Sunday, December 13, 2009

FEStKUM malam terakhir di UKM....

Malam ni;
aku sampai rumah lebih kurang jam 11.30 malam. Balik dari DECTAR, UKM selepas membuat rakaman MCP FEStKUM iaitu Pertandingan Boria malam kedua. Ini merupakan hari terakhir kami membuat rakaman video MCP Festival Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia di UKM. Malam penutup akan berlangsung di UM malam esok. Krew yang terlibat malam ini agak sedikit, mereka yang dijemput untuk membantu yang datang cuma beberapa orang saja, Sdr. Zulhimi, Hata, Khaidir, Hanim dan Hasnah serta Sulimi..... Pagi esok kami akan membuat rakaman video MCP Majlis Penutup Perkhemahan Permata Pintar yang akan dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri Malaysiadi DECTAR, UKM......Ermmmm....tak larat nak tulis panjang2 malam ini, letih dan tiada idea gak....lihat je lah foto rakaman yang tak cantik tu....

daud montak zakaria...











Saturday, December 12, 2009

Boria FEStKUM pulak malam ni...



Sekarang jam 12.22 tengah malam;
Dalam jam 11.30 malam tadi aku baru saje balik dari Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM. Unit video kami diminta membuat rakaman video MCP Pertandingan Boria FEStKUM pada malam ini.







Macam biasalah, sejak jam 6.30 malam kami mula membuat persiapan teknikal untuk membuat rakaman video MCP berkenaan. Daripada pemasangan peralatan hinggalah kepada menguji alat berkenaan.









Hari ini kami menggunakan 3 buah kamera, tidak 4 buat seperti majlis Perasmian FEStKUM. Persiapan peralatan kami lakukan dengan menggunakan tenaga kerja seramai beberapa orang saja.










Krew rakaman video yang kami jemput dari jabatan luar hanya akan datang lebih kurang jam 8.00 malam. Itulah kebiasaannya kerana mereka dijemput untuk mengendalikan kamera sahaja.










Setelah pemasangan selesai, kami menguji peralatan tersebut. Apabila telah sempurna krew yang membantu membuat persiapan pergi menjamu selera sebelum mula bertugas malam ini. Mesti makan beb....kalau tak macam mana nak buat kerje, bukan begitu?








Malam ini merupakan pertandingan Boria Kumpulan 1. Kumpulan 2 akan berlangsung malam esok.

Sejarah Boria.
Permainan Boria ini banyak dikatkan dengan peristiwa Karbalaiaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hassan dan Saidina Hussein r.a iaitu putera kepada Saidina Ali (cucu Nabi Muhammad s.a.w) oleh tentera-tentera Muawiyah bin Abi Suffian.



Peristiwa ini membuatkan pengikut-pengikut Syiah mengadakan upacara perkabungan tahunan . Semasa upacara atau majlis itu para pengikut akan bersyair, bersajak, berlakon sementara ada pengikut yang sanggup meratap serta mencederakan diri sendiri hingga berdarah semata-mata ingin meratapi dan merasai suasana peristiwa Karbala itu. Upacara atau majlis ini dikenali sebagai Ta’ziya. Anda boleh membaca lebih banyak berkaitan Boria di laman web di bawah.....

Krew yang terlibat dalam rakaman MCP malam ini ialah, Sdr. Ramli, Sulimi, Chef, Hata, Zulhimi, Azrul Khaidir, Khaidir, Hanim, Siti Suraya, Naziruddin, Kamarul, Amry, Shahrul dan Aku....

daud montak zakaria...

Friday, December 11, 2009

FESTKUM....oh!....festkum...

Malam ini, lebih kurang jam 12.30 malam;
Aku baru balik dari UKM. Kami dari Unit Audio Video membuat rakaman Dikir Barat FESTKUM di Dewan Canselor Tun Abdul Razak.




Tag urusetia FESTKUM






Minggu ini tugas agak banyak juga untuk unit kami selesaikan. Nampaknya hujung minggu bukan lagi hari kelepasan yang perlu kami tunggu kerana ada ketikanya tugas-tugas akan mengisi jadual tugasan kami....




Ermmmm...dia orang ni sedang 'laypark' sementara menuggu giliran bertugas....





Seperti biasa tugas kami hari ini bermula dari jam 2.oo petang. Kami merakamkan Pertandingan Dikir Barat pada sebelah petang dan malam. Sebelah petang kehadiran krew rakaman agak kurang kerana mereka perlu bertugas di jabatan masing-masing.


Inilah bilik kawalan kami. Sekarang sdr. Kamarul sedang bertindak sebagai Pengarah Studio.












Suasana ketika mengendalikan rakaman MCP.








Ini pula suasana di pentas Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM.



















Suasana ketika pertandingan Dikir Barat yang diadakan dalam Dewan Canselor.











Persembahan penutup oleh semua kumpulan Dikir Barat. Ketika ini jam menunjukkan pukul 11.40 malam...






Krew video waktu petang ialah:
Zulhimi, Hata, Naziruddin, Amry, Shahrul, Suraya, Hanim, Azrul Khaidir, Kamarul, Ramli, Chef dan aku...

Waktu malam pula krew agak ramai juga, agak aku lah, tak pasti.....


daud montak zakaria...

Thursday, December 10, 2009

FESTKUM....


Hari ini 9 Disember 2009;
Kami dari Unit Audio Video Penerbit UKM diberi tanggung jawab untuk membuat rakaman video Perasmian Festival Kebudayaan Universit-Universiti Malaysia. Persiapan teknikal berkaitan rakaman MCP telah kami lakukan sejak jam 3.00 petang lagi. Pemeriksaan peralatan rakaman dalam studio kami lakukan. Pemasangan Kabel-kabel kamera kami siapkan. Ujian terhadap sistem audio juga kami lakukan.

Sebelum memulakan tugas semua krew pergi menjamu selera....

Kesemua yang kami jalankan adalah dengan harapan supaya tidak berlaku sebarang kesilapan teknikal semasa majlis berkenaan berlangsung pada jam 8.30 malam nanti. Persiapan teknikal ini selesai lebih kurang jam 6.00 petang. Krew yang menyediakan grafik masih melakukan tugas hingga ke malam. Lebih kurang jam 8.00 malam seorang demi seorang krew rakaman video tiba di Studio UKM.


Lebih kurang jam 8.30 malam tetamu kehormat majlis berkenaan tiba dan majlis tersebut dimulakan. Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar Prof. Datuk Dr. Muhammad bin Abdul Razak memulakan ucapan beliau. Ucapan Timbalan Naib Canselor di ikuti pula oleh ucapan perasmian. Ucapan Menteri Pengajian Tinggi telah dibacakan oleh wakil beliau.

Semasa raptai....

Festival kebudayaan ini telah dianjurkan oleh Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAKUM. Beberapa cabang seni akan dipersembahkan serta dipertandingkan dikalangan universiti-universiti yang mengambil bahagian. Majlis perasmian dijalankan di UKM dan majlis penutup akan diadakan di UM pada 13 Disember nanti. Krew yang terlibat dalam rakaman MCP majlis perasmian ini ialah; Sdr. Zulhimi, Chef, Hata, Naziruddin, Yunus, Azrul Khaidir, Khaidir, Wafiy, Hanim, Hasnah, Siti Suraya, Kamarul Baharin, Ruhaizad, Ramli, Bukhari dan Aku sendiri. Majlis tersebut tamat pada jam 11.00 malam. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Majlis ini akan berlangsung dari 9 hingga 13 Disember 2009. Acara yang dijalankan di UKM akan kami rakamkan seperti yang diminta.

* foto sumbangan Siti Suraya Sulaiman

daud montak zakaria...

Sunday, December 6, 2009

Letihnye...hari ni....(Pintar/ Kriket)


Hari ini 6 Disember 2009:
Letih sangat hari ini rasanya. 7.00 pagi aku telah keluar rumah menuju tempat kerja. Hari ini terdapat dua tugas yang perlu dilakukan kerana kedua-duanya amat penting.


Sdr. Shahrul dan Amry dari Unit Audio Video, Penerbit UKM






Tiba dipejabat, terus kumpulkan peralatan yang perlu dibawa ke tapak majlis pecah tanah. Sdr. Shahrul, Amry dan Kamarul turut membantu. Peralatan dimuatkan ke dalam kenderaan aku dan juga sdr. Kamarul. Kami bergerak menuju destinasi untuk tugas pagi ini.


Sdr. Shahrul sedang menguji kamera video yang telah dipasang.






Hari ini Perdana Menteri Malaysia akan melakukan pecah tanah Kompleks Permata Pintar pada jam lebih kurang 11.30 pagi nanti.
Pemasangan peralatan untuk rakaman video kami lakukan di tapak majlis berkenaan.


Sdr. Jasril Amry, Penerbit UKM







Kami hanya menggunakan dua buah kamera untuk tujuan rakaman MCP majlis tersebut. Pemasangan kami lakukan bersama dan mengambil masa yang tidak panjang.




Kakitangan media elektronik dan cetak yang sedang menunggu ketibaab Perdana Menteri Malaysia.




Lebih sedikit jam 11.30 pagi, Perdana Menteri serta isteri pun sampai di tempat tersebut. Acara berjalan lancar dan rakaman kai juga tidak mengalami masalah. Rakaman yang kami lakukan ini juga dapat ditonton di Kompleks Abdullah Salleh kira-kira 3 kilometer dari lokasi. Siaran tersebut dibuat 'video streaming' melalui internet yang diuruskan dan dikendalikan oleh Pusat Teknologi Maklumat, UKM.

Urusetia program juga sabar menunggu...


Majlis Pecah Tanah Kompleks Permata Pintar tamat lebih kurang jam 1.00 petang. Selepas makan tengah hari di Syeksyen 15 Bandar Baru Bangi(Prof. Dr. Kamaruddin M. Said, Bos kami yang belanja...) kami bergerak pula ke Kelang yang mempunyai jarak sejauh 57 Km dari UKM.


Sdr. Jasril Amry ketika di Bayuemas Oval, Klang...letih agaknye.....






Aku memandu kenderaan membawa sdr. Kamarul Baharin Supaat dan sdr. Jasril Amry menuju Bayuemas Oval di Klang. Tiba disana lebih kurang jam 3.00 petang.



Perlawanan akhir Kriket Antara Varsiti Asia sedang berlangsung.







Tiba di sana sdr. Kamarul dan Amry membuat rakaman video perlawanan tersebut. Mereka bergerak ke tepi padang untuk merakamkan aksi pemain-pemain di tengah padang.



Sdr. Jasril Amry dan Kamarul Baharin







Ketika pemain sedang bermain Naib Canselor UKM, Pengerusi LPU dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UKM tiba. Mereka datang ke sini untuk acara penutup sukan berkenaan.


Pengerusi LPU, Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor sedang bergambar beramai-ramai.






Perlawana Akhir ini telah dimenangi oleh Pasukan Kriket Universiti Kebangsaan Malaysia yang menentang Universiti Bangladesh. Majlis penutup dan penyampaian hadiah dilakujkan oleh Pengerusi LPU dan Naib Canselor UKM. Majlis tersebut tamat lebih kurang jam 5.00 petang dan kami bergegas semula ke UKM di Bangi. Masa perjalanan hujan turun dan tekpaksa memandu dengan perlahan. Tiba di UKM lebih kurang jam 6.00 petang.

Pasukan Kriket UKM bergambar bersama hadiah yang dimenangi.

Aku juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang membantu dalam rakaman Majlis Pecah Tanah Kompleks Permata Pintar oleh PM dan juga Pertandingan Akhir Kriket Antara Varsiti Asia di Bayuemas Oval, Klang, Selangor. Mereka terdiri drpd kakitangan Unit Audio Video Penerbit UKM dan juga krew luar Penerbit UKM iaitu Sdr. Hafiz Ismail, Zulhimi dan juga Hata, terima kasih semua...jumpa lagi...

daud montak zakaria...

Friday, December 4, 2009

Klang...kami datang lagi...(Kriket Varsiti Asia)

Hari ini,
kami(Aku, Kamarul dan Siti Suraya) bergerak ke Bayuemas Oval di Klang untuk membuat rakaman Pertandingan Kriket Universiti Asia yang diadakan di sana. Perlawanan tersebut ialah diantara Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Universiti Bangladesh. Menurut maklumat yang diterima perlawanan ini jika tidak diadakan pun tidak mengapa kerana kedua-dua pasukan ini akan juga bertanding untuk diperlawanan akhir pada hari Ahad nanti. Pertandingan hari ini cuma untuk memenuhi jadual perlawanan sahaja.

Kami bergerak ke Klang pada jam 8.30 pagi dalam keadaan hujan renyai-renyai. Sepanjang perjalanan ke Klang hari hujan kadangkala lebat dan ada ketikanya renyai-renyai. Tiba di Bayuemas Oval hujan masih lagi turun dan perlawanan masih belum bermula. Gelanggang tanah ditengah padang masih lagi ditutup dengan plastik khas supaya ia tidak basah terkena air hujan. Kami cuma dapat merakamkan pemain UKM membuat 'warm up' dalam hujan. Kami juga merakamkan pemain Bangladesh berehat di bawah bumbung.

Sementara menunggu hujan teduh kami sempat mendengar secara panjang lebar penjelasan Penolong Pegawai Sukan UKM(lupa namanya...) yang telah mempunyai pengalaman selama 14 tahun dalam sukan Kriket ini. Menerusi beliau barulah aku memahami cara permainan Kriket ini. Sebelum ini aku memang 'buta huruf' berkaitan Kriket ini. Sempat juga kami merakamkan sedikit ketika beliau memberikan informasi berkaitan Kriket ini. Terima kasih kepadanya yang telah memberikan informasi berguna tersebut.

Setelah jam 12.00 tengah hari, hujan masih lagi belum teduh sepenuhnya. Setelah hujan berhenti sepenuhnya ketika jam hampir 12.30 tengah hari, kami terpaksa meninggalkan Bayuemas Oval kerana ada hal lain yang tidak kurang pentingnya di UKM di Bangi. Oleh itu rakaman untuk hari ini bagi perlawanan yang tidak berapa penting ini tidak dapat kami lakukan...Kami akan datang lagi ke sini pada hari Ahad nanti untuk merakamkan pertandingan akhir Kriket berkenaan, jumpa lagi......

daud montak zakaria...









Thursday, December 3, 2009

Persidangan Meja Bulat di Cyberview..

Hari ini, Unit Video Penerbit UKM telah bergerak ke Cyberview Lodge Resort di Cyberjaya untuk membuat rakaman video Persidangan Meja Bulat Majlis Ketua-Ketua Penyelaras E-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) Ke-7. Persidangan tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor, Prof. Dr. Ir Hasan Basri. Program bermula jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 5.00 petang. Sdr. Kamarul Baharin Supaat dan Siti Suraya telah membuat rakaman berkenaan.

Visi MEITA ialah memperkasa penggunaan e-pembelajaran ke arah melahirkan graduan yang holistik dan berketerampilan. Sementara misi MEIPTA ialah membudaya, menjana, menggiat dan menambahbaik dasar, kepakaran, idea, kaedah dan aktiviti e-pembelajaran secara berperingkat di IPTA

Persidangan ini dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia. Ketika aku berada di Cyberview Lodge Resort sempat juga aku merakamkan keadaan sekitar resort berkenaan. Agak luas juga kawasan tempat berkenaan. Sebenarnya aku amat jarang pergi ke Cyberjaya berbanding dengan Putrajaya, oleh itu agak sukar juga untuk mencari lokasi tersebut. Mujurlah ada sdr. Kamarul membantu mencari arah tempat berkenaan. Akhirnya jumpa juga lokasi resort tersebut.

daud montak zakaria...