Sunday, November 26, 2017

Tanglung..oh...tanglung

Hari ni, SABTU, 25 Nov. 2017, kami membuat rakaman MCP Pesta Tanglung
di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM. Dua tiga hari aku asyik
terima call daripada urus setia pesta tersebut bertanyakan
berkaitan rakaman berkenaan. Maafla...
aku tak jawab pun...huhuhu..
letih la nak jawab call cuti cuti ni...hahaha....
Aju jawab wassapp je...call tak jawab..........................

masa pasang alatan...
siap pasang sa..
rehat sat...
tunggu masa rakaman...


 Urus setia pesta tu sering tanya nak pasang alatan jam bape. Aku jawab jam 6.ooptg.
Dia orang mintak pasang awal iaitu jam 5.00 ptg. Aku kata jam 6.00ptg
Las las dia kata ok sudahnya.... hahaha... Cara keje aku
memang macam tu. Kalau aku kata jam
6.00 ptg, memang masa tu laa...

sedang standby ni
bersama urus setia...
sedang menunggu masa ni...
masa drama mandarin berlangsung...urusetia jaga subtitle...


 Sebenarnya aku masih cuti lagi untuk seminggu...aku keje jugak sebab kesian dengan
kawan2 lain. Keje rakaman mcp ni perlu secara kumpulan. Keje kumpulan
memang perlu reramai. Kalau aku takde.... da kurang sorang...
kurang sorang, besar maknanya dalam
tugas kami ni...

pengarah program
dr. chang peng kee...wakil tcn hepa...
perasmian
perasmi...yb simpang renggam johor...


 Bila aku kata tadi pasang alat jam 6.00 ptg. memang aku tiba di dewan dan studio ukm
sebelum 6.00 petang. Aku biasanya bila janji nak datang jam sekian, aku
akan tiba tepat masa atau sebelumnya. Bukan sebab aku
bimbangkan dengan orang yang aku buat
janji tu, tapi aku bimbang dengan ALLAH SWT. Sebab kita masing2
tau kan, mungkir janji adalah sikap ORANG MUNAFIQ. Jadi aku datang menurut
apa yang aku kata adalah untuk mengelakkan ciri2 sikap orang munafiq.

drama mandarin..
drama...subtitle di bawahnya...


Bila sampai je di studio, aku lihat sdr. shahrul da sampai dulu dah. Alat dalam konti
pun da dia on kan dan buat setting........Dia kata
sdr. ramli pun dah sampai. Kami sama2 pasang peralatan tripod,
kabel kamera dan tak lama kemudian tiba sdr. jasril dan
yunus...kami sama2 pasang alatan dan uji
hingga selesai.........
Turut sama pada malam tu ialah fazliana 
yang involve berkaitan grafik serta sdr. kamarul dan fakhran. Segala rakaman
berjalan lancar dari mula hingga akhir lebih kurang jam 11.30 malam. Beberapa
orang urus setia program bantu kami dalam konti untuk memasukkan
grafik subtitle kepada drama mandarin mereka.
Jadi.........................selesai satu lagi tugas untuk hari ni...dalam
bulan disember masih ada beberapa rakaman mcp
yang sedang menanti untuk rakaman...
Aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua krew yang sama
-sama bertugas pada malam tu.........

*maaf ye....aku ni macam raja selfie pulak...ada je muko aku...ekekeke...

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

No comments: