Saturday, November 18, 2017

UKM 2nd World Art Festival

Hari ni, SABTU, 18 Nov. 2017, kami membuat rakaman video MCP di Dectar, UKM.
Program yang kami rakam ialah UKM 2nd WORLD ART FESTIVAL.
Festival berkenaan merupakan festival kali kedua diadakan di
UKM yang dianjurkan oleh Pusat Kebudayaan
UKM. Se awal 6.00 petang
staf UAV PKK telah membuat persiapan teknikal
untuk rakaman untuk MCP. Rakaman tersebut bukan saja dirakam
tetapi juga dibuat 'live feed' ke layar besar dalam dewan untuk tontonan penonton
dalam dewan besar di samping menonton persembahan tersebut
di atas pentas.


persiapan teknikal...
sorang je dalam konti...krew grafik takde....sebab uav kami je....


 Malam ini persembahan seni dipersembahkan oleh peserta yang datang dari 
malaysia dan negara2 lain iaitu, thailand, china, somalia, jepun, kazakstan,
 filipina, mozambique dan mexico. Pelbagai persembahan
yang mereka persembahkan terutama
tarian......
KREW UAV yang bertugas malam ni ialah sdr. shahrul, jasril, kamarul, ramli
dan aku...sementara jurufoto sdr. raai osman.....






Malam ni kami bekerja dengan krew yang paling minima. APA BOLEH BUAT LAAAAAAAAAA........huhuhu.......opst!.  Agak penat jugak jurukamera
kerana terpaksa berdiri lebih dua jam. Langsung tak boleh rehat dan duduk.
Ada sebab yang kami terpaksa bekerja dengan tenaga yang 
terhad ni. Kami guna cuma dua buah kamera
sahaja. Bagi mereka yang tidak pernah 'involve' dengan mcp,
mereka beranggapan rakaman sebegini tidak memenatkan dan boleh dilakukan
dengan mudah....mungkin ada yang beranggapan 'sambil terkencing' pun boleh selesaikan rakaman macam ni...huhuhuhu.....opst!
Oleh itu aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
krew yang bertugas 'sambil terkencing' tu, dan berharap
tugas kita ini mampu mengembirakan 'mereka'
yang lain, yg amat berharap dengan
jasa baik kita ini......


jepun...
kazakstan
filipina
mexico
malaysia...


Program berkenaan tamat hampir jam 12.00 tengah malam. Ia dihadiri
oleh Tunku Zain putera canselor ukm. Pengurusan tertinggi
ukm di hadiri oleh TNC HEAA, TNC HEPA
dan Pendaftar UKM.

* terima kasih PUAN ZAITON dan PUSKEB kerana beri cenderamata
t-shirt kepada kami.....

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

No comments: