Hari ini, Sabtu, 26 Ogos 2017, kami ditugaskan untuk membuat rakaman Lawatan
Pegawai Kanan UKM ke kolej-kolej dan fakulti semasa Pendaftaran
Mahasiswa Baharu UKM Sesi 2017-18. Awal pagi lagi
kami da tiba di opis PKK di Bangunan
Penerbit UKM. Sebelum jam
8.00 kami da sampai...tengok betapa disiplinnya
kami...hahaha...Aku siapkan kamera, ambil pita masukkan ke dalam kamera.
Aku amik dua pita drpd kotak..........................................
Buat ujian rakaman sedikit...visual ok je........
AKU dan RAMLI cover rakaman GRUP B...TNC HEPI sementara
SHAHRUL dan JASRIL cover GRUP A iaitu grup NC...
Tak lama kemudian tiba sdr. SHAHRUL dan RAMLI. Pagi ni
hari hujan dan sejuk.Setelah masing2 ada kami
ambil keputusan untuk gerak ke
Canselori. Sebab hujan sdr. SHAHRUL dan JASRIL tumpang
kete aku. Tiba di canselori turunkan sdr. RAM, SHAH &
JASRIL. Aku pi cari parking.
Selesai parking kat PELAWAT
terus naik ke Persada Canselori tempat berkumpul. Di sini aku ambil
kamera daripada sdr. RAMLI dan buat shooting video
sikit pegawai2 kanan sedang berkumpul.
Kemudian aku fikir untuk membuat rakaman sedikit lagi
di dataran Canselori tu...bila mula trigger screen kamera tujukkan imej
head kamera perlu di bersihkan.
Sdr. Ramli suh cuci ngan pita pencuci. Aku kata
di opis. Jadi kami bergegas balik opis sementara masa masih
ada sebelum lawatan bermula. Tiba opis cari pita
untuk head cleaning...takde pulak dalam
beg. Ramli cuba pulak cari kat bilik dia....tiba screen camera
tunjukkan error MOISTURE pulak...aihhh...lagi haru ni...Sdr. Ramli dan jumpa
pita pencuci tu...tapi tak boleh buat apa2 sebab MOISTURE tu
tidak membolehkan kamera berfungsi. Kena tunggu sejam. Fulamakkkk...
Kolej Keris Mas |
Sementara lawatan TNC telah bermula, kami masih
lagi terkial kial di opis sebab masalah kamera video. Melaui whasapp
En. Hazrul suh balut kamera dengan plastik untuk cepat hilangkan moisture
kamera tu. Tak lama kemudian kamera tu dah ok drpd moisture.
Aku amik head cleaning drpd sdr Ramli....cuci head
kamera tu...Bila dah nampak macam ok dan boleh rakam kami pun pi kejar rombongan
TNC yang telah bergerak ke FSSK. Namun kami terus je pi ke KOLEJ RAHIM
KAJAI. Kerana kami berpandangan tentu rombongan TNC berada di KDO
atau KTHO.
Kami cuba mendahului mereka di KR Kajai. Jadi kami tunggu
di sana sebelum TNC sampai. Bila dia sampai
aku mula buat rakaman beliau tiba dan beramah mesra dengan ibu bapa
yang berada di khemah. Aku juga minta untuk temubual dgn TNC. TNC bersetuju dan
aku mula buat rakaman. Sdr Ramli pegang mikrofon. Nampak rakaman
macam ok. Memudian lawatan TNC bersambung ke Kolej Keris Mas.
Di sani juga banyak rakaman yang aku buat. Nampak
rakaman macam ok je.......
....sorry aku amik foto ni dari whatsapp...foto syafa kut....maaf... |
Dari Kolej Keris Mas kami gerak pula ke Kolej Aminudin Baki.
Sebelum TNC sampai aku buat rakaman terlebih dahulu di sana. Aku rakam
juga temubual dengan orang kanan PMUKM. Aku rakam juga
segala aktiviti di sana. Masa ini TNC berada di FEP.
Dalam masa buat rakaman tu..kelihatan kamera alami masalah.
Ada error semasa buat rakaman...pita tidak dapat rakam dengan sempurna.
Sdr. Ramli suh tukar pita...bila tukar pita...fuh! rakaman jadi lancar.
takde masalah. Apabila TNC HEPI melawat KAB aku
terus buat rakaman di sana. Banyak jugak yang
aku rakam...rasanya cukup kalau nak buat video tiga minit.
...ini mungkin foto shiddan...maaf aku pinjam yeee... |
Apabila TNC HEPI bergerak ke kolej yang lain, kami terus berada di KAB
untuk membuat temubual pelajar dan ibubapa. Sebenarnya sukar untuk mendapatkan
kerjasama ibu bapa bila nak di temubual. Begitu juga dengan pelajar....Masing2
mengelak. Apa nak takutkan...kamera dan mikrofon bukan makan orang...
haihhh...Untuk memudahkan urusan kami minta urusetia pelajar
di kolej cari ibu bapa dan
pelajar yang bersedia untuk di temubual. Dengan cara ini kami
dapat membuat temubual dengan beberapa pelajar dan
ibu bapa...dimana silapnya kami...nak dapat temubual pun payah.......huhuhu..
Kalau muka kami macam SHAHRUK KHAN...mungkin berlumba2
mereka nak ditemubual......gamaknyeee...opst!
Agak lama jugak kami di KAB tu. Selesai saja buat rakaman kami balik opis untuk
merlihat footage yang kami telah dirakam. Masuk je ke opis aku
playback pita yang bermasalah tadi....haiyaaaaaaaaaaaa................................
semua footage tu tak boleh pakai...rosak...koyak...binasa.....haihhhh...
Kemudian aku mainkan pita yang kedua....ALHAMDULILLAH....
footagenya cantek....boleh dibuat suntingan nanti....
...ini foto shiddan gamaknyeeee.....maaf ye.....baju MERAH nombor 2 dari belakang tu Timbalan naib Canselor HEPI...Prof. Dr. EKHWAN... |
Kecewanyaaaaa....pita satu banyak footage didalamnya...banyak yg telah
aku rakam....apa boleh buat laaaa....nampaknya aku punyai
footage dalam satu pita je untuk disunting...huhuhu...
Setelah bertugas lebih 30 tahun....baru sekali ni je aku dapat masalah rakaman
macam ni......haihhhh....rasanya aku perlu 'option' kuttt...huhuhu....
Ok lah...hari isnin nanti aku akan edit video tiga minit untuk
upload ke UKM TUBE....jadilah...drpd tiada langsung...................
SEKIAN....
.....imbas kembali 2016...
No comments:
Post a Comment