggeris anjuran Pusat Perkembangan Pelajar, UKM.


16 Jun 2009;

Bergerak ke Port Dickson dalam lingkungan jam 6.00 petang lebih kurang. Jalan yang dilalui adalah sama seperti 13 Jun yang lalu. Untuk lebih jelas kami melalui pekan Sepang, Lukut dan tiba di Port Dickson. Di Port Dickson kami terus menuju masjid di sana untuk solat Maghrib. Selesai solat terus ke Golden Straits Villa. Tiba di sana kelihatan peserta dan urus setia mula menjamu selera. Kami dijemput sama oleh Cik Wan....hmmmm....tak ingat Wan apa..Kami memasang peralatan rakaman dan seterusnya menjamu selera.

Selesai menjamu selera program pun bermula. Sdr. Ramli membuat rakaman keseluruhan acara berkenaan. Peserta pada malam ini merupakan peserta kumpulan kedua. Nampaknya tidak seramai kumpulan pertama pada 13 Jun yang lalu. Dr. Kadderi Md Desa nampaknya rajin merakam gambar foto di sekitaran dengan kameranya. Tidak terlepas merakam gambar ketika kami memasang peralatan dan sedang mengambil makanan untuk santapan malam itu.

Acara tamat kira-kira jam 10.30 malam. Kami pulang ke UKM melalui jalan yang sama. Hmmmm....malam tu aku tersesat kerana telah masuk jalan ke Seremban, sepatutnya aku masuk ke jalan menuju pekan Sepang. Agak jauh jugak lah. Kalau sdr. Ramli tidak menyedarinya tentu kami terlepas ke Bandar Seremban. Jalan lama ke P.D yang kami lalui itu agak sunyi dan kalau memandu seorang diri tentu jalan ini tidak termasuk dalam pilihan jika waktu malam. Kami tiba di UKM lebih kurang jam 12.00 tengah malam. Hmmmmm....selesailah satu tugas untuk hari ini.....



Monday, June 8, 2009

Akhirnya siap jugak...



Setelah beberapa kali tergendala kerana tugas-tugas lain yang agak padat, akhirnya aku dapat juga menyiapkan penyuntingan video Lawatan Tidak Rasmi Tan Sri Naib Canselor ke Hutan Lipur Lata Jarum, Raub, Pahang pada 23 Mei 2009 yang lalu untuk melihat sendiri kewujudan Bunga Pakma atau Rafflesia di sana. Jadi, oleh itu aku akan membuat beberapa salinan dalam bentuk DVD untuk diberikan kepada Prof. J. DVD tersebut juga mungkin akan diberi kepada Tan Sri Naib Canselor, itu terpulanglah kepada Prof. J., tugas aku cuma menyiapkan video berkenaan.


Selepas ini mungkin aku akan menyiapkan tugas-tugas dubbing untuk video Ekspedisi Saintifik Fraser Hill yang telah lama tergendala. Satu lagi program yang akan aku sunting ialah Bunga Rafflesia yang akan dipenuhi dengan keteranga-keterangan saintifik bunga berkenaan oleh Prof. J dan En. Shukri di lokasi bunga tersebut. Semua footage telah dirakamkan dengan sepenuhnya. Tetapi aku sendiri pun tidak dapat meneka bila penyuntingan ini akan dimulakan.

Sunday, June 7, 2009

Program Silang Budaya V

Sedang membuat rakaman temubual di rumah Pengarah Pusat Perkembangan Pelajar,
Prof. Dato' Dr. Sharuddin di Bandar Baru Bangi.

Abadikan suasana mesra antara
ibu angkat dan anak angkat

Temubual dengan Dato'


Suasana santai


The making of...

Sdr. Lim..

Selepas solat Zohor di surau berhampiran Stadium Bukit Jalil, kami pun bergerak menuju ke rumah keluarga angkat di sebuah kawasan kediaman di Ekplanad(eh! betul ke...) berhampiran International Medical University Malaysia. Setelah puas mencari akhirnya sampai juga kami di rumah keluarga angkat tersebut. Keluarga angkat berkenaan merupakan sebuah keluarga perkahwinan campur India dan Bumiputra Sarawak iaitu dari Bario. Suaminya merupakan seorang pensyarah di International Medical University dan isterinya pula aku lupa sebagai apa.


Maaflah aku tidak mempunyai data lengkap keluarga-keluarga angkat dan anak-anak angkat program Silang Budaya ini. Foto kelurga ini pun aku lupa nak rakam dengan kamera foto. Di rumah keluarga ini kami telah dipelawa menikmati Laksa Sarawak. Enak juga aku rasa laksa ini. Kami sempat merakamkan temubual dengan keluarga angkat dan anak-anak angkat mereka yang semuanya terdiri daripada pelajar lelaki. Kami juga sempat merakamkan mereka membantu menyediakan bahan untuk membuat Laksa Sarawak. Kami meninggalkan rumah berkenaan kira-kira jam 5.00 petang, tak pasti.


Ketika masih berada dalam rumah keluarga angkat tersebut, sdr. Lim telah menerima sms daripada Dr. Kadderi, meminta kami membuat rakaman di rumah Pengarah Pusat Perkembangan Pelajar, UKM iaitu Prof. Dato' Dr Shaharudin di Bandar Baru Bangi. Sebelum menuju rumah berkenaan, kami singgah di masjid Bandar Baru untuk menunaikan solat Asar.


Kami menuju ke rumah Prof. Dato' Dr Shaharudin bersama-sama dengan Dr. Kadderi. Di rumah Dato' Shamsudin kami telah membuat rakaman temu bual dengan beliau serta temubual dengan anak-anak angkat beliau yang terdiri daripada seorang pelajar lelaki kaum Cina, iaitu pelajar Fakulti Perubatan dan seorang pelajar dari kaum India dari Fakulti FSSK. Dr. Kadderi pula telah membuat rakaman video aktiviti rakaman yang kami lakukan di rumah Dato' Dr. Shaharudin.

Kami beredar dari rumah tersebut lebih kurang jam 6 setengah petang dan seketika kemudian kami tiba di Pusat Penerbitan dan Percetakan, UKM. Masing-masing berpisah di sini untuk bertemu lagi hari esok untuk rakaman video majlis penyerahan kembali anak-anak angkat yang akan dilaksanakan di Danau, UKM.

Program Silang Budaya IV

Hmmm..apakah yang dibualkan oleh sdr. Lim
dengan anak-anak angkat ni..


Rakaman dilakukan di dapur.

Makan tengah hari di Nasi Lemak
Antarabangsa Kampung Baru

Kami solat Zohor di surau berhampiran
Stadium Bukit Jalil

Dari Petaling Jaya, kami bergerak pula ke Danau Kota untuk membuat rakaman video rumah keluarga angkat di sana pula. Biasalah bila sebelum ini tidak pernah sampai di sini tentulah sukar juga mencari rumah berkenaan. Walau bagaimana pun akhirnya kami tiba juga di lokasi tersebut setelah Pengurus Produksi kami cik Khadijah(eh! ye ke cik) menghubungi keluarga berkenaan berkali-kali.

Apabila tiba di sana, biasalah, tentu kami semua dipelawa masuk ke dalam rumah. Keluarga angkat berkenaan merupakan seorang wanita Melayu dan anak-ank angkatnya terdiri daripada seorang pelajar perempuan Melayu dan seorang pelajar perempuan Cina.

Di sini juga kami telah dilayan dengan amat mesra oleh keluarga angkat tersebut. Melalui perbualan yang santai, kami mendapati suami wanita tersebut telah meninggal dunia kira-kira 5 tahun yang lalu. Di sini kami sempat merakamkan temubual dengan keluarga angkat berkenaan dan juga anak-anak angkatnya. Kami juga telah merakamkan ketika wanita berkenaan menunjukkan cara membuat kueh tradisional Melayu.

Kami meninggalkan keluarga angkat tersebut kira-kira jam 1.00 petang. Oleh kerana waktu makan tengah hari telah tiba, kami singgah di sebuah cawangan Kedai Nasi Lemak Antarabangsa Kampung Baru yang berhampiran di lokasi berkenaan. Seterusnya kami solat Zohor di sebuah surau berhampiran Stadium Bukit Jalil, niat untuk solat di Masjid Tabligh Petaling tidak dapat dilaksanakan kerana sesuatu hal yang tertentu.

Program Silang Budaya III

Rakaman temubual anak angkat di P.J

Depan rumah inilah 'istana' tokeh emas Poh Kong tu.
Lupa nak rakam dgn kamera foto den...








Hari ini hari Ahad, dan ia merupakan hari kedua kami akan keluar membuat rakaman video di rumah-rumah keluarga angkat program silang budaya ini. Aku tiba di pejabat Pusat Penerbitan dan Percetakan lebih kurang jam 7.30 pagi. Selepas key in di e warga, aku membuat pemeriksaan peralatan video yang akan di bawa untuk aktiviti rakaman video hari ini. Aku juga melihat secara sepintas lalu catatan semalam berkaitan aktiviti rakaman yang telah dilakukan. Tidak berapa lama kemudian sdr. Kamarul pula tiba.

Apabila Cik/ Puan?(masih tak pasti hingga ketika ini) Khadijah dan sdr. Lim tiba kamipun bergerak ke Bandar Baru Bangi untuk membuat rakaman video berkaitan seorang anak angkat bersama keluarga angkat di lokasi tersebut. Kami difahamkan anak angkat berkenaan akan menghadiri kenduri kahwin di rumah jiran keluarga angkatnya. Tiba di sana, aktiniti rakaman tidak dapat dilakukan kerana anak angkat keluarga tersebut belum lagi bersiap. Kami juga difahamkan keluarga angkat tersebut berada di Australia.

Kemudian kami bergerak pula ke sebuah lokasi keluarga angkat di Petaling Jaya. Setelah puas mencari dan juga dihubungi dengan hp oleh (Cik/Puan?) Khadijah, akhirnya kami sampai di destinasi yang ingin kami tujui. Wah, nampaknya rumah besar lagi... Di hadapan rumah keluarga angkat tersebut terdapat sebuah lagi rumah besar seperti sebuah istana. Kami difahamkan rumah besar tersebut dimiliki oleh Tokeh Kedai Emas Foh Kong. Hmmm...patutlah seperti istana, rupanya pemiliknya duduk di atas timbunan emas.

Beberapa ketika menunggu kami pun dijemput masuk oleh tuan rumah keluarga angkat tersebut. Sebenarnya aku pun lupa nama keluarga angkat tersebut, maklumlah aku tidak punya catatan nama keluarga angkat berkenaan. Nama-nama anak angkat yang terdiri daripada dua orang pelajar lelaki Melayu dan Cina itupun aku lupa. Keluarga angkat tersebut dari kaum India dan merupakan seorang doktor.

Kami menemubual anak-anak angkat dan keluarga angkat tersebut. Kami juga dilayan dengan amat ramah oleh keluarga angkat tersebut. Anak-anak angkat di sini telah membuat demontrasi Yoga yang diajarkan oleh keluarga berkenaan dan tentu sekali kami telah rakamkan dengan kamera video. Kami bergerak kelokasi keluarga angkat yang berikutnya kira-kira jam 11.00 pagi.