Monday, May 22, 2017

Catatan Pos GOB Gua Musang Kelantan : 18 - 21 MEI 2017

Perasmian Sekolah Rimba Pos GOB Gua Musang



berkumpul di dataran panggung seni ukm
singgah sebentar di lebuhraya
depan Ibu Pejabat Polis Gua Musang
IPD GUA MUSANG
gerak masuk ke POS GOB...masih jalan tar...

Khamis, 18 Mei 2017, jam 12.oo tengah malam aku dan sdr. Kamarul dikehendaki pergi 

ke Pos GOB, Gua Musang Kelantan, untuk membuat rakaman video ‘Perasmian 
Pendidikan Komuniti atau Sekolah  Rimba’. Bendera pelepasan Konvoi 
dibuat oleh Dato’ Seri Naib Canselor UKM.  
Kami bawa peralatan rakaman bersama. Kami berada di sana 
antara 19 – 21 Mei 2017. Kami diminta untuk membuat rakaman perasmian sekolah
dan segala yang berlaku dalam masa kami berada di sana.
Perjalanan konvoi kami yang terdiri daripada 21 buah kenderaan 4WD 
mengandungi kenderaan UKM dan NGO. Jumlah peserta 55 orang. 
Semua kenderaan berkenaan dimuatkan 
dengan penumpang dan barang2 keperluan lain serta sumbangan untuk orang asli di sana.
Ketika pembahagian penumpang untuk menaiki kenderaan aku dan kamarul
 diberikan sebuat kenderaan 4WD.  Aku dan Kamarul sahaja menaiki
 kenderaan berkenaan. Brother yang memandu kenderaan tersebut 
merupakan seorang yang baik namanya En. Sham aka Abang Botak.
Perjalanan secara konvoi beramai-ramai itu mengambil masa agak lama 
untuk tiba di Gua Musang. Bergerak jam 12.00 tengah malam dan tiba di Gua Musang jam 7.00 pagi lebih kurang, hari JUMAAT. Jarak untuk ke Gua Musang mungkin dalam lingkungan  500 Km....kot. Kesimpulannya dari UKM ke Gua
Musang Kelantan mengambil masa selama 7 jam.


Mail & aku, singgah sebenar dalam perjalanan ke GOB
dalam perjalanan ke GOB
Aku & Kamarul, menunggu masalah kenderaan selesai...

rehat sebentar semasa dalam perjalanan ke GOB
rumah orang asli semasa dalam perjalanan ke GOB.

HARI PERTAMA...


Setelah sarapan di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, konvoi mula 

bergerak ke Pos GOB dalam jam 9.00 pagi. Sebelum bergerak satu taklimat telah diadakan untuk semua peserta. Jarak antara Gua Musang dan GOB lebih kurang  80 Km
Sebelum tiba di GOB, konvoi kena melalui Kuala BetisJarak dari 
Kuala Betis ke GOB lebih kurang 68 KM. Dari Gua Musang ke 
Kuala Betis iaitu sebuah pekan

 kecil tidak merupakan satu masalah kerana ia dihubungkan dengan jalan tar.

 Namun dari Kuala Betis ke Pos GOB merupakan satu perjalanan yang 

mencabar kerana melalui jalan balak iaitu jalan tanah yang penuh
becak atau selut bila hari hujan.

Selepas 2 jam perjalanan dari Gua Musang, kami tiba di Pos Tohoi...tentu 
kalian masih ingat dengan tragedi Pos Tohoi yang mengorbankan ramai murid2 sekolah Orang Asli beberapa tahun yang lalu. Anda boleh semak di link ini...

DI SINI..

Pos Tohoi terletak diantara Kuala Betis dan Pos GOB.


Pos GOB...sampai da...
duk kat khemah....
taklimat
Perjalanan yang mencabar bermula dari Kuala Betis lagi. Jalan yang 
dilalui penuh dengan becak dan lumpur kerana berlaku hujan lebat semalam.  Lagi 
pun jalan tersebut merupakan jalan tanah yang bertujuan membawa balak dengan lori keluar dari kawasan penebangan balak. Dalam konvoi kali pertama tahun 2016 yang
 lalu, jalan tanah tersebut dipenuhi debu kerana musim panas. Kali ini berlumpur 
dan berlubang sana sini. Kali ini banyak berlaku perkara yang 
melewatkan perjalanan. Kenderaan yang membawa kami beberapa kali 
rosak tak fungsi ‘gear’ nya. Terpaksa berhenti dan baiki gear kenderaan
 tersebut. Nasib baik pemandu boleh baikinya sendiri. Namun ia mengambil masa
beberapa lama jugak. Terdapat jugak beberapa kenderaan tersangkut dalam selut 
dan terpaksa dibantu oleh kenderaan lain. Kali ini perjalanan penuh dengan 
cabaran yang mengurangkan kelancaran perjalanan.
Jalan yang dilalui penuh dengan bengkang-bengkuk, penuh dengan 
pendakian, penuh dengan penurunan, penuh dengan lereng curam yang dalam.  Kami 
di dalam perut kenderaan sentiasa tak kering peluh sebab panas. Sepanjang masa 
penuh keringat, melekit dan sentiasa rasa tak selesa. Hanya orang yang 
mengalami sahaja tahu pengalaman berkenaan. Tambahan pula kena berada dalam kenderaan dalam jangka masa yang panjang...7 atau 8 jam beb....dalam keadaan permukaan jalan yang amat tidak rata...macam dilambung ombak laut sentiasa.
Rasanya tak mahulah
masuk lagi jika ada program sebegini...cukuplah dua kali ni saja...cukuplah...
Walau pun keliling penuh kehijauan tetapi keseronokan tersebut terbantut dengan ketidak selesaan yang dirasai ketika itu. Fikirlah...itulah keadaannya sepanjang  9 jam kami 
berada dalam perjalanan tersebut. Bergerak jam 9.00 pagi dari Gua Musang...
.jam 5.00 petang lebih kurang, baru kami tiba di Pos GOB. 
Memanglah seronok jika kita melihat kehijauan 
hutan, kesejukan air sungai yang di rentas oleh kenderaan pacuan 4 roda dan pemandangan kampong-kampung orang asli yang ditemui. Dengan keadaan badan yang
panas, sentiasa berpeluh, sentiasa melekit....semua keseronokan tersebut
hilang  begitu je.................................................Kesimpulannya
perjalanan kami penuh dengan cabaran dan mengambil
masa yang panjang dari Gua Musang untuk
tiba di Pos GOB iaitu lebih
kurang 9 JAM. 9 jam duduk dalam perut kenderaan sahaja......Padahal
jarak antara Gua Musang dan Pos GOB tidak sampai pun 100Km. Rasanya kenderaan yang kami naik bergerak lebih kurang 20Km sejam kot................................masa
merentasi jalan tanah dari Kuala Betis ke Pos GOB.
Sebelum tiba di Gob, beberapa kali kenderaan konvoi berhenti
sama ada untuk berehat atau menunggu kenderaan lain bebas dari masalah yang
dialami. Masa singgah berehat di satu tempat yang terdapat sebuah rumah orang
asli yang terlalu simple, sempat lagi dikalangan peserta menunaikan
hajat masing-masing. Masing-masing cari tempat yang strategik
supaya orang lain tak nampak. Tapi mungkin orang asal 
nampak kut sebab itu hutan mereka...huhu........
Tapi masa kami sampai tak nampak pun kelibat manusia kat rumah tu
...tapi nampaknya ada sepasang selipar kat tangga.
Kali ini perjalanan kami tidak diganggu oleh lori-lori yang membawa balak 
sebagaimana perjalanan kami semasa mengikuti konvoi pada 
bulan September tahun 2016. 
Anda boleh lihat videonya di sini...

LIHAT DI SINI YE....

Anda juga boleh semak tulisan aku berkaitan konvoi bulan September tahun 
2016 di sini...

SEMAK DI SINI....

Aku pun tak tau nape takde lori2 balak kali ini. Oh...ye...mungkin balak sudah kurang ditebang atau jalan becak sukar untuk lori balak bergerak...gamaknya.........
Yang sering kelihatan motosikal orang 
asli yang keluar masuk kawasan tersebut dan juga kenderaan pacuan 4 roda.
Diantara masalah-masalah yang timbul ketika mengikuti konvoi ini ialah....
kenderaan sangkut dalam lumpur, kereta yang kami naiki beberapa kali 
gear nya rosak serta ada kenderaan yang tayernya tercabut dan 
memerlukan masa yang lama untuk dibaiki.
Ada satu ketika tu semasa berhenti untuk menunggu kenderaan
lain yang bermasalah dapat diselesaikan, terdapat kesan kehadiran gajah di situ.
Kamarul masuk kembali ke dalam kenderaan kembali kerana bimbang
gajah yang hadir di situ. Walau tidak nampak dengan
mata kasar namun kesan tapak kaki yang
baru dan kesan najis serta bunyi ranting di pijak dalam hutan berhampiran
memberi petanda gajah tersebut berada berhampiran
kawasan tempat kami berhenti tersebut.
Setelah bersusah payah diperjalanan akhirnya semua kenderaan selamat 
sampai di Pos Gob.

bantuan perubatan untuk orang asli..
pendidikan kanak-kanak..


Memanglah aku rasa kasihan tengok penghuni Pos Gob tu terutama 
kanak-kanak. Ada sebilangannya macam tak terurus....serba serbi kekurangan...
bila teringatkan anak-anak masa mereka kecil dulu...semuanya kemas dan terurus. 
Namun anak2 orang asal ini serba kekurangan, ada yang berpakaian lusuh...
ada yang hingus meleleh dan macam2 lagi...rasanya kalau kita masih
 lagi ada hati manusia yang menghuni dada kita,tentu kita rasa sedih 
amat sangat melihat kanak-kanak orang asal ni. 
Petang Jumaat  tersebut kami merakamkan sedikit persiapan untuk
 perasmian sekolah petang esok. Segala aktiviti yang berlaku kami rakamkan. 
Para peserta konvoi diberi tempat untuk menginap dalam khemah. Terdapat 
beberapa khemah yang disediakan. Aku dengan Kamarul tidur dalam
 khemah di bawah pokok kecil. Semua barang2 kami muatkan 
di dalamnya. 
Aku hanya tahu tidur dalam khemah tapi kalau
pasang  khemah langsung tak tau. Khemah berkenaan telah siap dipasang.
Malam tu merupakan kali pertama tidur dalam khemah. Huh! disebabkan tanah 
lembab kerana hujan...lembablah lantai plastik khemah yang kami duduk dan 
dijadikan tempat tidur.
Pakaian kami menjadi lembab jugak dan basah ketika tidur. Tak selesa
sungguh tidur atas tanah yang lembab. Pada pandangan aku kami
ni lebih kurang macam komando tentera, komando tidur
dalam air, kami tidur atas air (tanah lembab).
Satu lagi masalah ialah kekurangan tandas yang ada di situ......
Tandas berkongsi dengan peserta wanita yang ikut serta dalam konvoi
tersebut. Kena ikut turn...haihhh...lecehnya. Pada aku tugas rakaman tak menjadi
masalah pada aku yang dah bertugas lebih drpd 30 tahun, asalkan ada tempat
tidur yang tak basah dan tempat buang air yang ‘ada air’. Itu yang
penting...kerana soal makan tidak ada masalah di sini kerana
penganjur menyediakan chef yang terbaik.
Masa bermalam di khemah, kami juga diserang semut merah...
huhuhu..semut tu banyak sangat sampai ada yang berkhemah dalam beg
pakaian kami...kami tidur pun, dia duk rayau kat badan...tak sedar kami sama
ada dia masuk seluar atau tak...huhuhu.....cuma yang bernasib baiknya, 
semut tersebut tak menggigit. Semut tu warna merah.....mana2 je
ia ada...mungkin sebab hujan kut..
Dua2 malam dalam khemah...dua-dua malam tu gak semut berkongsi tempat
dengan kami....dalam beg pun ia duduk......
Terasa semut tu merayau kat badan dan tempat tidur......haihhh....


raptai untuk orang asli sebelum perasmian...

sesi temuduga untuk pengajar
sdr. KAMARUL, EN. RIDZUAN & sdr. SHAHIDDAN...tunggu perasmian...semua dari PUSAT KOMUNIKASI
 KORPORAT UKM....


HARI KEDUA,

Sabtu, banyak jugak aktiviti yang kami rakamkan termasuk aktiviti 
persiapan di sekolah untuk perasmian petang hari tersebut. Kami membuat rakaman  
aktiviti perkhidmatan kesihatan untuk orang asli, raptai pendidikan untuk perasmian dan raptai perasmian. Kami juga merakam temubual dengan Tok Batin, Pengerusi  
JKKOA dan Setiausaha Tok Batin serta temubual ketua perubatan dan 
Pengarah UCTC.
Sekali lagi hati tersentuh bila membuat rakaman dalam sekolah
semasa melihat kanak2 orang asal berkumpul. Kesian tengok....mereka amat suka
 bila diberi jajan...ada ketikanya seperti kelihatan mereka berebut...hemmm..
kesian tengok muka masing2. senyap2 doa dalam hati...moga mereka
mendapat hidayah....tak mahu melihat mereka daif di dunia dan
daif juga di akhirat........kesiannnnn......................

Masa perasmian petang tu, aku merakamkan majlis perasmian yang 
dipenuhi dengan ucapan dan penyampaian cenderamata. Pengarah UCTC mewakili 
Naib Canselor UKM. Selepas selesai majlis perasmian, sdr Kamarul pula merakamkan lawatan ke dalam sekolah untuk melihat aktiviti yang telah dijadualkan. Tamat 
perasmian kami  merkamkan aktiviti sukaneka. Belum separuh sukaneka
 berlangsung hujan turun dengan lebat,  Kamarul dapat rakamkan
 sebahagian aktiviti sukaneka. Aku Cuma rakamkan perlawanan bolasepak dari 
jauh kerana hujan. Sib baik ada bangunan berhampiran padang untuk berteduh 
dan merakamkan aktiviti tersebut untuk seketika. Bila hujan reda sdr. 
Kamarul sempat merakamkan majlis penyampaian hadiah. 
Menjelang malam sdr. Kamarul membuat rakaman majlis
 tarian sewang yang turut disertai oleh bebrapa orang peserta konvoi. Majlis tersebut dirakamkan seketika.


selepas majlis perasmian sekolah...
lawatan yb ke KEMAS...
tunggu sukaneka dan perlawanan bola bermula...
Menjelang tengah malam kami menginap lagi dalam khemah. Sekali lagi 
terpaksa tidur dalam keadaan sejuk ‘di atas air’. Terpaksa alas lantai dengan tuala dan kain pelikat untuk mengelakkan badan sejuk kena air dari bawah khemah. Air tersebut 
meresap dari tanah kerana hujan lebat. Terpaksa juga tidur dengan semut merah 
lagi, sabo je laaa.........Bekalan air untuk mandi juga terputus kerana
 paip air yang menyalurkan di atas bukit sana tersumbat kerana hujan lebat.
Hujan lebat membawa bersama sampah dan daun2 yang menyebabkan paip yang menyalurkan air ke bawah tersumbat. Bukan kami sahaja tiada air malah kawasan penempatan orang asli jugak terputus bekalan air. Bayangkan bila air tiada untuk mandi 
membersihkan diri selepas buang air. Nak mandi kat sungai berhampiran tapak perkhemahan tidak mampu kerana bahaya. Lepas hujan air jadi deras, 
dalam dan serta penuh dengan lumpur. 
Orang asli kata lumpur tu disebabkan oleh aktiviti 
pembalakan di hulu sungai...hemmm...Mereka kata sebelum 
pembalakan dahulu, air amat jernih dan ikan agak banyak tapi sekarang 
ni hanya tinggal sejarah je...namun orang asli tu kata aktiviti pembalakan akan tamat 
pada tahun 2017 ni je...selepas itu tiada lagiiii....Aku juga sempat bertanya dengan pendudk orang asli tu tentang kehidupan mereka. Mereka kata sumber pendapatan 
utama mereka ialah menjual pisang yang ditanam. Rm seringgit untuk 
sekilo yang diambil oleh pemborong. Pendapatan mereka pun 
sebenarnya tak cukup. Jadi aku tanya kalau tiada duit untuk beli bahan keperluan...
apa yang mereka makan. Mereka kata kebanyakan hari2 mereka hanya makan ubi kayu....huh! ubi kayu...aku teringat cerita orang tua2 masa zaman Jepun, beras 
takde, mereka makan ubi kayu je....tu sebab ramai yang terkena penyakit 
beri2 iaitu badan yang sembab. Mungkin orang aslinya daya 
ketahanan untuk beri2 ni kuat kut...tu sebab nampak 
macam tak sembab je...
Terbayang jugak aku muka anak-anak orang asal
yang terpaksa makan ubi kayu semata-mata
mungkin sepanjang hayat mereka .... haihhhhhhhhhh..................................

air masih jernih sikit..
air sudah keruh bila hujan turun di hulu...
bersiap nak pulang
nak pulang...
kemas...
air jernih...
HARI TERAKHIR,

Ahad,
 kami masih di sana, kami merakamkan aktiviti mengemaskan tapak 
perkhemahan seketika, memuatkan barang2 kedalam kenderaan, akhirnya diikuti oleh majlis penutup. Majlis penutup dilaksanakan oleh Pengarah UCTC UKM. Setelah selesai semuanya, kenderaan mula bergerak meninggalkan Pos GOB.  Waktu balik ke Gua Musang dari GOB agak kurang berlaku masalah. Cuma seketika berlaku 
kenderaan tersekat dalam pumpur. Jam 10.00 pagi bergerak dari 
Pos GOB...tiba di Gua Musang jam  6.00 ptg. lebih kurang. 
Masa nak pulang ke UKM kami terpaksa menumpang kenderaan lain 
kerana kenderaan yang kami naiki rosak ball bearingnya. Ambil masa jugak 
untuk dipindahkan ke kenderaan lain. Masalah ini merimaskan aku. Untuk selesa ‘seat' belakang seeloknya  2 orang sahaja untuk perjalanan yang lama.....Perkara inilah
juga yang berlaku semasa kami mengikuti konvoi pada bulan September 2016 
yg lalu. Masa tu kenderaan NGO enggan hantar kami ke UKM Bangi. 
Terpaksa juga tukar kenderaan lain. Kali ini aku dan kamarul terpaksa berhimpit 
3 orang duduk di 'seat' belakang untuk perjalanan lebih kurang 6 jam. Berhimpit 6 jam sungguh melemaskan.  Kebas semua anggota. Begitulah juga dalam
 konvoi tahun 2016 aku terpaksa berhimpit 3 orang 
di  'seat' belakang .....seramai 3 orang...lemas jugak...adakah ini satu 
kebetulan atau bala...huhuhu... Harap  program konvoi Pos GOB akan datang harap 
 tidak menjadi milik aku lagi...beri peluang krew lain untuk mencuba....
Aku tak kisah dari segi buat keje...tak layak aku bekerja lagi jika aku tak sanggup buat keje rutin aku ni selama lebih 30 tahun...kan...kan...Keje rakaman bagi aku takde susah pun...yang jadi masalah ialah tempat tidur, tandas dan tempat mandi yang tak selesa.
Walau bagaimana pon aku tidak menyalahkan sesiapa pun..sekali lagi katakan...aku tidak menyalahkan sesape pun yer...............cuma menyuarakan 
ketidak selesaan diri jer...tak de gunanya menyalahkan sesape....kerana 
aku tahu semua yang terlibat dalam menyediakan segala kemudahan
dah berusaha bersungguh2 untuk memberi keselesaan kepada
semua yang terlibat dalam konvoi berkenaan.................

kemas..
sungai yang damai...
dah kemas beg da niii....
perjalanan balik merentas sungai
Hari terakhir atau hari Ahad tu, kami mula bersiap untuk bergerak ke luar dari Pos Gob. Semua barang2 dimuatkan ke dalam kenderaan. Tapak khemah dibersihkan. 
Khemah dikemaskan. Satu majlis penutup telah dilaksanakan oleh 
Prof. Datuk Dr. Rokiah, Pengarah UCTC UKM. Cenderamata
 telah disampaikan kepada Tuk Batin Leman. Barang 
barang bantuan telah diminta Tuk Batin agihkan kepada anak buahnya. 
Selepas tu sesi bergambar dibuat untuk kenangan. Akhir sekali kenderaan mula meninggalkan Pos GOB. Hermmm...duduk lagi nampaknya dalam kenderaan macam dilambung ombak lebih kurang 7 jam lagi...huhuhu. Sebelum tiba di Gua Musang Kelantan, kami singgah sebentar untuk makan di GUA CHA
sebuah tapak arkeologi. Kami menikmati makanan yang dibekalkan bersama ketika bergerak keluar dari Pos GOB. Gua Cha ini terkenal kerana penemuan rangka 
manusia yang dikebumikan lebih kurang 10 RIBU TAHUN yang lalu.............
oleh ahli arkeologi. Rangka tersebut berada di UK. Untuk sedikit maklumat 
anda boleh pi ke link ini........

Anda boleh semak jugak di sini untuk melihat rangka manusia tuuu....


rehat di anak sungai berhampiran GUA CHA...

jalan masuk ke GUA CHA

menuju pintu masuk GUA CHA

depan pintu masuk GUA CHA.

lokasi penggalian depan pintu masuk
GUA CHA.

depan pintu masuk GUA CHA

sebuah struktur batu di pintu masuk Gua Cha

jalan masuk ke GUA CHA, Gua Musang Kelantan

Kami tiba di UKM BANGI dari GUA MUSANG KELANTAN jam lebih kurang 4.00 pagi
pada hari Isnin, 22 Mei 2017(Isnin).


.... semua isi tulisan adalah hasil pemikiran sendiri bukan mewakili mana2 pihak....sekian.
Terima kasih kerana sudi singgah di sini.

# aku dah siapkan video perasmian sekolah rimba....aku akan siapkan satu lagi
video panjang pula berkaitan catatan Pos Gob....aku akan upload
ke YOUTUBE nanti....nantikan ye...


DAUD.montak.zakaria

No comments: