Sunday, December 6, 2009

Letihnye...hari ni....(Pintar/ Kriket)


Hari ini 6 Disember 2009:
Letih sangat hari ini rasanya. 7.00 pagi aku telah keluar rumah menuju tempat kerja. Hari ini terdapat dua tugas yang perlu dilakukan kerana kedua-duanya amat penting.


Sdr. Shahrul dan Amry dari Unit Audio Video, Penerbit UKM






Tiba dipejabat, terus kumpulkan peralatan yang perlu dibawa ke tapak majlis pecah tanah. Sdr. Shahrul, Amry dan Kamarul turut membantu. Peralatan dimuatkan ke dalam kenderaan aku dan juga sdr. Kamarul. Kami bergerak menuju destinasi untuk tugas pagi ini.


Sdr. Shahrul sedang menguji kamera video yang telah dipasang.






Hari ini Perdana Menteri Malaysia akan melakukan pecah tanah Kompleks Permata Pintar pada jam lebih kurang 11.30 pagi nanti.
Pemasangan peralatan untuk rakaman video kami lakukan di tapak majlis berkenaan.


Sdr. Jasril Amry, Penerbit UKM







Kami hanya menggunakan dua buah kamera untuk tujuan rakaman MCP majlis tersebut. Pemasangan kami lakukan bersama dan mengambil masa yang tidak panjang.




Kakitangan media elektronik dan cetak yang sedang menunggu ketibaab Perdana Menteri Malaysia.




Lebih sedikit jam 11.30 pagi, Perdana Menteri serta isteri pun sampai di tempat tersebut. Acara berjalan lancar dan rakaman kai juga tidak mengalami masalah. Rakaman yang kami lakukan ini juga dapat ditonton di Kompleks Abdullah Salleh kira-kira 3 kilometer dari lokasi. Siaran tersebut dibuat 'video streaming' melalui internet yang diuruskan dan dikendalikan oleh Pusat Teknologi Maklumat, UKM.

Urusetia program juga sabar menunggu...


Majlis Pecah Tanah Kompleks Permata Pintar tamat lebih kurang jam 1.00 petang. Selepas makan tengah hari di Syeksyen 15 Bandar Baru Bangi(Prof. Dr. Kamaruddin M. Said, Bos kami yang belanja...) kami bergerak pula ke Kelang yang mempunyai jarak sejauh 57 Km dari UKM.


Sdr. Jasril Amry ketika di Bayuemas Oval, Klang...letih agaknye.....






Aku memandu kenderaan membawa sdr. Kamarul Baharin Supaat dan sdr. Jasril Amry menuju Bayuemas Oval di Klang. Tiba disana lebih kurang jam 3.00 petang.



Perlawanan akhir Kriket Antara Varsiti Asia sedang berlangsung.







Tiba di sana sdr. Kamarul dan Amry membuat rakaman video perlawanan tersebut. Mereka bergerak ke tepi padang untuk merakamkan aksi pemain-pemain di tengah padang.



Sdr. Jasril Amry dan Kamarul Baharin







Ketika pemain sedang bermain Naib Canselor UKM, Pengerusi LPU dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UKM tiba. Mereka datang ke sini untuk acara penutup sukan berkenaan.


Pengerusi LPU, Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor sedang bergambar beramai-ramai.






Perlawana Akhir ini telah dimenangi oleh Pasukan Kriket Universiti Kebangsaan Malaysia yang menentang Universiti Bangladesh. Majlis penutup dan penyampaian hadiah dilakujkan oleh Pengerusi LPU dan Naib Canselor UKM. Majlis tersebut tamat lebih kurang jam 5.00 petang dan kami bergegas semula ke UKM di Bangi. Masa perjalanan hujan turun dan tekpaksa memandu dengan perlahan. Tiba di UKM lebih kurang jam 6.00 petang.

Pasukan Kriket UKM bergambar bersama hadiah yang dimenangi.

Aku juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang membantu dalam rakaman Majlis Pecah Tanah Kompleks Permata Pintar oleh PM dan juga Pertandingan Akhir Kriket Antara Varsiti Asia di Bayuemas Oval, Klang, Selangor. Mereka terdiri drpd kakitangan Unit Audio Video Penerbit UKM dan juga krew luar Penerbit UKM iaitu Sdr. Hafiz Ismail, Zulhimi dan juga Hata, terima kasih semua...jumpa lagi...

daud montak zakaria...

No comments: