Hari ni Jumaat, 4 Mei 2018...aku serta sdr. kamarul dan sdr. ramli buat rakaman voice over untuk
program GOB dan Program di Langkawi tu. Skrip da lama siap tapi
disebabkan banyak keje lain yang lebih utama maka
terpendam la skrip tu tanpa dibaca atau
dibuat voice over.....huhuhu...
Hari ini jugak kami bawa bersama staf baru unit kami untuk sama2 mengikuti proses
voice over tersebut. Lepas ini dia yang akan ambil keje ni apabila
kami da pencen nanti.
Hari ini aku gunakan suara sdr. kamarul untuk
kedua dua program video ni...Sebelum ni memang suara dia saja yang
digunakan pun...
Skrip berkenaan aku yang tulis berasal dari apa yang
aku alami dan lihat semasa sama sama mengikuti program berkenaan.....
Proses voice over tersebut tak lama pun lebih kurang sejam je...Selepas tu kami
balik ke opis di bangunan penerbit. Di sana aku
mula buat editing dengan vo
berkenaan..
Tak lama kemudian aku dapat call
untuk baiki suntingan sidang media ekonomi naib canselor.
Jadi keje suntingan aku untuk program yang dah dibuat voice over ni pun
terbengkalai sekejap.........sambung isnin nanti...
tapi..ada lagi keje suntingan lain yang aku perlu buat....apa boleh buat laaaaa...
sekian...
No comments:
Post a Comment