Saturday, September 9, 2017

Puisi...oh...Malam Puisi Negaraku Sehati Sejiwa..

SEMALAM, Jumaat, 8 Sept. 2017, kami membuat rakaman MCP 'MALAM PUISI
NEGARAKU SEHATI SEJIWA di Dewan Canselor Tun Abdul
Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Kami dah buat persiapan peralatan
awal lagi......

posing sat...
posing ngan YAN...


Sebelah petang seorang pensyarah datang ke Studio untuk buat raptai puisi dia dan 
rakan2 dia tapi aku kata tak dapat sebab orang grafik atau CG takde. Aku suruh
dia datang malam sebelum waktu persembahan. Jadi dia terus balik.
Petang itu jugak staff JELAS JUTA datang ambil
kamera video kami yang rosak untuk dibaiki. Perlu dibaiki segera
sebab MAJLIS KONVOKESYEN UKM hujung bulan OKTOBER dan kami perlu 
banyak kamera......

ini pensyarah2 yang baca puisi 3 bahasa tu...



Hari ini aku tidak balik rumah selepas jam lima sebab standby kat studio menunggu 
event bermula waktu malam. RAMLI juga ada bersama aku di studio. Dia 
uruskan hal berkaitan AUDIO. Jam 6.00 petang lebih kurang. 
SHAHRUL dan KAMARUL datang dectar. Kami pasang 
tripod dan tarik kabel kamera. Jam 6.00 petang juga FAZLIANA datang 
studio untuk tulis grafik. Jam 7.00 petang aku dan SHAHRUL pasang KAMERA 
video dan buat ujian rakaman. RAMLI uruskan hal berkaitan AUDIO

kat belakang aku tu DR. SABARIAH, Timbalan Pengarah PKK.


emcee UKM dan UTUSAN MALAYSIA...
 Lebih kurang jam 8.00 malam, 3 orang pensyarah yang akan baca puisi dalam tiga 
bahasa masuk ke STUDIO untuk buat raptai dalam studio. Mereka juga 
membetulkan terjemahan PUISI yang telah ditulis oleh YAN 
di komputer. FAZLIANA yang uruskan mereka, aku cuma melihat aje. Setelah 
mereka puas hati mereka bergerak ke dewan. Mereka tinggalkan 
seorang anak salah seorang pensyarah tu untuk bertindak membantu superimpose terjemahan ke screen nanti semasa mereka membaca puisi di pentas 
semasa event nanti.......

foto ery kut...


Lebih kurang jam 9.00 program bermula. Seperti biasa kami mulakan rakaman.
Malam ni krew tak ramai yang membantu. Jenuh la jurukamera berdiri
berjam jam...biasanya tiga jam la.... Yang hadir membantu ialah 
FAZLIANA  operate CG atau GRAFIK dan KHUSAIRI
yang mengendalikan KAMERA 2. Jurukamera lain ialah KAMARUL Cam 1 
serta SHAHRUL Kamera 3.


TOMOK...
 AKU dan FAZLIANA dalam STUDIO KAWALAN...aku sebagai PENGARAH
STUDIO dan FAZLIANA jaga CG atau GRAFIK. RAMLI pula
operate audio mixer di Bilik Audio. Ada ketikanya DR. SABARIAH masuk bilik kami.
Dia memangku jawatan PENGARAH PKK buat masa ni kerana PENGARAH kami
telah berpindah ke JABATAN lain.



Bersama aku dalam BILIK KAWALAN ialah seorang staf JAB. PENERANGAN. Dia
merupakan krew untuk 'live streaming' PENERANGAN. Mereka
tak jadi buat streaming cuma mereka minta salinan
rakaman kami ini ...huhuhuhu........
Rakaman MCP tersebut berakhir lebih kurang jam 11.00 malam. Tamat aje
kami kemas alatan dan balik. Ada krew yang pi jamu selera yg disediakan selepas
program berlangsung.
Disini aku nak ucapkan JUTAAN TERIA KASIH kepada semua krew yang
terlibat iaitu sdr. SHAHRUL, RAMLI, KAMARUL, FAZLIANA,
KHUSAIRI dan AKU...hahaha.........
TANPA ANDA SEMUA tentu rakaman tidak akan sempurna.....TQ.

SEKIAN

DAUD.montak.zakaria

No comments: