Friday, February 23, 2018

Voice Over program luar.

Hari ni JUMAAT, 23 Feb. 2018....aku dengan saudara RAMLI ditugaskan untuk
mengendalikan rakaman audio pihak luar. Jam 9.00 lebih
mereka datang studio ukm. Tercari cari gak
la mereka studio ukm tu.


Mereka datang tiga orang.
Setelah urusan teknikal selesai oleh
saudara RAMLI...maka kami pun mulalah membuat rakaman
berkenaan. Sdr. Ramli mengawal alat mixer sementara aku pula mengendali
applikasi audiocity untuk rakaman tersebut. Rakaman berkenaan
gunakan komputer dan hasil akhir dalam bentuk softcopy.
Beberapa kali kami membuat rakaman berkenaan.
Suara lelaki dan pompuan digunakan.


Rakaman pertama kami
pecahkan kepada dua segmen iaitu 14 muka surat
diasingkan kepada dua bahagian. Rakaman kedua dengan sekali harung
untuk 14 muka surat. Kali ketiga dibahagikan kembali
rakaman kepada dua bahagian. Kemudian
satu bahagian dirakam sekali
lagi kerana ia tidak memuaskan hati mereka. Kemudian
kami buat satu lagi rakaman untuk beberapa patah skrip lagi. Selesai je
kami wefie dalam studio tu........


Rakaman tersebut adalah untuk sebuah video yang akan dimasukkan
ke dalam web Jabatan Kemajuan Masyarakat. Dia orang
kata atas permintaan menteri dia orang
buat program ni....


Program ni dalam bentuk animasi.......dan akan dipaparkan
di web JKM dalam bulan Mac 2018.

SEKIAN

daud.montak.zakaria

No comments: