Sunday, August 6, 2017

Isteri PM berkunjung ke UKM...

Hari ini, Ahad, 6 Ogos 2017, aku bersama krew diminta untuk membuat rakaman
video MCP program di Permata Pintar UKM. Aku bertugas bersama
sdr. SHAHRUL, JASRIL dan RAMLI.......
Program tersebut ialah BUAL SANTAI BERSAMA ISTERI PM...

kat auditorium...silap kami pi sini pulak...
alatan penuh sebuah kereta...


 Aku gerak dari rumah jam lapan lebih hampir jam sembilan. Tiba di Bangunan Penerbit
lebih jam sembilan. Kelihatan sdr. Jasril dah sampai dulu kerana 
kelihatan motosikalnya ada di luar bangunan...
opst! takkan bawak masuk bangunan pulak kannn............
dewan serbaguna...
raptai ni...


 Sdr SHAHRUL jugak saing dengan aku ...dia tiba di Penerbit sedang aku log in
kat komputer. Masuk bilik arkib dan kumpul alatan mana yang
perlu untuk dibawa ke Permata Pintar.
Alat yang nak dibawa agak banyak jugak...bila dimuatkan ke dalam
kereta, penuh kereta aku seat belakang dan jugak dalam bonet kereta aku tu...
siap pasang ...
da ramai hadirin...


 Bila semua krew cukup kami pon muatkan alatan dalam kereta...woiiiiii...penuh
satu kete.....rasanya unit kami perlu sebuah kete di masa akan
datang kut......... untuk bawak alatan ke mana
mana sama ada dalam UKM atau keluar kampus. Kereta sendiri
memang tidak sesuai langsung.............harap boleh dipertimbangkan..............
da siap pasang dan uji...
inilah kami....kolaborasi dgn PTM untuk live streaming.....


 Tiba di Kompleks Permata Pintar kami pon pasang semua alatan yang dibawa...
tak lama kemudian datang staf Permata Pintar program berkenaan
bukan di dewan yang kami pasang alat tuuuu......
Laaaaaaaaaaaaa.....pulak dah....kami hampir siap pasang alat 
tu di Auditorium Permata Pintar. Rupanya program berkenaan di Dewan Serbaguna..
....huhuhu....niayanya kami .......terpaksa kemas kembali........
masih relevan alat ni buat masa ni...hanya kami yg tauuu....
isteri PM...


 Siap kemas dan muatkan ke dalam kereta, kami pun gerak ke Dewan Serbaguna. 
Di dewan tersebut kami pasang semula alat tersebut. Bila kerjasama dibuat,
 tugas pun berjalan licin dan lancar. Tapi extension cable tak cukup
pulak...aku dan Ramli pi cari di bangunan Penerbit. Tengok ada pulak
kereta Su kat tempat parking. Keje pulak mek ni masa cuti...huhuhu...opst!
tan sri....


Cari extention kat Penerbit takde...kami pun cuba cari kat STUDIO UKM di DECTAR.
Sib baik pintu DECTAR tak kunci....terus masuk STUDIO...cari
extention cable yang panjang....ada dan ambil....sib baik sdr. RAMLI ingatkan
pita DVCAM kalau tak kena datang lagi sekali.....Seterusnya kami gerak semula 
ke Permata Pintar.
foto pinjam niiii...

foto orang lain dalam whatsapp..sorry ye...pinjam...
Tiba di Permata Pintar kami pasang semua alat...buat ujian...ok....keluar gambar
di alat streaming PTM. Meor Sony dan sorang rakannya bertugas.
Bila semuanya selesai tutup semua alat kerana
program waktu petang. Kami balik ke Penerbit UKM. Tiba di Penerbit
Su masih ada di sana...hermmm....rajinnya dia datang keje hari Ahad ni...........
Waktu petang kami gerak semula ke Permata Pintar setelah tiba masa program akan
bermula.. Tiba di Permata terus hidupkan sistem rakaman. Bila isteri PM hampir tiba semua
sistem telah on dan penonton boleh tonton melalui UKM LIVE STREAMING.
Sebaik isteri PM masuk dewan rakaman terus dibuat. Kami buat 
rakaman tersebut hingga siap. Ada satu ketika tu
rakaman kami terhenti sebab ada TANGAN GATAL offkan power supply
peralatan kami kerana mungkin untuk charge handphone mereka.
Jadi rakaman kami terhenti lebih kurang seminit.
Live Streaming jugak tergendala....GATAL BETUL TANGAN
INDIVIDU berkenaan. Jam 5.00 lebih program tersebut berakhir. Kami kemas semua
alatan sebelum pi isi perut. Jam 6.00 lebih, muatkan alat dalam kereta
dan gerak ke bangunan Penerbit. Tiba di bangunan Penerbit...kami punggah semua
alatan dan masukkan ke dalam bilik arkib...Hermmm...Cik Mek Su masih lagi
ada kat bangunan Penerbit tersebut....rajin nyaaa......betul ke Su yang ada 
kat Penerbit tuu..?? Entahlahhh.......
Lebih jam 6.00 petang aku gerak balik...
sementara sdr. RAMLI, SHAH & JAS masih ada di bangunan berkenaan.....
Terima kasih kepada semua krew yang terlibat.....

SEKIAN...

DAUD.montak.zakaria.

No comments: